Puas Hati Guna Set Primadona Faith Fleur Rambut Gugur Berkurang
Tips Kurangkan Masalah Rambut Gugur dengan Faith Fleur
Rambut yang sihat, cantik dan tanpa sebarang masalah, semestinya menjadi idaman setiap wanita. Kaum lelaki juga tidak terkecuali. Maka, penjagaan rambut yang rapi perlu dititiberatkan supaya mendapat hasil seperti yang diidamkan. Namun, ada sesetengah masalah rambut kita tidak dapat lari daripadanya. Salah satu masalah rambut yang kerap dihadapi adalah keguguran rambut. Mai juga tidak terlepas daripada masalah ini. Tapi kini tidak lagi, rambut kurang gugur dan lembut dengan Set Primadona Faith Fleur
Set Primadona Faith Fleur
“Arghhh.. runsingnya rambut banyak gugur!”. Selepas menyikat rambut, pasti kelihatan banyak helaian rambut terlekat pada sikat. Terpandang pula ke lantai, tidak sedar banyak rambut bertaburan. "Aik.. bila masa rambutku gugur ni?", diri sendiri memandang sayu pada rambut gugur tersebut dan terus memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun sudah bertukar syampu, hasilnya masih sama.
Masalah rambut gugur.. stress dibuatnya bukan. Geram je tengok rambut yang bertaburan di lantai. Makin risau sebab takut sampai jadi botak pula. Anda juga mengalami masalah yang sama seperti ini
Sebelum ini, Mai juga seperti itu. Memang runsing dibuatnya. Melihat rambut yang berguguran di lantai pun jadi stress dibuatnya. Tapi sekarang dah bertambah baik, makin berkurang rambut yang gugur. Alhamdulillah, semuanya sebab menggunakan Set Primadona Faith Fleur 😍
Mai bersyukur sangat apabila diperkenalkan dengan set penjagaan rambut jenama Faith Fleur. Masalah rambut gugur semakin berkurang dengan Set Primadona Faith Fleur. Rambut pun jadi mudah diurus.
Masa mula-mula mahu menggunakan Set Primadona, risau juga kalau tidak serasi dengan rambut dan kulit kepala. Selepas penggunaan kali pertama, Mai dapat rasa kesan yang positif. Disebabkan itu, Mai meneruskan penggunaanya sehingga kini. Rasa rugi pula sebab lambat kenal dengan set penjagaan rambut Faith Fleur ini hehehe
Apa ada dalam Set Primadona ini?
Ia mengandungi syampu, perapi dan serum rambut. Nampak biasa-biasa saja produknya, tapi hasilnya luar biasa tau
Faith Fleur Smooth and Nourishing Shampoo
Syampu Faith Fleur ini membantu mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga menghapuskan kelemumur dan mencegah kekeringan kulit kepala seterusnya menjadikan rambut subur dan hitam bersinar.
Faith Fleur Conditoner (Perapi)
Perapi Faith Fleur bertindak untuk membantu memulihkan dan mengekalkan kelembapan rambut. Ia juga mengurangkan kerosakan serta mengelakkan masalah rambut gugur. Yang penting, ia mengembalikan minyak semulajadi.
Faith Fleur Hair Serum
Serum rambut pelbagai fungsi untuk mencegah kerosakan rambut dan masalah rambut bercabang serta membuatkan rambut anda bersinar. Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.
Bagusnya produk Faith Fleur, ia tidak mengandungi bahan yang membahayakan seperti Paraben dan SLES. Risau juga kan jika ada bahan berbahaya. Bukan sahaja boleh beri kesan kepada kepala dan rambut, malah keseluruhan tubuh badan. Jadi, tidak perlu risau lagi untuk menggunakan set penjagaan rambut Faith Fleur setiap hari.
Nampaknya, Mai dah jatuh hati terus dengan produk Faith Fleur ini. Bagi Mai, ia serasi dengan rambut sendiri. Yang paling Mai suka, Faith Fleur Hair Serum. Serum yang harum ini cepat menyerap pada rambut dan yang penting ia tidak berminyak seperti minyak yang biasa kita gunakan untuk rambut. Tangan juga tidak rasa melekit
Cara penggunaannya pula sama seperti rutin biasa kita menggunakan penjagaan rambut yang lain.
Langkah 1: SyampuMula-mula, basahkan rambut. Kemudian, picit sedikit Faith Fleur Smooth and Nourishing Shampoo pada tapak tangan. Letak sedikit air pada syampu yang ada pada tapak tangan, boleh mula mencuci rambut. Ratakan syampu ke seluruh rambut dan urut dengan jari sehingga berbuih hingga sampai kena kulit kepala. Biarkan 2-3 minit dan bilas bersih
Langkah 2: Guna perapiJika sudah bersyampu, tidak lengkap tanpa penggunaan perapi selepas itu. Apa yang perlu dibuat adalah, picit perapi Faith Fleur secukupnya pada tapak tangan. Kemudian, sapu pada rambut. Biarkan 2-3 minit. Setelah siap, bilas rambut dengan bersih. Keringkan rambut
Langkah 3: SerumSerum ini boleh digunakan pada rambut ketika rambut masih basah atau kering. Caranya, picit sedikit Faith Fleur Hair Serum pada tapak tangan. Selepas itu, sapu rata pada keseluruhan rambut.
Dengan penggunaan Set Primadona Faith Fleur, pakai tudung dalam tempoh masa yang lama pun tak risau lagi. Buka saja tudung, rambut masih berbau wangi. Rambut juga terasa lebih lembut dan mudah diurus berbanding sebelum ini. Mai suka sangat
Sudah mula tertarik dengan Set Primadona Faith Fleur ini? Kalau begitu, anda juga boleh mencuba Set Primadona Faith Fleur kalau mengalami masalah keguguran rambut, kelemumur atau rambut susah diurus. Produk Faith Fleur boleh didapati di Shopee faithfleurhq atau di laman web Faith Fleur, https://www.faithfleur.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2021/12/puas-hati-guna-set-primadona-faith-fleur.html