Bolehkah Manusia Biasa Melihat Jibril A S



Soalan:
Adakah seorang manusia biasa boleh melihat Jibrail AS?

Jawapan:
Pada asalnya, manusia tidak mampu melihat malaikat. Manusia mungkin melihat malaikat jika mereka menjelma bukan dalam wujud aslinya. Dan ini telah terjadi kepada para sahabat Nabi SAW. Mereka pernah melihat Jibril dalam bentuk Dihyah al-Kalbi. (Lihat Sahih Bukhari no. 4980 dan Muslim no. 2451)

Dan mereka juga pernah melihat Jibril dalam rupa seseorang yang tidak dikenali sebagaimana disebutkan dalam hadis panjang tentang Jibril iaitu hadis Umar R.A. (Lihat Sahih Muslim no.8)

Begitu juga Jibril pernah menjelma dalam bentuk manusia di hadapan Saidatina Maryam sebagaimana firman-Nya:

فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا
“Lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.” [Surah Maryam (17)]

Syeikh Tahir al-Jazairi dalam kitabnya, al-Jawahir al-Kalamiyyah, berkata:

لَا يَرَى البَشَرُ غَيْرَ الأَنْبِيَاءِ الملَائِكَةَ إِذَا كَانُوا عَلَى صُوَرِهِمْ الأَصْلِيَّةِ لِأَنَّهُمْ أَجْسَامٌ لَطِيفَةٌ كَمَا أَنَّهُمْ لَا يَرَوْنَ الهَوَاءَ مَعَ كَوْنِهِ جِسْمًا مَالِئًا لِلفضَاءِ لِكَوْنِهِ لَطِيفاً وَأَمَّا إِذَا تَشَكَّلُوا بِصُورَةِ جِسْمٍ كَثِيفٍ كَالإِنْسَانِ فَيَرَوْنَهُمْ وَرُؤْيَةُ الأَنْبِيَاءِ لَهُمْ عَلَى صُوَرِهِمْ الأَصْلِيَّةِ خُصُوصِيَّةً خَصُّوا بِهَا لِتُلْقِيَ المسائِلَ الدِّينِيَّة وَالأَحْكَام الشَّرْعِيَّة
“Manusia tidak dapat melihat bentuk asli malaikat) kecuali para Nabi. Kerana malaikat tercipta daripada jisim halus (jismun lathif) seperti udara di dalam ruangan yang tidak dapat dilihat dengan mata (tetapi dapat dirasa kehadirannya). Namun apabila malaikat mewujudkan dirinya dalam bentuk jasmani kasar (jismin kasif) sebagaimana manusia maka semua orang dapat melihatnya. Adapun kemampuan para Nabi melihat malaikat dalam bentuknya yang asli (jisim halus) tidak lain merupakan kekhususan yang diberikan Allah SWT kepada mereka bagi menyelesaikan pelbagai masalah keagamaan dan hukum-hukum Syarak.” (Lihat al-Jawahir al-Kalamiyyah, hlm. 29)

Oleh itu kami katakan, ya, mungkin. Ini berdasarkan kepada hadis sahih seperti diriwayatkan oleh Muslim, sebagaimana sahabat melihat Jibril yang berupa menjadi seorang lelaki bertanyakan tentang Islam, iman, ihsan, kiamat dan tandanya.

Daripada Umar R.A, beliau berkata:

بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ،

وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ! قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ. قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك.

قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟. قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ ".

“Ketika kami duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya.

Sehinggalah dia duduk di hadapan Nabi SAW lalu merapatkan kedua lututnya kepada lutut Baginda, lalu berkata: “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam.” Sabda Rasulullah SAW: “Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji jika mampu.” Kemudian dia berkata: “Anda berkata benar”. Kami hairan, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkan.

Kemudian dia bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang Iman.” Lalu Baginda bersabda: “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik atau yang buruk.” Kemudian dia berkata: “Anda berkata benar.” Kemudian dia berkata lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Ihsan”. Lalu Baginda bersabda: “Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya maka Dia melihat engkau.”

Kemudian dia berkata: “Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat (bila ia akan berlaku).” Beliau bersabda: “Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.” Dia berkata: “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda: “Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan miskin (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunan.”

Kemudian orang itu berlalu dan aku (Umar RA) membisu beberapa ketika. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya itu?” Aku berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Dialah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.” [Riwayat Muslim (8)]

Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad berkata: “Dalam hadis Jibril ini terdapat dalil bahawa malaikat jika mendatangi manusia ia dapat berubah bentuk seperti manusia pula. Dan telah terdapat dalam Al-Quran bahawa Jibril datang kepada Maryam dalam bentuk manusia. Demikian pula mereka (para malaikat) datang kepada Ibrahim dan Luth dalam bentuk manusia. Mereka dapat berubah bentuk dari bentuk mereka yang sesungguhnya ke bentuk manusia dengan kekuasaan Allah SWT. (Lihat al-Kafi Syarah Hadis 40, hlm. 18-19)

Allah SWT telah menyebutkan tentang bentuk penciptaan mereka dalam firman-Nya:

الْحَمْدُ لِلَّـهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَّثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۚ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Surah Fathir (1)]

Syeikh Abdul Halim Mahmud berkata, walaupun begitu, ini tidak bererti sesiapa sahaja boleh melihatnya mengikut kehendaknya.

Ramai ulama Salaf berpendapat: “Mereka tidak akan mampu melihat malaikat dalam wujud sebenarnya. Jikalau Kami turunkan malaikat kepada mereka, maka Kami turunkan malaikat pada wujud manusia, hingga ada kemiripan dengan mereka, apakah sosok tersebut malaikat atau manusia. Mereka tidak akan mendapatkan manfaat apapun dengan diutusnya malaikat (pada wujud sebenarnya), maka Kami utus kepada mereka sosok manusia dari jenis mereka sendiri, yang memungkinkan untuk dilihat, dan talaqqi kepadanya, ini merupakan bentuk ihsan dan kasih sayang kepada makhluk.” (Lihat Minhaj Sunnah Nabawiyah, 2/333)

Syeikh Umar al-Asyqar berkata: “Apabila malaikat merupakan jisim nurani yang lathif, maka hamba (manusia) tidak mampu melihat mereka, khususnya bahawa Allah tidak memberi kepada penglihatan kita kekuatan untuk melihat. Makanya manusia tidak mampu melihat malaikat pada gambaran hakikat dari kalangan umat ini, kecuali Rasulullah SAW. Makanya beliau pernah melihat Jibril sebanyak dua kali dalam bentuk rupa asalnya yang Allah ciptakan. Ini berdasarkan kepada banyak nas bahawa manusia mungkin melihat malaikat jika ia merupakan seperti rupa manusia.” (Lihat ‘Alam al-Malaikah al-Abrar, hlm. 11)

Telah thabit dalam hadis kisah seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah perkampungan yang lain. Maka Allah SWT perlihatkan kepadanya satu malaikat. Apabila dia melalui kawasan tersebut, malaikat bertanya: “Ke mana kamu mahu pergi?” Jawabnya: “Aku mahu menziarahi saudaraku di kampung ini.” Tanya malaikat: “Adakah kamu ingin membalas nikmat atau kurniaan kepadanya yang kamu perolehi daripadanya?” Jawab lelaki tersebut: “Tidak kecuali aku cintakannya semata-mata kerana Allah.” Lantas malaikat itu berkata:

فَإِنِّى رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
“Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintainya semata-mata kerana Allah.” [Riwayat Muslim (6714)]

Semoga Allah SWT menjadikan kita sentiasa memahami dan mengimani rukun iman yang enam termasuklah beriman dengan malaikat. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/bolehkah-manusia-biasa-melihat-jibril-as.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pssi Tunggu Rekomendasi Fifa Gelar Konferensi Luar Biasa

Pssi Tunggu Rekomendasi Fifa Gelar Konferensi Luar Biasa

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 211 hits
Iwan yang ditemui usai penobatan Panglima TNI Hadi Tjanjanto sebagai Ebese Kera Ngalam mengaku segera menggelar rapat pasca keluarnya rekomendasi FIFA Begitu rekomendasi dari FIFA turun rapat esco memutuskan tanggal KLB
Cuaca Panas Melampau Paras Sungai Tembeling Surut Luar Biasa

Cuaca Panas Melampau Paras Sungai Tembeling Surut Luar Biasa

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 543 hits
Jerantut 4 3 2019 Cuaca panas melampau sejak beberapa minggu lalu menyebabkan paras air di Sungai Tembeling surut luar biasa Dibeberapa kampung di Ulu Tembeling penduduknya menyuarakan kerisauan mereka berikutan kepayahan perhubungan Rata r...
Kami Sudah Biasa Kena Tengking Kakitangan Felcra Jawab Isu Video Viral

Kami Sudah Biasa Kena Tengking Kakitangan Felcra Jawab Isu Video Viral

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 348 hits
Felcra Bhd berkongsi beberapa klip video dan gambar di Twitter rasmi sebagai respons kepada klip video yang memaparkan ketua pegawai operasi menengking pekerja yang tular di media sosial Salah satu klip video yang dikongsi Felcra memaparkan...
Andmesh Kamaleng Cinta Luar Biasa Lyrics

Andmesh Kamaleng Cinta Luar Biasa Lyrics

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 650 hits
Lirik Lagu Andmesh Kamaleng Cinta Luar Biasa Terjemahan Immense Love by Andmesh Kamaleng Lyrics with English Translation Waktu pertama kali At the first time Kulihat dirimu hadir I see you coming here Rasa hati ini inginkan dirimu This feel...
Makan Bawang Putih Setiap Malam Cukup Luar Biasa Rileks Media

Makan Bawang Putih Setiap Malam Cukup Luar Biasa Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 409 hits
Sepanjang berhari raya ini pasti telah bermacam macam juadah dinikmati Namun jika mengalami sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik ini pastinya akan menyebabkan toksin akan terkumpul di dalam tubuh dan sekali gus memberi kesan yang ...
5 Pola Makan Sederhana Yang Bisa Menjaga Kesehatanmu Secara Luar Biasa

5 Pola Makan Sederhana Yang Bisa Menjaga Kesehatanmu Secara Luar Biasa

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 297 hits
Pola makan dan jenis makanan yang kamu konsumsi memiliki efek yang sangat besar terhadap kesehatan tubuhmu Munculnya penyakit serta menjaga kesehatan dapat kamu lakukan dari pola makan ini
Prk Semenyih Tiada Perkara Luar Biasa Yang Berlaku

Prk Semenyih Tiada Perkara Luar Biasa Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 263 hits
KAJANG Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini tiada perkara luar biasa berlaku yang boleh mengganggu gugat perjalanan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Beliau bagaimanapun berkata terdapat laporan ...
Viral Kena Tengking Lumrah Kerja Ladang Kami Dah Biasa

Viral Kena Tengking Lumrah Kerja Ladang Kami Dah Biasa

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 422 hits
Felcra Bhd berkongsi beberapa klip video dan gambar di Twitter rasmi sebagai respons kepada klip video yang memaparkan ketua pegawai operasi menengking pekerja yang tular di media sosial Salah satu klip video yang dikongsi Felcra memaparkan...
Come Back Luar Biasa Manchester Ulangi Sejarah Gemilang 1999 Bersama Ole Gunnar Solskjaer

Come Back Luar Biasa Manchester Ulangi Sejarah Gemilang 1999 Bersama Ole Gunnar Solskjaer

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 345 hits
Tiada yang mustahil dalam bola sepak Manchester United telah membuktikan bahawa mereka bukan biasye biasye selepas bangkit dari kekalah 0 2 tiga minggu lalu di Old Traffod Keputusan penuh perlawanan pagi tadi adalah PSG 1 3 Manchester Unite...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids