Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya


Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader. - Foto Ramdzan MasiamOleh Zuhainy Zulkiffli
[email protected]

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan cadangan beberapa pihak di Malaysia supaya menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya yang berada di negara ini.

Malah terdapat badan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli politik yang turut menentang penempatan orang Rohingya di Malaysia.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata pelarian berkenaan melarikan diri dari negara asal kerana nyawa terancam dan mengusirnya adalah sama seperti menjatuhkan hukuman mati.


Katanya, alasan prejudis yang diberi adalah pelarian Rohingya bersifat kotor, biadap, tidak menghormati budaya Malaysia dan menuntut bagi mendapatkan kewarganegaraan.


"Memang tidak adil bagi kita menjatuhkan hukuman ke atas kesemua pelarian itu kerana kelakuan buruk segelintir daripada mereka, malah dalam sesuatu kelompok manusia, mesti ada yang berkelakuan baik dan juga buruk.

"Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya sebagai pelarian tetapi sebagai pendatang tanpa izin ataupun orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan," katanya kepada BH, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, kebanyakan pelarian Rohingya di Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa mereka menghargai peluang menjadikan Malaysia sebagai kediaman sementara dan hanya mahu pulang ke Myammar atau menetap di negara ketiga.

Katanya, mereka bukan sahaja perlu menghadapi sikap ketaasuban sesetengah golongan masyarakat tetapi juga tekanan mental dan emosi serta kebergantungan kepada jasa baik orang lain hingga menyebabkan sukar untuk hidup dengan baik.

Malah mereka juga tidak dapat bekerja secara sah di Malaysia serta tiada akses kepada sistem penjagaan kesihatan atau sistem pendidikan, dan ia memberi imej yang buruk dengan konotasi negatif.

"Jika kerajaan mengiktirafkan status pelarian, ia bukan sahaja memberi faedah kepada Rohingya tetapi kepada negara kita juga kerana mereka dapat bekerja secara sah dan hasil daripada itu, mereka akan membayar cukai serta menyumbang kepada masyarakat.

"Kanak-kanak pelarian juga boleh pergi ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan serta belajar bagaimana cara bersosialisasi," katanya lagi.

Mengulas mengenai penularan COVID-19, Mohideen berkata, orang ramai tidak perlu bimbang bahawa penyakit berbahaya seperti itu akan merebak di kawasan yang mempunyai ramai pelarian Rohingya atau akan menyebarkannya kepada orang lain.

Katanya, mereka tidak akan berasa takut bagi mendapatkan rawatan perubatan apabila tidak sihat malah sebarang epidemik dapat dielakkan daripada berlaku sekiranya mereka mendapat rawatan yang sepatutnya.

Justeru CAP memohon supaya kerajaan mengiktirafkan status pelarian Rohingya dan juga pelarian dari negara lain yang menetap di Malaysia.

"Kerajaan juga perlu mengiktiraf hak mereka bagi bekerja, mendapatkan pendidikan dan akses kepada sistem kesihatan seperti yang termaktub dalam perjanjian antarabangsa, misalnya Konvensyen Pelarian 1951 atau juga diketahui sebagai Konvensyen Geneva.

"Sudah tiba masanya kita berhenti menghina mereka yang sudah dianiayai secara tidak adil oleh rakyat dan kerajaan mereka sendiri," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/persatuan-pengguna-pulau-pinang-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Pahang Dan Pulau Pinang Gesa Henti Polimik Rohingya

Mufti Pahang Dan Pulau Pinang Gesa Henti Polimik Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 327 hits
PETALING JAYA Dua orang mufti mengingatkan masyarakat Muslim di Malaysia bahawa Islam menghendaki penganutnya sentiasa bersimpati dan berkasih sayang antara satu sama lain Ini susulan serangan bertali arus yang mengkritik dan mengecam pelar...
Persatuan Hotel Pulau Pinang Mahu Kerajaan Negeri Tawar Insensif Kepada Pelancong

Persatuan Hotel Pulau Pinang Mahu Kerajaan Negeri Tawar Insensif Kepada Pelancong

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 382 hits
Persatuan Hotel Malaysia cawangan Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menawarkan insentif perjalanan kepada pengunjung selepas industri pelancongan di sini mengalami penurunan perniagaan yang drastik ekoran pandemik COVID 19 di seluruh dunia ...
Umat Islam Di Pulau Pinang Boleh Solat Aidilfitri Di Rumah

Umat Islam Di Pulau Pinang Boleh Solat Aidilfitri Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 563 hits
Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan ...
148 Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Dipindahkan

148 Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Dipindahkan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 327 hits
Sebanyak 36 keluarga membabitkan 148 orang mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara di sini susulan banjir kilat di kawasan kediaman mereka malam tadi pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Sekolah Kebangsaan Juru pada jam...
Kerajaan Pas Dan Umno Gagal Bantu Pelarian Rohingya

Kerajaan Pas Dan Umno Gagal Bantu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 611 hits
KUALA LUMUR Tindakan kerajaan Perikatan Nasional menghalang bot membawa pelarian Rohingya ke negara ini sehingga menyebabkan kematian puluhan etnik itu dikritik sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan yang ditindas dan d...
Majlis Rohingya Gesa Malaysia Pertimbang Dasar Tolak Bot Pelarian

Majlis Rohingya Gesa Malaysia Pertimbang Dasar Tolak Bot Pelarian

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 458 hits
PETALING JAYA Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula dasar menolak bot sarat dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara Ini susulan 2 laporan pihak ...
Boleh Bayar Zakat Fitrah Di Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Boleh Bayar Zakat Fitrah Di Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 374 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang membenarkan pungutan zakat fitrah dibuat di seluruh masjid di negeri ini mengikut beberapa syarat syarat yang ditetapkan Pengarahnya Zulkifli Long berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mend...
Pulau Pinang Dilanda Ribut Banjir Kilat

Pulau Pinang Dilanda Ribut Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 464 hits
Ribut dan banjir kilat menenggelamkan beberapa kawasan rendah di George Town dan bahagian utara Pulau Pinang hari ini KEPALA BATAS Hujan lebat lebih 2 jam di Pulau Pinang hari ini menyebabkan banyak kawasan di negeri itu dilanda banjir kila...
Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 416 hits
KEDATANGAN Ramadan tahun ini diraikan dalam suasana normal baharu buat pertama kalinya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa 3 kini dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 Pasti paling dirindui ketika datangnya Ramadan ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri