Psc Ada Mandat Siasat Azam Baki Ngo



Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mempunyai mandat yang sah dan meluas untuk melaksanakan inkuiri atau siasatan ke atas kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gabungan Komuniti Perintis Untuk Parlimen Profesional berkata, tidak timbul keperluan Pengerusi JPK Abdul Latiff Abdul Rahman membuat keputusan menangguh mesyuarat JPK kelmarin atas alasan teknikal perundangan yang ditimbulkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan.
Begitu juga, kata mereka, hujah yang mengatakan sebuah usul daripada Dewan Rakyat diperlukan kepada JPK bagi membolehkan jawatankuasa itu menjalankan sesuatu prosiding termasuk siasatan mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat adalah tidak relevan.
“Kami berpendirian Peraturan Mesyuarat dan terma rujukan bagi sesebuah JPK harus dibaca bersekali dengan tujuan penubuhan jawatankuasa secara harmoni, supaya membolehkan JPK menjalankan fungsinya dengan berkesan.
“Dewan Rakyat pada 11 November 2020 meluluskan usul penubuhan JPK-JPK dan memberi mandat bagi menilai perjalanan pelaksanaan polisi serta operasi berkaitan agensi-agensi di bawah JPM seperti SPRM dan anggotanya. Terma rujukan semasa JPK bagi Agensi-agensi di bawah JPM juga memperuntukkan kuasa memanggil mana-mana agensi dari semasa ke semasa mengikut Peraturan Mesyuarat 83(2).
“Mandat yang diberikan oleh Dewan Rakyat ini perlu ditafsirkan secara meluas, bahawa JPK telah diberikan kuasa untuk menentukan isu-isu yang perlu dikaji atau disiasat, dan tidak perlu lagi rujukan daripada dewan untuk setiap isu kerana mandat secara meluas telah diberikan,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut gabungan itu lagi, jika rujukan Dewan Rakyat diperlukan untuk setiap isu yang ingin dikaji atau disiasat maka ia menjadikan JPK tidak efektif dan sekaligus bertentangan dengan tujuan penubuhan bagi melaksanakan fungsi pengawasan terhadap agensi agensi di bawah JPM
Penafsiran terma rujukan yang luas juga, kata mereka, telah menjadi konvensyen dan diamalkan oleh JPK-JPK yang lain. JPK menentukan isu-isu yang ingin dikaji dan disiasat tanpa perlu merujuk kepada Dewan Rakyat.
Misalnya, JPK Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial dan JPK Kesihatan, Sains dan Inovasi telah menjalankan mesyuarat dan pendengaran tentang isu-isu dalam bidang kuasa mereka, tanpa perlu rujukan kepada Dewan Rakyat
“Amalan ini merupakan konvensyen yang biasa oleh JPK-JPK di negara demokrasi berparlimen yang matang terutama sekali sistem parlimen Westminster.
“Kami ingin mengingatkan semua pihak, terutamanya Pengerusi JPK dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bahawa penakrifan setiap isu yang ingin diambil oleh JPK, perlu rujukan Dewan Rakyat merupakan pendekatan yang amat sempit dan regresif serta mempengaruhi operasi JPK-JPK yang lain pada masa depan, jika pendekatan ini diambil semata-mata untuk menghalang sebuah siasatan terhadap Azam Baki
“JPK perlu diberikan ruang untuk melaksanakan fungsi mereka secara bebas bagi menyiasat isu yang melibatkan kepentingan awam,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh The Coalition for Free and Fair Elections (BERSIH), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Persatuan Pengundi Muda (Undi18), ENGAGE, Bait Al-Amanah, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM) dan WISDOM Foundation.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33899

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki Boleh Kena Penjara Jika Ingkar Sepina Psc

Azam Baki Boleh Kena Penjara Jika Ingkar Sepina Psc

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 131 hits
Pada 16 Januari 2022Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 14 Januari 2022 Azam Baki boleh dipenjarakan kerana menghina Parlimen sekiranya beliau ingkar sepina Parlimen untuk ha...
Azam Baki Fiasco An Invitation Or A Subpoena To Appear Before Psc

Azam Baki Fiasco An Invitation Or A Subpoena To Appear Before Psc

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 192 hits
Dr Kassim Noor Mohamed Astro Awani THE recent allegations made against the Chief Commissioner of the MACC and the resulting defamation suit filed by him has certainly captured not only the interests of the public but my own interest This is...
Psc To Discuss Azam Baki S Share Ownership Next Week

Psc To Discuss Azam Baki S Share Ownership Next Week

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 175 hits
The Parliament Select Committee on the Agencies under the Prime Minister s Department will hold a meeting next Wednesday to discuss MACC Chief Commissioner Azam Baki s share ownership in two public listed companies This is according to a no...
48 Ngo Tuntut Siasatan Bebas Isu Palit Azam Baki

48 Ngo Tuntut Siasatan Bebas Isu Palit Azam Baki

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 168 hits
Oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Lebih 40 badan bukan kerajaan hari ini tampil menggesa siasatan bebas dilaksanakan terhadap kontroversi dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pence...
Awal Minta Siasat Azam Baki Lepas Sc Siasat Tak Terima Pula Bidas Pm

Awal Minta Siasat Azam Baki Lepas Sc Siasat Tak Terima Pula Bidas Pm

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 124 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas sikap sesetengah pihak yang pada awalnya mendesak siasatan dijalankan terhadap Tan Sri Azam Baki tetapi kemudian menolak pula keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Sekuriti Perdana Menteri berkata sias...
Speaker Dewan Rakyat Pendengaran Psc Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

Speaker Dewan Rakyat Pendengaran Psc Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 151 hits
SHAH ALAM Semua prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen termasuk pada Rabu yang membincangkan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki tidak akan dibuka kepada orang ramai Menurut lapor...
Sprm Perlu Siasat Azam Baki Sebelum Baiki Indeks Rasuah

Sprm Perlu Siasat Azam Baki Sebelum Baiki Indeks Rasuah

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 166 hits
Skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2021 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia baru baru ini mengejutkan rakyat Berdasarkan indeks itu kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara...
Saham Azam Baki Speaker Ada Kuasa Buka Pendengaran Psc Pada Awam Diterbitkan Jan 17 2022 10 42 Am Dikemaskini 10 42 Am

Saham Azam Baki Speaker Ada Kuasa Buka Pendengaran Psc Pada Awam Diterbitkan Jan 17 2022 10 42 Am Dikemaskini 10 42 Am

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 1294 hits
BERITA1Pengerusi Jawatankuasa Kira kira Wang Negara Wong Kah Woh menyangkal kenyataan Speaker parlimen Azhar Harun bahawa perbincangan mengenai saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kepada orang ramai berikutan Peraturan peraturan Majlis M...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram