Jaga Hubungan Sesama Manusia



Konsep menjaga hubungan sesama manusia amat penting dilakukan. Ini kerana kita hidup dalam kelompok manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain. Hubungan ini mungkin dalam bentuk adik beradik, ahli keluarga, jiran tetangga, rakan setugas dan sebagainya. Orang itu mungkin kita kenali dan juga tidak dikenali.


Dalam Islam, hubungan sesama manusia yang paling penting ialah dengan ibu bapa. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Syariat menetapkan mentaati ibu bapa sebagai satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap anak sepertimana yang dinyatakan dalam banyak ayat al-Quran dan hadis.   


Antaranya Firman Allah yang bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15).


Malah dalam ayat lain Allah menjelaskan bahawa tidak bersikap derhaka kepada ibu bapa, biarpun sekadar mengatakan perkataan kasar sekada perkatan 'cis'. 


Firman Allah bermaksud bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka.  Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).


Manakala sabda Rasulullah yang bermaksud: “Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Seterusnya, hubungan dalam kejiranan. Islam mementingkan adab kejiranan dan menekankan aspek hak asasi individu, keadilan sosial dan keselamatan dalam kehidupan harian. Aspek ini penting bagi mengelak membawa terjadinya perpecahan, dengki, bermusuhan dan khianat dalam masyarakat.


Kemantapan dan keutuhan hubungan kejiranan bergantung kepada ketinggian budi pekerti, semangat kekitaan dan saling menghormati yang diamalkan. Amalan itu mewujudkan suasana kehidupan kejiranan selesa, selamat dan muhibah.     


Jiran yang perlu dihormati tidak terhad kepada jiran beragama Islam sahaja. Wajib menghormati dan menjaga hak-hak jiran bukan Islam, termasuk berkaitan kepercayaan dan amalan agama mereka. Perkara ini amat penting diamalkan di negara ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum, adat dan agama anutan.


Sikap toleransi terhadap jiran bukan Islam penting kerana ia juga sebahgaian daripada dakwah. Amalan itu memberi imej baik berkaitan Islam. Ia dapat mengelak provokasi atau tindakan balas daripada penganut agama lain jika hak mereka diganggu.  


Rasulullah SAW amat mementingkan hubungan dengan jiran dan menekankan perkara yang sama kepada para sahabat. Perkara ini dijelaskan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku mengenai jiran tetangga sehingga aku menyangka bahawa beliau (iaitu jiran) yang akan mewarisinya (pusaka).” (Hadis riwayat Bukhari)


Selain itu, aspek hubungan dengan rakan sejawatan dan orang ramai juga perlu dijaga. Banyak orang yang kita temui sebenar kita tidak kenali. Ini tidak bermakna kita tidak perlu menghormati mereka. Sesungguhnya hubungan baik sesama manusia perlu dijaga biarpun orang tidak dikenali. 


Kempen membina hubungan baik dalam organisasi perlu diteruskan. Organisasi cemerlang diasaskan oleh hubungan baik ahli yang menyertainya. Hubungan baik dalam organisasi menyatukan ahli dalam satu matlamat dan mampu melakukan tugasan secara bersama dan bersatu padu.  


Tindakan kerajaan mengadakan kempen kejiranan dan saling menghormati satu tanda perkara ini penting diamalkan. Negara akan maju dan harmoni jika rakyat hidup saling menghormati dan tolong menolong. 

Sebaliknya negara akan hancur akibat perpecahan, perbalahan dan irihati sesama rakyat. Aspek kesederhanaan dianjurkan kerajaan sebenarnya mendidik rakyat agar menolak fahaman ekstrem. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/03/cve.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menaker Minta Pengusaha Korea Tingkatkan Investasi Dan Jaga Hubungan Industrial

Menaker Minta Pengusaha Korea Tingkatkan Investasi Dan Jaga Hubungan Industrial

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 246 hits
Menteri Hanif pun meminta agar manajemen perusahaan terus memupuk hubungan industrial antara pekerja dan pengusaha di perusahaan masing masing untuk peningkatan produktivitas usaha dan kesejahteraan pekerja
33 Politik Pelik Ph Mula Lawan Sesama Sendiri

33 Politik Pelik Ph Mula Lawan Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 383 hits
1 Politik itu pelik 2 Sekejap anda berkawan sekejap anda berlawan 3 Kemudian anda berkawan semula kemudian lawan Ia pusingan tanpa henti 4 Pepatah Inggeris ada sebut In politics there are no permanent enemies no permanent friends only perma...
Golongan Manusia Yang Mendapat Pertolongan Allah Di Akhirat Kelak Rileks Media

Golongan Manusia Yang Mendapat Pertolongan Allah Di Akhirat Kelak Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 368 hits
Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya Untuk siapa saja yang menikah den...
Tkn Akan Polisikan Ibu Ibu Kampanye Jokowi Menang Nikah Sesama Jenis Sah

Tkn Akan Polisikan Ibu Ibu Kampanye Jokowi Menang Nikah Sesama Jenis Sah

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 265 hits
TKN Akan Polisikan Ibu Ibu Kampanye Jokowi Menang Nikah Sesama Jenis Sah Kami akan menelusuri siapa yang melakukan kampanye hitam tersebut Dari mana ibu ibu ini mendapatkan informasi dengan mengkampanyekan hoaks dan fitnah keji seperti ini ...
3 Golongan Manusia Yang Paling Allah Benci Siapa Saja

3 Golongan Manusia Yang Paling Allah Benci Siapa Saja

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 247 hits
Dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim yang berasal dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda bahwa jika Allah SWT membenci seorang hamba Dia memanggil Jibril dan berfirman Sesungguhnya Aku membenci si fulan maka bencilah...
Lukman Hakim Sebut Ada Yang Menggunakan Agama Untuk Merendahkan Sesama

Lukman Hakim Sebut Ada Yang Menggunakan Agama Untuk Merendahkan Sesama

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 314 hits
Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin menilai saat ini telah terjadi penyimpangan dan penyalahgunaan agama Atas nama agama ada yang merendahkan sesama
Membenci Perpaduan Sesama Islam Sikap Syaitan Timbalan Mufti Perak

Membenci Perpaduan Sesama Islam Sikap Syaitan Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 337 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190308 timbalan mufti perak perpaduan islam jpg fit 600 2C400 ssl 1PERPADUAN sesama Islam adalah suatu tuntutan dari Allah SWT Membiarkan bahkan menggalakkan umat Islam terus bercerai b...
Perempuan Jepang Jadi Manusia Tertua Di Dunia

Perempuan Jepang Jadi Manusia Tertua Di Dunia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 239 hits
Tanaka lahir pada 2 Januari 1903 Dia anak ketujuh dari delapan bersaudara Dia menikah dengan Hideo Tanaka pada 1922 dan dikaruniai empat anak kemudian mengadopsi seorang anak lagi
Ketetapan Qadar Manusia

Ketetapan Qadar Manusia

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 247 hits
Soalan Adakah setiap kejadian manusia telah ditentukan amalannya kadar rezeki dan juga ajalnya Jawapan Berdasarkan soalan di atas memang terdapat hadith yang sahih berkaitan hal tersebut dan di dalam hadith tersebut juga ada diceritakan ten...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator