Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno


Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno | Di sebalik pelbagai kenyataan yang menggambarkan kerjasama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan tidak kukuh, salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat, Muhyiddin Yassin masih boleh kekal sebagai perdana menteri

Menurut Tajuddin Abdul Rahman, caranya ialah dengan membawa presiden Bersatu itu menyertai Umno - parti yang pernah menyingkirkannya suatu ketika dulu

Kata Tajuddin dengan cara itu tidak perlu lagi kedua-dua parti bersaing sesama sendiri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, seperti dinyatakan beberapa pemimpin kanan Umno sebelum ini

"Selagi duduk dalam parti berbeza, selagi itulah kita akan bersaing antara satu sama lain... selagi itu tidak akan bersatu

"Umno parti yang sudah lama, Muhyiddin pun orang Melayu. Apa perlunya Bersatu? Masuklah Umno, boleh jadi perdana menteri Umno

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno 
"Kita pelawa, marilah masuk Umno, yang baik-baik mari masuk Umno... saya rasa orang Melayu Umno boleh terima," katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai isu pengagihan kerusi dalam PRU ke-15 nanti memandangkan Umno dan Bersatu kini bekerjasama dalam PN

Pada masa sama beberapa pemimpin kanan Umno menegaskan, mereka berhasrat mengukuhkan kerjasama hanya dengan Muafakat Nasional yang dibentuk secara rasmi dengan PAS

Isu itu dihangatkan lagi dengan perkembangan semasa yang menyaksikan Bersatu Johor menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa isu di negeri tersebut, termasuk membabitkan pengagihan jawatan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan

Jelas Tajuddin kerjasama mereka dalam PN adalah berpaksikan kerjasama antara anggota parlimen bagi membentuk kerajaan baru dengan menyingkirkan DAP

Patut portfolio lebih baik
Katanya, Umno dan Bersatu akan bertembung seperti sebelumnya dalam PRU ke-15 nanti jika tiada sebarang kerjasama kukuh kelak

Bersatu ialah serpihan Umno yang ditubuhkan oleh Muhyiddin bersama Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini Muhyiddin merupakan timbalan presiden Umno semasa parti itu diketuai Najib Razak

Pada PRU-14 lalu Bersatu meletakan calonnya di kerusi yang ditandingi oleh calon Umno melalui BN

Bersatu bertanding sebagai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menumbangkan BN untuk membentuk kerajaan pusat serta hampir semua kerajaan negeri

Bagaimanapun krisis politik menyaksikan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin membuat keputusan meninggalkan PH pada 24 Februari lalu. Bagaimanapun kumpulan Mahathir menolak tindakan tersebut

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno 
Bersatu kemudian bersama dengan Umno, PAS, GPS, MCA dan MIC membentuk kerajaan PN bagi mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada PH

Dalam pada itu, Tajuddin berkata kestabilan politik penting bagi memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan dapat terus bertahan

Katanya, kerajaan tidak akan stabil jika parti-parti politik dalam kerajaan cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain

"Parti-parti dalam PN kena berlaku adil, janganlah cuba melemahkan atau menjatuhkan antara satu parti dan satu parti lain," katanya

Tambah ahli parlimen Pasir Salak itu, sebab itulah Umno bersuara dalam isu agihan portfolio kementerian yang dilihat tidak kena dengan jumlah kerusi yang dimilik mereka

Jelasnya, Umno mempunyai pengalaman dalam pentadbiran, dengan kekuatan yang ada seharusnya mendapat portfolio yang lebih baik

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno 
Oleh itu katanya, perdana menteri wajar memberi perhatian dan mengambil tindakan berhubung perkara itu. - malaysiakini






Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/05/pemimpin-umno-ajak-muhyiddin-sertai-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Muhyiddin Sertai Pemimpin Dunia Gesa Kolaborasi Global Hasilkan Vaksin Covid 19

Pm Muhyiddin Sertai Pemimpin Dunia Gesa Kolaborasi Global Hasilkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR 24 April Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menyertai beberapa pemimpin dunia dalam menggesa kolaborasi global untuk menyegerakan usaha dalam penghasilan vaksin untuk COVID 19 yang telah menjejaskan dunia dengan...
Ajak Muhyiddin Masuk Umno Jadi Pm Umno

Ajak Muhyiddin Masuk Umno Jadi Pm Umno

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 365 hits
Di sebalik pelbagai kenyataan yang menggambarkan kerjasama Bersatu dalam Perikatan Nasional dalam keadaan tidak kukuh salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat Muhyiddin Yassin masih boleh kekal sebagai perdana menteri Menurut...
Open Fights Break Out In Umno Over Muhyiddin Seorang Lagi Pemimpin Umno Ingkar Pkp

Open Fights Break Out In Umno Over Muhyiddin Seorang Lagi Pemimpin Umno Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 231 hits
Melalui laman sosialnya Naib Presiden UMNO Khaled Nordin hari ini mengumumkan tentang kunjungan hormatnya terhadap Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad di Putrajaya Katanya selain bertukar tukar pandangan khususnya impak pandemik Covid...
Ini Peringatan Pertama Umno Buat Muhyiddin

Ini Peringatan Pertama Umno Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 199 hits
Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung surat daripada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut beberapa jawatan untuk pemimpin negeri itu...
Hubungan Umno Dengan Muhyiddin Makin Jelas Ada Tanda Tanda Tidak Baik

Hubungan Umno Dengan Muhyiddin Makin Jelas Ada Tanda Tanda Tidak Baik

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 283 hits
Dalam tempoh terdekat ini sekurang kurangnya sudah dua kali Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan membuatkan Perdana Menteri Muhyiddin berada dalam keadaan tidak sedap hati Minggu lepas beliau secara berterus terang mengatakan UMNO sama seka...
Muhyiddin Di Ajak Masuk Kandang Harimau

Muhyiddin Di Ajak Masuk Kandang Harimau

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 318 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempelawa Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyertai Umno dengan masih boleh kekal sebagai Perdana Menteri Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata Umno dan Bersatu tidak perlu lagi bers...
Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 436 hits
Saya ingin merujuk kenyataan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang mengandaikan Perikatan Nasional tidak akan dapat bertahan sehingga pilihan raya umum ke 15 2 atau 3 tahun lagi Seperti dilaporkan beberapa portal berita pemimpin DAP itu an...
Wan Saiful To Tajuddin Where To Put Zahid If Muhyiddin Returns To Umno

Wan Saiful To Tajuddin Where To Put Zahid If Muhyiddin Returns To Umno

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 351 hits
A Bersatu leader does not think it would be feasible for prime minister and Bersatu president Muhyiddin Yassin toUmno There is no need to invite Bersatu to join Umno said Bersatu supreme council member Wan Saiful Wan Jan When this is being ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner