Kenapa Ayam Mahal
“Ayam mahal lah RM9.50/kg” kata Ali
“Eh murah lah ayam RM5/kg” kata Siti
“Tak payah makan ayam. Kita makan ikan aja” kata Salmah
“Kaya-kaya lah tokey ayam. Ayam mahal” kata Seman
“Report harga ayam. Jika melebihi harga adalah tidak wajar. Keuntungan harus hanya 10% sahaja” kata Pak Menteri
Sebenarnya atas dasar apa semua kata-kata diatas. Berdasarkan kajian dari mana
Adakah tuan-tuan tahu kos :
1. Anak ayam - harga anak ayam pernah mencecah RM2.60/ekor. Harga sekarang RM2.30/ekor. Tak mustahil akan naik melebihi RM2.60/ekor
2. Dedak atau makanan ayam. Kalian tahu ke harga dedak ayam. Bahawa bahan-bahan untuk membuat dedak ayam tu adalah dari jagung dan soya. Yang semuanya diimport.
3. Kos elektrik. Ayam ni duduk dalam aircond. Menggunakan elektrik. Semasa PKP, kos letrik kalian meningkat. Semua bising. Inikan pulak kos elektrik untuk ayam. Puluhan ribu untuk satu ladang
4. Kos pekerja. Gaji minimum. Segala pematuhan. Hari cuti gaji 2 kali ganda. 3 kali ganda. Sedangkan kita tidak boleh menjual pada harga ganda-ganda
5. Kematian ayam apabila diternak. Akibat penyakit. Akibat cuaca yg tidak sesuai kepada ayam. Akibat baka sabotaj. Akibat kualiti dedak ayam. Akibat pekerja yang cuai
6. Segala kos plastik pembungkusan. Semua naik harga.
7. Kos ubat-ubatan, supplement dan probiotik ayam. Kebanyakkan juga diimpot
Ehhh kalau macam tu. Mahalnya anak ayam. Buat lah anak ayam sendiri.
Apa kau ingat buat anak ayam. Macam buat anak kucing. Lepaskan kucing kau merayau-rayau. Balik mengandung
Pelaburan untuk membina breeder dan hatchery bukan murah. Bukan mudah. Ianya perlu teknology yang bukan biasa-biasa. Ladang perlu dibina. Ibu ayam harus dijaga dengan baik. Supaya anaknya baik-baik. Kalau anaknya hancus. Semua rantaian hancus
Itu belum lagi bercakap tentang Prosedur kerajaan nak buat Breeder Farm dah Hatchery. Mau ambik masa 2 tahun. Baru nak lulus
Hatchery adalah tempat penetasan. Bukan nak tetaskan ayam 10 ekor tau. Macam mak ayam di rumah kita dulu-dulu. Dia eram-eram. Jadi anak ayam turun sepuluh. Ini tentang mengeluarkan 1 juta ekor anak ayam sebulan
Ehhhh buat lah dedak sendiri. Kau ingat buat dedak macam buat kuih sagon ka. Kau cari kelapa. Cari tepung. Goreng-goreng. Masukkan gula. Masukkan dalam bekas. Makan dengan kawan-kawan. Lepas tu bersembur dari mulut. Bila kau ketawa
Dedak ini content dia soya dan jagung. Ianya diimport. Ada taiko dan cartel. Mereka bawa masuk 1 kapal. Kalau kau tak nak beli dedak dia. Nak buat sendiri. End up kena beli jagung dia juga. Last-last jagung yang kau dapat. Jagung reject
Dah berapa ramai Melayu lingkup. Buat kilang dedak. Kau tahu ke? Atau buat-buat tak tahu
Bila kawan tu lingkup. Semua buat tak kenal. Walhal sebelum tu kawan-kawan punya bagi semangat :
Kau bina kilang dedak
Kau buat anak ayam kau sendiri
Kau boleh
Kau boleh
End up that kawan tu MUFLIS! Semua lari
Ehhh kawan saya buat ok aja
Sure ke dia ok???? Atau dia sekarang dah senak dalam dia
Yang pastinya. Taiko taiko besar dah SEDAP untung di anak ayam. Pak Menteri kacau harga peniaga ayam runcit. Kacau harga penternak ayam. Yang kos anak ayamnya boleh bermula dari 80 sen ke RM2.60/ekor
Suatu hari nanti AKAN TERJADI MONOPOLI. Masa itu mereka semua sepakat. Naik naik. Turun turun. Kau cakap mahal. Mahal la kau. Suka kau beli. Tak suka sorry. Cuba tengok di Sandakan Sabah. Semua penjual runcit menjual ayam yang sama betuk. Maksudnya dari kilang yang sama
Itu belum lagi hal sorang peniaga ayam ni. BERNIAGA SAMBIL SEDEKAH. 365 hari setahun. Sampai kawan-kawan lain kena tutup kedai. Akibat tak mampu lawan harga. Harga tak balik modal. Kau ni Jutawan Arab ka
Pernah tak kau fikir. Teh ais tu.
Bahan dia:
1. Gula 2 camca.
2. Air panas.
3. Serbuk teh 10 gram. Boleh buat 30
gelas
4. Ice.
Dan harga dia RM2/gelas. Kau tak cakap mahal pulak. Duduk aja di meja makan.
Nak minum apa boss
TEH AIS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zulfattah.net/2020/06/kenapa-ayam-mahal.html