Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat 2 0 Berjumlah Rm76 Juta


GEORGE TOWN, 6 Mei (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0 berjumlah RM76 juta, bagi meneruskan usaha memperkukuhkan ekonomi negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pakej rangsangan ekonomi negeri yang kedua itu berpandukan kepada tiga matlamat iaitu; memberikan bantuan segera kepada golongan yang paling terkesan, mengupayakan golongan pekerja, dan membolehkan kelangsungan perniagaan bagi memastikan ekonomi negeri terus dibangunkan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dengan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0, ini menjadikan jumlah keseluruhan pakej bantuan insentif kerajaan negeri setakat ini adalah sebanyak RM151 juta, yang telah dan bakal memanfaatkan penduduk Pulau Pinang secara langsung termasuk ahli keluarga, serta pekerja mereka,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook peribadinya, di sini hari ini.
Beliau berkata bagi meringankan beban penduduk negeri Pulau Pinang, kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) akan memberikan rebat kepada hampir 600,000 unit hartanah dan memberi penjimatan lebih RM47.3 juta kepada pembayar cukai negeri Pulau Pinang.
Chow turut mengumumkan bantuan tunai RM500 kepada penjaja yang tidak menerima bantuan sebelum ini, yang dianggar seramai 8,769 orang melibatkan peruntukan RM4.38 juta, serta bantuan tunai RM400 kepada 5,841 nelayan pesisir pantai (Zon A) dan bantuan kotak insulasi bernilai RM180 setiap satu kepada 250 nelayan darat dan sungai.
Menerusi pakej itu juga, kerajaan negeri akan memberikan bantuan RM500 masing-masing kepada 118 pusat jagaan kanak-kanak, 62 taska dan 465 tadika, selain peruntukan khas RM100,000 kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu, yang membantu menangani masalah keganasan rumah tangga sepanjang tempoh PKP.
Menyedari sektor pelancongan yang paling terjejas dengan penularan COVID-19, Chow berkata kerajaan negeri membuat keputusan untuk menambah dana RM10 juta kepada Skim PEKA, di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), selain peruntukan RM200,000 turut disediakan untuk pelaksanaan ‘Show Penang’, satu projek untuk membangunkan kandungan digital seni, budaya dan warisan yang pertama dalam negara.
“Sebagai tambahan kepada bantuan tunai kepada pemandu pelancong dalam pakej bantuan lepas, kerajaan negeri akan memberikan bantuan tunai RM500 kepada 321 pemandu bas/van persiaran, kereta sewa/limosin pelancongan, serta RM300 kepada 39 pengusaha lancang air dan aktiviti pantai di Batu Feringghi. Secara keseluruhannya, sebanyak RM10.37 juta diperuntukkan untuk sektor pelancongan Pulau Pinang di dalam pakej ini,” katanya.
Antara bantuan lain dalam pakej bantuan itu adalah bantuan khas kewangan RM300 secara ‘one-off’ masing-masing kepada 6,099 kakitangan barisan hadapan (senarai tambahan) dan 6,050 ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK)
Selain itu, pengecualian kadar sewaan dan pajakan bagi projek-projek Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dan ‘State Secretariat Incorporated’ (SSI) yang berkaitan bagi bulan April dan Mei melibatkan 333 pengusaha/syarikat.
— BERNAMA
The post Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat 2.0 Berjumlah RM76 Juta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/06/pulau-pinang-umum-pakej-bantuan-rakyat-2-0-berjumlah-rm76-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Mahu Kaji Semula Harga Siling Rumah Mampu Milik

Pulau Pinang Mahu Kaji Semula Harga Siling Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 317 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengkaji semula harga siling rumah mampu milik negeri dan memperkenalkan lebih banyak faedah untuk pembeli rumah pertama setelah tempoh perintah kawalan pergerakan berakhir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan ...
Pulau Pinang Dilanda Ribut Banjir Kilat

Pulau Pinang Dilanda Ribut Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 450 hits
Ribut dan banjir kilat menenggelamkan beberapa kawasan rendah di George Town dan bahagian utara Pulau Pinang hari ini KEPALA BATAS Hujan lebat lebih 2 jam di Pulau Pinang hari ini menyebabkan banyak kawasan di negeri itu dilanda banjir kila...
148 Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Dipindahkan

148 Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Dipindahkan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 313 hits
Sebanyak 36 keluarga membabitkan 148 orang mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara di sini susulan banjir kilat di kawasan kediaman mereka malam tadi pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Sekolah Kebangsaan Juru pada jam...
Umat Islam Di Pulau Pinang Boleh Solat Aidilfitri Di Rumah

Umat Islam Di Pulau Pinang Boleh Solat Aidilfitri Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 549 hits
Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan ...
Persatuan Hotel Pulau Pinang Mahu Kerajaan Negeri Tawar Insensif Kepada Pelancong

Persatuan Hotel Pulau Pinang Mahu Kerajaan Negeri Tawar Insensif Kepada Pelancong

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 372 hits
Persatuan Hotel Malaysia cawangan Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menawarkan insentif perjalanan kepada pengunjung selepas industri pelancongan di sini mengalami penurunan perniagaan yang drastik ekoran pandemik COVID 19 di seluruh dunia ...
Hotel Mula Gulung Tikar Di Pulau Pinang Ipoh

Hotel Mula Gulung Tikar Di Pulau Pinang Ipoh

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 386 hits
Sumber The Gurney Resort Hotel and Residences di Pulau Pinang merupakan antara yang mengecilkan operasi hotelnya akibat kesan daripada pandemik Covid 19 Gambar Facebook 27 April 2020 PLENITUDE Bhd sedang menutup operasi tiga hotelnya iaitu ...
Bangkitlah Fokus Bertemu Pulau Pinang Jkt

Bangkitlah Fokus Bertemu Pulau Pinang Jkt

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 285 hits
Kuala Terengganu Bangkitlah rakan sepasukan Itu permintaan pemain tengah Terengganu Joseph Kalang Tie apabila pasukannya berkunjung ke Stadium Bandaraya bertemu skuad Pulau Pinang dalam aksi terakhir Liga Super malam esok Joseph 28 pemain k...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 277 hits
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader Foto Ramdzan MasiamOleh Zuhainy Zulkifflibhnews bh com myGEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang kecewa dengan cadangan beberapa pihak di Malaysia supaya menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya ya...
Dua Bekas Wakil Rakyat Pkr Berdepan Tuntutan Rm10 Juta

Dua Bekas Wakil Rakyat Pkr Berdepan Tuntutan Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Dua Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Kedah yang mengumumkan keluar parti hari ini masing masing berdepan tuntutan RM10 juta Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul berkata dua ADUN terbabit sebelum ini menandatangani dokumen perja...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel