Inkues Kematian Zara Qairina Mangsa Tidak Di Rujuk Ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu Hospital Queen Elizabeth




KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dirujuk ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC) yang ada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) ketika arwah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan pada 16 Julai lalu.
Perkara itu diakui Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, Dr Janefer Voo ketika menjawab pertanyaan peguam bapa arwah Zara Qairina, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip pada prosiding inkues hari ini.
Nurul Rafeeqa bertanya mengenai OSCC selepas melihat latar belakang kursus yang pernah dihadiri Dr Janefer yang antara lain termasuk berkaitan OSCC.
Nurul Rafeeqa: Saya rujuk doktor kepada CV (Curriculum Vitae), salah satu kursus dihadiri doktor ialah 'one stop crisis centre' atau OSCC. Adakah terdapat OSCC di hospital yang doktor berkhidmat sekarang?
Dr Janefer: Ada
Nurul Rafeeqa: Boleh terangkan fungsi OSCC?
Dr Janefer: Fungsi OSCC setahu saya adalah bertujuan merawat mengenai penilaian kes tertentu, contohnya keganasan rumah tangga, penderaan atau 'neglect' kanak -kanak dan juga kes lain seperti rogol.
Nurul Rafeeqa: Boleh terangkan bagaimana OSCC berfungsi?
Dr Janefer: Ia berfungsi mengikut kes, antaranya kes seperti disebutkan tadi yang mana ia membabitkan laporan polis, pemeriksaan fizikal, bergantung kepada kes tertentu, rujukan unit lain seperti pediatrik atau pembedahan dan juga 'social welfare', kaunseling dan perlindungan kanak-kanak jika diperlukan.
Nurul Rafeeqa: Adakah doktor berpendapat bahawa kes membabitkan kanak-kanak perlu dirujuk ke OSCC?
Dr Janefer: Bergantung kepada kes yang diterima.
Nurul Rafeeqa: Adakah pernah pesakit Zara Qairina dirujuk ke OSCC?
Dr Janefer: Bagi kes ini tiada.
Nurul Rafeeqa: Pada pendapat doktor, adakah pesakit Zara Qairina pada ketika itu perlu dirujuk ke OSCC?
Dr Janefer: Semasa penilaian kami ketika pesakit sampai ke Jabatan Kecemasan, disebabkan pesakit dalam keadaan tidak stabil, keutamaan pada masa itu ialah bagi menyelamatkan nyawa.
Nurul Rafeeqa: Adakah pernah pesakit dalam keadaan tidak stabil dirujuk ke OSCC mengikut pengalaman doktor?
Dr Janefer: Sepanjang pengalaman saya tidak pernah lagi.
Nurul Rafeeqa turut bertanya sama ada pesakit kanak-kanak yang cedera disebabkan impak yang tinggi boleh dirujuk ke OSCC.
Dr Janefer menjawab: Setahu saya, ia bergantung kepada 'history' dan juga mekanisme kecederaan atau penyebab kecederaan itu.
Nurul Rafeeqa: Boleh doktor jelaskan sekiranya kes seuatu pesakit dirujuk ke OSCC, apakah prosedur itu?
Dr Janefer: Ini bergantung kepada kes OSCC berkenaan, jikamembabitkan kanak-kanak, maka rujukan kepada doktor bahagian kanak-kanak diperlukan.
Saksi ketiga inkues kematian Zara Qairina itu selesai memberi keterangan pada tengah hari, sebelum inkues disambung dengan saksi lain pada sebelah petang. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/09/inkues-kematian-zara-qairina-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 5744 hits
KOTA KINABALU Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada awal pagi 16 Julai lalu Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik HQE Dr Jessie Hiu berkata keadaan arwah...
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2006 hits
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 8 Sept Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang di...
Telefon Awam Ditutup Dua Hari Selepas Insiden Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina

Telefon Awam Ditutup Dua Hari Selepas Insiden Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 5948 hits
Tiada ibu bapa yang mampu membayangkan anak mereka terkandas di asrama tanpa dapat menghubungi keluarga Itulah pendedahan mengejutkan di Mahkamah Koroner apabila saksi inkues kematian Zara Qairina seorang pengawal keselamatan sekolah mended...
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3601 hits
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok KOTA KINABALU 2 Sept Inkues bagi menentukan punca kematian Pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan bermula esok di Mahkamah Koroner di sini Inkues selama 19 hari yang dijadualkan berla...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6250 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2640 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
Inkues Zara Qairina Biar Mahkamah Tentukan Saksi

Inkues Zara Qairina Biar Mahkamah Tentukan Saksi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 3452 hits
Inkues Zara Qairina Biar Mahkamah Tentukan Saksi KOTA KINABALU 4 Sept Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan keputus...
Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2946 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja ...
Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3336 hits
Kehilangan seorang anak adalah ujian yang paling berat untuk mana mana ibu bapa Itulah yang sedang dilalui oleh keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia di asrama sekolahnya Sejak tra...
Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Jangan Terlalu Berkira

Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Macam Mana Madani Ada Yang Miskin

Panduan Pemilihan Taska Dan Tadika Sesi 2026

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kari Daging Pekat Melekat Dan Peluang Di Dunia Hanya Sekali

Don T Worry

Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik

Spbetflik88 11 June Spbetflik88 Top 52 By Leslee

Mihun Goreng Singapore

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam