Resipi Nescafe Santan Cara Minum Kopi Gaya Pengamal Intermittent Fasting


Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang. Mereka yang mengamalkan diet juga sudah semestinya tidak boleh meninggalkan kegemaran untuk minum kopi. Senang cakap, ngopi sudah jadi gaya hidup masyarakat kita sejak dulu lagi. Mana boleh tinggal!
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi membancuh kopi bagi individu yang mengamalkan intermittent fasting (IF). Maksud IF adalah berpuasa bagi tempoh tertentu. Tempoh biasa bagi IF adalah 16 jam waktu puasa dan lapan jam tempoh untuk makan.
Resipi ini, RASA dapatkan daripada seorang pengamal IF yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaila. Individu ini memulakan IF selama tempoh 12 jam terlebih dahulu bagi membiasakan diri.
“Selepas buat IF selama 12 jam, kemudian bolehlah tingkatkan kepada 14 jam dan seterusnya 16 jam. IF bantu perut berehat daripada sebarang aktiviti cerna makanan. Badan belajar untuk terima makanan pada waktu tertentu saja. Lagi satu, IF juga bantu kita kurang ambil gula,” kata Suhaila.
FASTING WINDOW & EATING WINDOWBagi pengamal IF, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu waktu puasa (fasting window) dan waktu makan (eating window). Ketika fasting window, pengamal IF tidak boleh ambil sebarang makanan namun masih boleh minum. Pun begitu, minuman yang dibenarkan hanyalah minuman kosong tanpa gula.
“Pengamal IF masih boleh minum sewaktu fasting window tetapi terhad kepada minuman tanpa sebarang campuran gula yang akan menggagalkan misi. Pengamal boleh makan pada eating window dan perlu berhenti sebelum masuk fasting window berikutnya. Jadi, badan masih punya tenaga. Yang menariknya sewaktu IF, kita masih boleh minum sebarang air tanpa gula seperti kopi o kosong, teh hijau dan teh o kosong. Makanan sahaja yang akan membatalkan IF,” tambah Suhaila.
MANFAAT SANTAN DALAM KOPILazimnya, kita membancuh kopi menggunakan susu pekat manis. Namun, bagi pengamal IF, susu digantikan dengan santan. Menurut Suhaila, susu segar atau susu pekat manis ada kandungan gula yang tinggi. Dalam diet IF, pengamal memang cuba elakkan gula kerana tanpa pengambilan gula sekalipun, tenaga dijana menggunakan lemak dalam badan.
Santan mengandungi vitamin C, B dan E. Gabungan kopi dan santan juga merupakan antioksidan yang baik selain kaya dengan zat besi dan magnesium. Sesuai sebagai booster harian dan meningkatkan metabolisme tubuh.
“Saya menggunakan Nescafe Gold dalam rutin pengambilan kopi. Sekiranya ingin menggunakan kopi lain, kena lihat kepada kandungannya juga sama ada mengandungi gula atau marjerin. Sekiranya ada kandungan dua bahan tersebut, ia kurang sesuai. Bagi pengamal IF dan Lazy Keto, kebanyakannya akan memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah lulus Keto,” ujarnya.
TURUN 12 KG AMALKAN IFSekadar berkongsi pengalaman, Suhaila pernah turun sebagai 12 kilogram iaitu dari 84 kilogram kepada 72 kilogram selepas mengamalkan IF. Mula amalkan IF pada Disember 2019. Namun Suhaila akui dia sendiri agak sukar untuk berpantang makan ikut saranan IF seperti menjauhi gula, makanan manis dan minuman manis. Alasannya, suka makan sedap. Pun begitu, ketika betul-betul patuh pada peraturan IF, Suhaila dapat merasai manfaatnya.
“Perubahan ketara adalah seperti pergerakan solat lebih mudah dan tak cepat penat. Saya dah mula boleh beraktiviti seperti hiking yang menjadi aktiviti kegemaran. Saya mula join group IF apabila susah nak duduk antara dua sujud. Kaki tak boleh nak lipat sebab berat badan berlebihan. Kemudian, nak kurangkan pengambilan ubat sebab tekanan darah tinggi. Doktor sarankan untuk turunkan berat badan atas faktor kesihatan. Sihat itu target pertama. Kurus dan cantik itu bonus. Sebab lain adalah berjaga-jaga dengan kadar gula dalam darah sebab ada keturunan yang mempunyai penyakit kencing manis,” ujar Suhaila lagi menutup bicara.
NESCAFE SANTAN GAYA IF
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil Nescafe Gold
4 sudu besar santan (santan kotak)
250 ml air panas
Secubit garam
CARA MEMBUAT
1. Dalam cawan, masukkan Nescafe Gold
2. Masukkan santan. Kacau seketika.
3. Tuangkan air panas. Kacau lagi.
4. Masukkan garam. Kacau.
5. Sedia dinikmati.
Tip: Jika mahu lebih lemak, tambah 1 sudu besar santan lagi. Kalau suka manis, tambah stevia.

Selamat mencuba!
The post Resipi Nescafe Santan, Cara Minum Kopi Gaya Pengamal Intermittent Fasting appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/12/resipi-nescafe-santan-cara-minum-kopi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Kopi Kaw Sambil Layan Mi Bandung Muar Tenangnya Lepak Di Kedai Kopi Kebun

Minum Kopi Kaw Sambil Layan Mi Bandung Muar Tenangnya Lepak Di Kedai Kopi Kebun

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 186 hits
Memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah mudah Kita juga manusia biasa ada masanya akan rasa letih dan tertekan Tak mahu burn out sesekali perlu juga ambil masa untuk diri sendiri dan buat apa yang kita suka Barulah boleh recharg...
Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni Petua Lawas Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil

Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni Petua Lawas Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 280 hits
Ketika hamil macam macam dugaan yang dilalui ibu hamil Ada yang buang air kecil tidak lawas ada yang sembelit dan menghadapi kesukaran membuang air besar Macam macam Namun mengambil jumlah air yang mencukupi amat disarankan disamping pengam...
Cara Simpan Baki Santan Kotak Dalam Peti Sejuk Tak Berketul Seminggu Masih Elok

Cara Simpan Baki Santan Kotak Dalam Peti Sejuk Tak Berketul Seminggu Masih Elok

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 314 hits
Kebanyakan daripada kita bila menggunakan santan dalam masakan pasti ada juga lebihannya Nak buang sayang jadi simpan dulu dalam peti sejuk Namun setelah beberapa hari disimpan dan nak digunakan semula akan nampak santan itu dah mula berket...
Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style Cara Daddy Mudah Sangat Sedap

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style Cara Daddy Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 193 hits
Daddy Khairul berkongsi cara mudah menyediakan sajian Kuey Teow Sup Chinese Style yang sangat sedap Sesuai dinikmati seisi keluarga pada bila bila masa Jom ikuti resepi yang dikongsi Selamat mencuba Hujan hujan gini sedap hirup sup weh Kala...
Cara Lipat Baju Anak Dengan Kemas Guna Teknik Ni Anak Selongkar Pun Tak Terlerai

Cara Lipat Baju Anak Dengan Kemas Guna Teknik Ni Anak Selongkar Pun Tak Terlerai

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 216 hits
Baju anak kecil sebenarnya ambil masa lama untuk melipat Ibaratnya bercinta jugalah nak lipat Tambah pula nak cari seluar dan baju yang sama Kadang bila lipatan baju tak kemas ia mudah terlerai Lagi satu bila dah elok mama melipat dan susun...
Peluang Bisnis Pengertian Tujuan Kriteria Dan Cara Menemukannya

Peluang Bisnis Pengertian Tujuan Kriteria Dan Cara Menemukannya

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 134 hits
Belakangan ini nampaknya banyak orang yang bersemangat untuk memulai dan mencari peluang bisnis patendo khususnya para milenial dan gen Z Hal tersebut memang beriringan dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang juga terus berkembang dan me...
Cara Blokir Kontak Whatsapp Tanpa Diketahui

Cara Blokir Kontak Whatsapp Tanpa Diketahui

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 116 hits
Memblokir kontak WhatsApp tanpa diketahui adalah dambaan para pengguna yang tak ingin nomor kontak yang diblokir mengetahui Pasalnya ada rasa tidak enak mungkin jika si pemilik kontak diblokir nomor WhatsAppnya
5 Cara Blogger Menghasilkan Uang Dari Blognya

5 Cara Blogger Menghasilkan Uang Dari Blognya

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 137 hits
Menghasilkan uang mungkin motivasi terkuat seseorang ngeblog Blogging memang profitable alias bisa mendatangan cuan Berikut ini 5 cara blogger menghasilkan uang dari blognya disebut monetisasi blog atau make money blogging Kuncinya sih traf...
Candi Borobudur Berada Di Mana Berikut Lokasi Dan Cara Menuju Ke Destinasi Ini

Candi Borobudur Berada Di Mana Berikut Lokasi Dan Cara Menuju Ke Destinasi Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 184 hits
Mengunjungi Candi Borobudur di Indonesia adalah hal yang sangat menarik untuk dilakukan Candi terbesar di negara ini bahkan menjadi warisan budaya UNESCO Banyak wisatawan yang datang untuk mengunjunginya Namun Candi Borobudur berada di mana...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan