Lupakan Elit Politik Oportunis Dan Usul Tak Percaya Dampingi Suara Hati Rakyat




Oleh AHMAD LUTFI OTHMANApril 22, 2020 9:50 pmAda rakan lama bertanya pandangan saya mengenai usul undi tidak percaya kepada perdana menteri bagi menguji legitimasi kedudukan Muhyiddin Yassin. Apakah kerajaan pintu belakang yang tertegak atas langkah pengkhianatan ini mampu bertahan sehingga tamat penggal Parlimen ini?Kebetulan saya terlantar uzur, terbaring lesu. Bacaan saya turut terbatas, apatah lagi komunikasi dengan kawan-kawan di musim PKP ini. Hatta pergerakan dalam rumah juga terhad. Justeru, hubungan dengan sumber maklumat terputus. Saya lebih suka berimiginasi dan membuat unjuran sendiri tentang lanskap politik negara.Saya masih terasa debaran bermula pada malam 21 Februari lalu. Selalunya, balik pusat dialisis, 12 km dari rumah, saya terus tertidur, tetapi tidak malam Jumaat itu. Saya menunggu sidang media mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menbincangkan polemik peralihan kuasa perdana menteri, daripada Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.Berdasarkan lenggok badan Mahathir menjelang jam 12 tengah malam itu, saya mengesan seolah-olah ada perdebatan hangat, meskipun resolusinya menyerahkan keputusan kepada budi bicara perdana menteri. Sedari awal saya cukup tidak selesa dengan siri desakan bertali arus penyokong Anwar, termasuk bertaraf wakil rakyat PKR, dan julukan negatif yang dihamburkan kepada Mahathir. Seolah-olah sosok Mahathir ketika itu tidak jauh berbeda dengan situasi Reformasi 1998. Saya merasakan PH harus ada mekanisme tersendiri menyelesaikan konflik yang kusut itu.Esoknya, Sabtu dan Ahad berlalu penuh damai. Saya menghadiri kenduri kahwin sepupu isteri, di Sg Yu, Tanjong Karang. Berjumpa ramai saudara-mara. Sejuk hati saya menatap sanak keluarga warga emas; teduh dan redup. Belum nampak riak situasi siyasah menjadi kacau. Adik-beradik yang selalunya minat politik pun tidak riuh mulut, bertanya itu dan ini. Cuma ada seorang dua menduga respons saya tentang gossip hubungan Mahathir-Anwar. Mereka pun bimbang kesatuan PH. Namun, tiada kerisauan yang memungkinkan mandat rakyat dimungkiri. Rasanya begitu juga di tempat-tempat lain. Tidak menyedari gerak pembelotan sedang disusun rapi.Tengah hari Isnin, rutin saya tiga kali seminggu di pusat dialisis, Melawati. Mata terpaku di kaca televisyen dari kerusi rawatan. Pengumuman perdana menteri letak jawatan. Surat telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong jam 1 tengah hari. Pejabat Perdana Menteri mengesahkannya. Jantung saya berdebar kencang. “Petaka apa pulak ni,” saya bertanya sendirian. “Takdak angin, pokok sudah tumbang.” Pesakit di sebelah nampak seperti tertidur nyenyak. Pandangan saya menjadi agak kabur. Mungkin tekanan darah jatuh mendadak. Lazimnya menghampiri tempoh tamat cuci darah selama empat jam, bacaan berada di bawah 100, dan terasa kuat peningnya. Selang beberapa minit, dua orang sahabat baik menghantar mesej bertanyakan kesahihan. Saya membiarkan. Cuba menenangkan diri sambil mengharapkan tiada perkembangan lebih buruk.Episod dramatik yang tercetus tengah hari 24 Februari, diawali dengan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu sehari sebelumnya — sehingga membawa parti bunga raya itu keluar daripada grand coalition PH — mengakibatkan runtuhnya kerajaan pembaharuan, disusuli permainan Langkah Sheraton dan proses menamakan perdana menteri baharu, elok saya rakamkan dalam tulisan berbeda. Saya tidak bercadang memberikan versi tersendiri kisah malang ini tetapi lebih kepada pengkisahan daripada gumpalan perasaan saya. Sekiranya proses kejatuhan regim Najib Razak pada 9 Mei 2018 saya nukilkan dalam buku Revolusi Tanpa Darah, maka tragedi kudeta yang menyedihkan itu wajar juga saya rakamkan. Ia adalah catatan penting sejarah negara, perihal pengkhianatan keji segerombolan politikus belot dibantu oportunis licik, yang meranapkan impian murni rakyat.Detik-detik yang meresahkan itu, sehingga berakhirnya bulan Februari, mempamerkan wajah-wajah hodoh pemimpin yang tidak segan-silu memperdagangkan undi rakyat demi tembolok masing-masing. Kepentingan dan suara rakyat tidak lagi dirujuk. Sekadar permainan elit politik demi memuaskan nafsu serakah kuasa, sambil tawar-menawar habuan menjadi pesta yang riuh-dalam-senyap.Bagi pesakit jantung kronik seperti saya, babak-babak menanti geraf sokongan menaik dan menurun cukup menyeksakan. Terasa lebih nyaman menunggu keputusan pilihan raya umum daripada berteka-teki 222 wakil rakyat memilih perdana menteri. Tiada lagi ikatan dengan suara rakyat akar umbi. Tiada lagi makna pengundi beratur bermandi peluh di tengah panas. Penghinaan ketara terhadap proses pemilihan, yang didahului kempen intensif, perdebatan dan tawaran manifesto. Ya, terasa penat-lesu sekali rakyat melalui amalan demokratik itu apabila akhirnya hanya suara segelintir kecil berkepentingan yang mencaturkan segalanya.Saya sebenarnya mahu mengungkapkan rasa jelik dan marah; sudahlah mandat rakyat boleh dijual beli sehingga pihak yang kalah bertukar menjadi kerajaan, manakala gabungan parti yang menang berpindah ke posisi blok pembangkang, dalam sekelip mata. Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan menguji legitimasi “kerajaan tebuk atap” pada awal Mac lalu telah ditangguhkan melepasi pertengahan Mei ini. Lebih dahsyat, sidang yang akan dibuka oleh baginda Agong itu hanya berjalan selama sehari, tanpa perbahasan titah diraja, tanpa agenda lainnya, sekadar mematuhi kehendak Perlembagaan agar Parlimen tidak terbubar dengan sendiri.Juga tiada perbahasan tentang cabaran dan implikasi pandemik Covid-19, termasuk pakej rangsangan ekonomi. Justeru, tidak timbul lagi soal legitimasi kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang dipertikai. Walaupun pelbagai upaya telah dilakukan Muhyiddin bagi mengumpulkan sokongan, termasuk membesarkan saiz Kabinet dan menambah bilangan timbalan menteri, serta mewujudkan duta-duta khas bertaraf menteri, di samping melantik semua ahli parlimen penyokong kerajaan menjadi pengerusi GLC, namun kecurigaannya belum berakhir. Beliau tetap bimbang untuk memeterai sokongan daripada minimum 112 wakil rakyat. Harapnya, masa lebih lama diperlukan untuk membeli sokongan, selain menyelesaikan konflik yang berbangkit dalam kalangan pakatan longgar Perikatan Nasional (PN).Sesungguhnya secara peribadi, saya terasa penat dan sia-sia untuk membahaskan kemungkinan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Saya lesu memikirkan bagaimana elit politik oportunis ini galak memperdagangkan undi atau mandat yang diterima daripada rakyat dalam PRU14. Kebanyakan ahli parlimen itu menyedari betapa tingginya harga sebuah kerusi mereka. Maka bergentayanganlah broker-broker politik menawarkan rasuah, demi mengikat sokongan yang diperlukan perdana menteri. Sedangkan rakyat dan seluruh negara kini di ambang zaman pancaroba yang begitu menakutkan.Saya teringin sekali di hujung nyawa ini, menyaksikan agar gerombolan pengkhianat itu mendapat pembalasan yang setimpal. Saya merupakan pengundi di kawasan Parlimen Ampang, bersebelahan dengan Parlimen Gombak. Kedua-dua kerusi ini diwakili oleh mereka yang menodai mandat rakyat. Azmin Ali menang di Gombak dengan majoriti lebih kurang 49,000 undi, dan majoriti Zuraida Kamaruddin di Ampang hampir 42,000. Kelebihan undi amat besar. Kadang-kadang terlintas, apa yang terdaya pengundi lakukan selepas sokongan mereka dikhianati, selain menunggu PRU15. Apakah wakil-wakil rakyat itu akan bertanding di kawasan sama?Tiada harapan besar untuk melihat perubahan kerajaan melalui permainan licik elit politik ini. Saya juga tidak mahu lagi dirundung kekecewaan amat sangat. Meskipun kerajaan PH terdedah dengan pelbagai kelemahan, terutama dalam perang persepsi dalam kalangan masyarakat Melayu, namun saya yakin keruntuhannya hanya atas satu faktor: khianat. Proses pembetulan dan pembaharuan mungkin kelihatan perlahan dan tidak mengikut prioriti, tetapi masih dalam landasan yang betul. Kita sedang meniti fasa-fasa awal “mengutip hasil” tetapi sayangnya langkah pengkhianatan telah menghancurkannya. Apa pun rakyat akan membuat penghakiman yang adil nanti. Kita percaya akan kebijaksanaan mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/lupakan-elit-politik-oportunis-dan-usul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 449 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan untuk tidak memberi tumpuan kepada soal politik kerana beliau merasakan rakyat sudah cukup muak dengan pertelingkahan yang tidak berkesudahan Ahli Parlimen Pagoh itu be...
Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 306 hits
Setelah hampir dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri melalui pengkhianatan tebuk atap kepada PH Muhyiddin Yassin tak semena mena berkata rakyat kini sudah muak mendengar cerita cerita politik Katanya rakyat lebih ingin tahu apa yang di...
Jangan Politik Kepentingan Menjaga Keselamatan Rakyat

Jangan Politik Kepentingan Menjaga Keselamatan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 541 hits
Dr Asmah razalli KUALA LUMPUR Pergerakan Wirawati Putra Malaysia kesal sikap sesetengah pihak mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan tidak membenarkan bot yang membawa sejumlah pelarian Rohingya mendarat ketika negara sibuk menangani se...
Campur Tangan Politik Bantutkan Usaha Bantu Rakyat Memerlukan

Campur Tangan Politik Bantutkan Usaha Bantu Rakyat Memerlukan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 277 hits
Pada 14 April 2020Kehidupan rakyat amat terkesan dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ketika ini Rakyat terutama kelompok berpendapatan rendah atau B40 sangat memerlukan bantuan dan bantuan itu perlu tiba segera kepada mereka M...
Anwar Ibrahim Bagaimana Mendidik Rakyat Negara Ini Supaya Mengamalkan Politik Matang Yang Beradab

Anwar Ibrahim Bagaimana Mendidik Rakyat Negara Ini Supaya Mengamalkan Politik Matang Yang Beradab

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 314 hits
Membicarakan tentang maki hamun dan fitnah orang Perlu pertahankan budaya ilmu jika kita tidak bersetuju atau ada sokongan dengan upah maka ianya tidak ada akhlak Saya tidak peduli tentang maki hamun lucah biadab dan sebagainya Tokoh sepert...
Permohonan Balik Dari Kampung Legakan Hati Rakyat Kini Boleh Mohon Untuk Kembali Bermula 25 April Ini

Permohonan Balik Dari Kampung Legakan Hati Rakyat Kini Boleh Mohon Untuk Kembali Bermula 25 April Ini

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 397 hits
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dan ingin kembali ke rumah masing masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu 25 April ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail ...
Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1037 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia kini sudah muak untuk mendengar cerita cerita politik Menurutnya beliau kini memberi tumpuan dalam menangani krisis Covid 19 berbanding mengulas isu isu politik seperti keabsahan kera...
Suara Hati Perawat Klinik Dihajar Satpam Trauma Karena Diancam Dibunuh

Suara Hati Perawat Klinik Dihajar Satpam Trauma Karena Diancam Dibunuh

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 209 hits
Hidayatul Munawaroh korban penganiayaan di klinik Pratama Dwi Puspita Kemijen Semarang Timur mengaku trauma
Rakyat Berang Kelantan Lebih Utamakan Pkd Penjawat Awam Staf Lantikan Politik

Rakyat Berang Kelantan Lebih Utamakan Pkd Penjawat Awam Staf Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 287 hits
ARIF ATAN Inisiatif bagi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kelantan dilihat tidak memuaskan hati rata rata rakyat di negeri pantai timur Semenanjung itu Mereka menyifatkan kerajaan negeri Kelantan yang diterajui Pas terla...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1