7 Filem Manusia Genius Terbaik Sepanjang Zaman


Terdapat banyak lambakan filem di luar sana yang memaparkan tentang kisah manusia genius daripada seantero dunia. Berbekalkan kepada sepotong ayat wajib iaitu “berdasarkan kisah benar” menjadikan itu sebagai ayat pelaris filem kisah bergenrekan sedemikian.
Terdapat pelbagai tema dan jalan cerita yang cuba dibawakan pengarah untuk dipersembahkan kepada penonton. Ada yang membawakan kisah tentang manusia genius yang sangat pandai pada matematik, politik, perniagaan dan sebagainya. Namun yang pasti nilai komersial turut diselitkan bersama bagi menjadikan kandungan filem tersebut seimbang dengan aksi mahupun kepandaian berfikir.
Filem manusia genius kegemaran saya Sejujurnya saya sangat gemar dengan filem yang mempunyai jalan cerita seperti ini. Mungkin ada diantara anda suka dengan kebijaksanaan si pengarah dan penulis skrin menyusun babak dan jalan cerita bagi sesuatu filem, namun berbeza pula dengan saya. Saya lebih gemar jika sesuatu filem itu memaparkan watak utama yang bijak.
Bijak disini bukannya secara tiba-tiba ada kawan-kawan yang pandai mengodam (hacking) database CIA sedangkan rakan sekerja bekerja kerani 9-5, bukannya juga tentang genius matematik seperti The man who know infinity dan the imitation game yang sudah semestinya membosankan. Sebaliknya cerita tentang manusia bijak yang tidak membosankan dan boleh ditonton secara santai tanpa perlu berfikir terlalu mendalam.
Cuma ada benda yang sedikit mengecewakan saya. Kebiasaanya sebijak mana sekalipun watak utama didalam sesuatu filem, pasti akan terkantoi juga akhirnya terutama kebijaksanaan mereka melibatkan sesuatu perkara melibatkan perkara jahat. Tidak mengapalah, dunia tidak selamanya indah. Sekurang-kurangnya kita tidak dihidangkan dengan cerita ala-ala filem tamil yang tidak masuk akal. haha.
Top 10 filem manusia genius Jadi hari ini saya ingin kongsikan 10 filem manusia genius yang menjadi kegemaran saya untuk tatapan anda semua. Mungkin ada diantaranya filem lama yang anda sudah tonton. Tapi lantaklah, tajuk pun mencerminkan filem terbaik sepanjang zaman mengikut pandangan saya. Tidak salah berkongsi.
Berikut merupakan senarainya:
1. Limitless (2011)
Filem bergenre sains fiksyen thriller ini bercerita tentang Eddie Morra, seorang penulis buku yang bergelut dengan masalah writer’s block dan hidupnya. Sewa rumah tak bayar, duit tak ada, teman wanita pula si Lindy minta putus.
Senang cerita daripada sibuk nak jadi penulis buku, lebih baik beliau jual pizza atau buat grab. Ada faedahnya. Sekurangnya pekerjaan itu mampu menampung hidupnya.
Namun langit tak selalunya mendung. Kehidupannya beliau berubah apabila Eddie ini terserempak dengan Vernon, abang kepada bekas isterinya Melissa. Semasa Vernon ajak minum setelah lama tidak berjumpa, si Vernon ini sempat menganjing Eddie dengan cita-citanya sebagai penulis sambil menghulurkan bantuan dengan memberi sebiji pil makmal yang diberi nama NZT-48.
Akibat termakan dengan kata-kata Vernon itu tadi, Eddie mencuba NZT-48 itu tadi dan satu perubahan mula berlaku kepada dirinya.
Pil tersebut mengaktifkan sel-sel otaknya untuk menjadi lebih kreatif dan bijak. Beliau dapat siapkan sebuah buku dalam tempoh masa semalaman, meningkatkan kadar memori beliau dan mengubah diri beliau daripada menjadi seorang loser kepada somebody.
Tapi sayangnya kesan pil tersebut cuma bertahan selama sehari untuk setiap satu biji. Dari situ mulanya perjalanan Eddie untuk menagih simpati dengan Vernon untuk mendapatkan stok sehariannya.
Namun konflik bermula apabila Vernon dibunuh dan masalah bertimpa-timpa mula datang kepadanya. Jadi macam mana Eddie Morra berjaya menyelesaikan masalahnya? Kena tonton sendiri.

 
2. Catch me if you can (2002)
Leonardo DiCaprio sangat sinonim dengan filem yang memaparkan kisah tentang manusia bijak dan saya merasakan ini antara filem lakonan beliau yang dianggap berjaya walaupun sudah hampir 17 tahun ia berada di pasaran.
Kisah ini menceritakan tentang Frank Abagnale, Jr., seorang remaja 16 tahun yang menjadi mangsa keadaan kepada konflik keluarga yang bercerai. Semuanya disebabkan oleh bapanya Frank Abagnale, Sr. yang gagal untuk mendapatkan pinjaman bank untuk perniagaan akibat dikejar IRS (bertanggungjawab untuk kutip cukai pendapatan) menyebabkan mereka terpaksa menjual kereta dan berpindah daripada rumah yang besar kepada lebih kecil.
Keluarga yang dulunya bahagian kini berantakan akibat duit sehingga menyebabkan mereka bercerai. Abagnale Jr. ni bengang la, asal aku kena hadap semua benda ni. Jadi dia lari dari rumah.
Kebijaksanaan beliau mula kelihatan apabila beliau kehabisan wang. Usaha ikhtiar hidup perlu dilakukan. Jadi beliau memulakan penipuan profesional dengan menipu untuk menjadi seorang juru terbang untuk syarikat penerbangan Pan American World Airways.
Bayangkan budak belasan tahun boleh terbang ke serata tempat tanpa berjaya dikesan. Ini tidak termasuk lagi dengan kes penipuan cek sebanyak hampir $4 juta USD sepanjang karier palsu beliau.
Seterusnya beliau berkenan pula dengan seorang gadis bernama Brenda. Brenda ini merupakan seorang jururawat. Kenal punya kenal, tiba-tiba beliau mengaku sebagai doktor dengan gelaran Dr. Frank Conners, lulusan daripada Harvard Medical School.
Berkerjalah di Hospital Georgia tempat Brenda bertugas sambil berskandal dengannya. Hubungan mereka ketika itu sangat serius sehinggalah Frank Conners ini berjumpa dengan ibu dan ayah Brenda dan mengaku sebagai lulusan undang-undang di California pula. Senang betul orang putih kena tipu.
Beliau terus menjalani kehidupan yang selesa sehinggalah beliau dikejar oleh seorang agen FBI yang bernama Carl Hanratty. Mula daripada sini korang semua kena tonton sendiri.

 
3. Law Abiding Citizen (2009)
Adakah anda pernah lihat atau dengar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guaman luar negara yang berbunyi “Just because you did it doesn’t mean you’re guilty”. Daripada kenyataan ini jelas kelihatan bagaimana sistem perundangan sesebuah negara boleh dimanipulasi mengikut kepentingan sendiri. Itulah gambaran yang boleh dibawakan untuk filem ini.
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Clyde Shelton (lakonan Gerard Butler) yang mempunyai kehidupan yang cukup baik dan keluarga yang sangat bahagia. Satu hari secara tiba-tiba rumah mereka diceroboh oleh 2 orang lelaki (Darby dan Ames) terus merompak harta mereka, membunuh anak perempuan mereka dan merogol serta bunuh isteri beliau.
Hanya beliau seorang sahaja yang masih hidup dan terus kekal mengingati kenangan pahit itu. Beliau bawakan kes ini di muka pengadilan dan jadikan Nick Rice sebagai peguam beliau.
Sayangnya beliau mendapat seorang peguam yang tak guna yang tak mahu berusaha untuk membawa pembelaan kepada keluarga Clyde disebabkan oleh bukti yang tidak cukup kuat yang boleh menjejaskan reputasi beliau sebagai seorang peguam yang unggul. Senang cerita tak confirm boleh menang.
Jadi beliau buat perjanjian dengan penjenayah itu tadi untuk mengaku bersalah dan sebagai timbal balik hukuman dikurangkan. Ames dihukum mati sedangkan Darby dipenjara dan dibebaskan beberapa tahun kemudian sedangkan Darby yang membunuh dan merogol isterinya.
Clyde rasa tertipu sebab sepatutnya hukuman mati patut dijatuhkan kepada kedua penjenayah itu tadi. Beliau rasa tertipu dengan Nick Rice dan sistem perundangan negara.
Tahu apa yang Clyde buat? 10 tahun kemudian beliau cari balik Darby (si penjenayah yang terlepas). Dia kerat kaki, tangan dan kepala dari badan Darby. Dia bagitau polis dan polis memberkasnya tanpa seurat pun benang di badan (bogel). Polis tangkap tanpa sebarang bukti yang menyabitkan Cylde melakukan pembunuh terhadap Darby.
Tahu apa yang Cylde buat selama 10 tahun? Beliau belajar tentang sistem perundangan serta kehakiman dan beliau permainkan semua orang termasuk bekas peguam beliau Nick Rice dan hakim menggunakan undang-undang yang sama digunakan sejak 10 tahun yang lepas.
Korang faham tak perasaan bila kita tahu orang tu bunuh, tapi kita tak boleh sabitkan dia bunuh sampai dia buat pengakuan? Tahukah korang semua selepas ditangkap beliau dibicarakan dan nyaris dilepaskan sebelum beliau maki hakim yang membicarakan kes tersebut. Terus kena hukuman. Tapi cerita memang tak habis sampai situ la. Ada lagi mind blowing yang dia buat.

 
4. 21 (2008)
Filem 21 merupakan filem heist (jenayah) daripada Amerika Syarikat yang diinsipirasikan daripada kisah benar pasukan Blackjack MIT, sebuah kumpulan yang menggunakan teknik kiraan kad  bagi mengalahkan casino daripada seluruh dunia dalam permainan BlackJack.
Kisahnya bermula daripada Ben Campbell, seorang pelajar yang bijak dan berbakat daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor. Malahan beliau juga mendapat tawaran daripada Harvard Medical School yang memberi jalan kepada dirinya untuk mencapai apa yang diimpikan.
Namun apakan daya yuran pembelajaran $300,000 USD terlampau besar bagi dirinya. Ini menyebabkan beliau meneruskan sahaja kehidupan di MIT dengan dimasa yang sama melakukan kerja part-time di kedai baju lelaki bagi menampung kehidupan disamping memikirkan cara bagaimana menulis essey berkesan untuk mendapat biasiswa ke Harvard.
Satu hari ketika berada didalam kelas Profesor Mickey Rosa, Ben telah memberi fakta menarik tentang matematik. Sinis dengan fakta tersebut, Profesor Rosa kemudiannya memberikan masalah Monty Hall kepada Ben untuk diselesaikan. Ben telah berjaya mengagumkan seisi dewan dengan menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan probability tanpa sedikit pun membenarkan emosi mengganggunya dalam membuat keputusan.
Profesor Rosa mengakui kehebatan Ben dan terus menamatkan kelas. Setelah melihat skor 97% Ben pada ujian persamaan non-linearnya, Rosa mengundang Ben untuk menyertai pasukan blackjacknya, yang terdiri daripada pelajar MIT yang lain seperti Choi, Fisher, Jill, dan Kianna.
Menggunakan pengiraan kad dan isyarat rahsia, mereka dapat meningkatkan kebarangkalian mereka menang di kasino, membawa mereka untuk memperoleh keuntungan besar. Seperti biasa, Ben tidak berminat dan menolak tawaran tersebut.
Disebabkan lelaki sangat lemah pada perempuan, Rosa menggunakan Jill Taylor (salah seorang ahli Jackblack MIT) untuk memujuk Ben untuk menyertai pasukan mereka. Kebetulan Ben pun mempunyai perasaan terhadap Jill, ummm memang tak jadi apalah.
Ben menerima tawaran tersebut untuk menjadi Big Player dengan syarat beliau akan berada didalam pasukan sehingga beliau mempunyai cukup duit untuk menampung pembelajaran di Harvard nanti (Ben tidak pernah melupakan cita-citanya). Mereka setuju dan pengembaraan bermula di Vegas.
Masalah mula timbul bila Fisher cemburu terhadap Ben. Kemudian beliau pula menghadapi masalah emosi apabila dikeluarkan daripada kumpulan projek 2.09 kerana gagal memberi komitmen kepada pasukan sehingga mengganggu prestasinya ketika berjudi. Beliau berjudi dalam keadaan tertekan sehingga kerugian hampir $200,000 USD.
Ini menyebabkan kemarahan Rosa dan menyebabkan mereka bergaduh besar. Cole Williams, ketua keselamatan kasino juga sudah mula memerhatikan Ben menyebabkan tekanan makin terasa. Jadi bagaimanakah nasib manusia genius ini?

 
5. The Wolf of Wall Street (2013)
Pembukaan cerita ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Jordan Belfort (lakonan Leonardo Dicaprio) yang memulakan kehidupan seawal 22 tahun sebagai seorang broker saham Wall Street unutk LF Rothschild.
Perkenalannya bersama dengan senior broker Mark Hanna ketika hari pertama masuk bekerja betul-betul membuatkan beliau teruja dek kerana kekayaan yang beliau perolehi hasil penjualan saham. Jordan Belfort mahu jadi sepertinya. Makan di tempat yang mahal, boleh hisap dadah. Duit pun banyak.
Namun apakan daya, disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Pada 19 Oktober 1987, satu kejadian digelar Black Friday telah berlaku pada pasaran saham Wall Street menyebabkan syarikat mereka tersungkur dek kerana pasaran saham yang crash.
Beliau telah kehilangan pekerjaan dan bosnya hilang entah dimana. Mujurlah beliau sudah berbini, saat kehilangan kerja dan perlukan tempat bergantung, isterinya membantu dan sanggup berkorban dengan menggadaikan cincin mereka demi meneruskan kelangsungan hidup. Waktu frust begini, belek-belek surat khabar, terjumpa jawatan kosong. “Investor Center” menawarkan jawatan kosong broker saham. Jordan pun apply la.
Sampai sahaja disana, beliau bertemu dengan Dwayne, pengurus kepada Investor Center. Tempat kelihatan amat menyedihkan. Tidak memberi keyakinan langsung. Dwayne pun pula seorang yang bersemangat cuba menerangkan kepada pekerja baru mereka ini tentang bagaimana Investor Center bekerja.
Terang punya terang terkejut Jordan bila diberitahu dengan menjual saham”pink sheet” kepada pelanggan mereka, beliau akan menerima 50% komisyen yang ketika itu dikira sangat banyak. Jadi Jordan pun memulakan kerja di hari pertama dengan panggilan yang pertama dengan menjual saham Aerotyne.
Beliau menipu pelanggan dengan mengatakan Aerotyne itu merupakan sebuah syarikat yang besar sedangkan ianya sebuah bengkel bangsal sahaja. Pengalaman beliau di Wall Street betul-betul membantu mengasah bakat beliau untuk menjual dan menjadi manusia genius. Sejak daripada itu beliau menjadi kaya dengan menghasilkan pendapat sehingga $72,000 USD sebulan.
Kekayaan yang ditonjolkan oleh beliau menarik perhatian jirannya Donnie Azoff untuk bertanyakan sendiri kepada Jordan apa yang beliau buat untuk mendapatkan kehidupan mewah seperti ini. Katanya beliau menjual saham. Eh dia tak percaya. Dimintanya bukti pada Jordan.
Selepas ditunjukkan bukti pendapatan kepada Donnie, Donnie segera menelefon bosnya dengan berkata beliau ingin berhenti kerja kerana ingin menjual saham.  Mereka berdua mula buat perancangan secara bersama.
Langkah pertama yang dilakukan oleh Jordan dan Donnie untuk menjalankan perniagaan adalah mencari garaj kosong untuk dijadikan ibu pejabat. Kemudian Jordan merecruit beberapa orang rakan yang berguna yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk turut serta seperti Robbie Feinberg, Alden Kupferberg, Chester Ming, Nicky Koskoff dan Brad.
Kesemua mereka ini mempunyai kemahiran untuk menjual. Selain itu Jordan juga membawa beberapa orang daripada Investor Center untuk turut serta. Contohnya Toby Welch.
Syarikat mereka ini diberi nama Stratton Oakmont dan mereka mula menipu penjualan saham dengan menjual saham blue chip seperti Disney dan AT & T. Penipuan, dadah dan perempuan menjadi makanan seharian mereka sehingga syarikat mereka menjadi kaya-raya.

 
6. Sherlock Holmes (2009)
Sejujurnya buat masa ini terdapat 2 cerita yang berkisarkan tentang Sherlock Holmes yang diminati saya. Pertamanya adalah filem lakonan Robert Downey Jr dan keduanya ialah siri Sherlock Holmes lakonan Benedict Cumberbatch. Disebabkan saya membuat ulasan tentang filem, jadi saya mengambil filem pertama Sherlock Holmes pada tahun 2009 untuk diulas.
Karya klasik ini berlatar belakangkan London sekitar tahun 1890 dimana ia berkisarkan tentang manusia genius bernama detektif Sherlock Holmes dan rakan baiknya Dr. John Watson yang telah menjalani penyiasatan kes terbaru mereka. Kes tersebut adalah berkenaan pembunuhan yang dilakukan oleh Lord Henry Blackwood, seorang pengamal ilmu hitam yang dikhabar mempunyai kuasa luar biasa sehingga menakutkan masyarakat London. Dikhabarkan beliau telah membunuh 5 orang wanita muda untuk aktiviti ritual pengorbanannya sebelum sempat dikantoikan oleh Sherlock dan ditangkap oleh polis yang diketuai oleh Inspektor Lestrade. Mujur polis datang tepat pada masanya, jika tidak pasti mangsa ke enam itu akan mati.
Diatas perbuatannya itu, Lord Blackwood telah dipenjara sementara menunggu keputusan perbicaraan. Selepas 3 bulan, beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tapi sebelum mati itu sempat lagi beliau membuat permintaan terakhir untuk berjumpa dengan Sherlock di penjara. Maka berjumpalah mereka berdua. Semasa sesi perbualan mereka berdua, Lord Blackwood telah memberi amaran kepada Sherlock yang 3 lagi kematian akan berlaku walaupun beliau mati. Lord Blackwood percaya kematian mereka itu bakal memberi impak kepada dunia.
Seterusnya sesi pengantungan Lord Blackwood dijalankan pada keesokan harinya dengan beliau mati digantung di khalayak ramai. Ramai orang menyaksikan kematian pengamal ilmu hitam tersebut memandangkan ianya merupakan hukuman yang berat. Dr. Watson kemudiannya memeriksa nadi mangsa bagi memastikan Lord Blackwood benar-benar mati digantung. Selepas pengesahan dibuat, maka benarlah beliau mati digantung. Maka beliau pun dikebumikan.
Dirumah pula di 221B Baker Street, Sherlock Holmes menerima tetamu yang tidak diundang iaitu Irene Adler, seorang pencuri profesional yang  juga bekas kekasihnya.  Bekas kekasihnya itu meminta detektif terkenal itu untuk mencari lelaki hilang bernama Reordan. Holmes sangat ragu tentang permintaan Irene itu dan pura-pura seperti melayannya sahaja. Kemudian beliau mengekorinya.
3 hari kemudian, kubur Lord Blackwood musnah dari dalam yang menyaksikan mayat Reordan ditemu mati didalam kofin Lord Blackwood. Penjaga kubur disana pula menyatakan beliau melihat sendiri Lord Blackwood keluar daripada kuburnya sendiri. Ahh sudah, jangan macam-macam.
Bermulalah macam-macam cabaran yang terpaksa dilalui oleh 2 detektif handal ini. Dari bahagian kematian mangsa, penemuan eksperimen rahsia yang mengabungkan sains dan magik serta pembongkaran Pertubuhan rahsia Occult-dabbling di Temple of the Four Orders. Banyak misteri yang terungkai. Nak tahu lebih lanjut? Kena la tengok sendiri.

 
7. The Martian (2015)
Filem ini berkisarkan tentang seorang angkasawan NASA bernama Mark Watney yang ditinggalkan terkandas di Marikh apabila krew misi Ares 3 terpaksa meninggalkan tapak pendaratan mereka di Acidalia Planiria pada sol 18 (hari Martian) dek kerana ribut kuat yang melanda Marikh. Ketika mereka dilanda ribut dan dalam perjalanan balik bergegas ke roket, Watney terkena serpihan antena yang terbang menyebabkan beliau hanyut ditelan ribut yang menganas. Kru kehilangan Watney menyebabkan kapten kapal terpaksa mengeluarkan arahan untuk meninggalkan anak kapalnya itu.
Keadaan mula tenang. Setelah beberapa ketika, ternyata manusia genius ini hidup lagi dan terbangun pada sol 21 (Hari misi ke 21) iaitu 3 hari selepas kejadian menyedihkan. Perkara pertama yang Watney lakukan setelah tersedar daripada pengsan adalah dengan kembali ke habitat Martian terlebih dahulu. Beliau menguruskan diri sambil berfikir bagaimana hendak meneruskan kelangsungan hidup.
Manakan tidaknya, makanan tak cukup, udara berkurangan, bekalan air tak ada. Beliau ada beberapa bulan sahaja untuk hidup dengan bekalan yang sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi Watney terluka akibat tercucuk antena yang terkena pada badannya menyebabkan pergerakan sedikit terbatas.
Baca juga: 7 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Untuk Tinggal Di Marikh
Namun Watney tak berputus asa. Berbekalkan kepada kemahiran saintifik dan teknikalnya untuk hidup, beliau mula menanam kentang di habitat Martian (atau Hub)  dan membakar hidrazin untuk membuat air. Kebetulan pula beliau ahli botanik, jadi tugas itu tidaklah sesukar mana. Bekalan makanan untuk hampir setahun itu dicambahkan supaya ia mencukupi untuk 3 tahun. Beliau terpaksa berkorban. Ini semata-mata untuk menampung kehidupan beliau sebelum  menunggu misi ke marikh yang seterusnya pada 4 tahun akan datang.
Semasa dia terus berusaha dengan bekalan makanannya,Watney terus melakukan log video untuk dihantarkan kepada NASA agar mereka menyedari yang beliau masih lagi hidup. Sambil itu beliau berkira-kira tentang cara bagaimana untuk ke kawah Schiaparelli, tapak pendaratan Area IV yang akan menjadi tempat mendaratnya krew misi ke Marikh pada 4 tahun akan datang. Sekurangnya dapatlah kutip beliau untuk dihantar ke Bumi pada masa akan datang.
Jadi beliau mengubahsuai pengangkutan rover yang berkuasa bateri. Beliau tahu rover terbabit tidak mampu sampai ke tempat yang ingin dituju, jadi pengubahsuai dilakukan dengan menambah bateri tambahan dan dikuasakannya dengan kuasa solar. Selain daripada itu, pod plutonium digunakan sebagai sumber pemanas dalam kabin bagi mengantikan kuasa bateri. Ini sekaligus dapat memberi perlindungan kepada beliau untuk menghadapi cuaca sejuk malam yang ekstrem. Banyak lagi usaha-usaha yang dilakukan Watney bagi meneruskan kelangsungan hidup. Anda patut tonton filem ini.

 
Ulasan filem manusia genius kegemaran saya ini? Senarai filem diatas adalah senarai yang memaparkan manusia genius sebagai karakter utama filem terbabit. Buat pengetahuan anda semua, senarai ini tidak dipengaruhi oleh rating di laman web popular seperti IMDb, Rotten Tomatoes atau MetaCritics. Memandangkan ini senarai saya, jadi ikut suka sayalah. Hahaha.
Yang pasti filem diatas antara filem kegemaran saya yang mempunyai jalan cerita yang menarik, mudah untuk difahami, punyai nilai komersial dan tidak terlalu membosankan. Saya tak suka sangat menonton filem hacking atau genius matematik yang acah-acah sibuk selesaikan masalah sedangkan tak kemana pun. Bosan la.
Baca juga: 7 Fakta Menarik Mengenai Pengasas Kentucy Fried Chicken
Baca juga: Apa itu Cinemagraph?
Senarai ini tidaklah mengikut urutan. Bagi saya semuanya best. Tapi jika anda inginkan filem yang terbaik daripada senarai diatas, saya boleh rekomenkan Law Abiding Citizen sebagai filem pertama anda (jika anda tidak pernah menonton satu pun daripadanya). Filem ini mempunyai rating yang rendah, tapi best.
Ini adalah senarai saya, bagaimana pula dengan anda? Ada filem genius yang anda ingin kongsikan bersama. Mungkin saya akan kemaskini artikel ini selepas menontonnya.
The post 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/filem-manusia-genius-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Adalah Pemenang Bagi Aplikasi Permua Buku Filem Terbaik Di Play Store Untuk Tahun 2019

Ini Adalah Pemenang Bagi Aplikasi Permua Buku Filem Terbaik Di Play Store Untuk Tahun 2019

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 363 hits
Pada bulan November lepas Undian ditutup pada 25 November lepas dan hari ini Google telah memilih pemenang pemenang bagi aplikasi permua dan filem terbaik 2019 Selain itu Google juga mempunyai beberapa kategori lain iaitu pilihan Google sen...
Permainan Pilihan Hadiah Terbaik Buat Yang Tersayang Sepanjang Musim Percutian

Permainan Pilihan Hadiah Terbaik Buat Yang Tersayang Sepanjang Musim Percutian

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 241 hits
Musim percutian masih lagi berlangsung tambah pula tak lama lagi perayaan Hari Natal atau Krismas akan disambut Bagi yang masih tercari cari hadiah untuk diberikan kepada si kecil tersayang pada musim cuti dan juga perayaan Hari Krismas Toy...
Saksikan Syaitan Pemakan Manusia Dalam Trailer Filem Seram Antlers

Saksikan Syaitan Pemakan Manusia Dalam Trailer Filem Seram Antlers

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 552 hits
FOX Searchlight telah melancarkan trailer terakhir filem seram Antlers adaptasi dari cerita pendek The Quiet Boy tulisan Nick Antosca Anda boleh saksikan trailer menakutkan itu dipemain video dibawah Antlers berkisarkan tentang seorang cikg...
Sepanjang 2019 Bnn Rehabilitasi 13 320 Orang

Sepanjang 2019 Bnn Rehabilitasi 13 320 Orang

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 275 hits
Dia merinci dari 13 320 orang yang memperoleh layanan rehabilitasi sebanyak 11 370 orang di antaranya mengikuti layanan rehabilitasi rawat jalan Sementara 1 950 orang sisanya menjalani rehabilitasi rawat inap
Rangkuman Terapi Sukan Sepanjang 2019

Rangkuman Terapi Sukan Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 573 hits
Tahun 2019 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya Sememangnya tahun 2019 adalah tahun yang bermakna bagi kami warga Terapi Sukan Banyak jalinan kerjasama yang termeterai antara Team Terapi Sukan dengan beberapa agensi dalam menjayakan pro...
33 371 Kasus Narkoba Diungkap Sepanjang 2019 42 649 Pelaku Diamankan

33 371 Kasus Narkoba Diungkap Sepanjang 2019 42 649 Pelaku Diamankan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 162 hits
Pada 2019 BNN juga berhasil memetakan 98 jaringan sindikat narkotika Di mana sebanyak 84 jaringan sindikat narkotika di antaranya telah berhasil diungkap
Bayar Zakat Sepanjang Bulan Disember Ini Amp Berpeluang Memenangi 900 Hadiah Menarik

Bayar Zakat Sepanjang Bulan Disember Ini Amp Berpeluang Memenangi 900 Hadiah Menarik

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 372 hits
Sebagai seorang yang beragama Islam membayar zakat adalah satu KEWAJIBAN kepada diri kita Selaku seorang manusia juga adakalanya kita terlepas pandang yang zakat perlu dikeluarkan bukan sahaja untuk pendapatan tetapi juga buat perniagaan si...
Kisah Ketegangan Rita Saat Anjingnya Menyalak Lihat Induk Kobra Sepanjang 2 Meter

Kisah Ketegangan Rita Saat Anjingnya Menyalak Lihat Induk Kobra Sepanjang 2 Meter

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 198 hits
Rita menggambarkan suasananya saat itu Menurut dia suara gonggongan anjing berhasil membuat ular ketakutan
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun