Resipi Kuih Kacang Hijau Goreng Sedap Dan Rangup


hi there, hari ini mrs pip sempat mencuba resipi kuih kacang hijau goreng, alhamdulillah menjadi kuihnya walaupun pertama kali buat, dan digoreng rangup. Rasanya ramai yang kenal dengan kuih kacang hijau goreng kan. Ada sesetengah memanggilnya kuih kasturi kacang hijau ataupun cucur kacang hijau, nama yang berbeza namun merujuk kepada kuih yang sama

Kuih kacang hijau ini adalah antara kuih kegemaran mrs pip. Malangnya kalau beli di luar, sukar untuk mendapatkan kuih kacang hijau yang betul-betul sedap di mana kacang hijaunya betul-betul masak hancur, lembut dan tidak berketul atau berbiji apabila dimakan

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Mak mrs pip seorang penjual kuih. Dengan menjual kuih-muih, ABC dan berkedai runcitlah kami adik beradik membesar. 
Antara kuih yang mak mrs pip jual ialah kuih kacang hijau. Dan bapa mrs pip lah yang akan membantu mak memasak kacang hijau sehingga lembut, kemudian ditambah gula, tepung dan kelapa parut, sehingga kuih kacang siap untuk digoreng keesokan harinya untuk dijual kepada pelanggan

Jadi, setiap kali melihat orang menjual kuih kacang hijau, ianya akan membawa  ke zaman lalu mrs pip dengan kenangan yang sukar untuk dilupakan. Malangnya, tidak pernah sama sekali pun mrs pip punya keinginan belajar membuat kuih kerana mrs pip dulu sangat sangat ditakdirkan tidak pandai memasak

mrs pip selalu rasa iri hati dengan sepupu rapat mrs pip yang sangat mahir buat kuih. Semua kuih yang mak mrs pip buat, sekali dua saja sepupu mrs pip belajar, alhamdulillah menjadi sangat kuih dia. Mrs Pip? hurmmmm, malaslah mau cakap. ekeke

Tapi part tidak pandai memasak tu adalah cerita dulu. Semuanya berubah beberapa tahun selepas berkahwin. Dari seorang yang sangat tidak pandai memasak, tidak suka masuk dapur kepada seorang yang excited mahu bereksperimentasi memasak di dapur. One thing : People change, either for good or bad , betul tak? The choice is yours. 
Tidak pandai memasak bukan alasan untuk tidak mahu belajar memasak. Husband selalu cakap benda ni waktu kami awal-awal kawin. Dia selalu encourage mrs pip untuk belajar , katanya semua orang ada kekurangan, tiada siapa yang sempurna, jadi why give up so early when you not even started yet? 
eh, panjang pula cerita si kuih kacang hijau ni. Tapi begitulah ya adik-adik sekalian, jangan jadi macam akak di zaman lalu, korang cantik educated berjaya macam mana pun, belajarlah memasak. Memasak ni pun satu ilmu yang berguna , lagi-lagi bila dah kawin dan ada anak, ekeke

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kuih kacang hijau goreng sedap lagi mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya:-

(A). Bahan-bahan untuk bahagian kacang hijau

200 gram (1 cawan) kacang hijau
750 ml (3 cawan) air
125 gram (1/2 cawan)  gula kasar
25 gram ( 2 - 3 sudu besar tepung gandum)
50 gram (1/2 cawan) kelapa parut
Secubit garam
1 helai daun pandan diikat (optional)

(B). Bahan-bahan untuk tepung menggoreng kuih kacang hijau

6 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/8 (sedikit saja) perahan limau (lime) (optional)
100 ml (1/3 cawan) air atau secukupnya


Cara membuat langkah demi langkah kuih kacang hijau goreng :-
1. Bersihkan kacang hijau, dan rendam terlebih dahulu selama 30 minit 
Tips: tapi mrs pip rendam sehingga 2 jam , biar kacang ni lembut nanti mau rebus tak ambil masa lama untuk kacang tadi lembut, so tak bazirkan gas korang
2. Toskan air, dan masukkan kacang ke dalam belanga bersama 750 ml air (atau secukupnya) dan rebus kacang ni hingga betul-betul lembut. Masukkan daun pandan jika ada. Guna api sederhana kecil / api perlahan. Merebus mengambil masa sekitar 45 minit

3. Apabila air hampir kering dan kacang kelihatan lembut (kalau tak lembut, tambah sedikit air dan rebus lagi sebentar) , masukkan gula

4. Rebus sekitar 5 minit lagi sehingga kelihatan campuran agak likat dan kelihatan hampir kering. Boleh keluarkan ikatan pandan tadi jika ada

5. Masukkan tepung gandum dan garam. Kacau campuran dengan betul dan pastikan tiada ketulan-ketulan (lump) di dalam campuran tersebut. 
6. Masukkan kelapa parut dan kacau sekitar 5 minit dan kelihatan campuran kacang hijau sudah tidak berair, dan kacangnya hancur dengan baik

7. Matikan api dan pindahkan kacang hijau tadi ke dalam baking tray / besen untuk disejukkan

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
8. Apabila sudah sejuk , dengan tapak tangan diletakkan sedikit tepung, ambil sedikit kacang hijau dalam bentuk bebola, dibulat-bulatkan dan kemudian leperkan dengan elok. mrs pip dapat 12 potongan sederhana besar, terpulang korang nak saiz kecil atau besar

Tips Penting: mrs pip dulu nampak mak mrs pip buat kacang hijau ni dalam bentuk doh memanjang seperti gambar di atas, kemudian dia akan potong kacang hijau tu dengan saiz yang sama. 
Selepas itu, barulah dia leper-leperkan. Katanya ini memudahkan dia untuk memastikan saiz kuih kacang tu hampir sama saiz di antara satu sama lain, selain dia mahu pastikan bilangan kuih kacang untuk sekali adun tu jumlah bilangan dia sentiasa sama. 
Inilah yang dikatakan kawalan kualiti dan kuantiti bagi seorang penjual kuih :)) 
9. Kemudian sediakan adunan tepung untuk menggoreng seperti di (B). 
10. Panaskan minyak di dalam kuali, dan celupkan kuih kacang yang telah dileper-leperkan tadi di dalam adunan tepung untuk menggoreng, dan goreng sehingga kulit kuih kacang tadi kelihatan perang keemasan (golden brown)

11. Sedia untuk diangkat. Toskan minyak. Sejukkan seketika sebelum siap untuk dihidang bersama minuman panas seperti coklat panas , teh mahupun kopi atau sebarang minuman kegemaran korang

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
maka, berhasillah resipi kuih kacang goreng kulitnya rangup versi mrs pip. Gembira apabila berjaya buat kuih kacang hijau sendiri. Dan happy bila teksturnya sedikit lembut, namun masih perlu dibaiki lagi

Akan datang, mrs pip akan pastikan yang semua kacang hijau betul betul masak hancur hingga lembut sepenuhnya, yang tadi ni ada beberapa biji kacang hijau tu rasanya masih agak kasar ketika dimakan tadi, kita masih amatur buat kuih ni, so kena improve bahagian rasa dan tekstur kelak. 
Siapa yang suka makan kuih kacang hijau goreng ni? Korang beli atau buat sendiri? Lepas ni korang bolehlah cuba buat sendiri resipi kuih ni. Kalau berjaya, bagitau mrs pip ya. Kalau tak berjaya, alamatnya sama ada korang buat lagi dan lagi hingga berjaya atau beli sajalah di gerai menjual kuih, teehee

Happy cooking semua

P/S: sedang dalam PKP ni, rajin jak kita masuk dapur mencuba macam-macam resepi kuih-muih. Hari tu mrs pip buat penyaram, tapi hurmmmm jauh panggang dari api tu rasa penyaram. 2 kali buat, dua kali juga tidak berjaya. Teknik penyaram tak betul kot :(
cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2020/05/resipi-kuih-kacang-hijau-goreng-sedaprangup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap

Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 641 hits
hi there berbuka puasa beberapa hari lalu dengan menu kuey teow goreng basah yang ringkas lagi sedap hasil air tangan mr Husband Kali ini mr Husband mengidam sangat mau makan kuey teow jadi kita bagi laluan untuk mr Husband siapkan resipi k...
Biskut Raya Kacang Hijau Mudah Sedap

Biskut Raya Kacang Hijau Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 722 hits
AssalamualaikumBismillahWalaupun tahun ini tidak dapat beraya tetapi mood beraya dengan keluarga itu masih ada So sepanjang bulan Ramadan ini aku cuba buat pula Biskut Raya Kacang Hijau Tetiba rasa macam nak makan biskut raya gitu Kalau nak...
Resipi Kuih Muah Chee Lembut Tepung Pulut Manis Kacang Tumbuk Sedapnya

Resipi Kuih Muah Chee Lembut Tepung Pulut Manis Kacang Tumbuk Sedapnya

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 1122 hits
Sekiranya anda penggemar kuih Muah Chee bolehlah cuba resipi ini Untuk yang belum pernah makan kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan disalut dengan kacang tumbuk Rasanya lemak lemak bercampur masin manis kacang tumbuk Teksturnya pula...
Simple Je Buat Kacang Goreng Berempah Lagi Sedap Dari Beli Di Kedai

Simple Je Buat Kacang Goreng Berempah Lagi Sedap Dari Beli Di Kedai

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 428 hits
Bagi penggemar kacang pastinya kacang goreng berempah antara kudap kudap pilihan utama Kacang goreng berempah memang sesuai sebagai hidangan kudap kudap ringkas ketika menonton TV Bukan hanya menjadi pilihan hidangan harian malah kacang jug...
Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup Viral Sampai 58k Share Simple Je

Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup Viral Sampai 58k Share Simple Je

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 589 hits
Resipi sambal kentang dan ikan bilis goreng rangup antara pembuka selera yang sangat mudah dibuat Boleh bertambah nasi kalau dapat sambal kentang dan ikan bilis goreng rangup ni Kalau nak tahu cara penyediaanya boleh ikuti resipi dibawah Re...
Resipi Paru Sambal Rangup Dan Sedap

Resipi Paru Sambal Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 445 hits
Biasanya saya akan makan Sambal Paru dengan Nasi Lemak Tapi kalau dapat Sambal Paru yang rangup dan sedap saya lebih gemar jadikan ia sebagai kudapan boleh makan macam tu je sambil menonton drama kat tv kan Tapi tak semua orang pandai masak...
Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 626 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka harini Ini dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh lembut dan sedap Baca Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan ku...
Resipi Mi Goreng Basah Berlemoih Mulut Dia Punya Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

Resipi Mi Goreng Basah Berlemoih Mulut Dia Punya Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 458 hits
Kadang kadang waktu bersahur kurang berselera untuk makan nasi Kalau sekadar nak minum air bersama kurma risau pula anak anak kelaparan waktu berpuasa esoknya Jadi perlu ada inisiatif lain untuk menggantikan nasi berlauk Resipi Lain Salah s...
Buat Koleh Kacang Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah Menjadi Resipi Kuih Kegemaran Ramai

Buat Koleh Kacang Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah Menjadi Resipi Kuih Kegemaran Ramai

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 1019 hits
Kuih tradisional seperti kuih koleh kacang ini tak ramai yang berani untuk cuba buat secara homemade kerana ramai beranggapan kuih ini susah untuk dihasilkan Resipi yang dikongsi ini sangat mudah dihasilkan dan yang paling penting memang se...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam