Ramai Mama Ada Masalah Senggugut Yang Teruk Atasi Dengan Cara Ini


Mengalami senggugut teruk pastinya mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita, terutamanya jika ia menjejaskan aktiviti harian. Pasti ramai tercari-cari, terdapatkah cara hilangkan senggugut yang boleh mengatasi atau mengurangkan kesakitan tersebut?

Masalah Bulanan Wanita
Masalah kekejangan ketika haid (senggugut) melibatkan gangguan ringan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum haid, malah boleh berlanjutan sepanjang kitaran haid berlangsung. Kesakitannya boleh menjadi terlalu teruk hingga menjejaskan aktiviti harian.
Umumnya, senggugut teruk berlaku disebabkan oleh kontraksi rahim yang berlaku sebelum atau semasa permulaan kitaran haid 1. Tetapi apakah yang membuatkan kesakitan itu lebih teruk bagi sesetengah individu?
Punca Wanita Mengalami Kesakitan Senggugut Teruk
Sebelum mengetahui cara hilangkan senggugut, apa kata kita fahami terlebih dahulu faktor penyebab senggugut ini. Sesetengah individu cenderung mengalami kekejangan haid yang teruk 2 kerana:
Mempunyai tabiat merokok Mengalami pendarahan haid berat Tidak pernah hamil Mencapai akil baligh sebelum berumur 11 tahun Masalah senggugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan seperti:
Sindrom pramenstruasi (PMS)
PMS adalah keadaan biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula. Gejala biasanya hilang selepas pendarahan bermula.
Endometriosis
Keadaan perubatan ini berlaku apabila sel dari lapisan rahim tumbuh di bahagian lain tubuh, contohnya seperti di tiub fallopio, ovari atau tisu yang melapisi pelvik.
Fibroid pada rahim
Fibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid yang sakit dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala.
Penyakit radang pelvis (PID)
PID adalah jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan.
Adenomiosis
Keadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan. Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat.
Stenosis serviks
Ini juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid 8. Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan tekanan di dalam rahim lalu mengakibatkan senggugut teruk.
Tanda Anda Mengalami Senggugut Yang Teruk
Umumnya, kekejangan haid melibatkan sakit berdenyut disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah perut 8 dan ia boleh merebak ke bahagian belakang badan mahupun paha.
Ia boleh mula berlaku sehari ataupun dua hari sebelum haid, dan memuncak sehingga 24 jam pertama setelah kedatangan darah haid 8. Tapi jangan terkejut, kekejangan haid ini juga boleh berlanjutan sehingga tempoh dua ke tiga hari.
Kekejangan haid ini juga boleh disertai dengan gejala lain seperti:
Loya Keletihan Sakit kepala Pening
Sakit Belakang Ketika Haid: Apakah Puncanya?
Selain senggugut teruk, antara simptom lain yang sering terjadi ketika datang bulan adalah masalah sakit belakang. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku pada bahagian tengah belakang badan 9.
Rasa sakit belakang ini dianggap sebagai “normal” dan berlaku disebabkan perubahan hormon 9. Prostaglandin (hormon yang dihasilkan semasa kitaran haid untuk mendorong pengecutan rahim bagi menyingkirkan lapisan rahim) boleh mempengaruhi otot punggung bawah.
Prostaglandin yang terhasil secara berlebihan menyebabkan senggugut teruk atau haid yang menyakitkan. Kontraksi yang berat kemudiannya mendorong sakit bahagian belakang. Sakit bahagian belakang ini juga boleh merebak daripada perut bawah ke pinggul bawah 9.
Cara Hilangkan Senggugut Dan Sakit Belakang
Bagi kesakitan bahagian belakang dan senggugut yang teruk dan bukan disebabkan masalah kesihatan serius, rawatan di rumah boleh dilakukan 9. Berikut beberapa cara hilangkan senggugut yang boleh dicuba:
Mampatan haba
Letakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sekali gus meredakan rasa sakit.
Ubat tahan sakit
Ubat antiradang nonstreroid (NSAID) yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ia boleh dibeli di farmasi atau didapatkan daripada preskripsi doktor.
Satu tinjauan sistematik mendapati ubat tahan sakit sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan senggugut teruk dalam ujian klinikal 10. Malahan ia menunjukkan kesan lebih baik berbanding aspirin.
Jika anda memilih untuk menggunakan NSAID sebagai cara hilangkan senggugut, sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum mengguna sebarang ubat.
Cara hilangkan senggugut dengan rehat dan bertenang
Sekiranya anda sukar untuk melakukan banyak perkara akibat sakit belakang teruk kesan senggugut yang dialami, luangkan masa beberapa hari untuk diri sendiri.
Apa kata anda bersantai dengan membaca buku kegemaran, melakukan yoga mudah atau sekadar mandian panas yang boleh membantu meningkatkan endorfin. Ia secara semula jadi dapat melawan kesakitan.
Makanan tambahan dan vitamin
Pengambilan suplemen dan vitamin sebagai makanan tambahan bersama vitamin B dan magnesium juga boleh mengurangkan kekejangan haid.
Cara hilangkan senggugut paling berkesan, penjagaan pemakanan
Perbanyakkan minum air dan makan buah-buahan, sayur-sayuran bersama makanan antiradang lain untuk mengurangkan keradangan dan melegakan gejala senggugut teruk seperti sakit belakang.
Sekiranya sakit belakang dan senggugut berlanjutan walaupun setelah kitaran haid habis atau anda mula mengalami rasa kesakitan pada kaki atau lemah badan, anda amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan segera kerana ia mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain.
Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini berguna!
Kredit: Hello Doktor

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Ramai Mama Ada Masalah Senggugut Yang Teruk, Atasi Dengan Cara Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ramai-mama-ada-masalah-senggugut-yang-teruk-atasi-dengan-cara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risau Anak Main Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam Buat 2 Cara Ini Selesai Masalah

Risau Anak Main Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam Buat 2 Cara Ini Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 194 hits
Bila ada anak kecil memang perlu sentiasa beringat Tambah lagi anak yang dah dapat kaki tengah seronok nak explore buat macam macam dalam rumah Salah satu yang jadi perhatian anak adalah tombol pintu Jika tiba tiba insiden terkunci dari dal...
Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni Petua Lawas Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil

Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni Petua Lawas Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 280 hits
Ketika hamil macam macam dugaan yang dilalui ibu hamil Ada yang buang air kecil tidak lawas ada yang sembelit dan menghadapi kesukaran membuang air besar Macam macam Namun mengambil jumlah air yang mencukupi amat disarankan disamping pengam...
5 Cara Atasi Salah Bantal Ini Perlu Korang Tahu

5 Cara Atasi Salah Bantal Ini Perlu Korang Tahu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 196 hits
5 CARA ATASI SALAH BANTAL INI PERLU KORANG TAHU Bila kena salah bantal ni memang sakit serba tak kena dibuatnya kan Boleh hilang mood seharian disebabkan salah bantal je Baru beberapa minggu lepas umi terkena salah bantal ni Dia punya sakit...
Cara Buat Sambal Bilis Kering Rangup Tahan 3 Bulan

Cara Buat Sambal Bilis Kering Rangup Tahan 3 Bulan

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 188 hits
Ramai yang suka makan sambal sama ada jenis sambal basah berkuah atau sambal kering Tapi kalau buat sambal bilis kering rangup ni makan memang tak berhenti Berhantu betul sebab boleh juga sedap ratah macam tu saja Menerusi perkongsian darip...
Resipi Nescafe Santan Cara Minum Kopi Gaya Pengamal Intermittent Fasting

Resipi Nescafe Santan Cara Minum Kopi Gaya Pengamal Intermittent Fasting

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 180 hits
Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang Mereka yang mengamalkan diet juga sudah semestinya tidak boleh meninggalkan kegemaran untuk minum kopi Senang cakap ngopi sudah jadi gaya hidup masyarakat kita sejak dulu lagi Mana boleh tinggal Kal...
Cara Beru Gigi Tak Betul Pemakanan Punca Ramai Kanak Kanak Dapat Karies Gigi

Cara Beru Gigi Tak Betul Pemakanan Punca Ramai Kanak Kanak Dapat Karies Gigi

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 327 hits
Karies awal kanak kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak kanak di bawah umur enam tahun Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak dan air liur Apakah f...
Cara Mudah Cuci Seat Kereta Yang Berpeta Kesan Tumpahan Air Makanan Anak

Cara Mudah Cuci Seat Kereta Yang Berpeta Kesan Tumpahan Air Makanan Anak

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 299 hits
Ada anak kecil tak sah kalau tak berlaku tumpahan air susu dan juga makanan Tambah lagi bila dalam kereta yang bergerak nak kawal keadaan ini agak sukar Jadi bila kusyen kereta jenis fabrik kesan tumpahan itu lama kelamaan akan jadi berpeta...
Cara Diet 1200 Kalori Sehari Mudah Je Rupanya

Cara Diet 1200 Kalori Sehari Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 334 hits
Menu Bergambar Cara Diet 1200 Kalori Sehari Bagi anda yang sedang mengamalkan diet sihat tentulah ada panduan yang boleh anda ikuti untuk sentiasa kekal dalam mood berdiet tu bagaimana caranya nak tahu samada pemakanan yang kita ambil tu ad...
Cara Kira Kalori Kandungan Kalori Dalam Makanan Malaysia

Cara Kira Kalori Kandungan Kalori Dalam Makanan Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 427 hits
Ilmu tentang cara kira kalori makanan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mengekalkan berat badan yang ideal Secara purata setiap lelaki dan perempuan dewasa memerlukan jumlah kalori yang berikut Lelaki 2000...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa