Petua Masak Ikan Bakar Rica Manado Sedap Tapi Guna Kuali Je


Sedapnya Ikan Bakar Rica Manado perkongsian resipi dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Nampak membuka selera. Istimewanya resipi ini, anda tidak perlu menggunakan arang untuk membakarnya. Cukup sekadar menggunakan kuali leper tapi rasa dan aromanya seakan dimasak menggunakan bara.
Menurut beliau lagi, Ikan Bakar Sambal Rica ini berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya dibakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Cumanya kali ini beliau berkongsi cara lebih mudah untuk menyediakan sajian sedap ini. Bakar atas kuali sahaja. Sesuai sangat cuba masak untuk makan tengahari nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN BAKAR RICA MANADO SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar – beli online disini
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor – beli online disini
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tersebut. IA bertujuan supaya ikan kelihatan cantik dan isi cepat masak.

2. Untuk menyediakan bumbu (perencah) ikan bakar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus.

3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. ikan bakar ini akan berwarna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa hidangan ini tidak berapa beza dari ikan bakar sambal.

4. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika suka, boleh tambahkan belacan. Tumis sampai bahan-bahan masak sempurna. Kemudian sejukkan seketika.

5. Lumurkan bumbu pada ikan. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan banyak kali. Jadi empunya resipi lumur bumbu pada ikan terlebih dahulu.

6. Kemudian terbalikkan ikan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. (empunya resipi guna kuali non-stick)

7. Bila masak nanti, ikan tidak akan diterbalikkan. Masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ini masak sekata tanpa hangus, kena bakar dengan api kecil atau sederhana.

8. Tutup kuali. Jika ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.

9. Hasil Ikan Bakar Rica Manado yang telah siap dimasak. Tidak hangus, tidak melekat dan masak sempurna. Sedia untuk dinikmati.


 
INFO:
Boleh hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ini memang sedap makan dengan benda masam.Rasa Ikan bakar ini tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting! 
Kredit resipi & foto: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan


Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Kerisik Homemade Yang Sedap Berminyak & Wangi Tanpa Tumbuk

Buat Sendiri Aiskrim Goreng Sedap Guna Roti Sandwic. Mantap!

Resipi Apam Balik Nipis Rangup Homemade Paling Mudah

Resipi Nasi Goreng Sosej Paling Senang.Tak Letak Sayur, Tak Letak Bawang

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 
The post Petua Masak Ikan Bakar Rica Manado Sedap Tapi Guna Kuali Je appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/12/petua-masak-ikan-bakar-rica-manado.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni

Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 278 hits
Ayam Panggang Blackpepper memang antara perisa kegemaran bagi penggemar sajian ayam panggang Di musim ayam serba mahal ini jika terasa nak makan lebih baik masak sendiri Jika dibeli seekor kecil sahaja saiznya namun harga boleh tahan Memang...
Pedas Tak Guna Bawang Ayam Masak Lemak Cili Api Ala Nogori Ni Memang Sedap

Pedas Tak Guna Bawang Ayam Masak Lemak Cili Api Ala Nogori Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 269 hits
Bagi penggemar sajian Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan pasti mengakui keenakan hidangan ini Mudah dimasak pedas dan tidak menggunakan banyak bahan ia memang menjadi buruan pengemarnya Istimewa sajian asli Negeri Sembilan tidak meng...
Tips Masak Daging Supaya Tak Liat Dan Cepat Lembut Guna Biji Kurma Jer

Tips Masak Daging Supaya Tak Liat Dan Cepat Lembut Guna Biji Kurma Jer

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 242 hits
Korang pernah alami tak masak daging tak kiralah daging lembu kambing ataupun kerbau liat dan terpaksa berjam jam menunggunya empuk Dulu dulu masa tak tahu petua nie memang berpeluh keti duduk tepi dapur menunggunya cepat lembut ataupun emp...
Pesawat Guna Minyak Masak Terpakai Mendarat Di Klia

Pesawat Guna Minyak Masak Terpakai Mendarat Di Klia

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 371 hits
SEPANG Pesawat Airbus A330 200 yang merupakan pesawat komersial pertama berdaftar menggunakan Sustainable Aviation Fuel di Malaysia berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Tambah mengujakan bahan bakar pesawa...
Makan Di Ikan Bakar Muara Anjung Batu

Makan Di Ikan Bakar Muara Anjung Batu

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 397 hits
Assalamualaikum DAH beberapa kali ke Melaka nak makan Nasi Lemak dan Ikan Bakar di Kedai Ikan Bakar Muara Anjung Batu ni namun asyik kecewa kerana kedainya tutup Nasib baiklah di Melaka ni ada banyak medan ikan bakar Cuma kami memang suka k...
Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 346 hits
Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan Bahan bahannnya cukup mudah Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba Memang membuka selera Ta...
Kedai Makan Lokcing Sedap Di Tanah Merah Kelantan Tm Lokcing Dan Sotong Bakar

Kedai Makan Lokcing Sedap Di Tanah Merah Kelantan Tm Lokcing Dan Sotong Bakar

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 484 hits
Kedai Makan Lokcing dan Cucuk Cucuk Sedap Di Tanah Merah Kelantan TM Lokcing dan Sotong Bakar Salah satu makanan yang menjadi tarikan di negeri kelantan adalah lokcing dan cucuk cucuk yang didatangkan dengan pelbagai jenis rupa dan bentuk c...
Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Kuah Cair Pasti Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Kuah Cair Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 264 hits
Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Kuah Cair Pasti Sedap Ikan jahan antara ikan yang sedap di masak asam pedas Lepas tu buat cair sikit boleh hirup kuah dia Nak resepinya Jom salin kat bawah Baca berkaitan resepi mudah resepi sedap masakan kampun...
Resepi Ikan Pelaling Masak Sambal Masam Manis

Resepi Ikan Pelaling Masak Sambal Masam Manis

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum Hi korang Masih lagi perkongsian resepi dari telegram macam biasa la SA perlukan resepi resepi yang simple simple je untuk idea bawak bekal pi kerja kan semangat ni korang Untuk resepi ni korang boleh guna ikan pelaling atau...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu