Remaja Warga Asing Ditahan Semasa Leka Curi Kulit Tangar Di Tapak Ramsar Hutan Simpan Trusan Kinabatangan


RAMPAS: Kulit kayu tangar bernilai RM12,350 yang dirampas daripada suspek remaja berkenaan. FOTO Jabatan Perhutanan Sabah Sindiket dari Filipina sasar curi kulit kayu tangar Sabah KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki warga asing yang leka mencuri kulit tangar di tapak Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) hutan simpan Trusan Kinabatangan berjaya ditahan dalam satu serbuan bersepadu.


Ketua Konservator Hutan Sabah, Frederick Kugan berkata aktiviti suspek berumur 16 tahun dari Taganak Filipina itu dikesan melalui penggunaan ‘dron’ semasa pasukan serbuan melakukan pemantauan di sekitar lokasi terbabit.

“Sebaik mendapat maklumat pencerobohan itu, kita melaksanakan satu serbuan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Kinabatangan Ajamain Alias bersama 20 kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Kinabatangan dengan dibantu kakitangan Pejabat Perhutanan Wilayah Sandakan.


“Hasil serbuan berjaya menahan suspek yang sedang asyik memunggah masuk kulit tangar ke dalam perahu jenis kecil dikenali sebagai ‘Bogo-Bogo’ yang digunakan untuk mengangkut kulit tangar dari lokasi terpencil di tengah hutan bakau,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata turut dirampas semasa serbuan terbabit ialah kulit kayu tangar seberat lebih kurang 950 kilogram bernilai RM12,350.

CURI: Perahu ‘Bogo-Bogo’ yang digunakan untuk mengangkut kulit kayu tangar dari lokasi terpencil di tengah hutan bakau. “Pasukan serbuan turut merampas lapan khemah, sembilan perahu Bogo-Bogo, kelengkapan memasak, tiga gelen berisi beras, sembilan gelen berisi air, dua bilah kapak, tiga alat pengupas kulit tangar dan guni berisi pakaian yang dipercayai digunakan sepanjang menjalankan aktiviti mencuri kulit kayu tangar di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan juga mendapati kira-kira 170 pokok tangar ditumbangkan membabitkan keluasan dua hektar untuk mendapatkan kulit kayu yang dirampas,” katanya.

Tambahnya pihaknya akan menjalankan operasi selanjutnya yang akan disertai Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Pos Mumiang bagi mengesan saki baki rakan sejenayah suspek yang berjaya melepaskan diri.

Katanya suspek yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30(1)(g) Enakmen Hutan 1968 iaitu memiliki barangan hutan (kulit kayu tangar) secara tidak sah bagaimanapun sudah dituduh dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses pengurusan penghantaran pulang ke negara asal.


Bercakap lanjut berkenaan kes ini, Frederick berkata lokasi Sungai Pitas, Sungai Inarab, Sungai Sugut, perairan Pulau Jambongan, Persisir Perairan Pulau Bangi dan Kuala Meruap adalah sasaran utama bagi pencuri kulit tangar rentas sempadan yang dipercayai berpangkalan di negara jiran.

“Lokasi ini sangat padat dengan spesis kayu tangar yang mempunyai bahagian kulit yang sesuai dijadikan pewarna pakaian serta bahan campuran di dalam industri minuman.

“Modus operandi pencuri adalah menyelinap masuk secara haram di semua lokasi sasaran dan tidak dinafikan terdapat penglibatan orang tempatan yang bertindak sebagai dalang didalam sindiket ini,” katanya.

Tambahnya lokasi kes pengambilan kulit tangar terletak di dalam Tapak Lembangan Kinabatangan dan Segama seluas 78,000 hektar iaitu salah satu tapak Ramsar paling luas di Malaysia dan menjadi perhatian seluruh dunia. “Aktiviti mencuri kulit kayu tangar ini akan menjejaskan nama baik Sabah khususnya dan Malaysia amnya sekiranya aktiviti seumpama ini tidak dibendung.


“Ekosistem Bakau di kawasan ini juga adalah habitat atau sumber pembiakan ikan yang penting untuk Sabah, gangguan habitat ini akan menjejaskan potensi hasil tangkapan ikan nelayan tempatan disamping mengurangkan kepelbagaian diversiti flora di kawasan ini.

“Jabatan Perhutanan akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan dengan menambah keupayaan kakitangan termasuk menggunakan sepenuhnya Unit Khas Penguatkuasa Jabatan Perhutanan atau “Protect Team” yang terlatih dalam pelbagai situasi jenayah perhutanan dan dilengkapi dengan kemudahan bot berkapasiti tinggi untuk memudahkan lagi pengawalan kawasan hutan kita,” katanya.

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa like facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/remaja-warga-asing-ditahan-semasa-leka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Miliki Kulit Kayu Tangar Dipenjara 3 Bulan

Warga Asing Miliki Kulit Kayu Tangar Dipenjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 403 hits
Suspek warga asing yang ditahan selepas menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit kayu tangar dipenjara 3 bulan KOTA KINABALU Seorang warga asing berumur 38 tahun dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan selepas memiliki kulit k...
Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 377 hits
Annabelle LeePada Isnin lalu orang ramai dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Selangor telah memindahkan separuh daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada sebuah syarikat swasta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan hal ...
Tldm Tahan 13 Pendatang Asing Dipercayai Warga Indonesia Di Perairan Teluk Ramunia

Tldm Tahan 13 Pendatang Asing Dipercayai Warga Indonesia Di Perairan Teluk Ramunia

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 174 hits
Tentera Laut Diraja Malaysia menahan sebuah bot bersama 13 pendatang tanpa izin dipercayai warganegara Indonesia kerana menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan di kira kira empat batu nautika selatan dari Teluk Ramunia Jo...
Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 346 hits
Mesyuarat pengerusi pengerusi komponen Pakatan Harapan Selangor hari ini memutuskan agar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membincang dan memutuskan hala tuju penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam Majlis Mesyuar...
Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 236 hits
MALAYSIA NOW Takiyuddin berkata Malaysia komited untuk memastikan sekurang kurangnya 50 daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Menteri Tenaga dan Sumber Asli ...
Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 239 hits
Nilai biodiversiti hutan simpan dan kawasan gantian hampir sama SHAH ALAM Kerajaan negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara Jabatan P...
Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 265 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Apakah ada deal yang cuba disorokkan kerajaan PH Selangor BANGI Kenapa hutan simpan Kuala Langat Utara menjadi mangsa sedangkan banyak tanah tanah lain di Selangor yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan Persoa...
Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam Ops Pasar

Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam Ops Pasar

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 537 hits
KUANTAN Enam lelaki termasuk lima warga asing ditahan kerana berpakaian wanita dan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral sekitar bandar Kuantan di sini malam tadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Muhammed Rizal...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls