Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik, bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam, tegas Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa.  
Beliau berkata, istilah itu adalah tidak benar dan bukan objektif utama Kempen Beli Produk Muslim yang digerakkan oleh UMMAH bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Menerusi kempen ini, UMMAH hanya mengharapkan sokongan daripada umat Islam di seluruh negara bagi membantu peniaga dan pengusaha muslim.
“Jumlah penduduk muslim di Malaysia ini sebanyak 20 juta, kita harapkan 20 juta ini dapat beli produk muslim. Justeru, kita tak pernah sebut boikot produk bukan muslim. Kita cuma minta umat Islam satukan usaha membeli produk muslim.
“Sekiranya tidak ada produk muslim, barulah mereka boleh mempertimbang untuk membeli produk lain. Kita tegaskan bahawa tiada istilah boikot produk bukan muslim dan beranggapan istilah itu berniat jahat kerana memberi prasangka buruk kepada ahli-ahli perniagaan Islam,” katanya dalam sidang media di Taman Melawati, Gombak, hari ini.
Pada masa sama, beliau memaklumkan UMMAH telah mengadakan dua kempen besar pada tahun ini – pertama pada bulan April dan kedua pada bulan Julai.
Untuk memperkasakan lagi kempen ini, UMMAH bersama NGO lain akan mengadakan ‘roadshow’ dalam beberapa fasa.
“Fasa pertama akan dijalankan di bahagian Utara bermula Pulau Pinang pada 8 September, diikuti Kedah pada 9 September.
“Seterusnya pada 16 September akan di teruskan di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Akhir sekali di Johor. Semua pengusaha produk muslim boleh bertemu kita di roadshow ini. Kita akan buat penerangan kepada pengeluar supaya mereka dapat bergabung bersama-sama,” katanya
Beliau berkata, selepas kempen fasa pertama selesai, UMMAH dengan kerjasama ABATA Commerce Sdn Bhd, akan melancarkan sebuah aplikasi baharu bagi memasarkan produk muslim.
“Kita sasarkan sebanyak 300 produk muslim akan terbabit sama dalam aplikasi berkenaan,” katanyaAntara yang turut terbabit menjayakan kempen ini adalah Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (KOHILAL), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta ABATA Commerce Sdn Bhd.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/ummah-minta-rakyat-sokong-kempen-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Beli Produk Muslim Jom Kenal Produk Muslim

Kempen Beli Produk Muslim Jom Kenal Produk Muslim

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1350 hits
Jom kenal produk MuslimSedang hangat kempen yang menyeru agar kita mengutamakan produk keluaran Muslim mari kita kenal beberapa produk Muslim yang ada Applikasi Produk Muslim di Google StoreUntuk pengetahuan kempen ini di ingatkan sekali la...
Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 594 hits
Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia menyelar tindakan sesetangah pihak yang memfitnah Kempen Utamakan Produk Muslim sebagai satu kempen untuk memboikot produk bukan muslim Presidennya Normala Sudirman turut melahirkan rasa kesal te...
Kempen Produk Muslim Gerakan Pembela Ummah

Kempen Produk Muslim Gerakan Pembela Ummah

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 415 hits
Kenyataan Media Kempen Produk Muslim Gerakan Pembela Ummah 1 UMMAH bersyukur dan berterima kasih kerana kempen membeli produk Muslim telah mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan rakyat terutamanya orang orang Melayu Muslim 2 Namun U...
Kempen Beli Produk Muslim Mahukan Kesucian Atau Boikot Produk Cina

Kempen Beli Produk Muslim Mahukan Kesucian Atau Boikot Produk Cina

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1790 hits
Kecoh baru baru ni apabila Pakatan Harapan marah segelintir umat islam mewar warkan agar semua penganut agama Islam membeli produk buatan Islam atau Muslim sahaja Kisah ni sebenarnya dah lama cuma ia meletup apabila ada campur aduk politik ...
Apa Yang Tidak Waras Dengan Kempen Beli Produk Muslim

Apa Yang Tidak Waras Dengan Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 574 hits
Kamarul Yusoff Kempen Beli Produk Muslim bukanlah satu benda baru kerana ia telah dilancarkan sejak 2 April 2019 lagi Ia juga bukanlah inisiatif parti parti politik tetapi inisiatif NGO NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Geraka...
Kempen Beli Produk Muslim Menteri Pun Goyang

Kempen Beli Produk Muslim Menteri Pun Goyang

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 918 hits
Kempen Beli Produk MuslimSeminggu dua ni di kalangan pengguna muslim telah di kejutkan dengan satu kempen iaitu Kempen Beli Produk Muslim Kempen kesedaran wujud setelah kes tulisan jawiAbang Wayne perasan kempen di giat di jalankan akibat d...
Kempen Beli Produk Muslim Dulu

Kempen Beli Produk Muslim Dulu

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1087 hits
KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DULU1 Kenyataan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan kefahaman beliau tentang isu Boikot Barangan Bukan Bumiputera adalah kurang tepat 2 Bagi PAS Kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah su...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penonjolan Di Media Sosial

Wefluence Marketplace Ugc Berbasis Performa

Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking