Umno Terus Menekan Muhyiddin Hanya Mahu Hidupkan Mn Tapi Ingin Lupakan Pn



Minggu lepas, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menuntut agar empat pemimpin parti itu di Sabah dilantik dalam jawatan kerajaan dan juga GLC.

Empat pemimpin yang dituntut diberikan jawatan itu ialah Pengerusi UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah; 
Mohamad Alamin sebagai timbalan menteri bagi mewakili UMNO Sabah; Ketua UMNO Tuaran, Abdul Rahman Dahlan sebagai Senator dan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Yakubah Khan sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Labuan.

Semua tuntutan itu dilihat sebagai tekanan kepada Muhyiddin, lebih-lebih dengan desakan melantik Bung Mokhtar yang masih dalam perbicaraan di mahkamah sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah.

Semalam pula, Zahid Hamidi mengumumkan pertukaran Pengerusi UMNO Selangor dengan melantik semula bekas Menteri Pertanian, Noh Omar ke jawatan tersebut bagi menggantikan Mat Nadzri Ahmad Dahlan.

Sebaik dilantik, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berazam untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional atau MN bagi tujuan merampas kerajaan Selangor dalam PRU15 akan datang.

Kenapa Noh hanya mahu memperkukuhkan MN dan bukan PN yang sedang menjadi kerajaan di peringkat pusat?

Apakah ini bermakna MN akan mengenepikan Bersatu begitu seja, walaupun kini mereka bersama-sama dalam kerajaan PN?

Sebelum ini, sebaik Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan membentuk barisan kabinetnya, Zahid Hamidi ada mengumumkan bahawa kerjasama dalam PN bukan antara parti, sebaliknya hanya melibatkan Ahli-Ahli Parlimen saja.

Ini bermakna, walaupun yang membentuk kerajaan adalah gabungan PN, tetapi UMNO tidak akan berada di dalamnya.

Pengumuman Zahid Hamidi itu dipercayai kerana UMNO tidak berpuas hati dengan lantikan wakil parti itu dalam kabinet yang dibuat oleh Muhyiddin.

Ia antaranya kerana Muhyiddin melantik mereka yang bukan dicadangkan oleh UMNO sebagai menteri serta memberi kementerian-kementerian yang kurang penting kepada wakil parti itu berbanding kedudukan calon daripada Bersatu dan kumpulan Azmin Ali.

Kemudian, bekas Perdana Menteri, Najib Razak turut memberi penjelasan yang lebih mendalam berhubung kedudukan UMNO dalan PN.

Melalui media sosialnya, beliau menulis:-“Ramai yang mungkin tak faham bahawa kerajaan PN hari ini bukan kerajaan Muafakat Nasional ataupun kerajaan BN.

“Sebab itu, sokongan kita kepada kerajaan PN ada hadnya.

“Sebab itu Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda UMNO tidak ada dalam kabinet kerajaan hari ini.

“Kita hanya pertahankan kerajaan PN ini sehingga PRU15.”

Berdasarkan semua rentetan ini, adalah jelas bahawa PN ini hanya akan dipertahankan sehingga ketibaan tarikh PRU15 saja.

Untuk itu, di manakah kedudukan PN dalam PRU15 akan datang?

Jika UMNO hanya mahu fokus kepada MN yang disepakatinya bersama Pas untuk PRU15 akan datang, bagaimana dengan kedudukan Bersatu nanti?

Apakah lantaran diketepikan UMNO dan Pas, maka Muhyiddin dan Bersatu akan bertanding bersendirian dalam PRU akan datang?

Adakah Bersatu akan bertanding di kawasan yang sama di mana MN meletakkan calonnya?

Atau mungkinkah jika UMNO terus memberi tekanan, Muhyiddin akan mencari rakan lain sebagai pilihan mengekalkan kedudukannya?

(ShahbudinHusin 23/04/2020)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/umno-terus-menekan-muhyiddin-hanya-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 447 hits
Saya ingin merujuk kenyataan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang mengandaikan Perikatan Nasional tidak akan dapat bertahan sehingga pilihan raya umum ke 15 2 atau 3 tahun lagi Seperti dilaporkan beberapa portal berita pemimpin DAP itu an...
Umno Hanya Peralat Muhyiddin Ibarat Habis Madu Sepah Dibuang

Umno Hanya Peralat Muhyiddin Ibarat Habis Madu Sepah Dibuang

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 301 hits
Membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan tentang kedudukan parti itu dalam PN serta hubungannya dengan Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kesimpulan paling mudah untuk difahami ialah ia hanya sehingga tarikh Parlimen...
Terus Kurung Rakyat Adalah Mudah Tapi Kesusahan Rakyat Jangan Ambil Mudah

Terus Kurung Rakyat Adalah Mudah Tapi Kesusahan Rakyat Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 711 hits
1 Perdana Menteri umum malam tadi PKP disambung 2 minggu lagi selepas 28 April ini 2 Kita terima keputusan kerajaan ini tetapi jangan jadikan ianya satu kelaziman dan rutin Ianya keputusan mudah bagi PM orang2 besar orang2 kaya Tapi ia buka...
Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 408 hits
BERITAPerbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi kata sumber Umno negeri itu Bercakap kepada Malaysiakini petang ini beliau berkata ini akan menjad...
Open Fights Break Out In Umno Over Muhyiddin Seorang Lagi Pemimpin Umno Ingkar Pkp

Open Fights Break Out In Umno Over Muhyiddin Seorang Lagi Pemimpin Umno Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 240 hits
Melalui laman sosialnya Naib Presiden UMNO Khaled Nordin hari ini mengumumkan tentang kunjungan hormatnya terhadap Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad di Putrajaya Katanya selain bertukar tukar pandangan khususnya impak pandemik Covid...
Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 316 hits
Setelah hampir dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri melalui pengkhianatan tebuk atap kepada PH Muhyiddin Yassin tak semena mena berkata rakyat kini sudah muak mendengar cerita cerita politik Katanya rakyat lebih ingin tahu apa yang di...
Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 694 hits
APABILA melihat poster ucapan TAHNIAH kepada Mahdzir Khalid di atas perlantikan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia terkenang kepada perbicaraan kes SOLAR di mahkamah apabila Mahdzir di soal oleh Peguam Rosmah Mansor Jagjit Singh Ia seperti ...
Mengenang Glenn Fredly Bukan Hanya Penyanyi Tapi Juga Sosok Yang Berjiwa Kemanusiaan Tinggi

Mengenang Glenn Fredly Bukan Hanya Penyanyi Tapi Juga Sosok Yang Berjiwa Kemanusiaan Tinggi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 201 hits
Nggak sedikit saksi hidup yang menceritakan kebaikan Glenn yang selama ini ia lakukan secara diam diam
Umno Mula Tunjuk Taring Buli Muhyiddin

Umno Mula Tunjuk Taring Buli Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 298 hits
Umno mula menunjukkan taring sebenarnya apabila sepucuk surat yang dihantar presidennya Zahid Hamidi menuntut pelbagai jawatan politik di Sabah terdedah Tuntutan tersebut disifatkan tokoh wartawan negara A Kadir Jasin sebagai percubaan memb...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia