Psp Kaedah Terbaik Pengagihan Subsidi Yang Adil Ksu Kpdnhep


PUTRAJAYA, 28 Dis — Menghitung hari melangkah ke tahun 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bersedia dengan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP).
PSP merupakan prinsip bantuan yang hendak disampaikan kerajaan melalui pengagihan semula subsidi dan disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak dan merupakan satu daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abd Aziz berkata pelaksanaan PSP, yang menepati manifesto Pakatan Harapan di bawah Janji 7 iaitu menyediakan subsidi minyak bersasar, merupakan inisiatif dengan objektif murni untuk memastikan rakyat Malaysia yang benar-benar layak menerima bantuan.
Sebelum ini, katanya kaedah pelaksanaan subsidi adalah secara ‘blanket’ iaitu “semua dapat”, di mana golongan yang tidak layak termasuk mereka yang “berkereta besar”, orang kaya dan warga asing mendapat akses kepada subsidi tersebut.
“Sebelum ini semua layak, sama ada guna kereta BMW ke, Mercedes, kereta mewah pun layak dapat. Subsidi ini sepatutnya dinikmati golongan sasar yang betul-betul memerlukan seperti golongan B40, M40 dan sebagainya.
“Subsidi secara blanket ini, kita tak dapat kawal, kenderaan asing pun menikmati subsidi,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Mengenai pemilihan penerima, Muez berkata PSP bagi kumpulan B40 menggunakan data asas daripada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi mengenal pasti kumpulan berpendapatan rendah dan seterusnya dipadankan dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurutnya, melalui penggubalan dasar berpandukan data, kementerian berjaya mengenal pasti 2,862,472 individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan PSP.
Sehingga tarikh tutup tempoh rayuan pada 30 Nov lepas, sebanyak 346,491 penerima yang layak telah mengemas kini maklumat mereka, katanya.
Kementerian juga, katanya telah menerima sebanyak 480,317 permohonan rayuan dan semakan berhubung status rayuan itu boleh dibuat pada awal tahun hadapan sebelum pembayaran pertama dilakukan pada April 2020.
Beliau berkata kementeriannya menjangkakan terdapat segelintir golongan berpendapatan rendah daripada B40 yang mungkin tercicir daripada senarai penerima PSP disebabkan mereka tiada dalam senarai BSH.
“Bagi tujuan ini, KPDNHEP telah memaklumkan kepada mereka yang sebelum ini tidak mendapat BSH untuk mengemukakan permohonan kepada sekretariat BSH. Taklimat dan penerangan di peringkat negeri pun telah dibuat untuk memaklumkan orang awam tentang perlunya B40 mendaftar untuk BSH supaya mereka juga menikmati subsidi di bawah PSP,” katanya.
Berapakah jumlah subsidi yang akan diterima penerima
Penerima PSP akan menerima bantuan subsidi sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta dan RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi. Bagaimana bayaran akan dibuat
Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima PSP empat bulan sekali menjadikan jumlah bantuan tunai yang diterima adalah sebanyak RM120 bagi pemilik kereta dan RM48 bagi pemilik motosikal bagi setiap kali bayaran. Apakah kriteria penerima PSP
Penerima PSP merupakan penerima BSH yang beralamat di Semenanjung Malaysia dan mempunyai kenderaan yang berdaftar serta lesen kenderaan motor yang masih sah. Kapasiti enjin yang ditetapkan pula ialah 1,600cc ke bawah bagi kereta dan 150cc bagi motosikal. Bagi penerima PSP yang memiliki kereta berusia lebih 10 tahun atau motosikal berusia lebih tujuh tahun tetapi kapasiti enjin melebihi kriteria yang ditetapkan, masih layak untuk menerima PSP. Berhubung perluasan PSP kepada golongan M40, Muez berkata KPDNHEP mengadakan libat urus bersama agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Perangkaan untuk mengenal pasti dan memperincikan kriteria dan keperluan bagi melaksanakannya.
“Kita mesti mengemas kini data, itu yang paling utama dalam pelaksanaan ini sebab kita nak bagi pada yang layak. Setakat ini, B40 dah kenal pasti bakal penerima, manakala bagi M40 sedang dalam proses kemas kini,” katanya, sambil menambah antara data yang diperlukan ialah purata pendapatan M40.
Sumber: Bernama
The post PSP Kaedah Terbaik Pengagihan Subsidi Yang Adil – KSU KPDNHEP appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/28/psp-kaedah-terbaik-pengagihan-subsidi-yang-adil-ksu-kpdnhep/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Dengan Sistem Sedia Ada Kpdnhep Sahkan Penangguhan Program Subsidi Petrol

Kekal Dengan Sistem Sedia Ada Kpdnhep Sahkan Penangguhan Program Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 256 hits
Kecoh sebelum ini apabila pihak kerajaan mengumumkan untuk menawarkan Program Subsidi Petrol yang disasarkan untuk meringankan beban golongan B40 di Malaysia pada 7 Oktober lalu Melalui kenyataan terbaharu Menteri Perdagangan Dalam Negeri d...
Gerhana Matahari Cincin Mampir Ke Indonesia 26 Desember Nanti Lokasi Terbaik Ada Di 7 Provinsi Ini

Gerhana Matahari Cincin Mampir Ke Indonesia 26 Desember Nanti Lokasi Terbaik Ada Di 7 Provinsi Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 380 hits
Jangan sampai kelewatan gerhana matahari cincin kali ini Gerhana selanjutnya masih tahun 2031 lho
Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 769 hits
Sekarang sepertinya kejadian buruk atau kemalangan sering berlaku di atas jalan raya semasa pemanduan Kalau kita tengok video rakaman daripada dashcam kereta macam macam kejadian kan Harapnya ianya tidak akan berlaku terhadap kita selama ki...
7 Filem Manusia Genius Terbaik Sepanjang Zaman

7 Filem Manusia Genius Terbaik Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 447 hits
Terdapat banyak lambakan filem di luar sana yang memaparkan tentang kisah manusia genius daripada seantero dunia Berbekalkan kepada sepotong ayat wajib iaitu berdasarkan kisah benar menjadikan itu sebagai ayat pelaris filem kisah bergenreka...
Kerajaan Failed Or Passed Kita Ada Pakar Rujuk Terbaik

Kerajaan Failed Or Passed Kita Ada Pakar Rujuk Terbaik

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 287 hits
Tidak ada pakar yang lebih baik selain merujuk kepada najib Jika tidak dapat hubungi naji boleh rujuk lokman adam Bab Islam rujuk blogger kotak luar mahkamah Serba Tahu dalam kandang serba tak tahu
Kalau Tun M Tidak Pasti Anwar Boleh Menjadi Pm Yang Terbaik Mengapa Pilih Sertai Ph Dalam Pru14 Lalu

Kalau Tun M Tidak Pasti Anwar Boleh Menjadi Pm Yang Terbaik Mengapa Pilih Sertai Ph Dalam Pru14 Lalu

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 296 hits
Samada sahih atau tidak saya ada membaca laporan tentang kenyataan Tun M di Qatar yang menyebut beliau mahu terus menjadi PM sehingga beliau selesaikan masalah ekonomi negara Katanya lagi beliau berjanji akan serahkan jawatan PM kepada Anwa...
Kadar Pengagihan Pendapatan Dividen Asb Tahun 2019 Telah Diumumkan

Kadar Pengagihan Pendapatan Dividen Asb Tahun 2019 Telah Diumumkan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 1510 hits
Permodalan Nasional Berhad telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5 0 sen seunit dan bonus 0 50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini Memetik post oleh Ibrahim Sani dilama...
In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Pemenang Bintang Paling Popular Tahun 2024

Rumah Terbuka Tc Metal Care

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik