Reformasi 7 Perkara Ismail Cuba Dapatkan Sokongan Rakyat



Pengumuman 7 pembaharuan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri semalam disifatkan sebagai cubaan mengalihkan isu selepas pemimpin Perikatan Nasional 2.0 tersebut terlepas peluang membentuk kerajaan pembaharuan dan mula mendapat maklum balas negatif daripada rakyat.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, PM Ismail sewajarnya mengambil kesempatan pertama selepas dilantik pada Ogos lalu dengan membariskan tokoh-tokoh berkaliber dalam kabinetnya.
Katanya, ‘silat politik’ Ismail kelihatan bermula baik apabila menjemput pemimpin Pakatan Harapan bertemu, namun perubahan itu terhenti akibat pertarungan kuasa yang memuncak, dan akibatnya beliau terlepas peluang memupuk keyakinan rakyat dengan melantik ahli politik yang dipertikaikan ke jawatan menteri.
“Apa bagusnya (pada peringkat permulaan)? Optiknya kerajaan dipimpin beliau serius melakukan kerja dan apa sepatutnya sebagai ketua untuk membuat jajaran dengan anggota Parlimen pembangkang.
“Namun selepas pertemuan itu, diumumkan kabinet. Rakyat tengok kabinet yang sama. Jumlah kabinet pun sama. Ada sedikit adjusment, kemudian dilantik Mahiaddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). Bagaimana kita nak jangkakan keputusan berbeza (tidak gagal) bila kita buat perkara yang sama?
“Di sini dia telah hilang peluang. Sebab itu dia kena tampung dengan pengumuman yang bersifat populis. Saya tegaskan beliau sepatutnya mengambil peluang dengan mencorakkan keadaan negara pasca pandemik Covid.
“Sepatutnya kestabilan politik diutamakan kalau beliau mempunyai azam politik untuk memberikan pembangunan ekonomi kepada mereka yang dibuang kerja dan sebagainya.
“Saya percaya beliau akan mendapat sokongan lebih baik daripada pengumuman bersifat tempelan (7 perkara). Kita masih lagi tak boleh jangka sejauh mana hal (pembaharuan) itu dilakukan. Untuk ekonomi dan Covid nampaknya beliau telah terlepas (peluang),” katanya dalam forum maya, “Politikkopi: Perkembangan Seminggu”, malam tadi.
Bagaimanapun, Shamsul mengakui pembaharuan yang diumumkan PM Ismail tersebut baik untuk perkembangan demokrasi di Malaysia tetapi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengingatkan sebagaimana dialog khusus dalam filem seniman agung P. Ramlee bahawa kebaikan berkemungkinan mempunyai makna lain di belakangnya.
“Dia umum undang-undang anti lompat parti, Undi 18, PM 10 tahun. Biarpun diakui sebagaiannya dari tuntutan reformasi sejak 1998 dan sewajarnya ini perkara baik yang diumumkan
“Namun dalam hal ini saya ingat kata-kata filem P. Ramlee, ‘baik ada makna’. Apakah setelah umum 7 tranformasi ini nanti diumum pula Najib sebagai penasihat ekonomi? Ini jadi masalah kepada negara.
“Sudahlah baru-baru ini diumumkan PM gagal sebagai pengerusi MPN. Jadi apakah kali ini tujuan yang ingin dibawa?” tanyanya.
Selain itu, Shamsul juga agak terkilan kerana PM mengumumkan pembaharuan 7 perkara tersebut ketika rundingan antara pihak Kerajaan dan Pembangkang masih berjalan berhubung isu berkenaan
Katanya, hal yang ditawarkan itu sebenarnya tidak jauh bezanya daripada tawaran Mahiaddin Yassin sebelum ini, cumanya pembangkang menolak ketika itu pentadbiran Mahiaddin telah sampai kepenghujungnya dan hanya kerajaan minioriti.
“Ada beza ketika Mahiaddin membuat hubungan dengan pembangkang dan Ismail berhubung dengan pembangkang?
“Ketika tawaran diberikan Mahiaddin, beliau telah minioriti tetapi Ismail (berhubung dengan pembangkang ketika) dia baru sahaja menjadi PM. Sudah tentu ada jangkaan rakyat bahawa mungkin akan ada perubahan.
“Dan perubahan itu ialah beliau menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu bertemu di Putrajaya,” ujarnya.
Menjawab soalan moderator mengenai usul Undi Percaya yang seakan-akan takut untuk dibentangkan di Dewan Rakyat, Shamsul bersetuju bahawa usul itu seharusnya disegerakan pada hari pertama sidang Parlimen 13 September ini.
“Apa salahnya PM datang pada Isnin nanti dengan memasukkan usul Undi Percaya. Kalau kita nak masuk usul Undi Tak Percaya sukar berlaku kerana urusan kerajaan lebih utama. Kerajaan perlu masukkan Undi Percaya.
“Sepatutnya dia mulakan (pentadbiran) dengan satu tindakan yang boleh diterima oleh rakyat.
“Bagi saya isu keabsahan ini akan terus menghantui. Pergawai kerajaan pun bingung nak bagi sokongan, nanti tukar balik (kerajaan jatuh sekali lagi),” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33045

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 281 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Langkah Mengurung Rakyat Tidak Lagi Sesuai Pm Ismail Sabri

Langkah Mengurung Rakyat Tidak Lagi Sesuai Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 241 hits
Langkah mengurung rakyat tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini Menurut Bernama katanya tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan masalah lain termasuk gangguan kesihata...
Lebih Baik Dia Cuba Jadi Rakyat Biasa Izwan Azir Saleh Sindir Siapa Tu

Lebih Baik Dia Cuba Jadi Rakyat Biasa Izwan Azir Saleh Sindir Siapa Tu

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 306 hits
Penyampai radio Buletin FM Izwan Azir Saleh meluahkan pandangannya mengenai pihak yang meminta orang lain untuk terjun dari sesuatu kawasan tanpa menggunakan payung terjun
Ismail Sabri Adalah Pm Kepada Rakyat Bukan Hanya Presiden Umno

Ismail Sabri Adalah Pm Kepada Rakyat Bukan Hanya Presiden Umno

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 290 hits
agendaily com17 9 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Seperkara yang perlu difahami selepas perjanjian Memorandum Persefahaman kerajaan dengan pembangkang adalah Datuk Seri Ismail Sabr...
Undi Percaya Ismail Takut Apa Jika Ada 114 Sokongan

Undi Percaya Ismail Takut Apa Jika Ada 114 Sokongan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 406 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu bimbang untuk membentangkan usul Undi Percaya di Parlimen ketika beliau dikatakan memilikki sokongan 114 kerusi Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ...
Mou Kerjasama Pn Ph Bukan Sokongan Mutlak Kepada Pm Ismail

Mou Kerjasama Pn Ph Bukan Sokongan Mutlak Kepada Pm Ismail

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 292 hits
Memorandum kerjasama yang ditandatangani antara Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu bukanlah memberi sokongan mutlak kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana dakwaan se...
Reformasi Pm Ismail Kitar Semula Idea Mahiaddin

Reformasi Pm Ismail Kitar Semula Idea Mahiaddin

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 374 hits
Pembaharuan politik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam tidak lengkap tanpa disekalikan dengan pembaharuan ekonomi dan penjagaan kesihatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PM Ismail seharusnya mema...
Reformasi Ismail Sabri Tidak Ada Strategi Baru Tangani Covid

Reformasi Ismail Sabri Tidak Ada Strategi Baru Tangani Covid

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 225 hits
Pemabaharuan yang dicadangkan oleh pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam tidak sepatutnya terhad kepada politik semata mata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata pembaharuan perlu ...
Ph Kerajaan Ismail Akan Meterai Mou Reformasi

Ph Kerajaan Ismail Akan Meterai Mou Reformasi

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 222 hits
PH kerajaan Ismail akan meterai MoU reformasi Pemimpin dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan mencapai persetujuan untuk menjalin kerjasama politik antara kedua dua blok dan akan memeterai satu memora...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur