Covid 19 Jangan Sampai Rakyat Hilang Tempat Tinggal Pemuda Umno Tawar Khidmat Nasihat Perundangan


Nalyaz Dama    KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Nik Saiful Adli Burhan tertarik dengan kenyataan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai nasib penyewa rumah yang tidak mempunyai pendapatan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seterusnya tidak mampu membayar sewa kepada pemilik rumah.

Ujarnya, sememangnya apa yang ditekankan oleh Pemuda UMNO ialah kerisauan jika ianya meningkatkan lagi jumlah penduduk yang tiada tempat tinggal akibat kegagalan membayar sewa.
“Dalam hal ini, tuan rumah bukan sahaja perlu menggunakan budi bicara, tetapi perlu tahu apa hak-hak penyewa terhadap kediaman yang disewa, meskipun telah gagal melunaskan bayaran sewa. Menghalau bukanlah sesuatu tindakan yang sah seandainya tiada perintah daripada mahkamah.

“Bercakap dari sudut undang-undang, satu-satunya undang-undang yang mengawalselia hak-hak penyewa dan tuan rumah ialah Akta Relief Spesifik 1950. Seksyen 7(2) akta ini dengan jelas menyatakan bahawa penyewa yang telah tamat atau ditamatkan tempoh sewaan kerana ingkar membayar sewa dan sebagainya, hanya boleh dihalau keluar melalui perintah mahkamah,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Seterusnya tambah Pengerusi Sekretariat Peguam Muda itu lagi, undang-undang tersebut sudah memadai untuk melindungi penyewa untuk waktu yang singkat daripada kehilangan rumah kerana kegagalan membayar sewa sepanjang PKP.

“Meskipun jika terdapat klausa-klausa tertentu dalam penjanjian penyewaan antara kedua-dua pihak yang membenarkan penyewa dihalau keluar, semestinya klausa yang tidak selari dengan peruntukan akta ini adalah terbatal dan tidak boleh terpakai.

“Namun begitu, penyewa pula janganlah mengambil kesempatan menggunakan peruntukan undang-undang ini untuk mengelak daripada membayar sewa rumah,” katanya.

Ulasnya juga, pada masa bank-bank dan institusi kewangan rata-ratanya memberikan moratorium dengan menangguhkan bayaran pinjaman selama 6 bulan, penyewa rumah mungkin tidak akan menikmati secara terus, hasil daripada pelaksanaan bantuan ini malah, rumah-rumah yang diberi sewa banyak yang masih dalam pinjaman bank yang mana pemilik rumah sewa tersebut menerima manfaat daripada moratorium ini.

Justeru itu katanya, walau apa pun peruntukan undang-undang dan hak-hak setiap pihak, Pemuda UMNO menyeru semua pihak untuk berbincang dengan baik tanpa menindas mana-mana pihak.
“Di dalam suasana bencana sebegini, tidak ada sesiapa pun yang wajar mengaut keuntungan mahupun mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

“Pada masa yang sama, adalah wajar pihak kerajaan meneliti hal ini serta mencari kaedah penyelesaian yang standard supaya tuan rumah tidak mengalami kerugian yang serius dan pada masa yang sama, rakyat yang terkesan akibat wabak ini terus diberi perlindungan dan terus boleh tinggal di rumah,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nik Saiful berkata, bagi penyewa yang terkesan dengan wabak COVID-19 dan dihalau keluar rumah sewa, Sekretariat Peguam Muda Pemuda UMNO sedia membantu dari segi khidmat nasihat berkaitan perundangan dan memastikan tiada rakyat yang tertindas sepanjang tempoh semua pihak menangani wabak tersebut. – UMNO ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/covid-19-jangan-sampai-rakyat-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Testing For Mps On May 14 15 Before Dewan Rakyat Sitting

Covid 19 Testing For Mps On May 14 15 Before Dewan Rakyat Sitting

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 363 hits
CORONAVIRUS Parliamentarians are being required to undergo Covid 19 testing on either May 14 or 15 as a prerequisite to attending the one day Parliament sitting on May 18 DAP s Bukit Bendera MP Wong Hon Wai confirmed getting a letter signed...
Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19

Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 645 hits
Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19PELBAGAI spekulasi bertiup kencang mengenai keadaan semasa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un
Bayi Baru Selesai Pembedahan Jatung Disahkan Pula Covid 19 Bapa Sedih Rakyat Tak Patuh Perintah Berkurung

Bayi Baru Selesai Pembedahan Jatung Disahkan Pula Covid 19 Bapa Sedih Rakyat Tak Patuh Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 341 hits
Seorang bayi perempuan enam bulan yang baru selesai menjalani pembedahan jantung disahkan positif Covid 19 Eric Bates yang dilahirkan dengan berat 2 3 kilogram bertarung nyawa sejak lahir akibat komplikasi jantung sehingga mengalami kesukar...
Pemuda Umno Kemuka Lima Alasan Agar Kerajaan Pertimbang Kembali Keputusan Lppsa Dr Asyraf

Pemuda Umno Kemuka Lima Alasan Agar Kerajaan Pertimbang Kembali Keputusan Lppsa Dr Asyraf

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR 8 April Pemuda UMNO hari ini memberikan lima alasan untuk kerajaan mempertimbangkan kembali keputusan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam berhubung keputusan ketiadaan moratorium terhadap pembayaran balik ansuran bulanan p...
Jangan Bosan Membantu Rakyat Marhaen

Jangan Bosan Membantu Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 229 hits
Oleh Muhd Afiq ZohirBESUT 15 April Jangan pernah bosan untuk terus membantu rakyat marhaen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gong Nering Abd Aziz Mat Zin berkata s ketua kampung mestilah b...
Wajib Tahu Bahaya Kepada Negara Dan Rakyat Malaysia Selepas Covid 19

Wajib Tahu Bahaya Kepada Negara Dan Rakyat Malaysia Selepas Covid 19

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 447 hits
Foto PPIMBukan Covid 19 sahaja yang mendatangkan bahaya kepada negara dan rakyat kita tetapi negara kita sedang telah dibanjiri ratusan ribu pelancong yang tidak keluar dari negara dan berkerja secara haram di Malaysia Kita sedia maklum beb...
Muhyiddin I M Focusing On Covid 19 Because Rakyat Sick Of Politics

Muhyiddin I M Focusing On Covid 19 Because Rakyat Sick Of Politics

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 360 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has declined to comment on the legitimacy of his Perikatan Nasional government He said he is focused on dealing with the Covid 19 crisis and not on politics Since the first days that I ve been prime minister ...
Covid 19 Dr Saud Anwar Dan Pasukannya Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Amerika

Covid 19 Dr Saud Anwar Dan Pasukannya Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Amerika

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 600 hits
Kevin Dyer Robert Conley and Dr Saud AnwarDr Saud Anwar seorang Doktor pakar paru paru berketurunan Pakistan Amerika antara barisan hadapan menyelamatkan nyawa rakyat Amerika yang sedang berhadapan keganansan makluk Covid 19 Beliau sangat b...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto