Utamakan Produk Muslim Untuk Kembalikan Dominasi Kuasa


Ustaz Hazizi Abdul Rahman  Dominasi kafir ke atas ekonomi negara mesti ditamatkan: Ustaz Hazizi



ALLAH mewajibkan umat Islam supaya memiliki kuasa, kerana hanya dengan kuasa sahaja umat Islam mampu melindungi agama yang suci ini.

Perkara ini berdasarkan “Qaedah Kulliyah Syariah” (Hukum Induk) yang berbunyi “Fathu al-Zarai’” (فتح الذرائع), atau yang berbunyi “Ma La Yatimmul Wajib Illa Bihi Fa Huwa Wajib (ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب), atau yang disebut sebagai “Lil Wasail Ahkam al-Maqasid” (للوسائل أحكام المقاصد).

Maksudnya mudah difahami begini; Apabila solat yang wajib tidak dapat ditunaikan tanpa berwuduk, maka wuduk itu hukumnya wajib.

Tanpa wuduk, solat yang wajib tidak dapat dilaksanakan. Maka wuduk itu wajib. Begitulah, tanpa kuasa, agama yang wajib dilindungi tidak dapat dilindungi. Maka kuasa itu wajib dimiliki oleh umat Islam.

Setakat mana kuasa yang wajib dimiliki? Jawapannya ialah sehingga boleh menamatkan situasi Islam dan umatnya dibuli sekarang ini. Mesti tahap dominan.

Kita sudah hilang dominasi kuasa politik, selepas kehilangan dominasi kuasa ekonomi sejak dijajah.

Dominasi kuasa politik mesti direbut semula. Dominasi kafir ke atas ekonomi negara mesti ditamatkan. Mendapatkan kuasa dominasi dalam kedua-dua aspek ini adalah wajib, sebagaimana wajibnya wuduk bagi solat yang wajib.

Dan tanggungjawab ini sudah menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap individu muslim mukallaf, mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Ini berdasarkan “Qaedah Kulliyah Syariah” di atas juga, yang membawa maksud bahawa kewajiban usaha merebut kuasa dominasi itu tidak dapat disempurnakan tanpa sumbangan daripada setiap individu muslim, mengikut kadar kemampuan masing-masing, maka wajiblah ke atas setiap mukallaf untuk berusaha (fardhu ‘ain).

Nota untuk asatizah: Situasi umat Islam hilang dominasi kuasa (politik dan ekonomi) adalah situasi “Hajat Ammah” seperti keperluan masyarakat awam kepada pusat rawatan/hospital/doktor, diletakkan oleh para ulama sama taraf dengan “Dharurat Khassah”. 

Maknanya adakah kita menunggu terjadi situasi “Dharurat Ammah” seperti di Turkistan Timur (Xin Jiang) atau Rohingya atau Palestin atau Kasymir, barulah kita memfatwakan wajib untuk berjuang mendapatkan dominasi kuasa? Itu bukan sifat Syariah yang diturunkan oleh Allah Taala.

*Ustaz Hazizi Abdul Rahman,  Naib Presiden Berjasa




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/utamakan-produk-muslim-untuk-kembalikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teruskan Kempen Utamakan Membeli Produk Muslim

Teruskan Kempen Utamakan Membeli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 774 hits
Kempen utamakan membeli produk Muslim adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif Kempen itu bukan bersikap perkauman atau rasis dan jauh sama sekali untuk mewujudkan perbalah...
Utamakan Produk Muslim Jalan Bantu Bangunkan Ekonomi Islam

Utamakan Produk Muslim Jalan Bantu Bangunkan Ekonomi Islam

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 429 hits
DR AHNAD SANUSI AZMI Utamakan produk muslim jalan bantu bangunkan ekonomi IslamRASULULLAH memuji kaum al Asy ariyyin yang mempunyai sikap yang sangat istimewa Kaum al Asy ariyyin ini adalah bangsa yang suka membantu kaumnya sendiri Sabda Ra...
Salahkah Orang Islam Mahu Utamakan Produk Muslim

Salahkah Orang Islam Mahu Utamakan Produk Muslim

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 298 hits
Perbandingan Mujahid terhadap kempen BMF tak relevan BerjasaBANGI Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa yang membandingkan kempen beli produk muslim dengan sentimen bangsa disifatkan sebagai sangat tidak...
Install Apps Produk Muslim Untuk Memudahkan Pengguna Mengenalpasti Produk Muslim Sebelum Membeli

Install Apps Produk Muslim Untuk Memudahkan Pengguna Mengenalpasti Produk Muslim Sebelum Membeli

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 961 hits
Laman sesawang ini akan dilancarkan pada 14hb September 2019 Namun buat masa ini Borang Pendaftaran Perusahaan Industri Muslim sudah diaktifkan Rakan rakan dah boleh mula mendaftarkan perniagaan anda di sini Boleh ke untuk melakukan pendaft...
Apa Yang Tidak Waras Dengan Kempen Beli Produk Muslim

Apa Yang Tidak Waras Dengan Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 481 hits
Kamarul Yusoff Kempen Beli Produk Muslim bukanlah satu benda baru kerana ia telah dilancarkan sejak 2 April 2019 lagi Ia juga bukanlah inisiatif parti parti politik tetapi inisiatif NGO NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Geraka...
Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 490 hits
Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia menyelar tindakan sesetangah pihak yang memfitnah Kempen Utamakan Produk Muslim sebagai satu kempen untuk memboikot produk bukan muslim Presidennya Normala Sudirman turut melahirkan rasa kesal te...
Aplikasi Produk Muslim Semak Produk Keluaran Muslim

Aplikasi Produk Muslim Semak Produk Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1984 hits
Isu boikot produk semakin hangat dibincangkan sekarang ni Kempen boikot produk pula giat dijalankan dan macam biasalah kecaman dan isu perkauman pun timbul Sebenarnya bab memboikot ni adalah sesuatu yang tidak bagus bila melibatkan perkauma...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Kari Sardin Sedap

Cikguku Paling Ohsem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Lukisan Asli Jauh Dari Pengaruh Ai Hasil Assignment Pelajar Tahun 1980 An Buat Netizen Kagum

Lagi Kes Lori Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen Dipercayai Kerana Brek Rosak

Kacang Panjang Tumis Hati Ayam Berempah

Dari Subang Ke Alor Setar Dengan Pesawat Kecil Firefly Atr 72 500

Friday Notes From The Quran Some Words Of Advice