Habis Pantang 100 Hari Terus Jogging Masih Aim 10kg Dato Siti Kongsi Tip Turun Berat Badan


Bukan senang untuk mengekalkan berat badan selepas bersalin namun penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjaya membuktikan kelahiran anak kedua bukan alasan untuk mengekalkan bentuk badan seperti sebelum melahirkan.
Kata Dato’ Siti, bila badan semakin berusia semakin payah untuk kembali mengekalkan berat badan. Namun dia punya cara sendiri dalam memastikan beratnya kekal langsing biarpun masih lagi mensasarkan penurunan sebanyak 10kg.

Ketika ditanya mengenai tip turun berat badan yang dilakukan Siti, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi caranya sendiri ketika Webinar Penyusuan Pa&Ma, Aku Tak Penat Susukan Anak.
“Apa yang saya boleh kongsi dekat sini, wanita ni kalau waktu pantang tu pantanglah betul-betul. Ramai yang berkongsi dengan saya waktu pantang ni badan kita senang nak mengikut.
“Kalau kita pakai bengkung, bertungku, berurut dan sebagainya ini semua cara kita mempercepatkan proses turun berat badan.

“Lepas habis pantang memang saya aim untuk kembali cergas semula. Saya start dengan bersenam, memang tak boleh malas. Saya tak buat senaman yang berat masa awal-awal sebab saya Czer.
“Lepas pantang 100 hari barulah saya pergi jogging dan mula buat senaman ringan, yoga dan pilates untuk bagi badan berpeluh. Saya memang tak ambil atau amalkan produk-produk sliming, semua secara semulajadi dengan senaman dan jaga pemakanan,” kongsinya.

Masih aim 10kg
Malah kata Siti lagi, walaupun sudah banyak penurunan berat yang dialami namun katanya dia masih lagi menyimpan hasrat untuk turun 10kg lagi. Baginya kesihatan lebih penting, demi untuk menguruskan dua anak kecilnya yang sedang membesar.

“Sebenarnya saya masih lagi aim penurunan berat badan saya lagi 10kg, tapi bukan senang.
“Disebabkan saya menjalani rawatan IVF jadi banyak proses saya terpaksa lalui masa mengandung. Masa mengandungkan Afwa berat saya 80kg dan dekat bersalin berat saya 92kg dan kini alhamdulillah dah jadi 70 lebih. Alhamdulillah tapi saya masih lagi aim 10kg.
“Bagi saya bukan sebab kita nak pakai baju cantik-cantik dan menarik tapi kesihatan tu yang lebih penting.

“Lepas bersalinkan Aafiyah saya akui saya selalu sangat sakit pinggang, banyak baring masa IVF jadi saya banyakkan senaman untuk kembalikan kecergasan saya.
“Anak saya kecil-kecil lagi, saya kena pastikan badan sihat untuk tengok anak-anak membesar. Bila badan sihat, minda saya pun sihat, apa nak buat pun saya rasa macam bersemangat.
“Lepas habis pantang 100 hari juga saya ambil Beausiti setiap hari untuk kekalkan kesihatan saya,” kongsinya lagi.

Terdahulu, menerusi Webinar itu juga, Dato’ Siti turut berkongsi pengalamannya menyusukan dua anaknya, Aafiyah dan Afwa yang melalui seribu satu pengalaman di awal penyusuan.
Namun alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dan bimbingan orang terdekat, penyusuan kedua-duanya begitu lancar dan sukses. Malah kata Dato’ Siti lagi, proses menyusukan dua anak kecilnya itu adalah pengalaman paling indah dalam hidupnya.
Menarik: Siapkan Mental Lebih Awal Bantu Penyusuan Lancar Selepas Bersalin, Pasti Sukses

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @ctdk
The post “Habis Pantang 100 Hari Terus Jogging” Masih ‘Aim’ 10kg, Dato’ Siti Kongsi Tip Turun Berat Badan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/habis-pantang-100-hari-terus-jogging-masih-aim-10kg-dato-siti-kongsi-tip-turun-berat-badan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Berat Badan Turun Mendadak Sherry Ibrahim Nafi Jatuh Sakit

Hiburan Berat Badan Turun Mendadak Sherry Ibrahim Nafi Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 291 hits
Pelakon jelita Sherry Ibrahim menafikan bahawa dia kini sedang jatuh sakit meskipun berat badannya mengalami penurunan sebanyak beberapa kilogram sejak kebelakangan ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDia yang kini aktif menjalankan aktiviti...
Potret Terbaru Wina Natalia Bikin Pangling Berat Badan Turun 13 5 Kg Dan Banjir Pujian

Potret Terbaru Wina Natalia Bikin Pangling Berat Badan Turun 13 5 Kg Dan Banjir Pujian

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 212 hits
Wina Natalia istri Anji Manji terlihat pangling usai berhasil menurunkan bobot tubuhnya hingga 13 5 kilogram Tentunya ia semakin langsing dan memesona Intip potret terbarunya berikut ini
Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 218 hits
Orang awam menyaksikan siaran langsung pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat PETALING JAYA Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berpendapat tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri Ismail Sab...
Talkin Selepas 100 Hari

Talkin Selepas 100 Hari

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 251 hits
Kerajaan hari ini akan terus berkuasa walau dengan apa cara sekalipun semuanya halal takkan PAS bertindak di luar jangkaan Kompleks Mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah bangunan SPRM tetap fizikalnya gagah megah Sebagai rakyat tengok dan lihat...
Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 613 hits
BH ONLINE Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Terengganu menghias balai mereka dengan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia ke 58 di Balai Bomba Kuala Terengganu Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 hari ini de...
Agenda Awani 100 Hari Perlu Pantas Cipta Impak

Agenda Awani 100 Hari Perlu Pantas Cipta Impak

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 217 hits
Menteri Kabinet selesai angkat sumpah hari ini Cabaran 100 hari untuk segera laksana reformasi demi mengekalkan kestabilan politik negara Temu bual Nazri Kahar bersama Felo Penyelidik SEEDS Rahezzal Shah dalam AgendaAWANI SUBSCRIBE now Astr...
Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 306 hits
Sekejap je dah genap 30 hari pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin Kehilangannya sungguh dirasai seluruh rakyat Malaysia baru baru ini Siapa sangka kematiannya sangat dicemburui kerana ramai yang mendoakan dan menceritakan kebai...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl