10 Resipi Kuih Tradisional Yang Sedap Dan Terkenal Di Sabah


hi there,  terasa mau makan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah? Nah ini antara 10 jenis kuih tradisional di Sabah (beserta resipinya sekali) yang biasa kamu temui dijual sama ada di gerai kuih, tamu mingguan, pasar, atau di kedai-kedai makan.

Ok mungkin kuih tradisional Sabah ini juga ada di tempat lain selain di Sabah, dan mungkin dikenali dengan nama lain. Namun senarai 10 kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah yang mrs pip berikan ini adalah antara kuih yang common dikalangan rakyat Sabah.


1. Kuih Jala Sabah

Kamu ingat ikan saja yang perlu dijala? Haha, kuih pun ada juga yang harus dijala sebelum kamu boleh memakannya. Jadi, perkenalkan kuih jala Sabah. Sama ada bentuk tiga segi seperti kipas ataupun bentuk gulungan panjang, kuih jala ini sedap dimakan bersama kopi O panas

nak buat kuih jala Sabah? pertama, sila pastikan kamu ada daya sabar yang tinggi dan tangan yang pantas melipat / menggulung kuih jala Sabah ini ya

mrs pip suka kuih jala Sabah, tapi hanya tau beli kerana ia jalan pantas untuk makan. Dan memang mrs pip tiada seni untuk buat kuih jala ini ya.

kuih jala sabah
Bahan-Bahan Resipi Kuih Jala Sabah

Tepung beras 2 kg
Gula 1 kgAir secukupnyaMinyak masak secukupnya
untuk 200pcs ( ikut saiz jala yang anda masak )

Cara membuat Resipi Kuih Jala Sabah
1. Ayak tepuk dan gaulkannya bersama gula
2. Masukkan air dan kacau hingga sebati
3. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan jala
4. Kiraikan adunan ke dalam kuali berisi minyak panas (minyak masak sekadar cukup untuk basahkan kuali atau frying pan tu)
5. Gerakkan acuan sambil diketuk ikut arah jam atau sebaliknya
6. Masak sehingga kekuningan
7. Angkat dan lipat dengan segera

Tips : adunan jangan terlalu cair biarkan ia pekat-pekat macam susu pekat untuk mengelakkan adunan berbola-bola ketika di masak dengan minyak

kuih jala sabah ni, mrs pip pernah tengok makcik mrs pip sendiri buat, fuh memang bersabarlah nak buat ... kena laju pula melipat kuih jala yang siap masak, kalau lambat nanti keras memang habis patah pula kuih jala tu

kuih jala ni kalau yang pandai buat, memang rasanya sedap. makan krup krap krup krap rangup. biasanya kuih jala ni akan terjumpa waktu raya , tapi kalau nak beli kuih jala, di tamu gaya street setiap ahad tu memang ada gerai yang jual. 
Tapi memandangkan kita berdepan dengan serangan Covid-19, dan masih dalam PKP, maka tunggulah sehingga PKP selesai baru kamurang pigi cari kuih jala sabah yang sedap ni di tamu-tamu ok

Sumber: lieyhnm.blogspot.com & akuman999.blogspot.com


2. Kuih Lidah Buaya
Kuih lidah buaya ni rasanya bukan setakat di Sabah jak femes, tempat lain pun femes juga ni rasanya, tapi mungkin dipanggil dengan nama yang lain, cumanya mrs pip kenal kuih ni dengan nama kuih lidah buaya.

kuih lidah buaya ini antara kuih tradisional yang sedap dan mudah ditemui di Sabah. Rasanya crunchy, manis-manis. Tanpa sedar, kamu pasti habiskan satu pek tanpa disedari. Selalu ada dijual di Gaya Street , tamu minggu yang terkenal di KK

Kuih Lidah Buaya

Bahan-bahan Resipi Kuih Lidah Buaya

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**


Cara-cara membuat Resipi Kuih Lidah Buaya

1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)3. Uli doh supaya jadi nipis. 4. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. 5. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata
6. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak, kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali
7. Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing
8. Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai9. Amik doh kecil tadi & canai leper
10. Bila dah agak leper, nak canai 2,3 sekali pun boleh.
11. Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain
12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
13. Goreng hingga kekuningan(api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus.

Sumber: sue-hasue.blogspot.com

3. Resipi Kuih Cincin 

Kuih cincin juga merupakan salah satu kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. Dan kuih cincin paling sedap yang mrs pip pernah makan ialah kuih cincin dari daerah Kota Belud. Kuih cincin ini ada dua versi, satu yang lembut, tebal dan gebu. Satu lagi yang garing, nipis dan sedikit keras

mrs pip lebih suka makan yang sedikit lembut berbanding yang keras. Kalau kamu berjaya beli yang sedap, kamu pasti akan makan tanpa sedar bercincin-cincin kuih cincin tersebut

kuih cincin

Bahan-bahan  membuat kuih cincin

300 gram tepung beras
100 gram gula pasir
200 ml air, untuk merebus
150 gram kelapa parut, disangrai
200 gram gula merah
Garam halus secukupnya
Minyak goreng secukupnya

Cara-cara membuat kuih cincin 

1. Didihkan air dan gula merah hingga larut, lalu tuangkan kedalam tepung beras. Kacau menggunakan spatula kemudian menguli
2. Campurkan kelapa parut yang sudah disangrai, gula pasir, dan garam secukup rasa kedalam adunan tepung
3. Kacau adunan hingga sekata dan gula menjadi hancur, kemudian diamkan satu malam4. Keesokan harinya ambil adunan lalu bentuk menjadi bulat dan lubangi empat lubang ditengahnya, terakhir goreng di dalam minyak goreng yang sudah panas hingga matang kecoklatan
5. Angkat, tiris, dan sajikan dengan minuman seperti teh ataupun kopi, selesai

Sumber: borianafoods.com


4. Resipi Penyaram sukatan cawan

Sehingga hari ini, mrs pip belum pernah buat kuih penyaram. Ok, coming soon Insya allah kita buat. Rahsia kuih penyaram sedap dan bentuknya cantik? mengikut tips daripada arwah nenek mrs pip, kuih penyaram akan lebih sedap dan cantik kalau dibancuh semalaman dan digoreng keesokan harinya. Dan mahukan penyaram cantik warnanya, letaklah beberapa titik kicap. 
Yang ini tips ya, mrs pip belum pernah mencuba, jadi nanti kalau sudah dicuba, Insya Allah mrs pip buat review ya mengenai tips untuk mendapatkan penyaram yang cantik

Mungkin penyaram di tempat kamu dipanggil dengan nama yang lain, tapi yang pasti penyaram merupakan antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah

kuih penyaram sukatan cawan
Bahan-bahan  kuih penyaram sukatan cawan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir - boleh kurangkan bila tak suka manis
garam secukupnya

Cara-cara membuat kuih penyaram sukatan cawan

1. mula-mula masak gula merah bersama dengan air hingga gula larut kemudian bila sudah larut ketepikan dan biarkan sejuk.
2. bila sudah sejuk tapiskan air gula dan satukan dengan semua bahan diatas tadi (tepung beras, tepung gandum, gula pasir, dan garam) kemudian kacau hingga sebati dan peram semalaman.
3. esok paginya boleh goreng adunan, gunakan minyak sikit je, untuk menggorengnya sendukan 1 senduk adunan dan goreng ke dalam minyak panas tadi.
4. biarkan adunan masak dari tepi sampai ke tengah kemudian boleh terbalikan, bila sudah masak boleh angkat dan ulangi langkah menggoreng tadi hingga adunan habis.
5. kuih cucur jawa menurut saya paling sedap kalau manis dan bila anda tengok tekstur dalamnya berongga seperti sarang semut. 
Sumber: Facebook ilovesarawak


5. Jelurut

Kuih jelurut antara kuih kegemaran mrs pip. Kuih ini bukanlah yang common di jual di gerai kuih, tapi boleh ditemui di tamu-tamu minggu. Kuih ini lembut dan sedap. Ada yang jual letak warna hijau, ada yang jual tanpa pewarna hijau

Kalau di tamu Rabu Pekan Membakut, memang ada sorang makcik tu jual jelurut ni sedap. Dan memang akan beli jelurut buatan makcik tu. Sekarang ni tengah PKP kerana Covid-19, maka bertahanlah rasa craving mau  makan jelurut

Jelurut
Gambar: Google
Bahan-bahan  membuat kuih jelurut

500gm tepung beras
1000 ml air santan(guna 200ml santan kotak KARA + 800ml air) kalau nak lemak tambahkan kuantiti santan pekat
secubit garam
250 gm gula apong @gula melaka

Cara-cara membuat kuih jelurut
1. Didihkan air di dalam periuk pengukus dan aturkan kelongsong kedalam bekas secara berdiri supaya mudah untuk menuang adunan kedalam kelongsong.
2. Didihkan air santan, masukkan garam dan gula apong.
3. Masukkan air santan yang sudah mendidih ke dalam tepung yang telah di ayak.
4. Kacau rata, masukkan ke dalam jug supaya mudah menuang adunan kedalam kelongsong. k

p/s: semasa menuang tak perlulah menuang di atas air yg tengah mendidih. tapi selepas habis adunan di tuang ke dalam kelongsong perlu cepat2 simpan ke dalam pengukus.

Sumber: sihzmah-huzaimah.blogspot.com/


6. Kelupis

Kelupis ni mrs pip kenal hanya selepas berkahwin dengan incik suami. Kelupis merupakan kuih yang biasa ditemui sekiranya ada majlis perkahwinan. Ni kiranya makanan WAJIB ada pada kebiasaan majlis perkahwinan di Membakut

Yang ni, mak mertua selalu buat. Jadi kalau mrs pip mau makan kelupis, senang jak, hanya perlu roger-roger my mertuaku sayang :)) ... dan yang pasti, kelupis juga merupakan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. mrs pip suka makan kelupis bersama kuah kari atau kuah kicap. 
kelupis

Bahan-bahan  membuat kelupis(untuk menghasilkan kira-kira 100 biji kelupis bersaiz kecil)
Segantang atau 4 kg beras pulut.
Lima biji kelapa tua yang diparut dan diperah santan.
Daun silad atau palas.
Garam.
Kawah untuk memasak santan dan pulut.
Periuk pengukus.

Cara-cara membuat kelupis
1. Masak santan sehingga keluar minyak selama sejam.
2. Masukkan beras pulut, santan dan garam secukup.
3. Selepas setengah jam, pulut dibungkus dengan daun silad atau palas.
4. Kemudian, kukus atau rebus pulut yang sudah dibungkus selama dua jam.
5. Daun silad berubah ke warna gelap menandakan ia sudah masak dan siap untuk dihidangkan

Sumber: www.bharian.com.my/node/171906

7. Kuih Terang Bulan

Kuih terang bulan inti kacang tanah bersama gula. Kuih terang bulan ni pun antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. Senang jak jumpa kuih ni lagi-lagi kalau waktu tamu minggu. Buat sendiri pun nampak macam senang, tapi mrs pip tak pernah buat lagi, selama ni memang beli ja kalau mau makan

kuih terang bulan
gambar: Google

Bahan-bahan membuat kuih terang bulan (Bahan 1)

2 Cawan Tepung Gandum.
4 Sudu Teh Serbuk Penaik.
1/2 Cawan Gula.
1/2 Sudu Teh Garam.

Bahan-bahan  membuat kuih terang bulan (Bahan 2)
1 Cawan Susu Cair,
1 Cawan Air.
1/2 Cawan Minyak.
2 Biji Telur.

Bahan-bahan membuat kuih terang bulan (Bahan 3 : Inti)

1 Cawan Kacang Tanah (Kisar).
1/2 Cawan Gula.

Cara-cara membuat kuih terang bulan
1. Masukkan semua BAHAN 1 ke dalam mangkuk besar. 2. Kemudian masukkan BAHAN 2 dan kacau sebati. 3. Panaskan kuali leper dan letaklan sedikit minyak. 4. Tuangkan secawan adunan tadi dan ratakan. 5. Tabur kacang dan gula. Siap!

Sumber: Kanopi Biru


8. Kuih Bom

Nah, kuih bom yang sticky sikit tapi memang sedap. Tak rugi mencuba untuk makan kuih bom ni kalau kamu datang ke Sabah, tapi ikut nasiblah sedap atau tak sedap.

Kalau kamu jumpa penjual yang memang pandai buat kuih bom, memang nikmat untuk makan lagi dan lagi. Kalau sebaliknya, cukuplah sebiji lepas tu kamu mesti ndak mau makan lagi.

Kuih bom juuga kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah, penuh dengan salutan bijan di luar permukaan kulit.

Kuih bom
Bahan-bahan membuat kuih bom

1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
2 sudu makan tepung gandum
secubit garam
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

Cara-cara membuat kuih bom
1. Dalam mangkuk atau basin, masukkan gula pasir, garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur
2. Kemudian masukkan tepung pulut dan tepung gandum
3. Uli hingga menjadi doh
p/s ; tujuan gula dimasukkan ke dalam adunan adalah untuk mengelakkan kuih bom meletup semasa menggoreng..(sebab tu kuih ni di panggil kuih bom..hihii)
Bahan-bahan membuat inti
500 gm kacang hijau @ kacang merah (direndam setengah hari sekurang-kurangnya supaya kacang cepat empuk)
Seketul gula melaka
Gula pasir secukupnya (mengikut citarasa masing2)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung gandum (tujuannya supaya inti tidak mudah bersepai)
Sehelai daun pandan
Cara-cara membuat inti
1. Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan tepung gandum. Kacau hingga kering...tapi jangan terlalu kering..agak2 inti boleh di kepal boleh la matikan api dapur tu ye..
2. Sejukkan inti, kemudian kepal bulat-bulat sebesar syiling 20 sen lama
3. Ok..dah siap buat kulit dan inti kacang...ambil doh kulit kuih bom tadi.
4. Leperkan kat atas tapak tangan, kemudian letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan tadi, tutup inti dengan kulit kuih bom tadi..dan golekkan kuih bom kita tadi tu kat dalam bijan hingga bijan menyaluti semua bahagian kuih bom.
5. Lepas tu boleh la goreng dalam api sederhana besar sehingga kuih menjadi warna keemasan dan terapung dipermukaan minyak..

p/s: goreng dengan minyak yang mencukupi supaya kuih masak sempurna dan tak hangit kat bawah.

Sumber: Facebook 1Sabah


9. Pais Pisang

Pais pisang ni kalau pergi tamu Membakut, memang ramai yang berjualan. Ada pelbagai style dorang punya pais pisang bah. Ada yang guna tepung gandum, tepung beras, ada yang pisang tu kena lecek habis habisan, ada pula yang letak seketul pisang di dalam lipatan tepung ... 
Ada yang sedap rasanya, kau makan satu kau mau lagi dan lagi. Ada yang lembut , manisnya ngam ngam rasa. Ada pula yang hurmmmmm kau baru gigit sekali terus kau buang yang lain pasal keras, masih mentah dan ada pula yang basi! Adeh

Apapun, pais pisang juga dikenali sebagai lepat pisang dan mungkin bukan di Sabah saja ada pais ni kan, tempat lain pun ada juga ni kan ... apapun, pais pisang ni antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah yang biasa orang berjualan di tamu-tamu atau pasar

pais pisang tepung beras
Bahan-bahan membuat pais pisang tepung beras
2 cawan pisang lenyek( blend)
2 cawan tepung beras
1 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula( jika nak extra manis)
15-20 keping daun pisang selebar tapak tangan
(layur daun pisang hingga nampak macam berminyak)


Cara-cara membuat pais pisang tepung beras

1. Campurkan tepung beras, kelapa, gula, garam dan kacau sebati.
2. Bentangkan sekeping daun pisang dan letakkan 1 sudu besar adunan pisang ditengah- tengah daun pisang3. Tutup kiri kanannya dan lipat kedua- dua hujungnya.
4. Jerang air dalam kukusan hingga mendidih dan kukuslah kuih yang siap dibungkus selama lebih kurang 20 minit5. Selepas 20 minit, ambil 1 kuih dan buka bungkusan serta kerat tengahnya dengan sudu.
6. Tengok, jika dah cantik masaknya bolehlah angkat. Jika masih ada kesan tepung yang belum masak, tambah masa mengukusnya 5-10 minit lagi.

Sumber: namakucell.blogspot.com

10. Kuih Cempiang

Kuih cempiang ni dulu waktu mrs pip kecik-kecik, biasanya bangsa Cina yang berjualan di pasar atau ditamu. Jadi waktu tu memang ndak pernah merasa kuih cempiang ni dan selalu ingat kalau bangsa Cina yang jual, maka ianya not halal. ekeke. 
Tapi, bila sudah besar barulah tahu yang kuih cempiang ni campurannya semua halal, cuma kuih ni dulu memang terkenal dikalangan bangsa Cina, dan lepas tu baru perasan laaaa ada la yang Muslim pandai bikin dan jual kuih ni. haha

Hari tu mengidam mau makan ni cempiang, maka paksa diri belajar buat cempiang ni. Tak susah mana pun tapi kena bersabarlah ya untuk buat doh nya

Mau tengok full version punya resipi, boleh klik di >>> Resipi Kuih Cempiang Sabah Simple dan Sedap
kuih cempiang sabah
Bahan-bahan membuat kuih cempiang:-

Bahan A

Sepeket Yis (mrs pip guna 2 sudu makan yis)
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
- campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih

Bahan B
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung
- semua bahan - bahan digaulkan bersama

Bahan C: Inti Cempiang

2 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar rempah lima
2 sudu besar air suam


Cara-cara membuat kuih cempiang:-

1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan uli sekejap sahaja sampai sebati
2. Rehatkan doh selama sejam, dan doh akan mengembang sekitar 2 kali ganda dengan doh asal
3. Tutup bekas doh dengan sehelai kain basah, atau menggunakan plastic wrapper ataupun penutup bekas4. Selepas sejam, uli doh semula sekitar 20 minit (dan ada yang bagitau mrs pip , doh tu kena uli selama 40 minit! boleh pengsan mrs pip nak uli doh lama-lama)5. Leperkan doh menjadi empat segi dan sapu inti cempiang (sila abaikan gambar inti di bawah ini yang kurang cantik tu)6. Selepas sudah sapu, gulung tu doh sehingga di penghujung, dan potong doh kepada beberapa bahagian (lebar potongan jangan terlalu tebal, nanti time goreng risau pula masak di permukaan tapi mentah di dalamnya)7. Selesai potong, kemas-kemaskan doh tadi agar melekat di bahagian hujung untuk elak doh terbuka time goreng nanti
8. Panaskan kuali dengan api sederhana , dan tuang minya secukupnya
9. Goreng kuih cempiang tadi dan terbalik-balikkan beberapa kali sehingga kuih warna keperangan
10. Angkat kuih tadi, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama kopi panas


Baiklah, ini adalah senarai 10 kuih tradisional Sabah beserta resipi mudah nak buat. Kuih kuih ini mungkin bukanlah seratus peratus kuih tradisional Sabah atau berasal dari Sabah, namun ada yang sudah diolah mengikut kesesuaian penduduk setempat

Apa-apapun, mana satu kuih yang korang pernah makan, suka makan mahupun tak pernah nampak dan tak pernah makan

Nak cuba buat 10 resipi kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah? Semoga berjaya buat kuih ni semua ya. Apapun, selamat berpuasa semua

Hugs and kisses, xoxo
cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2020/05/10-kuih-tradisional-sedap-dan-terkenal-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 627 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka harini Ini dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh lembut dan sedap Baca Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan ku...
Resipi Ayam Kicap Berempah Sedap Terangkat Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga

Resipi Ayam Kicap Berempah Sedap Terangkat Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 462 hits
Kadang kadang lauk seringkas ayam masak kicap jugalah yang membuatkan semua orang berselera waktu makan Rasa lemak kicap dan kelembutan isi ayam memang menggiurkan Boleh dikatakan semua orang sukakan hidangan ini Ayam masak kicap ada banyak...
Resipi Sedap Local Japanese Tauhu

Resipi Sedap Local Japanese Tauhu

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 738 hits
hi there hish macam tahu pula incik suami yang mrs pip mau makan japanese tauhu Balik dari grocery shopping nampak ada tiga pek tauhu katanya mau buat menu local japanese tauhu untuk makan malam Wah lamanya tidak makan tauhu berkuah pekat M...
Resipi Dan Cara Buat Kuih Ketayap Flawless

Resipi Dan Cara Buat Kuih Ketayap Flawless

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 825 hits
Resipi dan Cara Buat Kuih Ketayap Flawless Resipi dan Cara Buat Kuih Gulung Flawless Anda boleh cuba sendiri di rumah untuk juadah berbuka puasa Caranya sungguh mudah dan ringkas Resipi dan Cara Buat Kuih Ketayap Flawless Bahan bahannya ada...
Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi Resipi Cucur Mudah Sedap Dimakan Panas Panas

Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi Resipi Cucur Mudah Sedap Dimakan Panas Panas

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 654 hits
Bukan semua anak anak senang diajak makan Ada sesetengah tu puas bergaduh dengan dia barulah nak makan Itupun tak banyak Rungsing dibuatnya apatah lagi jika anak anak menolak untuk makan nasi Resipi Lain Untuk menyediakan hidangan nasi yang...
Resipi Bakso Mee Kuning Sedap

Resipi Bakso Mee Kuning Sedap

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1146 hits
Resipi Bakso Mee Kuning Sedap Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Jumpa lagi Hari ni Murni nak berkongsi resipi bakso mee kuning sedap Actually Murni teringin sangat nak makan bakso nak belinya pun kedai tak buka almaklumlah kita masi...
Resipi Ayam Panggang Ala Domino S Padu Mudah Sedap Jadi Rebutan Anak Anak

Resipi Ayam Panggang Ala Domino S Padu Mudah Sedap Jadi Rebutan Anak Anak

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 433 hits
Bagi yang pernah mencuba ayam Domino s pasti tahu keenakan hidangan tersebut Sesiapa yang teringin ayam Dominos bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Fiza ini Baca Cara penyediaanya sangat mudah dan bahan bahan yang digunakan juga...
20 Aneka Resipi Kuih Muih Dan Dessert Berbuka Puasa

20 Aneka Resipi Kuih Muih Dan Dessert Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 994 hits
Bulan ramadan ini selera makan asyik terliur nak makan apa sahaja kan Pelbagai menu masakan yang ingin dicuba Kali ini boleh lah mencuba Aneka 20 Resipi Kuih Muih dan Dessert Bazar ramadan tiada pun anda boleh bikin sendiri di rumah dengan ...
Resipi Kuih Butir Nangka Paddle Pop Tanpa Daun Pandan

Resipi Kuih Butir Nangka Paddle Pop Tanpa Daun Pandan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1065 hits
Assalamualaikum Pencuci mulut bulan Ramadhan yang tidak akan dilupakan ada butir nangka atau butir nako Selalunya banyak dijual bazar Ramadhan Tahun ini kita cuba buat sendiri Lagipun tidak susah mana pun Bahan utama adalah santan dan tepun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba