Putu Kacang Hijau Kuih Tradisional Melayu Kegemaran Sepanjang Zaman


BALIK PULAU,  17 Mei — Siapa sangka kuih tradisional, putu kacang hijau, terus mendapat tempat di hati penggemar kuih tradisi Melayu itu walaupun sudah memasuki tahun 2020, malahan, permintaannya tidak pernah putus dan meningkat setiap tahun terutamanya menjelang Hari Raya.
Mengakui perkara itu, pembuat kuih putu kacang tradisional, Norhani Mat Darus, 51, seorang suri rumah berkata kuih tradisional itu sememangnya antara kuih yang paling laris dan diminati kerana permintaannya sentiasa ada sepanjang tahun.
“Ada ketikanya saya terpaksa menolak tempahan yang banyak daripada pelanggan kerana proses pembuatannya bukanlah satu yang mudah. Ini kerana saya masih mengekalkan cara pembuatan tradisional dengan menggunakan dapur kayu untuk menggoreng kacang hijau.
“Kebiasaannya, saya menerima tempahan 70,000 biji putu kacang hijau, bersamaan 1,400 kotak pada musim perayaan. Kalau hari biasa, saya hanya membuat 1,500 biji untuk dihantar ke kedai kek dan bakeri. Kadang-kadang dalam seminggu 20 kotak sudah habis dan pihak kedai hubungi saya untuk tambah stok,” katanya kepada Bernama.
Berkongsi proses pembuatan putu kacang, Norhani berkata kuih tradisional itu hanya menggunakan dua bahan utama iaitu kacang hijau dan gula pasir. Bagaimanapun, proses untuk menghasilkannya mengambil masa kerana kacang hijau perlu disangrai sebelum dikisar menggunakan mesin dan kemudiannya diayak untuk menjadi tepung.
Tambahnya, gula pasir pula perlu dimasak sehingga betul-betul halus dan diperam selama tiga hari untuk memastikan gula tidak berketul-ketul semasa mengadunkannya bersama tepung kacang hijau.
“Masa hendak menggaul tepung dengan gula, kita perlu pandai mengagak. Saya mengambil masa lima ke enam tahun untuk benar-benar mahir bagi mendapatkan adunan yang cantik. Kalau mak saya, hanya dengan melihat sahaja, sudah tahu sama ada gula cukup atau tidak.
“Adunan ini kemudiannya akan ditekap dan ditekan ke dalam acuan yang mempunyai pelbagai corak tradisional. Putu yang sudah siap perlu dijemur kira-kira sejam di bawah panas matahari bagi memastikannya tidak rapuh dan boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama,” katanya, yang mempelajari cara pembuatan kuih putu kacang itu daripada ibunya, Hamisah Bahtir, 78 tahun.
Menurut Norhani, perniagaan putu kacang itu sebelum ini diusahakan oleh ibunya dan beliau meneruskan perniagaan itu sejak 10 tahun lepas dengan dibantu suaminya, seorang pesara tentera, Ku Wan Ku Ahmad, 54.
Mengenai permintaan kuih itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui tempahan untuk putu kacang sempena Hari Raya tahun ini berkurangan dengan tempahan hanya 30,000 biji sahaja yang diterima.
“Saya pun tidak berani untuk terima banyak (tempahan). Walaupun tempahan tidak banyak untuk Hari Raya tahun ini, saya tetap bersyukur kerana masih menerima tempahan. Sekurang-kurangnya saya boleh berehat, kalau tidak malam Raya pun saya masih menekap dan menekan putu kacang lagi sebab ada yang menempah.
“Tahun ini, saya hanya buat di rumah sahaja dan dibantu suami serta anak. Kalau sebelum ini saya buat putu kacang di bengkel berhampiran rumah dan dibantu oleh tiga orang pembantu,” katanya yang menjual sekotak putu kacang berisi 50 biji pada harga RM10.
sumber: Bernama
The post Putu Kacang Hijau Kuih Tradisional Melayu Kegemaran Sepanjang Zaman appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/17/putu-kacang-hijau-kuih-tradisional-melayu-kegemaran-sepanjang-zaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Kacang Hijau Goreng Sedap Dan Rangup

Resipi Kuih Kacang Hijau Goreng Sedap Dan Rangup

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 779 hits
hi there hari ini mrs pip sempat mencuba resipi kuih kacang hijau goreng alhamdulillah menjadi kuihnya walaupun pertama kali buat dan digoreng rangup Rasanya ramai yang kenal dengan kuih kacang hijau goreng kan Ada sesetengah memanggilnya k...
Buat Koleh Kacang Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah Menjadi Resipi Kuih Kegemaran Ramai

Buat Koleh Kacang Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah Menjadi Resipi Kuih Kegemaran Ramai

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 1063 hits
Kuih tradisional seperti kuih koleh kacang ini tak ramai yang berani untuk cuba buat secara homemade kerana ramai beranggapan kuih ini susah untuk dihasilkan Resipi yang dikongsi ini sangat mudah dihasilkan dan yang paling penting memang se...
8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 1898 hits
Makanan melayu ni tak boleh dipisahkan dengan kuih muih tak kira la jenis apa pun Jadi kali ni kita tengok yang berasaskan pisang Dengan pisang pun banyak aneka resepi yang boleh dilakukan Kuih muih biasanya dimakan dikala petang Biasanya l...
Kuih Kato Katur Tradisional Kelantan

Kuih Kato Katur Tradisional Kelantan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 772 hits
Hari ini saya masuk ke dapur agak lewat Itu pun selepas Nelly Boy dan Juita keluar ke OU untuk mencari barang barang untuk bilik Juita Hubby juga memanggil beberapa orang kontraktor untuk membuat service aircond dan juga untuk kabinet Ianya...
Dap Bantu Orang Melayu Jual Kuih Raya

Dap Bantu Orang Melayu Jual Kuih Raya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 411 hits
Korang korang nak tahu Berita PANAS derr Ada MP cina dari DAP sorang ni kan alaaa yang korang suka panggil cina DAP KOMUNIS lah cina TONGSAN lah ahhhhh cina DAP tu lah korang tahu apa dia buat ishhhhh tak tahu nak bagi tahu macam mana eemm ...
Sepanjang Ramadhan Di Bawah Kerajaan Melayu Isle

Sepanjang Ramadhan Di Bawah Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 380 hits
Nampaknya sepanjang Ramadhan tahun ini Lengkaplah sudah semua rakyat Malaysia tidak solat Jumaat sepanjang bulan Ramadhan tahun ini tidak Solat jumaat dan Berjamaah di Masjid lebih dari 2 Bulan pertama kali berlaku dalam sejarah Negara kita...
10 Kuih Raya Tradisional Yang Simple

10 Kuih Raya Tradisional Yang Simple

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1418 hits
Kuih raya tradisional ini simple aje resepinya kalau nak buat sendiri Atau boleh aje beli kerana sekarang dah ramai yang jual sebab ada peminatnya sendiri Antaranya memang dah menjadi hidangan wajib di hari raya Hampir setiap rumah di kampu...
10 Resipi Kuih Tradisional Yang Sedap Dan Terkenal Di Sabah

10 Resipi Kuih Tradisional Yang Sedap Dan Terkenal Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 2310 hits
hi there terasa mau makan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah Nah ini antara 10 jenis kuih tradisional di Sabah yang biasa kamu temui dijual sama ada di gerai kuih tamu mingguan pasar atau di kedai kedai makan Ok mungkin kuih ...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master