Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno




Setelah hampir dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri melalui pengkhianatan tebuk atap kepada PH, Muhyiddin Yassin tak semena-mena berkata, rakyat kini sudah muak mendengar cerita-cerita politik.
Katanya, rakyat lebih ingin tahu apa yang dilakukan kerajaan terhadap mereka dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang ini.
“Saya dalam kerajaan, sejak awal saya duduk di kerusi PM saya tak fikir soal politik. Rakyat tak nak dengar dah, dah muak cerita-cerita tu.“Yang mereka nak tahu apa kerajaan buat, apa PM, jemaah menteri, pentadbiran ini laksanakan untuk menangani isu penting yang mereka hadapi“Saya tak ada dalam kenyataan sebelum ni, hatta sekarang ni, nak mengulas soal-soal berkaitan politik.“Nanti orang kata soal Covid-19 tak selesai, dia cerita soal parti dia, gabungan dia, kerajaan dia, keabsahan dia, ni rakyat tak minat. Saya faham tentang itu,” kata Muhyiddin lagi.
Alamak…apakah Muhyiddin sendiri sudah lupa kedudukan dirinya sebagai orang politik?
Dan siapa yang Muhyiddin tujukan kata-katanya ini?
Sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi dengan memperolehi kuasa melalui tebuk atap, Muhyiddin sebenarnya tidak boleh memisahkan dirinya daripada aspek politik.
Beliau adalah orang politik, ada jawatan politik, duduk sebagai Perdana Menteri atas kapasiti politik, menteri-menterinya orang politik dan rakan-rakannya juga ramai orang politik, maka mana mungkin untuk mengenepikan faktor atau cerita politik dalam lingkungan kehidupan atau kerja sehariannya.
Muhyiddin tidak harus jadi orang kampung yang apabila sudah berjaya di bandar, tetapi tidak mahu lagi balik ke kampung yang merupakan tempat asal kelahirannya.Kerja pentadbiran, membantu rakyat dan kerja politik haruslah berjalan seiring.
Jika tidak, mengapa semasa Covid-19 tengah melanda, beliau memecat Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya dan melantik Hamzah Zainuddin sebagai penggantinya?Bukankah itu hal politik?
Mengapa tidak ditangguhkan buat sementara terlebih dahulu perlantikan itu?
Begitu juga dengan lantikan pengerusi-pengerusi GLC untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tidakkah ianya merupakan lantikan politik?
Mengapa tidak ditangguhkan sehingga berakhir pandemik Covid-19 ini?
Tentunya dengan peredaran masa dan kedudukan majoritinya yang semakin tidak menentu, Muhyiddin tidak akan muak untuk terus membuat lantikan politik di kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk mengetuai GLC bagi memastikan kedudukan politiknya sentiasa terjamin.
Sebenarnya, kalau mahu dikira muak, rakyat paling muak mendengar lantikan demi lantikan berasaskan politik yang paling teruk dari segi kelayakan serta kemampuan yang dilakukannya yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana era sebelum ini.
Begitu pun, berdasarkan situasi semasa, ingatan Muhyiddin berkaitan rakyat sudah muak dengan cerita-cerita politik, walaupun beliau seperti Melayu mudah yang mudah lupa kepada asal usul dan perlakuan sendiri, paling mungkin ia adalah ditujukan kepada UMNO dan dua pemimpin utamanya, Zahid Hamidi serta Mohamad Hasan.
Ini kerana, UMNO yang paling banyak membuat tuntutan tidak puas hati berhubung kedudukan kabinet sehingga Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengumumkan sokongan kepada PN bukan melibatkan UMNO sebagai sebuah parti, tetapi hanya membabitkan Ahli-Ahli Parlimennya secara individu saja.
Pemimpin UMNO yang tidak beroleh jawatan menteri turut satu persatu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Muhyiddin, termasuk antaranya mendesak lebih baik Parlimen dibubarkan.
Kemudian Najib Razak pula mengatakan sokongan UMNO kepada PN ada hadnya iaitu sehingga tarikh Parlimen dibubarkan dan untuk menghadapi PRU15, parti itu hanya komited kepada MN yang disepatinya bersama Pas.
Seterusnya, Zahid Hamidi menulis surat kepada Muhyiddin menuntut empat pemimpin UMNO Sabah agar diberikan jawatan dalam kerajaan dan GLC.
Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mengesahkan parti itu tidak akan bersama PN dan Bersatu untuk menghadapi PRU akan datang, walaupun tarikh PRU15 ada kira-kira tiga tahun lagi daripada sekarang.
Apakah kenyataan, desakan dan tuntutan politik daripada UMNO itu mula merimaskan Muhyiddin, lalu beliau menyindir rakan gabungannya itu dengan mengatakan rakyat sudah muak dengan cerita-cerita politik?
 (ShahbudinHusin 26/04/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/rakyat-muak-cerita-cerita-politik-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1037 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia kini sudah muak untuk mendengar cerita cerita politik Menurutnya beliau kini memberi tumpuan dalam menangani krisis Covid 19 berbanding mengulas isu isu politik seperti keabsahan kera...
Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 449 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan untuk tidak memberi tumpuan kepada soal politik kerana beliau merasakan rakyat sudah cukup muak dengan pertelingkahan yang tidak berkesudahan Ahli Parlimen Pagoh itu be...
Rakyat Mahu Lihat Ada Hukuman Terhadap Timbalan Menteri Kesihatan

Rakyat Mahu Lihat Ada Hukuman Terhadap Timbalan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1182 hits
Shahbudin Husin Daripada sekian nama pemimpin kerajaan yang dikesan melanggar pernah arahan PKP dan menjadi viral di media sosial perlakuan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Nor Azmi Ghazali didapati paling mendapat kecaman dan tidak boleh dite...
Lupakan Elit Politik Oportunis Dan Usul Tak Percaya Dampingi Suara Hati Rakyat

Lupakan Elit Politik Oportunis Dan Usul Tak Percaya Dampingi Suara Hati Rakyat

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 322 hits
Ada rakan lama bertanya pandangan saya mengenai usul undi tidak percaya kepada perdana menteri bagi menguji legitimasi kedudukan Muhyiddin Yassin Apakah kerajaan pintu belakang yang tertegak atas langkah pengkhianatan ini mampu bertahan seh...
A Puppet Pm Umno Pas Will Continue Blackmailing Muhyiddin Including To Drop All Criminal Charges On Najib Zahid

A Puppet Pm Umno Pas Will Continue Blackmailing Muhyiddin Including To Drop All Criminal Charges On Najib Zahid

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 428 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has appointed Tiong King Sing as the Special Envoy to China with ministerial rank Effectively the already bloated 70 ministries Cabinet is now consisting of an eye popping 72 ministers including the recent pr...
Tajuddin Rahman Pelawa Muhyiddin Masuk Umno Semula

Tajuddin Rahman Pelawa Muhyiddin Masuk Umno Semula

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 283 hits
Tajuddin Rahman pelawa Muhyiddin masuk Umno semula Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2020 2 02PM
Umno Terus Menekan Muhyiddin Hanya Mahu Hidupkan Mn Tapi Ingin Lupakan Pn

Umno Terus Menekan Muhyiddin Hanya Mahu Hidupkan Mn Tapi Ingin Lupakan Pn

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 264 hits
Minggu lepas Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menuntut agar empat pemimpin parti itu di Sabah dilantik dalam jawatan kerajaan dan juga GLC Empat pemimpin yang dituntut diberikan jawatan ...
Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 371 hits
Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno Di sebalik pelbagai kenyataan yang menggambarkan kerjasama Bersatu dalam Perikatan Nasional dalam keadaan tidak kukuh salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat Muhyiddin Yassin masih bo...
Covid 19 Jangan Sampai Rakyat Hilang Tempat Tinggal Pemuda Umno Tawar Khidmat Nasihat Perundangan

Covid 19 Jangan Sampai Rakyat Hilang Tempat Tinggal Pemuda Umno Tawar Khidmat Nasihat Perundangan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 349 hits
Nalyaz Dama KUALA LUMPUR Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Nik Saiful Adli Burhan tertarik dengan kenyataan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai nasib penyewa rumah yang tidak mempunyai pendapatan pada waktu Perintah Kawalan Pe...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda