Rantaian Bukti Inkues Zara Qairina Hari Ke 8




 

HarapandailySeptember 18, 2025Oleh LIYANA MARZUKI






Kita beri solidariti sepenuhnya kepada rakan-rakan di Sabah yang ditimpa dugaan. Ada yang berlindung di tempat perpindahan bencana.
Ada yang hilang rakan dan keluarga. Kita bersama mereka. Doa dipermudahkan segala.
Baik, kita mula ‘tuisyen’ kita. Ada dua saksi hari ke-8 semalam.
Kita mula dengan testimoni mereka.
Apa saya dapat dalam media arus perdana?


 Saksi 7 – Dr Logaraj (Doktor Forensik HQE)
♦️Pegawai perubatan di Jabatan Forensik HQE, yang bertugas di hospital mengurus mayat Zara sejurus selepas kematian.
♦️Beliau ulang kali terangkan kepada ibu Zara: Kalau tiada bedah siasat penuh, banyak soalan punca kematian akan kekal tanpa jawapan. (Bernama / Sinar Harian)
Tapi:
♦️Ibu Zara pula tandatangan borang “Enggan Bedah Siasat Atas Kehendak Sendiri” bersama saksi keluarga. (The Star / Bernama)
♦️Polis (IO) maklumkan borang autopsi menyeluruh tidak dikeluarkan. Kalau tiada memang autopsi penuh tak boleh jalan. (FMT / Bernama)
♦️Tanpa autopsi menyeluruh, Hospital hanya keluarkan sijil kematian klinikal:
“Kecederaan otak traumatik teruk dan kerosakan akibat kurang oksigen.” (The Star)
 Apa “jigsaw puzzle” yang berkait?
 Ingat testimoni saksi pertama. Seorang Pathologist. Dr Jessie Hui. Beliau yang buat post mortem menyeluruh pada Arwah. Selepas kubur Zara digali semula. Dapatan dia sama:
Punca kematian “kecederaan serius di otak”.
 Keengganan Ibu Zara untuk post mortem direkodkan. Ini perlu didukung lagi oleh saksi lain. Atau dijawab sendiri ketika testimoni ibu nanti. Setakat ini, peguam Zara turut menyoal yang mengatakan doktor sebenarnya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan ibu mengenainya. Ini disangkal oleh doktor.
Saksi 8 – Ustaz Azhari (Ketua Warden Asrama)


♦️Ketua warden & guru Bahasa Arab. (Sinar Harian)
♦️Kata beliau, Zara tidak pernah buat aduan rasmi tentang buli sepanjang di asrama. (Sinar Harian)
♦️Melalui keterangan bertulis 5 pelajar yang dibaca Ketua Warden ini. Pada Malam kejadian:
• Zara dituduh curi pin Jalur Gemilang milik ketua dorm. (Malay Mail / The Star)
• Dia menangis, marah, jerit “Saya tak curi!”, kemudian masuk tandas. (Malay Mail / The Star)
• Itu kali terakhir dia dilihat hidup. (Malay Mail)
♦️Selepas itu:
Zara ditemui terbaring, berdarah di tengkuk di depan asrama, masih bernafas seperti “snoring”. (Malaysiakini BM)
♦️Azhari menghubungi 991 pada jam 3.17 pagi & 3.47 pagi. (Malaysiakini BM)
♦️Dia juga yang yang dapatkan barang bukti (diari & tulisan tangan) dan serah pada polis.
 16 Julai: 2 diari hijau & ungu ditemui guru Gloria → serah Azhari. (The Star / Bernama)
 17 Julai: 1 diari coklat + 1 buku latihan ditemui semasa ibu ambil barang → serah kepada Warden. (The Star / Bernama)
 18 Julai: semua buku & diari diserah Azhari → polis. (The Star / Bernama)
 19 Julai: 15 helai tulisan tangan ditemui dalam rak kelas → serah Azhari → polis. (The Star / Bernama)
♦️Dia juga katanya dia tahu mengenai diari ini ketika dia hospital apabila Ibu Zara bertanya mengenainya dan katakan Zara suka menulis. Minta diari diserahkan kepada ibu namun beliau serahkan kepada pihak polis (Harian Metro).
 Apa “jigsaw puzzle” yang berkait?
 Ingat testimoni Mak Guard? Yang dia dengar ialah ada kecurian duit RM300 milik kawan baik. Bukan pin lencana milik ketua dorm.
 Ingat testimoni saksi ke-2 mengenai diari Zara yang ada tulisan orang kedua. Dan ada nota pasal ibunya juga. Keterangan warden ini akan bentuk rantaian bukti (chain of evidence). Saya kupas selepas ini.
TUISYEN UNDANG-UNDANG
PERCANGGAHAN
1) Punca Buli: Duit atau Pin?♦️Mak Guard (Saksi 6): Zara dituduh curi duit RM300 kawan baik.
♦️Ketua Warden (Saksi 8): Zara dituduh curi pin Jalur Gemilang.
♦️Versi bercanggah → mana yang benar hanya boleh dipastikan oleh saksi kanak-kanak yang ada malam itu. Saksi ini akan dipanggil lanjut.
♦️Dalam undang-undang, apabila ada percanggahan → nilai bukti jadi lemah.
♦️Namun, corak tetap sama: Zara dituduh mencuri dan dimalukan. Itu fakta yang tak berubah.
Kalau tuduhan ini betul, yang perlu dinilai ialah impak kepada jiwa dan mental Zara ketika itu.
2) Punca Tiada Post-Mortem♦️Versi keluarga: Ibu kata beliau rasa tidak dimaklumkan sepenuhnya, seolah-olah ditipu.
♦️Versi doktor dan polis: Ibu sendiri tandatangan borang enggan, selepas diberi penerangan.
♦️Dua versi berlawanan.
♦️Dalam keadaan begini, undang-undang ajar kita → jangan hukum sebelum jelas. Trauma boleh buat seseorang keliru.
3) Implikasi kepada Keluarga dan Kes
♦️Jika benar ibu enggan, peguam beliau kena jelaskan konteks → adakah keputusan dibuat dalam keadaan tertekan, tanpa kefahaman penuh?
♦️Jika benar ada kegagalan komunikasi dari polis/hospital, itu pula tak boleh jadi punca salahkan ibu.
♦️ Tapi ia cabaran besar untuk peguam apabila berhujah di mahkamah nanti. Lindungi ibu daripada disangsi.


 RANTAIAN BUKTI


Rantaian bukti (chain of evidence) penting untuk pastikan bukti yang ada tidak ditambah dan diganggu.
Macam baton berlari apabila diserahkan banyak kali kepada orang berlainan kena smooth. Tak jatuh. Kalau tak, kalah.
Bukti paling utama sekarang ialah diari dan nota tulisan Zara.
Melalui bukti warden, ada yang sekolah jumpa sendiri. Ada yang jumpa ketika ibu ambil barang. Dan semua diserahkan kepada polis.
Soalan akan timbul, di mana dijumpa dan siapa handle dari mula? Pelajar atau guru lain ada akses kah, adakah mereka telah membaca dan usik dokumen?
Ini akan diuji oleh peguam Zara. Betulkah rantaian bukti terjaga? Hingga dalam jagaan polis selepas diterima dari sekolah. Tambah ada tulisan seorang lagi selain Zara. Tambah ada nota mengenai ibunya.
Peguam kena pastikan keadilan untuk Zara. Kalau bukan diari dan tulisan dia. Perlu melawan dan timbal balas bukti lain supaya Koroner boleh buat keputusan.
Diari ini penting untuk dikaji betul atau tidak. Ia boleh memberi jawapan kepada mental dan jiwa Zara sebelum kejadian. Boleh juga diguna untuk tujuan menolak teori bunuh diri. Kiranya tiada nota terakhir atau catatan tersendiri.
APA KITA BELAJAR? Percanggahan fakta akan buat bukti di KIV, ditimbang nilai percaya dan memerlukan saksi/ bukti sokongan lain pula.
 Chain of Evidence atau rantaian bukti elemen penting dalam kes. Ini jagaan barang kes dari tempat kejadian hingga hari dibawa ke Mahkamah. Kalau pecah atau koyak, bukti yang kredibel pun boleh ditolak.


PENUTUP


Banyak percanggahan ini menunjukkan kes Zara masih penuh misteri.
Undang-undang tidak boleh dibuat atas persepsi semata-mata. Perlu saksi dan bukti nyata.
Jigsaw puzzle 1 dibentuk oleh Pendakwa. Jigsaw puzzle 2 akan dicantum oleh Peguam Keluarga.
Dan kita kena percaya mereka akan buat sehabis baik untuk mangsa.
Kena ingat kes Adib dan Faris, Koroner putuskan naratif berlainan dari apa yang disajikan pada mulanya. Makanya, boleh wujud apa-apa kemungkinan.
Kuncinya, kesabaran dan melawan pePANDIRan.
Tugas kita berdoa agar ditunjukkan kebenaran dan Adik Zara mendapat keadilan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/rantaian-bukti-inkues-zara-qairina-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telefon Awam Ditutup Dua Hari Selepas Insiden Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina

Telefon Awam Ditutup Dua Hari Selepas Insiden Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 6160 hits
Tiada ibu bapa yang mampu membayangkan anak mereka terkandas di asrama tanpa dapat menghubungi keluarga Itulah pendedahan mengejutkan di Mahkamah Koroner apabila saksi inkues kematian Zara Qairina seorang pengawal keselamatan sekolah mended...
Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2526 hits
Izwan Abdullaham hmetro com myKota Kinabalu Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan berkenaan...
Inkues Kematian Zara Qairina Mangsa Tidak Di Rujuk Ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu Hospital Queen Elizabeth

Inkues Kematian Zara Qairina Mangsa Tidak Di Rujuk Ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu Hospital Queen Elizabeth

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4578 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dirujuk ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu yang ada di Hospital Queen Elizabeth ketika arwah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan pada 16 ...
Inkues Zara Qairina Agc Serah Notis Tunjuk Sebab Kepada Aktivis Mona Din

Inkues Zara Qairina Agc Serah Notis Tunjuk Sebab Kepada Aktivis Mona Din

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 654 hits
Inkues Zara Qairina AGC Serah Notis Tunjuk Sebab Kepada Aktivis Mona Din KUALA LUMPUR 11 Sept Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada aktivis Che Muna Din kerana memuat naik hantaran bersifat menghina mahkama...
Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian

Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 863 hits
Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian PAPAR 11 Sept Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak pihak yang te...
Inkues Zara Qairina Pengawal Diminta Padam Gambar Pelajar Diarah Bersih Tompokan Darah

Inkues Zara Qairina Pengawal Diminta Padam Gambar Pelajar Diarah Bersih Tompokan Darah

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2169 hits
Olivia MiwilKota Kinabalu Dua pelajar berusia 16 tahun diarah membersihkan tompokan darah di lokasi tempat Zara Qairina Mahathir diletakkan selepas ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangs...
Inkues Zara Qairina Kemungkinan Arwah Tergelincir Jatuh Secara Terus Tipis

Inkues Zara Qairina Kemungkinan Arwah Tergelincir Jatuh Secara Terus Tipis

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2032 hits
IVAN AMIRULKOTA KINABALU Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini tertumpu kepada dua senario simulasi bina semula jatuhan menggunakan tiga patung Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth...
Inkues Zara Qairina Pegawai Perubatan Dakwa Tidak Hubungi Polis Keutamaan Tumpu Untuk Stabilkan Pesakit

Inkues Zara Qairina Pegawai Perubatan Dakwa Tidak Hubungi Polis Keutamaan Tumpu Untuk Stabilkan Pesakit

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4120 hits
KOTA KINABALU Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth Dr Janefer Voo memberitahu Mahkamah Koroner pihaknya tidak menghubungi polis ketika menerima Zara Qairina Mahathir di jabatan itu pada 16 Julai lalu Me...
Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4469 hits
KOTA KINABALU Polis akan meneliti dan menjalankan siasatan lanjut jika perlu sekiranya menerima laporan berhubung penyebaran gambar lembaran kertas yang didakwa mengandungi tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir di laman Facebook ...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Ini Kesan Buli Di Sekolah Langkah Atasi

Heidi Moru Kita Chord

Aprilian Feat Anggrek Acok Talompek Kato Chord

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Malaysian Death Row Diplomacy Lacklustre Compared To Philippines Panel