Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September


 
Perdana Menteri (PM) ke 9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin.





Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tiada apa yang perlu dikhuatirkan oleh Ismail Sabri kerana Pakatan Harapan (PH) telah memberi jaminan tidak akan mempersulitkan beliau dalam pengundian tersebut.





"Jadi beban tanggungjawab memenuhi permintaan adil dan saksama dari Yang di-Pertuan Agong terletak ke atas bahu PM Ismail Sabri Yaakob.





"Jika Ismail Sabri lulus ujian pertama mendapatkan sokongan ahli Dewan Rakyat secara Akuan Bersumpah sebanyak 114 undi, dan suatu Kabinet atau Jemaah Menteri yang lengkap telahpun dilantik dan mengangkat sumpah, ditambah sikap positif dan bertanggungjawab Blok Pembangkang yang mahukan wujudnya keadaan politik yang stabil dan sehat, maka tidak wajar dan tidak ada alasan untuk Perdana Menteri takut atau bimbang membentangkan Usul Percaya yang permintaanya telah didekrikan oleh Agong.





"Sebaliknya jika PM Ismail Sabri ingkar terhadap permintaan yang di-Pertuan Agong itu maka kesannya akan merugikan PM sendiri. Keabsahannya akan terus dipersoalkan seperti nasib malang yang pernah menimpa Muhyiddin Yassin. PM ke-9 ini akan dilihat sebagai pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri jika beliau enggan membentangkan Undi Percaya terhadap dirinya," kata Hassan kepada Suara Keadilan.





Sebelum ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang memberitahu media bahawa usul Undi Percaya tidak terdapat dalam jadual untuk sidang Parlimen sesi September, yang memberi makna berkemungkinan usul tersebut akan ditunda ke tarikh lain.





Dalam hal tersebut, bagi Hassan, selain mendapatkan keyakinan rakyat, usul Undi Percaya juga penting dalam persepsi rakyat mengenai hubungan PM dan Yang di-Pertuan Agong. Tanpa titah tersebut tertunai, katanya, maka kesetiaan Ismail kepada Agong dipertikaikan sebagaimana PM sebelum beliau.





"Jadi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menghormati saranan Yang di-Pertuan Agong supaya Undi Percaya dibentangkan di Dewan Rakyat.





"Agong ingin berkongsi kuasa dengan Dewan Rakyat, suatu institusi kekuasaan rakyat di bawah sistem demokrasi berparlimen yang bersumberkan kekuatannya dari mandat rakyat hasil dari proses pilihan raya





"Jika Saranan Yang di-Pertuan Agong itu dipatuhi oleh PM dan Jemaah Menteri yang baru dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri maka satu konvensyen yang kukuh dari segi Perlembagaan dapat dibina di mana, kuasa menentukan keabsahan seseorang PM dan Jemaah Menterinya dilakukan di dalam Dewan Rakyat.





"Kerajaan baru di bawah pimpinan PM ke-9 ini akan kelihatan kukuh dan berwibawa jika ia dapat melepasi ujian Undi Percaya," katanya.





Mengenai usul kerajaan yang sering diutamakan dalam sidang Parlimen sebagaimana alasan yang diutarakan Speaker Dewan Rakyat ketika pentadbiran Mahiaddin Yassin yang lalu, Hassan berkata usul percaya adalah hal kerajaan dan itu sepatutnya lebih diutamakan daripada yang lain.





"Undi Percaya ini datang dari suatu usul yang dibawa oleh kerajaan, yang diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat di bawah Aturan 15 (1), yang menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain," katanya lagi.





Tambah Hassan, kedudukan Ismail ketika ini adalah yang terbaik kerana telah mempunyai 114 sokongan dan tidak ada sebarang usul tidak percaya terhadap PM dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang, ataupun dari ahli backbancer Kerajaan.





Jadi, tiada sebab untuk Ismail menundanya. Sebaliknya kegagalan untuk melakukan usul percaya itu, ujar Hassan, akan menimbulkan keraguan dan menjatuhkan imej Ismail sebagai PM daripada BN yang diwar-warkan sebagai penyelamat negara serta didakwa disokong oleh blok kerajaan dan pembangkang.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/pm-ismail-sabri-dikecam-rakyat-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 198 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 31 2021Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 6 September depan ditangguhkan kepada 13 September dan tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Si...
Usul Undi Percaya Pembangkang Tidak Mahu Sulitkan Sokong Ismail Sabri

Usul Undi Percaya Pembangkang Tidak Mahu Sulitkan Sokong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 337 hits
agendadaily com25 8 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat mungkin tidak menentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika usul undi percaya dibentangkan di Parlimen ...
Anwar Dakwa Belum Ada Petanda Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

Anwar Dakwa Belum Ada Petanda Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata belum ada petanda usul undi percaya akan diadakan di Parlimen setakat ini walaupun Yang di Pertuan Agong menitahkan Perdana Menteri baharu perlu menunjukkan beliau mendapat sok...
Pm Ismail Sabri Pusing Pusing Isu Undi Percaya Takut Apa

Pm Ismail Sabri Pusing Pusing Isu Undi Percaya Takut Apa

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 302 hits
Kenyataan Peguam Negara bahawa usul Undi Percaya di Dewan Rakyat seolah olah mengurangkan kuasa Yang di Pertuan Agong dalam hal melantik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan ahli polit...
Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 358 hits
ARIF ATANPengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh menganggap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob takut dengan parti parti dalam kerajaan berhubung tuntutan undi percaya Presiden PKR itu berkata proses undi percaya mer...
Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 221 hits
September 6 2021 Dua kesimpulan dapat dibuat jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob enggan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat kata Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad Menurutnya kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa pe...
Usul Percaya Apa Yang Ismail Sabri Takutkan

Usul Percaya Apa Yang Ismail Sabri Takutkan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 276 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Beberapa Kemungkinan Pada Sidang Parlimen Pertama Ismail Sabri

Beberapa Kemungkinan Pada Sidang Parlimen Pertama Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 262 hits
Malaysiakini Parlimen akan bersidang semula pada 13 September yang merupakan kali pertama ia bersidang di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru Ismail Sabri Yaakob Ini juga merupakan persidangan Dewan Rakyat secara bersemuka pertama da...
Usul Undi Percaya Di Parlimen Tidak Perlu Dunia Akan Ketawakan Kita Kalau Tukar Pm Lagi Tun M

Usul Undi Percaya Di Parlimen Tidak Perlu Dunia Akan Ketawakan Kita Kalau Tukar Pm Lagi Tun M

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh Dr Mahathir Mohamad USUL undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen tidak lagi perlu dilakukan kerana memberi risiko berulang pergolakan politik dalam negara kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahat...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga