Rahsia Dan Fadhilat Solat Di Awal Waktu Rileks Media


Saya juga seperti anda, kadangkala terleka dengan urusan dunia sehinggakan mengabaikan solat di awal waktu.
Antara Rahsia Dan Kelebihan Solat Di Awal Waktu
Kepentingan solat di dalam rukun islam kita, merupakan rukun yang kedua setelah Mengucap Kalimah Syahadah. Solat adalah tiang agama. Rapuhnya tiang itu, maka tidak mustahil akan lupuslah bumbung akidah kita sebagai Orang Islam.
Solat adalah salah satu dari rukun Islam yang sangat ditekankan kepada kita sebagai umat Islam untuk mengerjakannya dan Rasulullah Saw pernah bersabda tentang kepentingan keutamaan solat di awal waktunya. Yang ke-2 persoalannya adalah bagaimana cara untuk solat awal waktu
Dari sahabat Umar beliau berkata : Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya ” Sesuatu apakah yang lebih dicintai Allah di dalam Islam?”. Maka Rasulullah SAW menjawab “Yaitu melaksanakan solat pada waktunya, barangsiapa meninggalkan solat maka sama dengan tidak beragama, Solat adalah tiang agama” (Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi)
Kepentingan Solat
Segala amalan dan perbuatan kegiatan kita setiap hari, samada baik atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana erti solat kita kepada Allah Ta’ala. Ini bergantung kepada kesempurnaan solat kita. Jika kualiti solat kita baik dan sempurna, maka seluruh perbuatan kita juga akan baik, kerana solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima waktu itu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak akan mencegah kita dari perbuatan mungkar disetiap masa masa.
Ada yang pernah bertanya, bagaimana jika kita sentiasa mendirikan solat, tapi dalam masa yang sama kita masih juga melakukan hal yang dilarang oleh Islam? Soalan ini juga pernah saya tanya kepada seseorang, dan jawapan tersebut saya simpan sehingga sekarang ini.
Jika setiap hari kita tetap menunaikan solat, tapi dalam masa yang sama kita tetap melakukan perkara yang mungkar dan terkeji, maka segeralah perbaiki dan mengkaji adakah solat kita selama ini memenuhi syarat dan rukun yang telah ditetapkan terutama disudut dan dalam kesempurnaan wuduk sebelum menunaikan solat.
Kenapa perlu solat di awal waktu?
Dari kecil kita dididik dalam kepentingan mengerjakan solat, di sekolah juga tidak terlepas subjek didalam silibus pembelajaran tentang bagaimana mahu mendirikan solat dan asal usul solat 5 waktu. Semakin hari,semakin umur kita meningkat, mungkin sedikit sebanyak telah memberi banyak kesedaran dan ilmu sedikit sebanyak mengenai kebaikan solat sunat tambahan setelah solat fardhu yang 5 itu.
Jika kita tahu bagaimana kesukaran baginda rasulullah saw sehingga membuat tawar menawar dengan Allah Ta’ala dalam pengurangan solat fardhu sehingga menjadi 5 waktu sahaja, Iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, mungkin tidak sedikit terlintas didalam fikiran kita kesukaran dalam melakukan solat 5 waktu pada waktu yang telah ditetapkan iaitu solat di awal waktu.
Rahsia solat di awal waktu
Setiap masa, kita sentiasa terdedah dengan penguasaan nafsu selain daripada hasutan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu tiang agama? Disebalik ungkapan tersebut kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal waktudapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan hawa nafsu yang selalu berkeinginan rasa syahwat yang melampaui batas islam.
Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.
Allah swt juga berfirman:
“Celaka bagi orang-orang yang mendirikan solat, yang mana mereka mendirikannya secara lalai. Berkenaan dengan ayat ini, Imam Shadiq as ditanya, beliau menjawab: Yang dimaksud dengan ayat ini adalah orang yang melalaikan solatnya, dan ia tidak mendirikannya di awal waktu tanpa ada halangan (uzur)”
Surah almaaun ayat 3-4
Jom sahabat, tidak kemana apa yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Facebook masih lagi boleh diteruskan, blog boleh di update pada bila-bila masa, dan borak kosong juga boleh disambung semula selepas kita menunaikan apa yang telah difardhukan ke atas kita sebagai umat akhir zaman.
Saya juga seperti anda,kadangkala terleka dengan urusan dunia sehinggakan mengabaikan solat di awal waktu. Kita mengeluh,kita meratap sesal kerana Allah seperti tidak mendengar keluhan doa atau lambat memakbulkan doa kita setiap masa, Tapi adakah kita memberi keutamaan dalam beribadat kepada-Nya?
Allah swt berfirman:
“Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’.” Surah Al-Baqarah ayat 238
Disini kami kongsikan beberapa hadis sahih tentang kepentingan solat di awal waktu:
Hadis 1
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah”
(Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
Hadis 2
سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”
(Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Shahih)
Hadis 3
Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”
(Hadith Shahih riwayat Al-Bukhari)
Hadis 4
Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”
Hadis 5
Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya”
(Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)
Hadis 6
Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)
Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut.
Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazhab empat :-
Mazhab Hanafi: Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal. Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, kerana bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.
Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.
Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.
Mazhab Hambali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.
Nak Berjaya Dalam Hidup, Solat Di Awal Waktu || SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

sumber semuanyajdt
Source link
The post Rahsia Dan Fadhilat Solat Di awal Waktu – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/rahsia-dan-fadhilat-solat-di-awal-waktu-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Dhuha Agar Pintu Rezeki Terbuka Dengan Luas Rileks Media

Cara Solat Dhuha Agar Pintu Rezeki Terbuka Dengan Luas Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 710 hits
Apakah benar solat Dhuha itu pembuka pintu rezeki Dari Nu aim bin Hammar Al Ghathafaniy beliau mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda Allah Ta ala berfirman Wahai anak Adam janganlah engkau tinggalkan empat raka at shala...
13 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat Dan Buat Otak Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah Rileks Media

13 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat Dan Buat Otak Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 424 hits
Khusyuk dalam solat itu rezeki Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus Selain memahami bacaan dalam solat anda juga boleh praktiskan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar Brain Expert kongsikan ini Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini...
Kebaikan Dan Khasiat Mandi Sebelum Menunaikan Solat Subuh Yang Masih Ramai Tidak Tahu Rileks Media

Kebaikan Dan Khasiat Mandi Sebelum Menunaikan Solat Subuh Yang Masih Ramai Tidak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 389 hits
Menurut kajian sains kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain Oleh itu gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda Jika anda mandi sebelum waktu subuh ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran ...
Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 316 hits
Soalan Apa hukum menahan kentut ketika solat Jawapan UAI Semasa solat ada beberapa perkara yang mungkin kita hendak buat Contohnya hendak kencing berak tidur makan minum dan ji m4k bagi sesiapa yang ketika itu hendak menunaikan solat tetapi...
Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat Sah Atau Tidak Rileks Media

Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat Sah Atau Tidak Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 270 hits
Soalan Salam ust kami duduk dalam sebuah rumah sewa setelah setahun duduk baru kami sedar selama ini kami solat dalam keadaan kiblat tersalah Jadi adakah kami perlu qada kesemua solat tersebut Jawapan Wasalam pertamanya kita perlu faham bah...
Bersin Ketika Solat Adakah Perlu Mengucapkan Alhamdulillah Ini Penjelasan Mufti Rileks Media

Bersin Ketika Solat Adakah Perlu Mengucapkan Alhamdulillah Ini Penjelasan Mufti Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 332 hits
Mesti ramai yang pernah mengalami masalah bersin semasa sedang solat kan Bolehkah Kita Mengucapkan Tahmid Jika Bersin Di Dalam Solat Sekiranya seorang yang sedang solat lalu terbersin adakah boleh bagi dirinya untuk mengucapkan hamdalah Al ...
Solat Selepas H4id Merupakan Kesilapan Wanita Yang Tidak Disedari Rileks Media

Solat Selepas H4id Merupakan Kesilapan Wanita Yang Tidak Disedari Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 374 hits
Ilmu Fekah khususnya BAB HA ID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam kenapa hal ini boleh terjadi Amat susah untuk mencari seorang guru ustazah yang ...
Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 506 hits
Amalan bacaan Yasin dan solat hajat bagi melancarkan sesuatu majlis atau memohon diberikan kemudahan dalam menjalankan sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam Namun ada juga yang terlalu bergantung kepada amal...
Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan Rileks Media

Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 345 hits
Memang tidak wajib Namun jika solat solat sunat ini ditinggalkan kita boleh rugi besar Sebab keutamaannya luar biasa dan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam mewasiatkan agar kita berupaya selalu melaksanakannya VIDEO PENUH DISINI Memang t...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien