Bina Ayat Bahasa Melayu


Hai kawan Tedi yang dikasihi semua. Terima kasih kerana sudi membaca.
Selain sibuk dengan lukisan, Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan-perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti berani, berkelip-kelip, bijirin, dinafikan, malahan, mengukus, memangkas, memasak, mengancam, menjamu selera, periuk, merebus, merenung, menanak, serangga perosak, suntuk, tatkala, tegap, tersengguk-sengguk, dan tunjuk ajar.
Tedi kadangkala keliru sama ada cikgu Tedi ni cikgu Bahasa Melayu atau cikgu kelas masakan? Atau siang dia ajar Bahasa Melayu dan malam dia buat tuisyen kelas masakan?
Tak kisahlah, asalkan kerja sekolah Tedi siap.
BeraniAdikku ialah seorang yang berani.Fikiran ini tidak ada orang yang berani menafikan.Kemenangan awal itu membuatkan tentera Jepun berani untuk mendarat.“Saya tidak akan bimbang dengan tidak bersebab,” katanya dengan hati yang berani.Dia dikurniakan pangkat itu kerana dia berani dan rela berkorban.Orang yang berani tidak akan mundur apabila berhadapan dengan musuh.Dia menyerbu ke atas rakit yang terbakar itu dengan berani untuk menyelamatkan Pak Abu.Cerita tentang sifat berani askar-askar Raja Haji menyerbu ke dalam kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan.Perajurit yang gagah berani itu menemui ajalnya di medan perang.Sebahagian masyarakat tidak berani menempuh cabaran baharu dan lebih selesa berada di takuk lama.Berkelip-kelipDefinisi daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua:sekejap terbuka sekejap tertutup (tentang lampu dan sebagainya); Contoh ayat: Lampu tandas yang berkelip-kelip itu mendatangkan rasa seram pada diri saya.pejam celik (tentang mata dan lain-lain) Contoh ayat: Tidak berkelip-kelip matanya memandang muka Abdullah.sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bukan lampu dan lain-lain); berkedip-kedip Contoh ayat: Bintang kelihatan berkelip-kelip di langit.BijirinBijirin bermaksud biji-bijian dari tumbuh-tumbuhan yang dijadikan makanan asas. Contoh bijirin ialah padi, barli, gandum dan sebagainya.
ayat yang boleh dibina dari perkataan bijirin adalah seperti:
Saya mengambil bijirin yang dicampurkan susu sebagai sarapan pagi.Bijirin mengandungi sumber tenaga yang mencukupi untuk membantu aktiviti awal pagi.DinafikanDinafikan bermaksud dimungkiri. Beberapa ayat yang sesuai untuk perkataan dinafikan ialah:
Hak setiap anak untuk mendapat pendidikan tidak boleh dinafikan di bumi Malaysia ini.Para pekerja di kilang tersebut melakukan mogok untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja yang dinafikan oleh majikan mereka. 
MalahanBukan itu sahaja, malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau.Hujan yang kelihatan reda sebentar tadi malahan lebih lebat sekarangJangankan hendak pergi, malahan bergerak dari tempat duduknya pun tidak.Selepas minum ubat, malahan menjadi-jadi sakitnya.Usahkan menegur, malahan memandangnya pun aku tidak sudi.Dia kelihatan tidak bersukacita, malahan berdukacita.Dia bukan saja diberi ucapan tahniah kerana kejayaannya, malahan diberi hadiah.Saya tidak pernah mengkhianati dia, malahan saya menolong dia.Masak; memasakmemasak: Ibu sedang memasak juadah ringan untuk kami sekeluarga nikmati pada petang ini.MemangkasDia memangkas rambut yang menjulur di pelipisnya.Jika dia tidak memangkas pokok itu, nescaya ia tumbuh  menjadi pokok yang besar.MengancamOrang itu mengancam hendak membunuh lawannya.Kejadian banjir besar itu telah mengancam kehidupan petani-petani.Penjahat itu mengancam hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya. 
mengukusmengukus: Ibu sedang mengukus kuih pau kacang hitam menggunakan periuk yang dilubangkan.mengukus: Para wanita zaman kini lebih suka mengukus makanan mereka berbanding digoreng kerana makanan yang dikukus adalah lebih bagus untuk kesihatan. 
Menjamu SeleraPak Ngah sibuk melayan para tetamu yang sedang enak menjamu selera di majlis kenduri kahwin anak sulungnya itu.PeriukBoleh rujuk kiriman Tedi sebelum ini yang bertajuk "Bina ayat daripada perkataan periuk".
merebusIbu sedang merebus beberapa biji telur ayam untuk dimasak kari telur sebagai lauk makanan tengahari kami sekeluarga.merenungDia merenung mata saya dalam-dalam seolah-olah cuba memahami kesedihan hati saya pada masa itu.Serangga perosakSetiap pengusaha atau pekebun tanaman pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya gangguan serangga perosak. Bena Perang ialah sejenis serangga perosak padi yang menyerang tanaman padi dan mengancam periuk nasi para pesawah padi.<kembali ke atas>
SuntukMaksud perkataan "suntuk" ialah:
sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat. Contoh ayat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk.sehari suntuk bermaksud sepanjang hari; Contoh ayat: Sehari suntuk kami berada di rumah Pak Wan kerana meraikan perkahwinan anak sulungnya.semalam suntuk bermaksud sepanjang malamtidak panjang, pendek, singkat. Suntuk akal bermaksud akal pendek, tidak dapat berfikir lagi.Tanak; menanakmenanak: masak nasi dalam periuk, kawah dan lain-lain: contoh ayat menanak nasi : Nenek lebih gemar menanak nasi menggunakan dapur arang kerana aromanya lebih menyelerakan.Maka dia pun menanak nasi seperiuk kecil.Dia sempat menanak nasi untuk ibunya sebelum pergi bekerja setiap pagi.Ibu sedang menanak nasi dan menyayur di dapur.Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan menyayurkan pucuk cemperai.memasak sesuatu dengan merebusnya sahaja menanak kentang = merebus kentangmenanak minyak: memasak minyak kelapa untuk dijadikan minyakBukit Kaduk Ulu Telemu,
     Singgah menanak Batali;
Saya tak masuk kerana ilmu,
     Saya masuk kerana janji.
Pergi ke pekan ke Kota Satu,
   Singgah menanak sederaman minyak;
Tubuh hitam semacam itu,
   Kampung kami terlampau banyak.
TatkalaTatkala itu anak miskin itu pun masuklah.atkala hari sudah gelap.Air pasang tatkala bulan purnama.Tatkala berhadapan dengan kegalauan, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram.Mulutnya kumat-kamit tatkala dia menaip.Layar padau ialah layar yang dipasang tatkala ribut turun.Pengamitan ialah sejenis pemberian mempelai kepada mentua tatkala meninggalkan rumah mentuanya.TegapTubuh badan yang tegap adalah salah satu ciri-ciri yang terdapat pada seorang tentera yang bagus.Meja itu sungguh tegap buatannya.Seorang pelajar yang berwawasan haruslah tegap hatinya menghadapi cabaran dalam pembelajaran.Tersengguk-senggukTersengguk-sengguk bermaksud terangguk-angguk iaitu angguk kepala tanpa sengaja. Ia sinonim dengan seseorang yang sedang mengantuk tetapi menahan dari tidur tetapi tidak terhad kepada itu sahaja. Contoh ayat bagi perkataan tersengguk-sengguk ialah:
Malam sudah tua dan ada beberapa orang antara kami telah tersengguk-sengguk.Keadaan jalan yang tidak rata menyebabkan kami tersengguk-sengguk dalam kenderaan tersebut.Perkataan tersengguk-sengguk boleh juga digunakan untuk menerangkan tentang pergerakan yang tidak lancar.
Kereta Pak Mahat yang sudah usang itu tersengguk-sengguk enjinnya ketika cuba dihidupkan.Tunjuk AjarKejayaan ini adalah hasil daripada tunjuk ajar cikgu dahulu.Demikianlah tunjuk ajar ayah yang takkan aku lupakan.Ali yang keras kepala itu tidak mahu menuruti tunjuk ajar orang tuanya.Buku ini menjadi tunjuk ajar kepada penuntut-penuntut.Tunjuk ajar guru itu jangan disia-siakan.20210804: Erm tak sangka pula kerja sekolah Tedi ini telah membantu kawan-kawan. Ini menaikkan semangat Tedi untuk mengkaji dan terus menaip. Semoga ilmu kita mengenai Bahasa Melayu ini bercambah. Jika bukan orang Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu ini siapa lagi? 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/03/bina-ayat-bahasa-melayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Politik Melayu Bercakap Dalam 2 Bahasa Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Pemimpin Politik Melayu Bercakap Dalam 2 Bahasa Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 223 hits
Tujuan utama mereka rampas mandat rakyat dulu dan sanggup tebuk atap adalah kononnya tidak mahu negara ini diperintah oleh kerajaan liberal dan dipengaruhi Dap Hujah ini diterima baik oleh Pas maka lebai2 Pas pun ikut sekali merangkak naik ...
T21h07 Singkatan Bahasa Melayu

T21h07 Singkatan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 367 hits
Banyak betul kata singkatan ketika membaca kamus dan Tedi selalu lupa apakah maksud singkatan tersebut Semoga nota ini akan membantu mengingatkan pada masa depanSingkatan Definisi Notabhbahasa halusMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud b...
Kacukan Sabah Amerika Ada Ijazah Kedoktoran Isteri The Flash Mampu Bertutur Bahasa Kadazan Melayu

Kacukan Sabah Amerika Ada Ijazah Kedoktoran Isteri The Flash Mampu Bertutur Bahasa Kadazan Melayu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 296 hits
Tak sabar nak tengok baby pasangan sama cantik sama padan ini Mengikuti perkembangan pelakon Hollywood adiwira The Flash sudah tentu ramai mengetahui bahawa isteri yang telah dikahwininya pada 15 Disember 2018 ini mempunyai keturunan Sabah ...
T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 399 hits
Assalamu alaikum semua Semoga sihat walafiat Tikus siapa yang tidak kenal tikus Tak tahulah jika ada Tikus mungkin rapat dalam kehidupan kami sekeluarga sehinggakan ada label khusus buat mereka dalam interpretZZ ini Kali ini Tedi mahu mengk...
Modul Pdpr Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri

Modul Pdpr Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 559 hits
Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri Modul ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar ketika perlaksanaan PDPR bersama kanak kanak prasekolah Modul ini mengajarkan kanak kanak mengenai cara menjaga kebersihan dir...
Bahan Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6 Indahnya Budaya Kita

Bahan Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6 Indahnya Budaya Kita

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 607 hits
Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 6 Indahnya Budaya Kita Bahan ini mempunyai pelbagai bentuk soalan seperti silang kata susun ayat songsang dan sebagainya Ia bagus untuk menarik minat murid bagi menggalakkan mereka untuk melakukan latihan ini ...
Maksud Serenity Dalam Bahasa Melayu

Maksud Serenity Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 585 hits
Maksud serenity Dalam Bahasa Melayu Apa maksud Serenity dalam bahasa Melayu Maksudnya tenang setenang tenangnya bukan sitenang dugong ya Kenapa saya kata wangian tak didendang Sebab Serenity Shower Gel ni selalunya berdiri teguh di rak jara...
Pn Bersama Pas Pelopor Khianat Terhadap Raja Raja Melayu

Pn Bersama Pas Pelopor Khianat Terhadap Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh RAJA BAHRIN SHAH August 4 2021Belum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap DYMM Tuanku Agong dan Raja Raja Melayu kita Ini bukan isu hendak mendewakan Raja raja Melayu ...
Jangan Lupa Dap Pkr Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong Raja Raja Melayu

Jangan Lupa Dap Pkr Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 396 hits
Tuduhan Ketua Pemuda Sosialis DAP Howard Lee Chuan How bahawa parti politik bersandarkan nama Melayu dan Islam mengkhianati institusi raja membuka pekung siapa sebenarnya parti rasis dan cauvinis DAP itu sendiri Malah dia menuduh kerajaan P...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever