48 Ngo Tuntut Siasatan Bebas Isu Palit Azam Baki


Oleh Ahmad Suhael Adnan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil menggesa siasatan bebas dilaksanakan terhadap kontroversi dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Ia adalah satu daripada tujuh tuntutan empat NGO merangkumi Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), GERAK, Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan disokong 44 NGO lain.
Antara NGO yang dinamakan menyokong tuntutan itu termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), BERSIH, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), G25 Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia.
Turut tersenarai, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan bersama, NGO itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pelaksanaan siasatan bebas bagi memulihkan kredibiliti SPRM yang terjejas berikutan kontroversi berkenaan.
Selain itu, mereka menuntut Azam bercuti sementara menunggu hasil siasatan, selain menggesa individu dan entiti terkait kontroversi berkenaan menjawab tiga soalan penting.
"Bagaimana Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh membenarkan adiknya membeli saham menggunakan akaun sekuritinya sedangkan ia mungkin bertentangan dengan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)?
"Mengapa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) didakwa mengetepikan pandangan anggota LPPR yang lain dan bergantung pada pandangan peribadinya untuk melepaskan Azam?
"Mengapa semua ahli LPPR berdiam terhadap aduan dibangkitkan oleh bekas anggota LPPR, Prof Dr Edmund Terence Gomez selepas mereka hadir dalam mesyuarat pada 24 November untuk membincangkan perkara itu," kata kenyataan itu, hari ini.
Semua 48 NGO itu turut mendesak LPPR mendedahkan minit mesyuarat pada 24 November lalu bagi menunjukkan asas keputusan untuk 'membebaskan' Azam tanpa melalui siasatan terperinci.
Selain itu, Azam turut didesak menarik balik surat tuntutan terhadap individu yang mendedahkan maklumat mengenai kepentingan dimilikinya dalam sejumlah perniagaan.
Mereka turut menggesa kerajaan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi memberi lebih banyak perlindungan kepada individu yang mendedahkan maklumat seumpamanya.
"Kerajaan juga perlu melaksanakan reformasi yang serius bagi menjadikan SPRM benar-benar bebas, selaras saranan oleh empat kumpulan pada 2015.
"SPRM perlu dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri, sebaliknya diletakkan di bawah pemantauan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang bipartisan," katanya.
Rabu lalu, Azam dalam satu sidang media menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.
Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga, selain Azam tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.
Pada sidang media sama, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang menyatakan LPPR yang juga satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM mendapati tiada perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan membabitkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.
Katanya, panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan terbabit yang tular di media sosial kerana ia menimbulkan pandangan negatif terhadap SPRM.
Namun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Khamis memaklumkan, alasan Azam itu bertentangan SICDA, dengan Seksyen 25 akta itu memperuntukkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.
Seksyen 29A SICDA menetapkan semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/48-ngo-tuntut-siasatan-bebas-isu-palit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki Bebas Tanpa Siasatan Lemah Pm Semakin Terserlah

Azam Baki Bebas Tanpa Siasatan Lemah Pm Semakin Terserlah

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 132 hits
Di samping deretan kelemahan sedia ada pada Ismail Sabri Yaakob kekal terpahat menjadikannya Perdana Menteri paling gagal malah lebih gagal berbanding pendahulunya Mahiaddin Md Yasin kegagalan beliau berbuat sesuatu yang meyakinkan dalam ko...
Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 201 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur
Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 212 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub merayu kepada Yang di Pertuan Agong untuk melakukan dan menyatakan sesuatu berhubung isu pembelian saham dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki T...
Individu Pertama Dedah Isu Saham Azam Baki Terima Surat Tuntutan

Individu Pertama Dedah Isu Saham Azam Baki Terima Surat Tuntutan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 211 hits
Individu mula dedah isu saham Azam Baki terima surat tuntutan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mula mengambil tindakan undang undang terhadap bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi La...
Isu Azam Baki Pemberi Maklumat Terima Surat Tuntutan Ganti Rugi Rm10 Juta

Isu Azam Baki Pemberi Maklumat Terima Surat Tuntutan Ganti Rugi Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 183 hits
SHAH ALAM Pakar Ekonomi Profesor Dr Edmund Terence Gomez mendakwa pemberi maklumat dalam pendedahan berkaitan isu dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki telah menerima surat tuntutan pada...
Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 189 hits
PUTRAJAYA Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau Pengerusi LPPR Tan Sri Abu ...
Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 198 hits
Punca sebenar Pas memuji Azam Baki akhirnya terbongkarJanuary 7 2022Dunia maya dikecohkan dengan kenyataan rasmi parti Pas yang menyambut baik penjelasan terbuka Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mengenai dakwaan pemili...
Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 147 hits
Oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki GAMBAR Abd Razak Aid SEMUA pihak perlu menegakkan kedaulatan undang undang atau rule of law di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang wenang...
Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat

Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 259 hits
Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat Pemberi maklumat K Lalitha yang menulis mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dua syarikat senaraian awam mempertahankan laporannya Dalam satu kenya...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Effective Market Research On A Budget



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia