Ramalan Najib Muhyiddin Hanya Dapat Sokongan Kurang 100 Ahli Parlimen


Najib Razak berkata, jika Muhyiddin Yassin benar-benar mempunyai sokongan majoriti, beliau akan mengadakan undian serta-merta bagi menghapuskan keraguan berhubung keabsahannya, bukannya menunggu sehingga bulan depan untuk Parlimen bersidang semula.


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak membuat spekulasi sokongan diraih Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kurang daripada 100 Ahli Parlimen.

“Bukan 102. Sebenarnya kurang daripada 100 setakat ini.

“Mungkin 90-95 nanti atau kurang lagi,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, sidang media baru-baru ini mengatakan 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokongnya adalah bukti kukuh beliau hilang sokongan majoriti.

Tambahan, katanya, jumlah sokongan diperoleh Muhyiddin semakin berkurangan kerana ada kalangan daripada senarai 31 Ahli Parlimen itu meletak jawatan dalam kerajaan dan mengeluarkan kenyataan menafikan mereka menyokong Perdana Menteri.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen BN, ada 12 lagi wakil rakyat BN masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional, namun tidak dapat menghadiri sidang media pada Jumaat.

Selasa lalu, Muhyiddin mengesahkan lapan Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan terhadapnya.

Najib berkata, jika Muhyiddin benar-benar mempunyai sokongan majoriti, beliau akan mengadakan undian serta-merta bagi menghapuskan keraguan berhubung keabsahannya, bukannya menunggu sehingga bulan depan untuk Parlimen bersidang semula.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, penukaran Perdana Menteri tidak akan menyebabkan kerajaan berhenti berfungsi.

Buktinya, beliau berkata, kerajaan tidak lumpuh ketika Muhyiddin dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana mengalami cirit-birit akhir Jun lalu serta memberi contoh di Amerika Syarikat dan Jepun.

“Jika kerajaan akan lumpuh sebab semua bergantung pada PM sahaja, maka ianya adalah risiko amat besar.

“Kerajaan tetap jalan, cuma dasar akan berbeza.”

“AS tak dijahanamkan apabila Joe Biden ganti Donald Trump Januari lalu di tengah pandemik. Jepun juga tak jahanam apabila Yoshihide Suga ganti Shinzo Abe pada September lalu di tengah pandemik.”

Najib berkata, seluruh negara akan terus memfokuskan isu itu sebulan lagi, bukannya pada krisis Covid-19 atau ekonomi, selagi keabsahan Muhyiddin tidak diselesaikan secepat mungkin.

“Jadi, ianya lebih adil kepada negara dan rakyat bahawa undian berlaku secepat mungkin dan bukan sebulan lagi.

“Kalau dah gagal segagalnya mengawal Covid, menjaga ekonomi dan untuk usaha membeli/mengugut katak, walaupun diberi kuasa penuh darurat tujuh bulan dengan seluruh jentera kerajaan, maka ianya sudah tiba masa untuk menerima realiti dan memberi laluan kepada pemimpin lain.”

Katanya, agak mustahil untuk pengganti Muhyiddin menjadikan Malaysia lebih teruk dan paling parah dari segi Covid-19 dan ekonomi di seluruh negara.

“Bagaimana nak jatuh ke paling corot, sekiranya sudah paling corot?”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ramalan-najib-muhyiddin-hanya-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Jangka Sokongan Muhyiddin Hanya Kurang Dari 100

Najib Jangka Sokongan Muhyiddin Hanya Kurang Dari 100

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 340 hits
Najib jangka sokongan Muhyiddin hanya kurang dari 100 Najib jangka Muhyiddin hanya dapat sokongan kurang 100 Ahli Parlimen Bekas perdana menteri Najib Razak membuat spekulasi sokongan diraih Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kurang daripada ...
Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 269 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pembangkang mendakwa mustahil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti susulan Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri mengumumkan penarikan balik sokongan mereka semalam Menerusi kenyataan har...
107 Ahli Parlimen Tak Sokong Muhyiddin Kata Anwar Hanya 113 Saja Yang Sokong

107 Ahli Parlimen Tak Sokong Muhyiddin Kata Anwar Hanya 113 Saja Yang Sokong

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 382 hits
Percubaan Ahli Parlimen Pembangkang untuk berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen tidak berjaya kerana anggota Unit Simpanan Persekutuan dengan perisai rusuhan menyekat kemaraan mereka Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Me...
Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 446 hits
nbsp PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menarik sokongan mereka kepadanya Katanya bilangan tersebut diperoleh mene...
Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin

Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 511 hits
KUALA LUMPUR Seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan Aha...
Umno Dedah Surat Ahli Parlimen Tandatangan Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Sebagai Pm

Umno Dedah Surat Ahli Parlimen Tandatangan Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR UMNO mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin yang tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pe...
Najib Dan 39 Ahli Parlimen Bn Masih Sokong Kerajaan Pn Dipimpin Muhyiddin

Najib Dan 39 Ahli Parlimen Bn Masih Sokong Kerajaan Pn Dipimpin Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 333 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal mendapat sokongan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebanyak 40 orang Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk Datuk Seri Najib Razak masih setia kekal menyokong kerajaan Perik...
Najib Persoal Samada Muhyiddin Benar Benar Masih Ada Sokongan Majoriti Mp Atau Tidak

Najib Persoal Samada Muhyiddin Benar Benar Masih Ada Sokongan Majoriti Mp Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 302 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan samada Tan Sri Muhyiddin Yassin benar benar masih mempunyai majoriti ketika ini Beliau berkata bilangan tersebut dilihat berubah selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk...
Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Murtabak Kulit Popia

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Azan Terakhir Brigjen Soepardjo Jenderal Tertinggi Dalam G30s Pki

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Building A Memorable Brand Identity