Ds Najib Pernah Tawarkan Malaysia Yang Gah Dan Makmur Cuma Rakyat Yang Memilih Malaysia Seperti Yang Ada Hari Ini


RAKYAT TIDAK MELIHAT APA YANG ADA JAUH DI HADAPAN DS NAJIB, TETAPI HANYA MEMILIH UNTUK MELIHAT DAN MENILAI APA YANG ADA DI SEKELILINGNYA...

Salah satu keistimewaan bekerja dengan perdana menteri adalah berpeluang untuk mendengar dengan telinga sendiri wawasan dan harapannya untuk negara.
Untuk mendapatkan ruang masa bersama Najib Razak, untuk “tangkap” moodnya untuk bercerita tentang falsafah dan wawasannya untuk Malaysia tidak mudah kerana beliau teramat sibuk, dan mana masa terluang beliau bermain golf (itu pun semakin jarang menuju Pilihan Raya Umum ke-14) dan berehat bersama keluarga.
Namun, saya berpeluang mendengar beliau menceritakan harapannya.
Pertama kali, selepas suatu mesyuarat di kediamannya, di mana hampir semua telah pulang dan tinggal hanya tinggal dua, tiga orang.
Berhubung Transformasi Nasional 2050, saya bertanya, “Tuan, bagaimana anda mahu melihat Malaysia pada 2050?”
Beliau menjawab, “Saya mahukan Kuala Lumpur menjadi bandar raya utama dunia, lengkap dari segi prasarana untuk semua penghuninya, mudah pergi kerja, mudah untuk beriadah.
 
“Saya mahukan rakyat bergaji tinggi, ini bermakna mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi (lebihan pendapatan untuk perbelanjaan tidak wajib); suatu populasi yang membaca, berbudaya tinggi, mengunjungi teater dan pameran seni, dan kita ada perkhidmatan kesihatan yang bertaraf dunia.
“Pentingnya Kuala Lumpur dibangunkan sebegitu kerana kita sudah melihat bagaimana New York, London, dan Tokyo menjadi pemangkin kepada pembangunan seluruh negara; sebuah bandar raya sebegitu akan menarik bakat-bakat yang terbaik yang bersaing untuk menjadi terbaik.
“Penting juga adanya institusi-institusi seni dan kebudayaan, muzium bertaraf dunia, dan taman-taman yang cantik lagi terkenal.
“Saya fikir kita mesti mengurangkan penggunaan tenaga fosil dan kereta seperti di Eropah; kereta api mesti menjadi pilihan rakyat yang pertama bila hendak melakukan perjalanan.
“Di mana landasan keretapi itu lalui, di situ akan ada pembangunan. Bagaimanakah AS berjaya menguasai wilayah baratnya? Mereka membukanya dengan membina landasan kereta api dari timur. Sebab ini juga saya mahukan Lebuh Raya Pan Borneo.”
Begitulah jauhnya pandangan Najib.
 
Kali kedua saya dapat bersamanya untuk suatu masa yang panjang adalah di dalam pesawat kerajaan dari Kuala Lumpur ke Langkawi – lebih kurang 45 minit.Pada masa itu, Najib menceritakan kesedihannya konsep 1Malaysia bagaikan tidak diserapi rakyat.
Katanya, “Untuk Malaysia menjadi negara maju, setiap bangsa dan suku kaum mesti menyumbang. Setiap orang ada kelebihan, kita perlu gemblengkan bakat dan kemahiran masing-masing untuk mencipta suatu sinergi yang sangat kuat, barulah kita boleh bersaing dengan berkesan.
“Tetapi untuk ini terjadi, mesti ada kefahaman dan kepercayaan antara kaum.”
Beliau menggeleng tunduk kepala beliau, sambil berkata, “Malangnya, ini sangat sukar untuk dilakukan sekarang.”
Begitulah pandangan Najib.
Menyentuh tentang Kuala Lumpur, Najib tidak menunggu. Usaha-usaha untuk menaikkan taraf Kuala Lumpur pun dimulakan; dengan kawasan sekitar Masjid Jamek, pembinaan semula Taman Tasik (dari belakang Muzium Negara sehingga Istana Selangor), pembinaan Transit Aliran Massa, pemulihan Transit Aliran Ringan dan lain-lain.
Saya masih ingat kata-kata beliau, “Semua ini bukan untuk saya. Saya tidak akan ada lagi pada masa itu tetapi ini untuk anak-anak kita, dan anak-anak mereka, untuk cucu saya dan cucu awak.”
Saya tidak akan lupakan kata-katanya.
Saiful Bahari Baharom adalah bekas pegawai khas kepada perdana menteri, Pejabat Perdana Menteri.

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2021/02/ds-najib-pernah-tawarkan-malaysia-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produk 1malaysia Yang Digemari Rakyat Boleh Ditukar Kepada Nama Keluarga Malaysia Najib

Produk 1malaysia Yang Digemari Rakyat Boleh Ditukar Kepada Nama Keluarga Malaysia Najib

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 224 hits
Produk 1Malaysia yang digemari rakyat boleh ditukar kepada nama Keluarga Malaysia Najib Umum mengetahui produk produk seperti Klinik 1Malaysia UTC RTC KR1M BRiM dan lain lain adalah begitu dekat dengan hati rakyat Jutaan rakyat mendapat fae...
Bersama Kita Usahakan Malaysia Makmur Dan Sejahtera Najib

Bersama Kita Usahakan Malaysia Makmur Dan Sejahtera Najib

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 181 hits
Bersama kita usahakan Malaysia makmur dan sejahtera Najib Kisah perjalanan Malaysia ini penuh peristiwa dan banyak kenangan juga Tahun tahun yang datang dan berlalu pergi bermula dari 16 September 1963 Malaysia boleh dikatakan negara yang t...
Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 555 hits
BH ONLINE Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Terengganu menghias balai mereka dengan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia ke 58 di Balai Bomba Kuala Terengganu Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 hari ini de...
Tak Pentingkan Diri Suka Bantu Orang Lain Banggalah Dengan Semangat Rakyat Malaysia Ini

Tak Pentingkan Diri Suka Bantu Orang Lain Banggalah Dengan Semangat Rakyat Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 336 hits
Baru baru ini Mead Johnson Nutrition telah menamatkan kempen Rakyat Lebih Sihat Malaysia Kukuh Bersemangat dengan memberi penghormatan kepada enam Wira Tempatan dalam satu acara maya Kempen ini dilancarkan di bawah jenama susu formulasi dew...
5939 Aktiviti Program Kibaran Bendera Hari Malaysia Di Pasaraya Aj Best Ppim 20 09 2021

5939 Aktiviti Program Kibaran Bendera Hari Malaysia Di Pasaraya Aj Best Ppim 20 09 2021

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 471 hits
Telah berlangsungnya Program Kibaran Bendera Hari Malaysia anjuran PPIM dan AJ Best di Pasaraya AJ Best Jalan Chow Kit semalam Turut serta Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Chef Yang Jamil bagi memeriahkan lagi majlis
Pengotor Pengotor Pengotor Itulah Sikap Sebahagian Rakyat Malaysia

Pengotor Pengotor Pengotor Itulah Sikap Sebahagian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 471 hits
Pantai dijadikan tong sampah PETALING JAYA Pengotor Mung kin itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan sikap sebahagian rakyat Malaysia yang mencemari pantai tasik dan air terjun di seluruh negara selepas dibenarkan untuk kembali be ria...
Doktor Kontrak Sijil Vaksin Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

Doktor Kontrak Sijil Vaksin Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 177 hits
September 15 2021 Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari iaitu sehingga 12 Okt KUALA LUMPUR Perancangan masa depan untuk doktor doktor kontrak maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri sert...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu