Kuih Kato Katur Tradisional Kelantan




Hari ini saya masuk ke dapur agak lewat. Itu pun selepas Nelly, Boy dan Juita keluar ke OU untuk mencari barang barang untuk bilik Juita. Hubby juga memanggil beberapa orang kontraktor untuk membuat service aircond dan juga untuk kabinet. Ianya adalah sebagai persediaan untuk menyambut raya dan juga sempena kepulangan Juita.

Tiba tiba rasa nak makan kuih kato atau dipanggil juga sebagai kuih kator. Versi asal kuih katur adalah berwarna coklat gelap sebab dicampurkan dengan gambir sirih dan sedikit air bancuhan serbuk kopi. 

Tapi sebab tak ada gambir, maka digantikan dengan air daun pandan. Jadi lah kuih Katur berperisa daun pandan. Saya ambil resepi di SINI yang mana Cik Wan dulu belajar dengan Bondanya yang memang berniaga kuih katur. 

Entah kenapa kalau bulan Ramadhan, mesti kuih muih tradisional tang menjadi pilihan. Lebih lebih lagi kuih jenis basah basah. Lepas ni nak buat pula kuih tepung pelita. Teringat lagi keenakan kuih tepung pelita yang lembut lembut bila diceduk dengan sudu, rasa manis air gula yang bertakung di bawahnya dan rasa lemak lemak masin di atasnya. 

Jadi harapan saya agar, kuih muih tradisional akan terus kekal dipelajari dan disediakan. Tak mahu lah ianya pupus dek kuih muih moden kan. Anak anak sekarang tak suka makan kuih tradisional dan tak kenal pun, jadi amat menyedihkan jika satu hari kuih muih ini tiada lagi dalam masyarakat kita. Betul tak?

Saya makan kuih ini ketika berbuka puasa. Memang terasa seperti kuih katur yang biasa dimakan masa di kampung dulu. Sebetulnya saya tidak pernah melihat Bonda menyediakan kuih tradisional ini. Saya cuma tahu makan kuih katur yang dibeli sahaja. Hahaha tapi puashati dapat makan kuih hari ini. Dapat melepaskan kerinduan pada kuih muih kampung. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....



Kuih Kato @ KaturOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 cawan tepung beras pulutSedikit air kapur 175 ml air daun pandan Sedikit minyakDaun pisang
Cara cara:Satukan tepung beras pulut dengan air kapur dan air daun pandan. Gaul rata sehingga menjadi adunan yang agak lembut atau lembik. Dah siap uli dan adunan tidak melekat di tangan, lumurkan dengan minyak  masak di semua bahagian doh. 
Alaskan daun pisang di dalam loyang dan lenser daun pisang dengan minyak. 

Letakkan doh atas daun pisang dan kuku selama 20-25 minit. Angkat dan sejukkan. 

Nota: 
Versi asal, rendam ½ cawan air panas dengan ½ keping gambir sehingga larut dan berwarna coklat keperangan. Tidak menggunakan air daun pandan.
Air Gula Melaka:2 keping gula Melaka - 200 gram1 sudu besar gula pasir1 helai daun pandan1 cawan air Cara-cara:
Satukan semua bahan dan masak sehingga kuah pekat. Sejukkan

Kelapa Parut:½ biji kelapa parut putihSecubit garam 

Gaulkan rata rata kelapa parut dan garam.
Beras Pulut Sangai:40 gram beras pulut
Basuh dan tos. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga berwarna keperangan. Angkat dan masukkan dalam bekas.  


Cara menghidang:Potong isi katur dengan gunting kecil-kecil sebesar kuih onde-onde atau sebesar ibu jari.  Terus masukkan potongan ke dalam kelapa parut. Golek golekkan isi katur sehingga bergaul rata dengan kelapa. 


Letakkan dalam pinggan dan bila hendak dinikmati, tuang air gula melaka dan tabur beras pulut yang digoreng tadi. Sedia untuk dinikmati.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/05/kuih-kato-katur-tradisional-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resipi Kuih Tradisional Yang Sedap Dan Terkenal Di Sabah

10 Resipi Kuih Tradisional Yang Sedap Dan Terkenal Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 2221 hits
hi there terasa mau makan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah Nah ini antara 10 jenis kuih tradisional di Sabah yang biasa kamu temui dijual sama ada di gerai kuih tamu mingguan pasar atau di kedai kedai makan Ok mungkin kuih ...
Putu Kacang Hijau Kuih Tradisional Melayu Kegemaran Sepanjang Zaman

Putu Kacang Hijau Kuih Tradisional Melayu Kegemaran Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 334 hits
BALIK PULAU 17 Mei Siapa sangka kuih tradisional putu kacang hijau terus mendapat tempat di hati penggemar kuih tradisi Melayu itu walaupun sudah memasuki tahun 2020 malahan permintaannya tidak pernah putus dan meningkat setiap tahun teruta...
Kuih Akok Kedut Kelantan

Kuih Akok Kedut Kelantan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 1697 hits
Hari ini saya tidak memasak kerana Hubby nak keluarkan lauk pauk yang saya dah masak dan disimpan dalam freezer Ada hari hari yang saya masak dalam portion yang banyak Jadi sebahagiannya dimasukkan dalam tupperware dan disimpan Lagi pulak b...
10 Kuih Raya Tradisional Yang Simple

10 Kuih Raya Tradisional Yang Simple

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1374 hits
Kuih raya tradisional ini simple aje resepinya kalau nak buat sendiri Atau boleh aje beli kerana sekarang dah ramai yang jual sebab ada peminatnya sendiri Antaranya memang dah menjadi hidangan wajib di hari raya Hampir setiap rumah di kampu...
8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 1838 hits
Makanan melayu ni tak boleh dipisahkan dengan kuih muih tak kira la jenis apa pun Jadi kali ni kita tengok yang berasaskan pisang Dengan pisang pun banyak aneka resepi yang boleh dilakukan Kuih muih biasanya dimakan dikala petang Biasanya l...
Karawang Berlakukan Pembatasan Waktu Operasional Pasar Tradisional

Karawang Berlakukan Pembatasan Waktu Operasional Pasar Tradisional

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 392 hits
Sekretaris Daerah Pemkab Karawang Acep Jamhuri mengatakan kebijakan pemerintah tersebut akan mulai berlaku pada 28 April
Beza Kehadiran Ustaz Ebit Lew Ke Negeri P Pinang Dan Kelantan

Beza Kehadiran Ustaz Ebit Lew Ke Negeri P Pinang Dan Kelantan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 464 hits
Apabila Us Ebit Lew menziarahi rumah fakir miskin di sebuah kawasan di negeri Serambi Mekah beliau hanya mendapat kecaman dan sindiran dari pak lebai Beliau dikatakan tidak berakal dan sebagainya Begitu juga apabila pendakwah terkenal ini m...
Kaedah Tradisional Hanya Pelengkap Pemulihan Pesakit Covid 19 Dr Noor Hisham

Kaedah Tradisional Hanya Pelengkap Pemulihan Pesakit Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 264 hits
Putrajaya Penggunaan ubat herba dan kaedah tradisional yang dicadangkan oleh pakar perubatan dari China hanya sebagai pelengkap kepada proses pemulihan dan bukan satu rawatan khusus bagi pesakit COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr No...
5 Makanan Tradisional Malaysia Popular Yang Bikin Hati Rasa Tak Tahan

5 Makanan Tradisional Malaysia Popular Yang Bikin Hati Rasa Tak Tahan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 946 hits
Malaysia ni memang kaya dengan makan tradisional Sebab kita sendiri pun terdiri dari pelbagai etnik jadinya variasi makanan pun ada macam macam Pulak tu bergantung pada musim perayaan Kalau masa sambutan raya cina ada menu nya untuk deepava...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Resepi Kek Marjerin

Craig Conover S Net Worth Fortune Of The Southern Charm Alum

Dazzling Decorations And Cultural Delights Await At The Curve S Garden Of Fortune

Wanita Ditahan Kerana Memandu Secara Bahaya Cuba Langgar Polis

Yadim Cakna Bantu Mangsa Banjir Terengganu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Bare Minimum Dad When Helping Out Feels Like A Favor

More Bank Officers Nabbed Over Loan Bribery Scandal

Debate Rages Online On Whether T20 Students Are Entitled For Scholarships

Rayuan Tukar Kategori Tawaran Haji Masih Dibuka Kata Th

Unifi Package 2025 Internet Percuma 3 Bulan Dengan Unifi Home Broadband

Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku