Pilihan Di Tangan Rakyat Sabah Grs Punya Kelebihan



PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bakal menyaksikan persaingan sengit dan dalam tempoh 72 jam sebelum hari mengundi pada 26 September ini, berkemungkinan berlaku undian taktikal untuk memilih sama ada parti nasional atau parti tempatan sebagai kerajaan negeri yang baharu.
Parti nasional dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai parti utama memiliki kelebihan sendiri apabila membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama beberapa parti tempatan seperti PBS serta STAR bagi menghadapi PRN kali ini.
Sementara itu, Warisan Plus yang terdiri daripada beberapa parti yang mendominasi parti tempatan di Sabah bergantung kepada populariti Datuk Seri Shafie Apdal, selain dipengaruhi kekuatan calon di sesebuah kawasan.
Bagaimanapun, faktor siapa yang bertanding dilihat menjadi pertimbangan utama para pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka berbanding logo parti yang diwakili calon berkenaan.
Pengundi dalam kawasan bandar pula dilihat cenderung menyokong parti nasional berikutan melibatkan isu pembangunan secara holistik yang memerlukan kerjasama Putrajaya, manakala isu tempatan lebih hangat diperkatakan di luar bandar.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkata, pengundi muda dilihat lebih memilih parti nasional kerana sentimen kejayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani wabak koronavirus (Covid-19).
“Sebaliknya di peringkat negeri, masih lagi dipersoal tentang kesungguhan tindakan kerajaan negeri menangani wabak tersebut.
“Dari segi calon berwibawa antara parti nasional dan tempatan, kita nampak seimbang namun parti tempatan ada sedikit kejayaan khususnya Warisan yang menampilkan calon berkredibiliti yang sudah lama bekerja di peringkat akar umbi dan berpendidikan.
“Parti nasional pula bergantung kepada populariti calon tersebut yang mana telah lama bekerja di kawasan dan pernah pegang jawatan menteri dan sebagainya, selain disokong pemimpin (kerajaan) Persekutuan ketika ini,” ujarnya kepada Sinar Harian di sini semalam.
 
Rasional Kemungkinan berlakunya pengundian taktikal pada PRN Sabah itu juga diakui oleh Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Malaysia, Mujibu Abd Muis.
Namun, kata beliau, pengundi tetap akan membuat keputusan secara rasional sama ada untuk memilih berdasarkan pertimbangan parti atau calon.
“Setakat pemerhatian di sini, faktor calon lebih banyak menjadi pertimbangan utama. Calon yang banyak memberikan sentuhan peribadi, sumbangan, budi dan personalitinya kepada pengundi akan diundi.
“Keadaan masih memperlihatkan saingan seimbang dengan jangkaan undi yang terpecah-pecah, jadi persoalan parti nasional atau parti tempatan memang tidak dapat dipastikan siapa yang berat untuk pengundi sokong,” katanya.
Bagi penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian, faktor calon menjadi keutamaan berbanding parti kerana politik kesukuan di negeri itu amat ketara.
Menurutnya, BN dan PN mempunyai kelebihan melalui GRS kerana terdiri daripada parti tempatan.
“Warisan Plus lebih banyak bergantung kepada populariti Datuk Seri Shafie Apdal,” kata beliau.
The post Pilihan di tangan rakyat Sabah, GRS punya kelebihan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/23/pilihan-di-tangan-rakyat-sabah-grs-punya-kelebihan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 399 hits
Najib Razak hari ini mempersoalkan adakah Sabah milik rakyat atau Warisan Ini adalah kerana Warisan didapati meletakkan lambang besar parti mereka di hadapan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah Cuba kita bayangkan di hadapan Pejabat P...
Tiga Sebab Utama Warisan Plus Menjadi Pilihan Rakyat Sabah

Tiga Sebab Utama Warisan Plus Menjadi Pilihan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 349 hits
Tujuh calon KEADILAN menawarkan tiga sebab utama Warisan Plus menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sabah Mereka berpandangan bahawa kesepakatan Warisan Plus dalam isu calon ketua menteri Sabah serta pembahagian kerusi meyakinkan ...
Pas Jamin Pangkah Calon Gagasan Rakyat Sabah

Pas Jamin Pangkah Calon Gagasan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 356 hits
PUTATAN Penyokong PAS di Sabah tekad akan memberi undi kepada calon Gagasan Rakyat Sabah yang merangkumi Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Jaminan PAS itu dinyat...
Pesanan Bakal Pm Buat Rakyat Sabah

Pesanan Bakal Pm Buat Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 329 hits
Esok rakyat Sabah akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih Ahli Dewan Undangan Negeri sekaligus akan membentuk kerajaan negeri Di ruangan ini saya ingin menggesa rakyat Sabah supaya mengundi demi masa depan Ini bermaksud kita tidak mahu...
Tidak Rasmi Gabungan Rakyat Sabah Menang Dengan Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

Tidak Rasmi Gabungan Rakyat Sabah Menang Dengan Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 415 hits
55 total views 55 views today Menerusi ciapan wartawan Bernama sebentar tadi keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah menang...
Rakyat Sabah Diminta Tolak Penyamun Tetapi Di Sini Boleh Terima Penyamun Asal Aku Dapat Jadi Pm

Rakyat Sabah Diminta Tolak Penyamun Tetapi Di Sini Boleh Terima Penyamun Asal Aku Dapat Jadi Pm

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 371 hits
Guan eng dan mat sabu boleh dapat semula jawatan lama Pemimpin PH yang merajuk boleh kembali tunjuk muka apa malu jandakuWan Azizah boleh dilantik Duta Khas China Taraf Menteri Ramai pemimpin PH rindu gaji dan kereta mewah seperti sebelum i...
Keputusan Prn Sabah Kapal Shafie Karam Grs Sah Tubuh Kerajaan

Keputusan Prn Sabah Kapal Shafie Karam Grs Sah Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 696 hits
Gabungan Rakyat Sabah membabitkan kerjasama Perikatan Nasional BN dan Parti Bersatu Sabah berjaya merampas Sabah daripada Warisan Berdasarkan kiraan tidak rasmi Malaysiakini setakat ini gabungan itu sehingga kini telah berjaya memenangi sek...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite