Rasmilah Mama Jadi Uwannanny Noorshila Amin Teruja Dah Jadi Nenek Selamat Timang Cucu Perempuan Pertama
Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anaknya selamat bergelar isteri pada pasangan pilihan hati. Apa yang lebih mengujakan lagi daripada perkara tersebut adalah bila bergelar seorang nenek buat kali pertama.
Penyanyi lagu Kad Ucapanmu, Noorshila Amin berkongsi berita gembira anaknya Nadia telah selamat melahirkan anak pertama pada Isnin yang lalu.
Berita tersebut sekaligus menukar status Noorshila kepada seorang nenek buat cucunya yang pertama di usia 56 tahun.
Meskipun kapsyen yang ditinggalkan cukup pendek, jelas keterujaan dan rasa gembira Noorshila atas kelahiran cucu perempuan pertamanya itu.
Dalam posting yang dimuat naik itu juga, Noorshila mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran tersebut.
Dalam gambar yang menutup gambar cucunya dengan emoji, Noorshila berkongsi anaknya Nadia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.30 malam Isnin dengan berat 3.2kg.
“No caption. Coz m so happy..,” tulisnya ringkas bersama beberapa tanda pagar pada kapsyen gambar tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by
NOORSHILA AMIN | MamaShila
(@noorshilaamin)
di samping itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, penyanyi era tahun 80-an ini terkenal menerusi beberapa lagunya yang menjadi siulan ramai. Antaranya Kad Ucapanmu, Aku Sudah Jatuh CInta dan juga Rambu Ramba.
Tahniah buat Noorshila Amin yang kini dah bergelar nenek. Semoga cucunya membesar dengan mendapat kasih sayang melimpah ruah daripada Uwannanny yang glamor ni.
Sumber: Media Hiburan & IG Noorshilaamin
Baca: https://www.majalahpama.my/bila-dengan-cucu-kita-kadang-jadi-lebih-baby-dari-cucu-video-jeanelle-jumpa-atuk-cuit-hati-wargamaya/
Baca: http://www.majalahpama.my/atuk-ikut-je-arahan-jeanelle-sambut-harijadi-ketiga-tema-frozen-jadi-pilihan-atuk-pun-kena-jadi-elsa/
Baca: https://www.majalahpama.my/nak-ayden-jadi-anak-yang-baik-soleh-macam-arwah-atok-tahniah-nora-ariffin-selamat-timang-cucu-pertama-semalam/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Rasmilah Mama Jadi Uwannanny,” Noorshila Amin Teruja Dah Jadi Nenek. Selamat Timang Cucu Perempuan Pertama! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/rasmilah-mama-jadi-uwannanny-noorshila-amin-teruja-dah-jadi-nenek-selamat-timang-cucu-perempuan-pertama/