Awal Minta Siasat Azam Baki Lepas Sc Siasat Tak Terima Pula Bidas Pm



(Agenda Daily) – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas sikap sesetengah pihak yang pada awalnya mendesak siasatan dijalankan terhadap Tan Sri Azam Baki, tetapi kemudian menolak pula keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Perdana Menteri berkata siasatan dan keputusan daripada badan profesional terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu perlu diterima semua pihak dengan hati terbuka.
“Jangan kita minta supaya dia (Azam) disiasat dan apabila sudah disiasat, keputusan telah dibuat tapi kita masih tak puas hati.
“Jangan fikir ikut kehendak kita sahaja. Kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tidak boleh… dia kena terimalah keputusan daripada badan profesional seperti SC.
“Jadi kalau ada apa-apa nak tanya mengenai keputusan SC, pergi tanya SC,” katanya seperti dilapor Bernama ketika diminta mengulas tindakan beberapa pihak, termasuk pembangkang yang enggan menerima hasil keputusan SC yang menyiasat akaun dagangan Azam.
Semalam, SC sekali lagu mengulangi keputusan bahawa tiada pelanggaran mengikut Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
SC menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa Azam ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan berkenaan.
“Sehubungan dengan ini, siasatan tersebut adalah berkaitan dengan isu sama ada telah berlaku pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA.
Seksyen 25(4) menyatakan bahawa suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa,” kata SC dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata siasatan itu diserahkan kepada SC kerana ia melibatkan pembelian saham dan semua pihak harus menerima keputusan siasatan yang telah dibuat.
“SC sudah buat keputusan… (perkara ini) serah pada SC kerana ia melibatkan pembelian syer. Jadi SC dah buat keputusan dan kenyataan menyatakan tidak ada kes terhadap dia (Azam), jadi kita terima keputusan SC,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/20/awal-minta-siasat-azam-baki-lepas-sc-siasat-tak-terima-pula-bidas-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Pertama Dedah Isu Saham Azam Baki Terima Surat Tuntutan

Individu Pertama Dedah Isu Saham Azam Baki Terima Surat Tuntutan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 306 hits
Individu mula dedah isu saham Azam Baki terima surat tuntutan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mula mengambil tindakan undang undang terhadap bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi La...
Psc Ada Mandat Siasat Azam Baki Ngo

Psc Ada Mandat Siasat Azam Baki Ngo

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 285 hits
Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai mandat yang sah dan meluas untuk melaksanakan inkuiri atau siasatan ke atas kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
Bagaimana Sprm Boleh Buat Kesimpulan Awal Azam Baki Mangsa Politik Tok Peti Bersuara

Bagaimana Sprm Boleh Buat Kesimpulan Awal Azam Baki Mangsa Politik Tok Peti Bersuara

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 272 hits
Melihat kepada surat sokongan anggota SPRM kepada bos mereka maka pada pendapat saya demi keadilan dan ketelusan pentadbiran negara ini saya ingin mencadangkan seluruh kepimpinan SPRM disemak semula dan sebolehnya dirombak Bagaimana mungkin...
Isu Azam Baki Pemberi Maklumat Terima Surat Tuntutan Ganti Rugi Rm10 Juta

Isu Azam Baki Pemberi Maklumat Terima Surat Tuntutan Ganti Rugi Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 271 hits
SHAH ALAM Pakar Ekonomi Profesor Dr Edmund Terence Gomez mendakwa pemberi maklumat dalam pendedahan berkaitan isu dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki telah menerima surat tuntutan pada...
Peserta Himpunan Memorandum Disiasat Azam Baki Bila Pula

Peserta Himpunan Memorandum Disiasat Azam Baki Bila Pula

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 282 hits
Pemimpin Angkatan Muda KEADILAN Malaysia yang menganjurkan konvoi selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dipanggil polis untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1...
Azam Baki Disapina

Azam Baki Disapina

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 223 hits
Azam Baki Disapina Satu sapina telah dikeluarkan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki untuk hadir ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Agensi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Janua...
Azam Baki Abu Zahar Bohan Dolah Perlu Dicutikan

Azam Baki Abu Zahar Bohan Dolah Perlu Dicutikan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 270 hits
Siasatan yang dilakukan ke atas skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hanya boleh berjalan lancar sekiranya Azam dan individu individu yang dilihat menyebelahi kes tersebut bercut...
Pm Boleh Tamatkan Perkhidmatan Azam Baki

Pm Boleh Tamatkan Perkhidmatan Azam Baki

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 243 hits
Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hari ini bahawa beliau tidak akan berundur daripada jawatan disandang dan tiada mana mana pihak boleh manamatkan tugasnya selain daripada Yang di Pertuan A...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri