Rendang Hijau Ayam




Alhamdulillah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri pda hari sabtu 22 April 2023. Dalam masa sama hati merasa sangat sedih kerana Ramadhan akan berlalu. Saya sangat sukakan Ramadhan atas banyak sebab selain ganjaran pahala dan kelebihan yang Alah tawarkan. 
Ramadhan telah merapatkan hubungan kekeluargaan kami bila berbuka puasa dan bersahur bersama sama. Kalau hari biasa, suami dan anak anak bekerja dan ada yang balik lambat. Jadi waktu makan malam memang tak sama. 
Tahun ini semua anak anak kecuali Juita beraya di London. Boy akan ke sana pada hari raya ketiga. Jadi raya tahun ini, hanya kami bertiga sahaja. Saya mengajak mereka untuk balik ke Kelantan kerana dah lama tidak menziarahi pusara kedua orang tua. 
Tapi rezeki menyebelahi bila raya diisyiharkan pada hari Sabtu. Ini bermakna pagi raya pertama, saya telah berada di Kelantan. Yeaay gembiranya hari kerana telah sekian lama saya tidak berada di sana pagi raya pertama. 
Biasanya hidangan raya hanya ada di hari raya pertama seperti nasi dagang. Kalau hari kedua, dah tinggal ketupat palas yang dah dipanaskan. Kalau bernasib baik, ada yang memasak nasi dagang hari kedua. Kalau nasi dagang rumah kakak saya memang banyak lauk pauknya seperti gulai ikan tongkol, kerutuk itik serati dan gulai ayam. Yang bestnya sebab ada sambal kelapa dalam nasi dagang Kelantan. 
Tahun ini juga saya berpeluang makan gulai kambing dengan cicah roti bata di majlis kesyukuran rumah abang dan kakak. Haa dah tak sabar sungguh. Maklum lah saya dah lama mengalami masalah tiada selera makan. Jadi bila balik ke sana, baru lah rasa macam macam nak makan. Semua rasa berselera.

Haa ini adalah rendang hijau yang saya masak untuk hidangan raya tahun ini. Tapi nampak gayanya tak sempat beraya di sini. Jadi saya simpan dalam peti beku untuk dimakan selepas balik nanti. Juga disimpan untuk anak anak makan selepas mereka balik dari London. 
Untuk hidangan raya mereka hari ini, saya telah sediakan lemang, rendang ayam dan rendang tok. Mereka cuma perlu merebus nasi impit. Hari ini Nana menpunyai exam. Doakan agar Nana dipermudahkan segala urusan dan lulus dengan cemerlang. Aamiin.  
Mungkin sebab dah biasa tengok rendang berwarna kemerahan, jadi setiap kali tengok rendang hijau memang rasa sangat menyelerakan. Tak kiralah rendang hijau ayam atau daging. 
Saya suka rendang hijau kerana memasaknya tidak selama memasak rendang menggunakan cili kering. Jadi sekejap jer dah siap. Tak perlu berlama lama di dapur. Yang penting, rasanya sedap gitu. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen Youtube Channel untuk melihat video penyediaannya di SINI. Selamat mencuba......


Rendang Hijau AyamOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:1 ekor ayam - 1 ½ kg ayam½ kg santan4 helai daun kunyit - dihiris kasar3 - 4 helai daun limau purut - disiat2 keping asam keping2 batang serai - ketuk3 sudu besar kerisik2 sudu besar gula perang¾ sudu besar garam ½ cawan minyak masak
Bahan kisar halus:15 biji cili padi hijau5 batang cili hijau3 biji bawang besar - 175 gram5 ulas bawang putih2 inci halia - 20 gram1 inci lengkuas - 10 gram2 inci kunyit hidup - 1 ½ sudu besar kunyit3 batang serai – dihiris3 biji buah keras
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar atas api sederhana sehingga wangi dan terbit minyak. 
Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam kecut.

Kemudian masukkan daun limau purut, serai dan asam keping. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
Masukkan santan. Setelah santan terbit minyak, masukkan kerisik, gula dan garam. Renih atas api yang kecil hingga rendang kering dan terbit minyak.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan beberapa biji cili padi.

Masak sehingga rendang kering yang disukai. Tutup api. Bolehlah dihidangkan.

Nota:Jika kuatir ayam hancur, boleh keluarkan ayam setelah separuh masak dan bila hampir kering, masukkan semula ayam. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/rendang-hijau-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Berbuka 24 Ramadan Ayam Rendang Dan Sayur Campur

Menu Berbuka 24 Ramadan Ayam Rendang Dan Sayur Campur

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 627 hits
Ayam rendang lagi Ye ayam rendang baki yang tinggal beberapa ketul Konon nak buat sahur tapi kami berdua terbabas sahur Sedar sedar dengar azan subuh Redha je lah terlepas sahur Rezeki lauk berbuka harini lah Jadi tak perlu masak lauk utama...
Rendang Pedas Ayam My Signature Recipe

Rendang Pedas Ayam My Signature Recipe

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 337 hits
Alhamdulillah hari ini kita telah berada pada hari ke 24 Ramadhan Malam ini malam ke 25 Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah tanpa mengira malam ganjil atau malam genap di malam malam akhir Ramadhan ini Insya Allah jika kita ikhlas k...
Resepi Sambal Hijau Ayam Petai

Resepi Sambal Hijau Ayam Petai

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 251 hits
Sambal Hijau Ayam PetaiBahan bahan Ayam 1 2 ekorPetai Bawang besar 1 biji Bawang putih 5 ulas Cili api 15 biji Cili hijau 3 bijiKiub pati ayam knoor 1Garam dan gula sedikit kalau nak letak belacan sikit pun boleh Cara cara Basuh ayam dan to...
Ayam Masak Rendang Cili Padi Pedas Pedas Sedap Sesuai Makan Dengan Nasi Impit Lemang

Ayam Masak Rendang Cili Padi Pedas Pedas Sedap Sesuai Makan Dengan Nasi Impit Lemang

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 188 hits
Resipi rendang ada banyak versi Setiap satu mengikut selera orang yang memasaknya Salah satu jenis rendang yang menjadi kegemaran adalah Rendang Ayam Cili Padi Rasanya berlemak dan pedas pedas sesuai sangat dimakan bersama nasi impit atau l...
Rendang Ayam Nogori Rasa Kick Pedas Cili Padi Mudah Rupanya

Rendang Ayam Nogori Rasa Kick Pedas Cili Padi Mudah Rupanya

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 268 hits
Rendang merupakan menu wajib hari pada hari raya Pelbagai jenis rendang ada tapi jika anda mahukan resipi rendang yang ringkas serta cepat masak Rendang ayam nogori atau rendang ayam negeri sembilan ini memang ada perlu cuba Resipi dari sau...
Tuang Masak Dan Nikmati Keenakan Rendang Asli Dalam 30 Minit Dengan Pek Permulaan Rendang Ayam Brand Yang Baharu

Tuang Masak Dan Nikmati Keenakan Rendang Asli Dalam 30 Minit Dengan Pek Permulaan Rendang Ayam Brand Yang Baharu

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 261 hits
Bagi rakyat Malaysia rendang adalah hidangan wajib semasa bulan Ramadan dan ketika sambutan Hari Raya Sungguhpun demikian tekanan inflasi global telah memberi kesan terhadap harga setiap hidangan klasik Satu lagi sebab kenaikan harga itu ad...
Kenapa Ayam Mahal

Kenapa Ayam Mahal

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 184 hits
Ayam mahal lah RM9 50 kg kata Ali Eh murah lah ayam RM5 kg kata Siti Tak payah makan ayam Kita makan ikan aja kata Salmah Kaya kaya lah tokey ayam Ayam mahal kata Seman Report harga ayam Jika melebihi harga adalah tidak wajar Keuntungan har...
Resipi Kuzi Ayam Warisan Istana Sajian Popular Dari Kelantan

Resipi Kuzi Ayam Warisan Istana Sajian Popular Dari Kelantan

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 431 hits
Sedapnya Kuzi Ayam Hidangan ini asalnya adalah menu para kerabat istana Kuzi biasanya dihidang sewaktu raya dan dinikmati bersama Roti Jala ataupun Roti Benggala Bila dilihat pada bahan bahannya namak banyak tetapi ia sangat berbaloi dengan...
Resipi Sup Ayam Lada Hitam Mudah Dan Sedap

Resipi Sup Ayam Lada Hitam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 245 hits
Resipi sup ayam lada hitam ini memang boleh membuka selera bagi yang kurang berselera nak makan Kadang di bulan puasa ada yang selera makan berkurang Tambah lagi pada waktu sahur Sup ini boleh merangsang selera kita Boleh ratah atau makan d...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport