Ramayan Beri Nafas Baru Kepada Rock Melayu Dengan Single Terbaru Puas



Ramayan Beri Nafas Baru Kepada Rock Melayu Dengan Single Terbaru "PUAS". Puas adalah single kedua Ramayan yang telah dipetik daripada album penuh mereka yang pertama, Di Persiaran Cakrawala, selepas single pertama mereka, Lamunan Anak Bulan, dirilis pada 1 Mei 2020, diikuti oleh pelancaran album Di Persiaran Cakrawala pada 22 Januari tahun ini.

Album terbitan Luncai Emas ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan, memandangkan para peminat telah menunggu lebih 4 tahun untuk karya terbaru Ramayan. Lebihan lagi apabila berita tentang kolaborasi mereka bersama pengasas kugiran Sore dan pemuzik tersohor Indonesia, Mondo Gascaro, tersebar dan antisipasi untuk album ini pun makin meningkat. Single pertama, Lamunan Anak Bulan, pula menjadi kegemaran para peminat, dan juga menjadi muqadimah kepada pembaharuan muzik mereka; iaitu bunyi psychedelia yang berbeza daripada EP mereka namun tetap mengekalkan jiwa yang sama. Namun, setelah itu semua gembargembur pelancaran album ini terhambat apabila PKP diumumkan di seluruh negara lalu menunda pelancarannya hampir setahun.


Lagu ini merupakan satu-satunya lagu yang ditulis oleh bekas ahli Ramayan; Naz (pemain keyboard) dan Amin (gitaris) yang asalnya ditulis untuk projek sampingan mereka. “Kali pertama saya mendengar lagu ini dimain-mainkan oleh Naz di atas piano, saya terus tertarik dengan pilihan kordnya. Saya berjaya mendapatkan susunan kordnya daripada mereka dan apabila saya cuba meletakkan melodi nyanyian di atasnya, ia datang dengan begitu sahaja. Seolah-olah saya telah diberi ilham. Bukan sahaja melodi malah liriknya juga. Proses yang selalunya mengambil masa sehari untuk disiapkan selesai dalam masa beberapa jam sahaja.” kata Pi’e, vokalis dan gitaris kedua Ramayan.


“Waktu saya menulis lagu ini, saya sedang berada dalam situasi yang amat gelap dalam hidup saya. Dahulu saya percaya bahawa di mana sahaja ada cinta di situ ada Tuhan. Dan kepercayaan itu dirasai paling kuat apabila saya terjatuh cinta dengan seorang gadis. Malangnya, gadis itu telah dipunyai orang lain; sahabat akrab saya. Namun saya tetap berkeras dengan cinta itu, sehinggalah menyebabkan mereka berdua putus cinta. Saya pun merasa sangat menyesal dengan tingkah laku saya yang tidak mempunyai batas, maka tertulislah lagu ini; sebuah lagu penyesalan.” cerita Pi’e tentang makna dan sejarah di sebalik lagu Puas.

Puas merupakan satu percubaan oleh Ramayan untuk memberi nafas baru kepada muzik rock Malaysia, terutamanya genre ‘rock jiwang’ yang sedang bertakhta di kalangan pendengar-pendengar massa. Ramayan berpendapat bahawa bunyi rock yang sedang dibawa oleh kebanyakan artis hari ini kurang kualiti dan nilai kepuasannya dari segi kreativiti dan mesej yang disampaikan dalam lirik-liriknya. Kata Que, pemain drum mereka, pula “Kebanyakan penulis sekarang hanya mengambil berat tentang apa yang catchy dan easy-listening, menulis lirik yang tidak memerlukan daya pemikiran dan falsafah; yang tidak bermakna

Kami pun tulis tentang cinta juga, tapi cara kami tulis tentang cinta itu berbeza. Kami cuba melihat daripada sudut yang berbeza dan lebih mendalam. Dan ini yang membuat lagu Puas unik pada pendapat saya.” Daripada segi instrumentasi dan muziknya pula Ramayan mengambil inspirasi daripada irama lagu-lagu balada 80an dan 90an seperti karya-karya Sudirman, Carefree, Kenny Remy Martin, Aman Shah dan yang serupa dengannya. Muzik seperti ini tidak asing lagi pada telinga rakyat Malaysia; irama dan melodinya yang tersendiri telah menjadi sebati dengan jiwa mereka. Kata Omar, pemain bass mereka, “Kami ingin mendapatkan kedudukan yang sama di dalam jiwa orang ramai, dengan menggunakan unsur-unsur yang ada di dalam karya zaman itu untuk membangkitkan nostalgia, dan menggabungkannya dengan gaya psychedelic kami sendiri.


Telah menjadi harapan lama Ramayan bahawa lagu-lagu mereka akan dibawa ke dalam dunia perfileman, sama ada digunakan sebagai lagu tema sebuah drama bersiri, atau soundtrack kepada sebuah filem dan sebagainya. Ramayan percaya bahawa lagu Puas terutamanya sesuai kerana mood lagunya yang penuh dinamik dan emosi, seolah-olah lagu itu sendiri menceritakan sebuah kisah drama. Terdapat juga beberapa lagu Ramayan sebelum ini yang telah diambil untuk menjadi sebahagian daripada soundtrack dokumentari dan drama tv.



Puas telah dirilis secara digital di bawah Luncai Emas pada bulan April yang lepas di semua platform streaming termasuk Spotify, JOOX, iTunes dan Deezer dan sebagai audio rasmi di YouTube. Rilisan tersebut diikuti dengan sebuah video persembahan live terbitan Luncai Emas dan Bsync Production yang telah dirakam di Bsync Studios pada bulan Disember 2020 dan dilancarkan di YouTube. Ramayan telah membuat pelbagai rancangan untuk tahun ini berikutan dengan pelancaran album mereka; majlis pelancaran album, tour persembahan se-Malaysia, video muzik dan lain-lain. Namun disebabkan PKPD yang sedang berkuatkuasa, segala rancangan yang telah dibuat sehingga kini terpaksa ditunda. Walaupun begitu, mereka bersikap optimistik dan sentiasa mencari cara untuk menggunakan kemudahan internet dengan sepenuhnya


LIRIK LAGU PUAS - RAMAYANPuas ku mencari di seluruh alam
Jawapan bagi semua penasaran
Puas ku merobek hati para manusia
Di sana tlah ku cemarkan ikatan

Satu langkah
Hanya satu peluang untuk ku sedar
Aku salah
Mataku melihat selain Dia
Mataku sebelah nyaris-nyaris buta

Puas ku mencari di seluruh bumi
Indah yang ku maksudkan tiada lagi
Tiada lagi
Tiada lagi
Indah yang ku maksudkan tiada lagi

Biarlah ku mengadu pada sang Rembulan
Biarlah ku simpan segala kepastian
Biarlah ku bersemadi tanpa mencari
Biarlah ku berada di mana-mana sahaja





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2021/08/ramayan-beri-nafas-baru-kepada-rock.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bina Ayat Bahasa Melayu

Bina Ayat Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 645 hits
Hai kawan Tedi yang dikasihi semua Terima kasih kerana sudi membaca Selain sibuk dengan lukisan Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti mengukus periuk merebus mer...
The Never Ending Constitutional Crises Involving The Raja Raja Melayu

The Never Ending Constitutional Crises Involving The Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 298 hits
This latest Constitutional Crisis is the same Pakatan Harapan is being backed by the United States in its effort to trigger a so called regime change But that can only happen if the Agong or Istana Negara backs them Hence the reason for dra...
Mohamad Al Bahloul Asal Usul Perkataan Bahlul Yang Digunakan Dalam Masyarakat Melayu

Mohamad Al Bahloul Asal Usul Perkataan Bahlul Yang Digunakan Dalam Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 529 hits
Perkataan Bahlul sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu gila sangat bodoh atau lurus bendul Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri Tahukah anda yang sebenarnya asal...
Raja Raja Melayu Perlu Berperanan Demi Negara

Raja Raja Melayu Perlu Berperanan Demi Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 624 hits
RENCANA AHADGambar fail Majlis persidangan Raja Raja SESUNGGUHNYA negara kita sekarang ini berada dalam keadaan sangat tidak kondusif harubiru Keadaan seburuk hari ini belum pernah berlaku sejak negara ini wujud secara perlembagaan lebih 64...
Jangan Lupa Dap Pkr Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong Raja Raja Melayu

Jangan Lupa Dap Pkr Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 436 hits
Tuduhan Ketua Pemuda Sosialis DAP Howard Lee Chuan How bahawa parti politik bersandarkan nama Melayu dan Islam mengkhianati institusi raja membuka pekung siapa sebenarnya parti rasis dan cauvinis DAP itu sendiri Malah dia menuduh kerajaan P...
Pn Bersama Pas Pelopor Khianat Terhadap Raja Raja Melayu

Pn Bersama Pas Pelopor Khianat Terhadap Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 238 hits
Oleh RAJA BAHRIN SHAH August 4 2021Belum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap DYMM Tuanku Agong dan Raja Raja Melayu kita Ini bukan isu hendak mendewakan Raja raja Melayu ...
Dap Hancurkan Melayu

Dap Hancurkan Melayu

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 579 hits
DAP pandai gunakan kuasa sepenuhnya 22 bulan berkuasa Tu baru 22 bulan Kalau 44 bulan Hilang semua Hak keistimewaan Orang Melayu Masih ingat lagi ke 1 Pecat 17 000 org kaki tangan kontrak 2 Hapuskan JASA BTN SPAD 3 Pindahkan asset TH 19 bil...
Jangan Percaya Isma Ni Masa Melayu Susah Mereka Dalam Isma Ni Diam Saja Golongan Melayu Bodo Ja Dalam Isma Nih

Jangan Percaya Isma Ni Masa Melayu Susah Mereka Dalam Isma Ni Diam Saja Golongan Melayu Bodo Ja Dalam Isma Nih

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 230 hits
ISMA kata jangan beri ruang kepada DAP parti Melayu perlu sepakatAugust 6 2021 Pergolakan politik yang berlaku ketika ini dibimbangi akan berakhir dengan format yang tidak memberi kebaikan kepada umat Islam serta negara Dengan keadaan masin...
T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 460 hits
Assalamu alaikum semua Semoga sihat walafiat Tikus siapa yang tidak kenal tikus Tak tahulah jika ada Tikus mungkin rapat dalam kehidupan kami sekeluarga sehinggakan ada label khusus buat mereka dalam interpretZZ ini Kali ini Tedi mahu mengk...
What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Rafizi Fears Hasty Revamp Will Lead To Botched 13mp

Tips Kesihatan Individu Harus Tahu

Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat