Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat Sah Atau Tidak Rileks Media


Soalan :
Salam ust, kami duduk dalam sebuah rumah sewa, setelah setahun duduk baru kami sedar selama ini kami solat dalam keadaan kiblat tersalah. Jadi adakah kami perlu qada’ kesemua solat tersebut?
Jawapan:
Wasalam, pertamanya kita perlu faham bahawa menghadap kiblat adalah salah satu daripada syarat sah solat. Bermaksud secara al-aslu ialah apabila sesuatu solat ini dilakukan dalam keadaan tidak menghadap kearah kiblat yang betul maka solat tersebut dikira sebagai tidak sah. Firman Allah swt:
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
Dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya (Surah al-Baqarah: 150).
Kita sepatutnya perlu untuk sangat berhati-hati dan tidak mengambil mudah dalam isu kiblat ini kerana ianya menentukan samada kita telah menunaikan ibadah fardhu itu secara sempurna (sah) atau pun tidak.
Jadi berkenaan isu tersalah kiblat ulama telah bersepakat (mahal ittifaq) beberapa perkara iaitu:
Jika tersalah kiblat itu berlaku dalam keadaan tidak ada sebarang usaha (ijtihad) untuk mendapatkan arah kiblat yang betul maka tiada khilaf dikalangan ulama bahawa solatnya itu adalah tidak sah dan perlu untuknya qodo’ solat tersebut kerana tindakan ini jelas menunjukkan secara sengaja untuk memungkinkan dia mengadap kiblat yang salah.
Jika tersalah atau tersasar kiblat itu berlaku pada arah yang sedikit bermaksud tidak sehingga kiblat yang betul itu menghadap dikiri, kanan atau belakangnya tetapi hanya beberapa darjah maka tiada khilaf dikalangan ulama bahawa solatnya itu masih lagi sah.
Berada dalam keadaan solat yang dibenarkan untuk tidak menhadap kiblat seperti solat dalam keadaan sakit yang teruk, solat sunat bagi orang yang dalam keadaan musafir atau solat ketika berada dalam keadaan ketakutan atau peperangan atau berada ditengah laut yang tidak ada sebarang tanda.
Maka perkara yang menjadi perselisihan (mahal niza’) dalam isu ini ialah jika tersalah kiblat itu berlaku pada arah yang jauh berbeza serta setelah dilakukan ijtihad pada arah kiblat tersebut.
Perlu dinyatakan sebelum itu bahawa ijtihad yang dimaksudkan ialah samada (1) kita bertanya kepada ahli tsiqah iaitu penduduk kawasan tersebut atau kita sendiri melihat kedudukan kiblat masjid atau surau yang berdekatan dengan kita (2) kita menggunakan kemahiran yang ada seperti membaca tanda-tanda alam matahari dll, menggunakan kompas, aplikasi kiblat di telefon dll.
Dalam isu ini ulama berselisih pandangan secara umumnya kepada dua pandangan. Mazhab Syafie menyatakan solat perlu diqada’ secara umum apabila tersalah kiblat samada salah selepas ijtihad ataupun tidak. An Nawawi menyatakan:
Orang yang shalat (ke arah kiblat) berdasarkan ijtihad, kemudian dia sedar bahawa kiblatnya itu salah, maka dia wajib mengqadha, menurut pendapat yang kuat. Dan ketika dia tahu kesalahannya di tengah shalat, wajib mengulangi dari awal. (al-Minhaj, hlm. 24).
Namun disisi jumhur fuqaha berpandangan solatnya itu adalah sah dan tidak perlu untuknya qada’.
Jika ada orang tidak tahu arah kiblat dan tidak ada seorang pun yang boleh ditanya, maka dia hendaklah berijtihad (dalam menentukan kiblat), dan shalatnya tidak perlu diulang, meskipun arah kiblatnya salah. Jika dia tahu kesalahan arah kiblat di tengah shalat, maka dia hendaklah menggerakkan badannya (ke arah kiblat yang betul) dan mmeneruskan shalatnya. Namun jika dia shalat tanpa berusaha mencari arah kiblat yang benar, lalu ternyata salah, maka wajib mengulangi shalatnya. (al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar, hlm. 4).
Dan ada riwayat dari Imam Ahmad bahwa dia tidak perlu mengulangi shalat, jika dia salah setelah berijtihad (berusaha mencarinya). Imam Ahmad berdalil dengan kejadian shalat di masjid Quba. (al-Inshaf, 2/15)
Cuma berbeza sedikit pada Maliki pada sudut mengulangi solat yang tersalah kiblat adalah sunat namun secara umumnya dia menyatakan solat itu masih lagi sah.
Melihat kedua pandangan ini, pandangan yang dipegang oleh jumhur dilihat lebih kuat serta selari dengan kaedah Islam yang lain. Seperti kaedah asas dalam fiqh iaitu hadis yang ada menyatakan dimaafkan sesuatu amalan yang dilakukan secara tidak sengaja serta Islam itu merupakan satu agama yang memberi rahmah kepada umat Islam itu sendiri. Perlu mengqodo’ kesemua solat akibat tersalah kiblat (yang dilakukan tanpa sengaja setelah berijtihad) akan memberikan suatu bebanan lagi-lagi jika ianya berlaku dalam tempoh yang lama sehingga puluhan tahun.
Ianya juga selari berdasarkan kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah hingga menjadi asbab nuzul turunya ayat al-Quran.
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فِي لَيْلَةٍ مُظْلِمَةٍ، فَلَمْ نَدْرِ أَيْنَ القِبْلَةُ، فَصَلَّى كُلُّ رَجُلٍ مِنَّا عَلَى حِيَالِهِ، فَلَمَّا أَصْبَحْنَا ذَكَرْنَا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَزَلَ: ” {فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ}
Kami pernah bermusafir bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan memasuki malam yang gelap. Kami tidak tahu, di mana arah kiblat. Akhirnya masing-masing kami shalat sesuai arah keyakinannya. Ketika pagi hari, kami ceritakan hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu turun firman Allah, (فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ) Kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah (Surah Al-Baqarah: 115)
(HR. Imam Tirmidzi )
Sebagai kesimpulan, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak memandang remeh isu kiblat ini kerana ianya menentukan sah atau tidak solat kita. Maka jawapan kepada persoalan awal itu ialah jika tersalah kiblat itu dilakukan setelah adanya ijtihad serta usaha untuk mendapatkan kiblat yang betul maka tidak perlu untuknya menggulangi solat tersebut namun jika arah kiblat itu ditentukan secara bermudah-mudah maka hendaklah solat tersebut diulangi.
Waallahua’lam
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Sumber islamikinfo
Source link
The post Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat, Sah Atau Tidak – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/selepas-setahun-solat-baru-sedar-salah-kiblat-sah-atau-tidak-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu Kita Mengubati Diri Kita Sendiri Rileks Media

Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu Kita Mengubati Diri Kita Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 446 hits
Bismillahhirohmanirrohiim 1 Qul huwa Allahu ahad Allahu alshshamad lam yalid walam yuulad walam yakullahu kufuwan ahad 2 Qul huwa Allahu ahad Allahu alshshamad lam yalid walam yuulad walam yakullahu kufuwan ahad 3 Qul huwa Allahu ahad Allah...
Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 324 hits
Soalan Apa hukum menahan kentut ketika solat Jawapan UAI Semasa solat ada beberapa perkara yang mungkin kita hendak buat Contohnya hendak kencing berak tidur makan minum dan ji m4k bagi sesiapa yang ketika itu hendak menunaikan solat tetapi...
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha Rileks Media

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 585 hits
ALLAHUMMA INNADH DHUHA A DHUHA UKA WAL BAHAA A BAHAA UKA WAL JAMAALA JAMAALUKA WAL QUWWATA QUWWATUKA WAL QUDRATA QUDRATUKA WAL ISHMATA ISHMATUKA ALLAHUMMA INKAANA RIZQI FISSAMA I FA ANZILHU WA INKAANA FIL ARDHI FA AKHRIJHU WA INKAANA MU ASS...
Anak Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Amalkan Doa Ini Rileks Media

Anak Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Amalkan Doa Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 447 hits
Bagaimana membuat anak anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah Seorang sahabat pernah bercerita Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku Anak perempuanku yang berumur 16 tahun solat baginya adalah h...
Adakah Solat Kita Sah Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat Rileks Media

Adakah Solat Kita Sah Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 419 hits
Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja Ia adalah untuk semua orang Islam Anggap pengetahuan basic itu sebagai ulangkaji untuk kita semua Kita selalu mengerjakan solat Kita seronok bersolat Tapi sedarkah kita ...
Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 452 hits
Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali mak ayah lakukan lepas solat fardhu Kedua dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya ...
Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia Rileks Media

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 303 hits
Solat merupakan ibadah yang penting istimewa dan unik Solat dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung Solat juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia Dari segi amalan ...
8 Perkara Yang Ramai Orang Silap Besar Mengenai Aurat Wanita Semasa Solat Rileks Media

8 Perkara Yang Ramai Orang Silap Besar Mengenai Aurat Wanita Semasa Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 475 hits
Memang la pakai tutup aurat dah boleh solat tapi orang hari ini dah permudahkan apa yang sudah mudah sebab dia tak ada ilmu Belajar 1 minit saja takut anda hanya dapat tahu solat anda seumur hidup ini tak sah bila ia dihisab di depan Allah ...
Dulu Selalu Bergaduh Tapi Bila Dah Mula Solat Jemaah Rileks Media

Dulu Selalu Bergaduh Tapi Bila Dah Mula Solat Jemaah Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 399 hits
Semakin ramai jemaah yang terlibat dengan sembahyang berkenaan maka semakin besarlah pahala yang diperoleh Bersama samalah kita memanfaatkan perkongsian dari Tuan Afnan Rosli ini Semoga rumah tangga anda lebih bahagia dan dirahmati Allah PE...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut