Rakyat Sabah Kenal Rasai Keprihatinan Pn



KOTA KINABALU – Meskipun Perikatan Nasional (PN) baharu pertama kali bertanding dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, namun gabungan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sudah dikenali oleh seluruh rakyat di negeri ini, kata Datuk Hajiji Noor.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah itu berkata, rakyat Sabah juga mengetahui kewujudan PN dalam landskap politik negara, lebih-lebih lagi peranan dimainkannya ketika negara berdepan cabaran penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Beliau berkata, bantuan disediakan kerajaan PN menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) juga memberi impak besar dalam kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan ia sudah meresap ke dalam fikiran serta jiwa mereka.
“Rakyat kenal PN. Walaupun baharu, tetapi apa yang dibantu dan disumbangkan kepada rakyat jelas daripada kerajaan PN. Ini sudah meresap dalam fikiran dan jiwa rakyat bahawa yang membantu mereka dalam keadaan (mencabar) sekarang ialah kerajaan PN,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
PN di negeri ini terdiri daripada gabungan antara parti Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), yang turut menjadi rakan sekutu Barisan Nasional (BN) serta Parti Bersatu Sabah (PBS) menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Hajiji berkata, keberkesanan pengurusan Covid-19 juga jelas membuktikan keupayaan PN mengendalikan krisis secara efektif termasuk dalam aspek memulihkan semula ekonomi rakyat di seluruh negara yang turut memanfaatkan penduduk di Negeri Bawah Bayu itu.
Katanya, ini dapat dilihat menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang telah banyak membantu sekali gus memberi nafas lega kepada para peniaga yang terjejas teruk berikutan perniagaan tidak dapat dijalankan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Kita berterima kasih dan bersyukur kerana ada kerajaan yang prihatin dan peduli kepada rakyat ketika menghadapi kesusahan. Kerajaan PN memberi nafas kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti biasa menerusi bantuan berkenaan.
“Ini (Prihatin dan Penjana) adalah satu dasar cukup baik. Sekarang ekonomi sudah mulai pulih dan tempat kerja sudah dibuka. Saya dimaklumkan, setakat ini, hampir 15 juta rakyat mula bekerja,” katanya dan menambah pakej itu perlu diteruskan kerana masih ramai rakyat memerlukan bantuan.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu juga berkata, PN akan melakukan terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah sekiranya diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah, 26 September ini termasuk memulihkan semula ekonomi di negeri ini.
“Kita mahu negeri dan rakyat Sabah maju. Untuk kita menjayakan impian ini, kita mesti bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan, kita mesti sehaluan,” katanya yang optimis sembilan teras dalam Aku Janji GRS berupaya memulihkan ekonomi seterusnya membangunkan Sabah secara keseluruhan.
Dengan slogan ‘Sayangi Sabah’, Hajiji berkata, slogan itu dipilih kerana GRS termasuk PN mahu memberi khidmat terbaik kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira ideologi politik, kaum dan agama mereka.
Beliau berkata, Aku Janji, yang antara lain merangkumi infrastruktur, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, pendidikan dan modal insan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat serta keselamatan itu, merupakan komitmen mereka yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
Hajiji juga berharap rakyat akan menggunakan kesempatan pada PRN Sabah ke-16 ini untuk memilih kerajaan yang benar-benar diyakini boleh membawa kebaikan dan harapan baharu kepada mereka.
“Ini adalah pilihan raya paling penting untuk memilih kerajaan. Pilih kerajaan yang dapat mentadbir dan membawa pelbagai kebaikan serta pembangunan kepada rakyat. Jangan salah pilih (kerajaan),” katanya. – Bernama
 
The post Rakyat Sabah kenal, rasai keprihatinan PN appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/20/rakyat-sabah-kenal-rasai-keprihatinan-pn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hajiji Walau Kali Pertama Bertanding Rakyat Sabah Kenal Pn

Hajiji Walau Kali Pertama Bertanding Rakyat Sabah Kenal Pn

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 404 hits
190 total views 190 views today KOTA KINABALU Meskipun Perikatan Nasional baru pertama kali bertanding dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri Sabah namun gabungan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sudah dikenali oleh selur...
Tiga Sebab Utama Warisan Plus Menjadi Pilihan Rakyat Sabah

Tiga Sebab Utama Warisan Plus Menjadi Pilihan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 349 hits
Tujuh calon KEADILAN menawarkan tiga sebab utama Warisan Plus menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sabah Mereka berpandangan bahawa kesepakatan Warisan Plus dalam isu calon ketua menteri Sabah serta pembahagian kerusi meyakinkan ...
Hina Wira Negara Azmin Gesa Rakyat Sabah Tolak Warisan

Hina Wira Negara Azmin Gesa Rakyat Sabah Tolak Warisan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 403 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat Sabah menolak Parti Warisan Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah nanti Gesaan itu dibuat selepas pemimpin Warisan Datuk Mo...
Jangan Takutkan Rakyat Sabah Yang Mahu Keluar Mengundi

Jangan Takutkan Rakyat Sabah Yang Mahu Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 289 hits
Tujuh calon KEADILAN memberi jaminan kepada rakyat Sabah supaya tidak perlu takut untuk keluar mengundi pada 26 September ini Ini berikutan kenyataan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali yang mendedahkan ada cubaan kemasuka...
Pas Jamin Pangkah Calon Gagasan Rakyat Sabah

Pas Jamin Pangkah Calon Gagasan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 356 hits
PUTATAN Penyokong PAS di Sabah tekad akan memberi undi kepada calon Gagasan Rakyat Sabah yang merangkumi Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Jaminan PAS itu dinyat...
Anwar Sokongan Rakyat Amat Dihargai Semasa Kunjungan Saya Ke Sabah

Anwar Sokongan Rakyat Amat Dihargai Semasa Kunjungan Saya Ke Sabah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 249 hits
Kelmarin saya round round di Sook Klias Matunggong Tempasuk Tamparuli Api Api dan Inanam untuk berkempen bersama calon calon kita dari KEADILAN Jutaan penghargaan buat rakyat Sabah terutamanya kepada mereka yang turut memberikan sokongan pa...
Rakyat Sabah Sokong Padu Tiada Masalah Warisan Menang Prn

Rakyat Sabah Sokong Padu Tiada Masalah Warisan Menang Prn

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 395 hits
Sokongan rakyat Sabah terhadap Warisan Plus bagi ahli politik Semenanjung yang membantu kempen dianggap sangat mengujakan dalam situasi negeri itu tertekan oleh kempen besar besaran kerajaan Perikatan Nasional Menurut Naib Pengerusi DAP Sel...
Prn Sabah Pertembungan Sesama Sendiri Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Prn Sabah Pertembungan Sesama Sendiri Dalam Gabungan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 584 hits
PRN SABAH PERTEMBUNGAN SESAMA SENDIRI DALAM GRSA LATAR BELAKANG Terdapat 73 DUN di dalam Negeri Sabah Di PRU 14 Sabah mempunyai 60 kerusi tetapi telah ditambah sebanyak 13 DUN baru Sebuah DUN bertukar nama dan 12 lagi dinamakan bersesuaian ...
Pilihan Di Tangan Rakyat Sabah Grs Punya Kelebihan

Pilihan Di Tangan Rakyat Sabah Grs Punya Kelebihan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 238 hits
PILIHAN Raya Negeri Sabah ke 16 bakal menyaksikan persaingan sengit dan dalam tempoh 72 jam sebelum hari mengundi pada 26 September ini berkemungkinan berlaku undian taktikal untuk memilih sama ada parti nasional atau parti tempatan sebagai...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package