Mohamad Al Bahloul Asal Usul Perkataan Bahlul Yang Digunakan Dalam Masyarakat Melayu


Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu gila, sangat bodoh atau lurus bendul. 
Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan ‘Bahlul’ kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?
Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr.
Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. 
Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Di sini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

CERITA 1:
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka
Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.
Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham
Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.
Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.
Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga.
Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.
Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah
kau.
Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.
Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

CERITA 2:
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, “Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling gila atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya”.
Dan Bahlul mengambil batang kayu tersebut.
Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawat Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.
Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Ke dunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

CERITA 3: Bersambung di sini >> Kisah Si Gila Wali Allah


Nota :
Wali Malamatiyah(Wali Yang Selalu Mendapat Cobaan Dicaci Maki)
Malamatiyah secara bahasa artinya seuatu yang bersifat caci maki atau dicaci maki.
Dalam Tashawwuf, Malamatiyah adalah perilaku sufi yang menyembunyikan kebaikannya dan yang tampak di mata awam adalah keburukannya sehingga menjadikan ia selalu menjadi sasaran celaan dan cemoohan orang lain.
Para Malamatiyah ini lebih suka dicela dari pada dipuji dan lebih suka dihina dari pada dibela.
Tujuannya adalah agar bisa mengukuhkan keikhlasannya dalam hati dan terhindar dari hubbul jah (cinta pangkat kehormatan) dan takabbur (kesombongan).
Sayid Muhammad bin Abdul Karim al Kasnazan al Husaini (Mursyid Thariqah Qadiriyah dari Iraq, lahir 1358 H/1938 M, beliau sekarang masih aktif) menjelaskan:
الْمَلاَمَتِيَّةُ ، وَهُمُ الَّذِيْنَ لَمْ يُظْهَرْ لِمَا فِي بَوَاطِنِهِمْ أَثَرٌ عَلَى ظَوَاهِرِهِمْ.(موسوعة الكسنزان فيما اصطلح عليه أهل التصوف والعرفان للسيد محمد بن الشيخ عبد الكريم الكسنزان الحسيني (2/ 11))
Al Malamatiyah adalah mereka yang lahiriyahnya tidak terpengaruh dari ketinggian maqam yang batin mereka. (Mausu’ah al Kasnazan Fima Ishthalaha ‘Alaihi Ahl al-Tashawwuf wa al-‘Irfan karya Sayid Muhammad bin Abdul Karim al Kasnazan al Husaini, (2/ 11))
Meski keberadaan Wali Malamatiyah sendiri masih diperdebatkan di kalangan ulama sufi, tapi yang jelas Malamatiyah merupakan maqam tinggi, sulit dan istimewa di kalangan para wali. Sehingga dalam sejarah tashawwuf, disebutkan ada sekolompok dikenali sebagai ahli sesat dan maksiat yang mendakwakan diri sebagai wali malamatiyah tapi tujuannya hanya untuk menutupi.
Maka dalam hal ini, al-Imam al-Suhrawardi memberikan penjelasan:
إِنَّ مِنْ أُصُولِ الْمَلاَمَتِيَّةِ : أَنَّ الذِّكْرَ عَلَى أَرْبَعَةِ أَقْسَامٍ: ذِكْرٍ بِاللِّسَانِ، وَذِكْرٍ بِالْقَلْبِ، وَذِكْرٍ بِالسِّرِّ، وَذِكْرٍ بِالرُّوحِ. فَإِذَا صَحَّ ذِكْرُ الرُّوحِ سَكَتَ السِّرُّ وَالْقَلْبُ وَاللِّسَانُ عَنِ الذِّكْرِ، وَذَلِكَ ذِكْرُ الْمُشَاهَدَةِ. وَإِذَا صَحَّ ذِكْرُ السِّرِّ سَكَتَ الْقَلْبُ وَاللِّسَانُ عَنِ الذِّكْرِ، وَذَلِكَ ذِكْرُ الْهَيْبَةِ. وَإِذَا صَحَّ ذِكْرُ الْقَلْبِ فَتَرَ اللِّسَانُ عَنِ الذِّكْرِ، وَذَلِكَ ذِكْرُ اْلآلاَءِ وَالنَّعْمَاءِ. )كتاب عوارف المعارف للسهروردي (1/ 64)
“Sesungguhnya di antara pokok-pokok (amalan) Malamatiyah, sesungguhnya zikir itu ada empat macam: zikir lisan, zikir qalbi, zikir sirri dan zikir ruh. Jika ruh sudah berzikir, maka sirri, hati dan lisan diam dari zikir, inilah yang disebut zikir musyahadah. Jika sirri sudah zikir, maka hati dan lisan diam dari zikir, inilah yang disebut zikir haibah. Dan jika hati sudah zikir, maka lisan berhenti dari zikir, inilah yang disebut dzikir karunia dan anugrah. (‘Awariful Ma’arif, karya al-Suhrawardi, (1/64))


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://masterlatif.com/mohamad-al-bahloul-asal-usul-perkataan-bahlul-yang-digunakan-dalam-masyarakat-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Prabu Siliwangi Dikejar Anaknya Dan Asal Usul Penamaan Tempat Di Garut

Cerita Prabu Siliwangi Dikejar Anaknya Dan Asal Usul Penamaan Tempat Di Garut

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 557 hits
Sri Baduga Maharaja atau biasa kita kenal sebagai Prabu Siliwangi merupakan Raja kerajaan Pajajaran yang cukup dikenal oleh masyarakat Sunda Di Kabupaten Garut Prabu Siliwangi memiliki salah satu cerita yaitu saat dikejar oleh anaknya Prabu...
Kalender Hijriyah 1443 Beserta Asal Usul Dan Sejarah

Kalender Hijriyah 1443 Beserta Asal Usul Dan Sejarah

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 1514 hits
Sebentar lagi kita memasuki tahun 1443 hijriyah Bagaimana sejarah awal mula kalender hijriyah hingga kemudian menjadi kalender Islam seperti sekarang Berikut ini penjelasan asal usul dan sejarah lengkap beserta kalender hijriyah 1443 Sejara...
Kaligrafi Khat Jawi Dekat Di Hati Masyarakat Melayu Metrotv

Kaligrafi Khat Jawi Dekat Di Hati Masyarakat Melayu Metrotv

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 408 hits
Murnaena Muhammad Nasiram hmetro com myKuala Lumpur Hasil karya kaligrafi khat jawi masih lagi dekat di hati masyarakat Melayu namun pembeli daripada golongan ini tidak meningkat Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Ainun Jariah...
Asal Usul Lagu Negaraku

Asal Usul Lagu Negaraku

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 319 hits
Infografik Asal Usul Lagu Negaraku secara ringkas
Pelajar Uitm Ini Balik Ranau Dan Dedah Asal Usul Keluarga Menoreh Getah Jadi Kemestian Tapi Kenapa Ada Yang Tak Percaya

Pelajar Uitm Ini Balik Ranau Dan Dedah Asal Usul Keluarga Menoreh Getah Jadi Kemestian Tapi Kenapa Ada Yang Tak Percaya

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 606 hits
Cassey bersyukur dengan segala pengalaman masa lalu biarpun mengakui ia bukanlah satu kehidupan yang mudah VIDEO memaparkan seorang gadis yang sedang menoreh getah meraih hampir 300 000 tontonan di aplikasi TikTok Selain memuji rupa paras s...
Salat Iduladha Di Rumah Dinas Wapres Ma Ruf Ingatkan Masyarakat Hindari Kerumunan

Salat Iduladha Di Rumah Dinas Wapres Ma Ruf Ingatkan Masyarakat Hindari Kerumunan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 319 hits
Ma ruf Amin sebelumnya mengimbau kepada umat Islam khususnya yang berada dalam wilayah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat untuk melaksanakan salat Iduladha di rumah masing masing Upaya ini untuk menghindari klaster penulara...
Rujukan Soalan Berserta Jawapan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 2021

Rujukan Soalan Berserta Jawapan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 2021

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 433 hits
Anda dipanggil untuk Exam Kerajaan tahun 2021 Tak tahu nak prepare macam mana Usah Anda Risau Lagi anda berada di tempat yang betul Tim Infokerjaya dan bantu lebih 80 000 calon exam kerajaan sejak tahun 2008 09 Tahun ini adalah giliran anda...
T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 526 hits
Assalamu alaikum semua Semoga sihat walafiat Tikus siapa yang tidak kenal tikus Tak tahulah jika ada Tikus mungkin rapat dalam kehidupan kami sekeluarga sehinggakan ada label khusus buat mereka dalam interpretZZ ini Kali ini Tedi mahu mengk...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram