Rahsia Sifir 7 Dan Umur Manusia


Kehidupan manusia tidak ubah seperti sifir 7 yang akan berhenti ditangga ke sembilan. Kenapa? Apakah rahsia disebaliknya? Mari renungkan bersama dan bermuhasabah diri agar selamat dunia dan akhirat.


Semoga mampu menjadi panduan kepada kita dalam mengharungi ujian dan kepayahan hidup.

7x1=7

Ketika umur di sifir 7x1, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara yang sangat penting. Sebab itu kita suka bermain.

Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

7x2=14

Ketika umur belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari.

Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7x3=21

Beranjak kepada umur 20-an, kita merasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal.

Kadang-kadang kita menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7x4=28

Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

7x5=35

Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

7x6=42

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini, bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita berlumba mengumpul harta.

7x7=49

Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan.

Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar.

Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7x8=56

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang.

Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil.

Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

7x9=63

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana.

Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas.

Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan.

Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat! Berapa ramai pula yang tak lepas sifir 7x9. Ada yg terhenti di tangga 1, banyak juga yang umurnya ditangga ke 3.

Percayalah

Hidup ini hanya sementara sahabat-sahabatku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.

Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa ke akhirat. Kerana kita semua adalah Bakal Jenazah pada bila-bila masa.

Walau ditangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat.

Ada yang mengatakan Tuhan itu jauh manakala bila terang bulan ada yang mengatakan bulan itu dekat. Kenyataannya, bulan itu sememangnya jauh.

Sesungguhnya, jangan lupa berdoa selalu kerana Allah itu hanyalah sejauh doa.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Tanpa Angka Kosong Pengiraan Tidak Mungkin Boleh Dilakukan!6 Petua Nampak Lebih Muda Tanpa Botox
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/rahsia-sifir-7-dan-umur-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umur Cecah 100 Tahun Ini Rahsia Tok Mun Kekal Cergas Setiap Hari

Umur Cecah 100 Tahun Ini Rahsia Tok Mun Kekal Cergas Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 370 hits
TAHUN ini usianya genap 100 tahun namun bagi Maimun Yusof atau lebih dikenali Tok Mun ia bukan halangan untuk dia melakukan pelbagai aktiviti menguruskan kehidupannya Berbeza dengan warga emas lain yang kebanyakannya sudah uzur Tok Mun masi...
Sistem Reproduksi Manusia Alat Reproduksi Pria Dan Wanita Serta Fungsinya

Sistem Reproduksi Manusia Alat Reproduksi Pria Dan Wanita Serta Fungsinya

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 342 hits
Sahabat timesquest com kali ini kita akan membahasan tentang sistem reproduksi pada pria maupun wanita Perhatikan baik baik penjelasan di bawah ini Pengertian Reproduksi Reproduksi atau berkembang biak merupakan kemampuan untuk menghasilkan...
Jaga Hubungan Sesama Manusia

Jaga Hubungan Sesama Manusia

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 491 hits
Konsep menjaga hubungan sesama manusia amat penting dilakukan Ini kerana kita hidup dalam kelompok manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain Hubungan ini mungkin dalam bentuk adik beradik ahli keluarga jiran tetangga rakan setuga...
Darjat Manusia Jatuh

Darjat Manusia Jatuh

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 295 hits
Malaikat sentiasa beribadat kepada Allah SWT tidak melakukan dosa sedangkan iblis pula sepanjang masa ingkar perintah Allah terus hidup dalam kemurkaan Allah Manusia yang patuh kepada Allah SWT bermakna meletakkan darjatnya pada kedudukan l...
Bolehkah Manusia Biasa Melihat Jibril A S

Bolehkah Manusia Biasa Melihat Jibril A S

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 277 hits
Soalan Adakah seorang manusia biasa boleh melihat Jibrail AS Jawapan Pada asalnya manusia tidak mampu melihat malaikat Manusia mungkin melihat malaikat jika mereka menjelma bukan dalam wujud aslinya Dan ini telah terjadi kepada para sahabat...
Syaitan Gigih Sesat Manusia

Syaitan Gigih Sesat Manusia

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 211 hits
Dalam usaha menyesatkan manusia syaitan tidak tidur dan rehat Dia mendatangi manusia sebilang masa tempat dan keadaan Syaitan boleh berada dalam segenap bahagian badan manusia termasuk di dalam darah dan hati Biarpun sekuat mana usaha syait...
3 000 Umat Islam Bentuk Lautan Manusia Di Perhimpunan Bantah Penghinaan Nabi Muhammad Saw

3 000 Umat Islam Bentuk Lautan Manusia Di Perhimpunan Bantah Penghinaan Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 400 hits
Malam tadi di Melaka telah berlangsung satu himpunan umat Islam yang dihadiri lebih 3 000 orang bagi Perhimpunann Ummah Melaka Bantah Penghinaan Nabi Muhammad SAW Perhimpunan yang berlangsung di Dataran Pusat Transformasi Bandar Jalan Tan C...
Manusia Akan Mula Jadi Jahat Bila

Manusia Akan Mula Jadi Jahat Bila

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 1824 hits
Manusia mula jadi jahat bila Bila dia rasa dia paling baik Bila dia rasa dia banyak buat baik Bila dia rasa dia banyak buat pahala Bila dia rasa dialah yang terbaik dan perfect Orang yang baik Tak kan pernah rasa dia baik Tak kan pernah ras...
10 Cerita Ngocol Warganet Soal Peristiwa Ketinggalan Manusia Emang Tempatnya Khilaf Ya

10 Cerita Ngocol Warganet Soal Peristiwa Ketinggalan Manusia Emang Tempatnya Khilaf Ya

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 243 hits
Pasti pernah dengar atau ngalamin cerita orang yang boncengan tapi saat temannya belum naik malah udah ditinggal duluan Ngakak sekenanya deh
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj