Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen



Kali ini saya kongsikan resepi kuah kacang daging Istimewa Azie Kitchen dalam portion yang banyak kerana saya menyediakan kuah kacang menggunakan 2 kilo kacang tanah. Menghasilkan lebih kurang 9-10 kilo kuah kacang yang telah siap. Agak banyak untuk hidangan 2 kali di rumah kami. Ini adalah kerana hari raya ketiga, Juita akan balik. Jadi kena juga hidangkan kuah kacang pada hari raya ketiga. 

Sebelum masuk bab resepi, sudi kiranya anda membaca catatan dari Tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Suhaimi Abdul Jalil yang sangat bagus sebagai peringatan. Mungkin kita pernah mendengarnya sebelum ini, jadi ia nya sebagai peringatan sahaja. Malam tadi adalah malam ganjil. Syukur kerana masih diberi peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan. Nilai berada dalam majlis ilmu menyamai 1000 rakaat solat. 

Ada 3 kategori orang yang solat tak diterima. Pertama, imam yang tak disukai oleh makmunnya mungkin kerana akhlak atau kerana bacaannya. Kedua, isteri yang tidur dalam keadaan suami marah. Ketiga, dua orang bersaudara yang saling mendiam. Ertinya mereka tidak bertegur sapa. Lebih lebih lagi adik beradik. Tak masuk syurga orang yang putus silaturrahim. Penting untuk kita ambil perhatian kerana ia boleh jadi penyebab seseorang dicampak ke dalam neraka. Takut takut kalau malam ni adalah malam pertama kita di kubur. 

Neraka Allah terlalu dasyat. Disebut dalam surah Al Kahfi ayat 29 bagaimana ahli neraka meminta minum kerana terlalu dahaga. Walaupun tak minum berapa lama tapi mereka tak mati dalam neraka. Allah sebut mereka diberi minum dari air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan wajah wajah mereka. Itulah seburuk buruk minuman dan seburuk buruk tempat istirehat. Bila ingat ayat seperti ini, berbaloikah untuk kita hendak memutuskan silaturrahim. Jadi lebih baik kita menegur, supaya urusan kita selesai. 

Kedua, pereratkan silaturrahim. Kalau dah lama tak contact, contact lah dengan bertanya khabar. Ianya dalam hadis di mana Nabi beritahu Allah akan panjangkan usia dan Allah murahkan rezeki. 

Ketiga, antara tarbiah Ramadhan adalah cinta pada rumah Allah. Jangan hanya pulun ibadah sunat seperti solat terawih tapi solat fardhu tak datang. Sangat silap. Tak sama pahala solat fardhu dengan solat sunat. Jangan abaikan solat fardhu berjemaah. Sangat berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh berjemaah. Hanya orang munafik yang tak datang solat berjemaah. 

Di bulan Ramadhan ini juga Allah tawar bersedekah dengan nilai diganda sebanyak 70 kali ganda. Jika bersedekah RM1 menyamai nilai sedekah RM70. Orang yang bijak akan memberi duit raya pada anak cucu ialah hari terakhir Ramadhan selepas solat Asar. Nilai sedekah dalam Ramadhan didarab dengan 70. 

Mudah mudahan Ramadhan mendidik kita untuk rajin bersedekah kerana ianya adalah harta yang kekal. Jangan lupa bagi hadiah pahala pada ibubapa kita yang telah meninggal. Saat ini mereka berada di dalam kubur dan mereka menanti doa dari kita. Kirimkan pahala dalam bentuk kebaikan Ya Allah aku kongsi pahala ini dengan ibu ayah ku yang telah meninggal. Takut lah dengan neraka dengan sedekah ikhlas walaupun sebelah buah tamar untuk demi mencari redha Allah. Cukup setakat ini dahulu. Mudah mdahan kita semua mendapat manafaat dan pahala dari tazkirah ini.

Berbalik pada resepi, selain dari daging boleh juga guna ayam. Boleh rujuk entri di SINI. Berlauk ala ala sate lah samada sate ayam atau daging. Saya belajar resepi ini sudah lebih dari 30 tahun rasanya. Ketika situ, saya baru bekerja dan makan kuah kacang ini yang dihidangkan di satu majlis makan makan di pejabat. Oleh kerana sedap sangat, saya berusaha gigih untuk mendapatkan resepi dan belajar.

Kuah kacang boleh disediakan banyak banyak dan disimpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer. Tahan bertahun tanpa mengubah rasa pun, terutama yang tidak menggunakan daging atau ayam. Itu yang saya suka. Bila bila rasa nak makan, tinggal keluarkan sahaja dari peti sejuk. Kalau buat sedikit, masa untuk memasak hampir sama sahaja. Jadi lebih berbaloi dimasak dalam jumlah yang banyak.  

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Mana tahu kot ada yang nak memasak dalam jumlah yang banyak. Bolehlah guna resepi ini sebagai rujukan. Boleh tengok video di Azie Kitchen youtube channel di SINI.


Kuah Kacang Daging Istimewa Azie KitchenOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:3-4 kg daging - potong kecil dan rebus 2 kg kacang tanah2 cawan cili kering kisar 2 1/2 cawan gula pasir perang16 sudu besar gula pasir - atau secukup rasa3-4 keping gula Melaka3 sudu besar garam kasar - atau secukup rasa4 cawan minyak jagung24 batang serai 16 cawan air atau secukupnya
Bahan kisar:5 biji bawang besar20 biji bawang merah12 ulas bawang putih4 inci halia4 inci lengkuas
Cara cara:Kacang tanah digoreng dalam minyak yang panas. Perlahankan api dan terus digoreng sehingga kekuningan dan kacang masak. 
Masukkan dalam plastik dan dihentak hentak. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Jika kacang telah masak, kulitnya pasti akan terbang bila ditampi. Nota: Saya hanya bakar kacang menggunakan oven sahaja.

Kacang tanah dikisar dengan air sekadar untuk menggerakkan blender. Tuang ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Panaskan minyak jagung dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Setelah garing, masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan. 
Setelah cili garing dan terbit minyak, masukkan kacang yang direbus, gula perang, gula Melaka dan garam. Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan air. 




Masak dengan api perlahan dan merenih sehingga kuah pekat yang disukai.


Sesuaikan  rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/06/kuah-kacang-daging-istimewa-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Snek Istimewa Ramadan Kerang Rebus Kuah Kacang Di Gerai Tarbus

Menikmati Snek Istimewa Ramadan Kerang Rebus Kuah Kacang Di Gerai Tarbus

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 746 hits
Layan Kerang Rebus Kuah Kacang di bulan Ramadan di Parit Buntar adalah perkara tradisi setiap tahun Buat mereka yang tak tahu setiap kali Ramadan tiba daerah Kerian khasnya yang berdekatan dengan Parit Buntar akan penuh dengan gerai yang me...
Resepi Cucur Udang Simple And Kuah Kacang Berapi

Resepi Cucur Udang Simple And Kuah Kacang Berapi

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 884 hits
Assalamualaikum Weekend haritu I balik kampung and plan nak buat Cucur Udang tapi version lain pulak Ingat tak dulu I pernah share resepi Cucur Udang dekat Gila bapak banyak hit dalam Google Search sampai beratus ribu click lah Ramai yang f...
Rendang Pedas Ayam Azie Kitchen

Rendang Pedas Ayam Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 912 hits
Setelah sebulan berpuasa di dalam bulan Ramadhan akhirnya esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri Mudah mudahan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan di terima dan kita akan mendapat pengampunan dari dosa dan dibebaskan dari api nerak...
Resepi Mee Kuah Daging

Resepi Mee Kuah Daging

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 703 hits
Mee kuah daging Bahan Kuah 1 biji bawang holland 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 2 inch halia 2 biji tomato Potong semua bahan diatas dan tumis sehingga naik bau Lepas tu blend semua bahan Cili kering kisar 1 biji kentang russet 2...
Diam Diam Hamish Daud Beri Kejutan Istimewa Di Hari Ulang Tahun Raisa

Diam Diam Hamish Daud Beri Kejutan Istimewa Di Hari Ulang Tahun Raisa

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 304 hits
Raisa Andriana genap berusia 29 tahun pada 6 Juni 2019 kemarin Suami Raisa Hamish Daud diam diam telah menyiapkan kejutan istimewa untuk sang istri
Hari Lahir Ustaz Arifin Ilham Hari Ini Alvin Kenang Momen Istimewa Bersama Sang Ayah

Hari Lahir Ustaz Arifin Ilham Hari Ini Alvin Kenang Momen Istimewa Bersama Sang Ayah

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 316 hits
Tanggal 8 Juni hari ini merupakan hari lahir Ustaz Arifin Ilham Anak sulung almarhum Alvin Faiz kembali mengenang sosok sang ayah Hal itu diungkapkan Alvin di akun instagramnya
Valencia Bina Patung Khas Untuk Memperingati Penyokong Istimewa

Valencia Bina Patung Khas Untuk Memperingati Penyokong Istimewa

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 266 hits
Valencia telah membuat satu patung khas bagi memperingati salah seorang pemegang tiket bermusim yang istimewa mereka di Mestalla Pemegang tiket tersebut bernama Vicente Aparacio telah pun meninggal dunia 2 tahun yang lalu Mendiang merupakan...
Nasi Bakar Menu Istimewa Di Pasar Ramadan Berasal Dari Indonesia

Nasi Bakar Menu Istimewa Di Pasar Ramadan Berasal Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 525 hits
Nasi Bakar Daging Nasi Bakar Ayam Rendang Pernah rasa menu istimewa ini tak Nasi Bakar asalnya dari Indonesia Malah ia merupakan santapan diraja dan menjadi makanan kategori eksotik di Indonesia Kebiasaan nasi bakar adalah nasi bersantan ya...
Doa Dimakbulkan Ketika Sujud Saat Istimewa Hamba Paling Dekat Dengan Penciptanya

Doa Dimakbulkan Ketika Sujud Saat Istimewa Hamba Paling Dekat Dengan Penciptanya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 451 hits
Doa Dimakbulkan Ketika Sujud Saat Istimewa Hamba Paling Dekat Dengan PenciptaNya Indahnya apabila mendapat kemanisan sewaktu beribadah Apa jua keresahan jiwa masalah yang menimpa bagaikan hilang dan hati semakin tenang apabila mengadu segal...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Lirik Lagu Di Saat Aku Mencintaimu Dadali Dyrga

Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin

James Jacob Pengujung Pengerindu Chord

Layan Cucur Bawang Untuk Menu Tengahari

Maksud Gen Z Gen X Gen Y Gen Alpha Generasi Strawberry Dan Baby Boomers

The Fishermans Wife A Story Of Greed And The Fickleness Of Fortune