Telefon Awam Ditutup Dua Hari Selepas Insiden Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina


Tiada ibu bapa yang mampu membayangkan anak mereka terkandas di asrama tanpa dapat menghubungi keluarga. Itulah pendedahan mengejutkan di Mahkamah Koroner apabila saksi inkues kematian Zara Qairina, seorang pengawal keselamatan sekolah, mendedahkan bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar ditutup selama dua hari selepas insiden membabitkan arwah.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang juga saksi keenam, mendedahkan perkara itu kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri.
Menurut Linah, suis telefon tersebut ditutup atas arahan ketua warden.
Perbualan Dalam Mahkamah gambar sekadar hiasan Shahlan: Puan, boleh saya tahu bagaimana pelajar-pelajar di sana menghubungi ibu bapa mereka?
Linah: Mereka guna telefon awam… ada juga yang pinjam telefon saya.
Shahlan: Mereka guna duit syiling?
Linah: Tidak… mereka guna kad. Kalau baki dalam kad tiada, mereka terpaksa guna telefon bimbit pengawal (saya dan seorang lagi).
Shahlan: Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai, adakah pelajar-pelajar sekolah itu dapat menghubungi ibu bapa mereka?
Linah: Telefon awam ditutup selama dua hari, dua malam… sebab takut budak-budak telefon ibu bapa.
Shahlan: Macam mana telefon awam boleh ditutup?
Linah: Suis ditutup.
Shahlan: Siapa yang tutup?
Linah: Ketua warden suruh tutup.
Kejadian Awal
Linah terdahulu memaklumkan bahawa beliau telah menemui Zara Qairina dalam keadaan terlentang di longkang, tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada tengkuk kira-kira jam 3 pagi, 16 Julai lalu.
Prosiding hari ini diakhiri dengan kenyataan Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa beliau bersama pasukan pendakwa raya, peguam serta pakar patologi Dr Jessie Hiu akan melawat lokasi kejadian di sekolah tersebut pada jam 9.30 pagi esok. Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah ketika lawatan itu. Prosiding akan bersambung semula selepas lawatan berkenaan.
Latar Belakang Kes
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar sekitar jam 4 pagi.
Pada 8 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan untuk menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. Selepas meneliti laporan polis, AGC kemudian mengarahkan inkues dijalankan pada 13 Ogos.
Kes ini sekali lagi mengingatkan kita sebagai ibu bapa tentang pentingnya hak komunikasi anak-anak yang tinggal jauh daripada keluarga. Satu perkara kecil seperti akses telefon boleh jadi penyelamat atau sebaliknya menambah derita.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/telefon-awam-ditutup-dua-hari-selepas-insiden-pendedahan-mengejutkan-dalam-inkues-kematian-zara-qairina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2858 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang dikemukakan dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir meneru...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6332 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3708 hits
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok KOTA KINABALU 2 Sept Inkues bagi menentukan punca kematian Pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan bermula esok di Mahkamah Koroner di sini Inkues selama 19 hari yang dijadualkan berla...
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2093 hits
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 8 Sept Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang di...
Inkues Kematian Zara Qairina Mangsa Tidak Di Rujuk Ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu Hospital Queen Elizabeth

Inkues Kematian Zara Qairina Mangsa Tidak Di Rujuk Ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu Hospital Queen Elizabeth

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4605 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dirujuk ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu yang ada di Hospital Queen Elizabeth ketika arwah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan pada 16 ...
Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3414 hits
Kehilangan seorang anak adalah ujian yang paling berat untuk mana mana ibu bapa Itulah yang sedang dilalui oleh keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia di asrama sekolahnya Sejak tra...
Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues

Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2324 hits
Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues KOTA KINABALU 8 Sept Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditu...
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2698 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 3020 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja ...
Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Permata Tersembunyi Sarawak Rahsia Terbaik Bintulu Menanti

Kedai Pakistan Di Madinah

Lirik Lagu Jeda Derita Nyanyian Liza Hanim

The Perodua Kembara Has Been Repaired

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Dan Warisan Iona Abbey Penubuhan Oleh St Columba Pada Tahun 563 Ad

Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Wawasan Dengkil Memasuki Jv Solar Mempelbagaikan Ke Dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip

Kelantan Akan Umum Garis Panduan Dan Syarat Mendulang Emas

18 Kemahiran Yang Perlahan Lahan Hilang Dalam Dunia Moden