Cara Kira Kalori Kandungan Kalori Dalam Makanan Malaysia
Ilmu tentang cara kira kalori makanan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mengekalkan berat badan yang ideal.
Secara purata, setiap lelaki dan perempuan dewasa memerlukan jumlah kalori yang berikut:
Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari
Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari
Tips mudah untuk mengurangkan berat badan adalah mengamalkan kalori defisit, iaitu pengambilan makanan dan minuman harian yang kurang daripada kalori harian yang diperlukan.
Artikel berkaitan: Cara Kira BMI
Apa Itu Kalori?
Kalori, seperti joule, adalah unit tenaga.
Walaubagaimanapun, kalori biasanya digunakan untuk satu unit tenaga makanan.
Satu kalori adalah sama dengan jumlah tenaga per unit jisim yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air sebanyak 1° C.
Satu kalori adalah bersamaan dengan 4.18 joule.
Kalori makanan, seperti yang dibaca pada label pemakanan, sebenarnya adalah kilokalori (sering dilambangkan sebagai “Kalori” dengan huruf besar C).
Terdapat 1,000 kalori dalam satu kilokalori, atau Kalori makanan.
Kandungan Kalori Dalam Makanan Di Malaysia
Kalorimeter ialah peralatan yang direka untuk mengukur tenaga yang dikeluarkan atau diserap semasa tindak balas kimia atau perubahan fasa.
Kalorimetri makanan membolehkan kita menentukan bilangan kalori setiap gram makanan.
Sebagai orang awam, amat mustahil untuk kita membuat eksperimen saintifik untuk mengetahui kalori setiap makanan dan minuman yang diambil.
Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pemakanan telah menyediakan senarai purata kalori hampir kebanyakan makanan yang mudah didapati malaysia antaranya nasi lemak, air teh, kaipap ayam, roti dan lain-lain.
Rujukan senarai kalori setiap makanan boleh dirujuk di pautan berikut: https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2018/02/BeSS_Bank%20Calorie%20Bahagian%20Pemakanan.pdf
BeSS_Bank-Calorie-Bahagian-PemakananDownload
Cara kira kalori menggunakan apikasi mudah alih
Bagi yang tidak tahu, anda juga boleh menjejaki pengambilan kalori anda setiap hari menggunakan aplikasi dari telefon mudah alih anda.
Antara aplikasi menarik yang boleh anda cuba untuk kira kalori harian adalah MyFitnessPal yang boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:
Google Play – Untuk pengguna Android
App Store – Untuk pengguna iOS
Ia menjejaki berat badan anda dan mengira pengambilan kalori harian yang disyorkan selain turut mempunyai diari makanan yang direka dengan baik dan log senaman.
Halaman utama memberikan gambaran yang jelas tentang jumlah kalori yang telah anda makan pada siang hari.
Di samping itu, ia menunjukkan baki pengambilan disyorkan anda dan berapa banyak kalori yang telah anda bakar dengan bersenam.
Jika anda menggunakan peranti penjejakan kecergasan, MyFitnessPal boleh memasukkan datanya dalam log latihan.
Selain itu, pengimbas kod bar MyFitnessPal membolehkan anda memasukkan maklumat pemakanan beberapa makanan yang dengan serta-merta.
Aplikasi ini turut memaparkan carta pai, menunjukkan pecahan karbohidrat, protein dan lemak anda, membantu anda kira kalori harian dengan lebih efektif.
Walaupun aplikasi ini mungkin tidak mengandungi data untuk kebanyakan makanan dari Malaysia, anda boleh memasukkan data baru dan menyimpannya data tersebut dalam aplikasi ini untuk menggunakanny berkal-kali pada masa hadapan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kira-kalori-makanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kira-kalori-makanan