Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia


BH ONLINE Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu menghias balai mereka dengan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia ke-58 di Balai Bomba Kuala Terengganu. Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 hari ini dengan penuh harapan serta keyakinan bahawa negara akan menang dalam peperangan melawan pandemik COVID-19. Tema 'Malaysia Prihatin' masih menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia 2021 bagi mengingatkan rakyat pengorbanan yang dilalui dalam proses pembangunan negara. - Foto GHAZALI KORI KUALA LUMPUR: Hari Malaysia yang disambut esok diharap menjadi wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam jiwa, demikian harapan beberapa pemimpin negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi catatan di Twitter, berkata 16 September adalah tarikh yang amat bermakna buat Keluarga Malaysia.
"Rakyat Malaysia di setiap pelusuk tanah air terus membuktikan kenapa tiada bumi yang lebih bertuah daripada bumi Malaysia. Selamat Hari Malaysia!," katanya.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique pula menerusi perutusan Hari Malaysia malam tadi, mengajak rakyat negara ini bersatu, bermuafakat dan berganding bahu sebagai sebuah Keluarga Malaysia bagi mengakhiri pandemik COVID-19.
Halimah berkata, COVID-19 ternyata membawa cabaran tersendiri buat pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan perbezaan dengan perjuangan untuk mengakhiri cabaran pandemik itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua pihak.
Ucapan sama turut dizahirkan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Twitter yang meminta rakyat bersama-sama berganding bahu, bermuafakat dan bersatu hati membawa negara ke mercu kejayaan dalam segala bidang.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin pula mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjiwai perjuangan dan detik bersejarah tertubuhnya negara ini dan berharap Malaysia akan terus kekal sejahtera dan segera pulih daripada pandemik COVID-19.
"Hari Malaysia bukanlah hanya sambutan semata-mata namun merupakan detik bersejarah yang mesti kita kenang dan hayati bagi menghargai pengorbanan para pejuang negara yang telah banyak berjasa dalam penubuhan negara berdaulat ini," katanya melalui laman sosialnya.
Tidak ketinggalan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pula berkata beberapa kelonggaran yang diberikan kepada negeri itu yang kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara telah menggembirakan ramai pihak serta memberi ruang untuk mendalami makna dan kepentingan Hari Malaysia 2021.
Amirudin turut menasihatkan warga Selangor untuk menginsafi keperluan hidup dengan COVID-19 secara endemik serta berharap rakyat negeri itu dapat bersama-sama kekal bertanggungjawab, menjaga kesihatan dan menjadi warga contoh kepada negeri dan negara lain.
Di Labuan, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu hati dan menghargai nikmat keamanan serta kemerdekaan yang dikecapi bagi menjamin keharmonian hidup dan mengelak persengketaan dan perpecahan. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/rakyat-diminta-terus-bersatu-jiwai-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ds Najib Pernah Tawarkan Malaysia Yang Gah Dan Makmur Cuma Rakyat Yang Memilih Malaysia Seperti Yang Ada Hari Ini

Ds Najib Pernah Tawarkan Malaysia Yang Gah Dan Makmur Cuma Rakyat Yang Memilih Malaysia Seperti Yang Ada Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 325 hits
RAKYAT TIDAK MELIHAT APA YANG ADA JAUH DI HADAPAN DS NAJIB TETAPI HANYA MEMILIH UNTUK MELIHAT DAN MENILAI APA YANG ADA DI SEKELILINGNYA Salah satu keistimewaan bekerja dengan perdana menteri adalah berpeluang untuk mendengar dengan telinga ...
Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 288 hits
NORMAN RADZUAN Sesungguhnya kenaikan yang diperolehi rakyat Malaysia bukannya terhasil dengan mudah Ia terhasil daripada keringat dan air mata rakyat Justeru peranan 2 tokoh besar pemimpin Melayu Isle di bawah harus dihargai dan disyukuri k...
Projek57 Dan Grab Rai Hari Malaysia Dengan Harapan

Projek57 Dan Grab Rai Hari Malaysia Dengan Harapan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 382 hits
Menyambut semangat perpaduan yang telah membentuk Malaysia yang kita kenali hari ini perusahaan sosial yang diiktiraf secara nasional Projek57 berganding bahu bersama Grab Malaysia untuk meraikan keteguhan dan perpaduan rakyat Malaysia yang...
Buasir Otak Tv Roblox Countdown Hari Malaysia Di Dataran Nilai Live

Buasir Otak Tv Roblox Countdown Hari Malaysia Di Dataran Nilai Live

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 618 hits
Jom saksikan countdown sempena Hari Malaysia dalam game Dataran Nilai Event Ada juga Giveaway Mengejut Robux ya dalam Live kali ini Jom tonton animasi ini
Habis Pantang 100 Hari Terus Jogging Masih Aim 10kg Dato Siti Kongsi Tip Turun Berat Badan

Habis Pantang 100 Hari Terus Jogging Masih Aim 10kg Dato Siti Kongsi Tip Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 244 hits
Bukan senang untuk mengekalkan berat badan selepas bersalin namun penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza berjaya membuktikan kelahiran anak kedua bukan alasan untuk mengekalkan bentuk badan seperti sebelum melahirkan Kata Dato ...
Ride And Jog Series Kayuhan Hari Malaysia

Ride And Jog Series Kayuhan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 302 hits
Ride and jog Series Kayuhan Hari Malaysia Hari ni kayuh port biasa Lebih laju sikit dari biasa Lepak lepak jap kat jeti Hari ni air naik sikit Layan snap video barang sekeping dua Terbaeekkk terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba