Pru Dekat Orang Politik Tambah Ligat


 

Semua ini sememangnya dijangkakan. Semakin ramai yang bercakap PRU15 akan diadakan “tidak lama lagi” semakin banyaklah kenyataan, tindakan, dan gelagat orang politik. Matlamat mereka kita tahu sama tahu. ‘TST’, kata orang dulu-dulu.
Mungkin ada dalam kalangan mereka yang ‘tulus dan ikhlas’. Tak ada udang sebalik mee. Namun, saya tidak dapat elak daripada memendam “syak wasangka” apa yang orang politik buat pada saat ini ada kena mengena dengan PRU. Ertinya nak cari populariti – sekali gus sokongan.
Beberapa hari lalu, seorang senator daripada PAS, Khairil Nizam Khirudin, membuat hantaran di media sosial menggesa kerajaan (yang PAS ada di dalamnya) meminda Perlembagaan supaya menjamin (dengan hitam putih lah tu) jawatan Perdana Menteri dikhaskan hanya untuk orang Melayu-Islam.

Khairil menafikan gesaannya itu “populis” mahupun “ekstremis”. Sebaliknya, kata beliau, gesaan dibuat “kerana menyedari hakikat bahawa Islam adalah agama persekutuan yang perlu terus ditegakkan dan dipelihara kesuciannya”.
Setelah sekian lama yakni lebih 60 tahun Perlembagaan diguna pakai, baharu sekarang hakikat Islam agama persekutuan yang mesti ditegakkan dan dipelihara kesuciannya (seperti dikatakan Khairil) disedari?
Mengenai jawatan Perdana Menteri pula, menurut Perkara 43(2), Perdana Menteri dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Walaupun Perlembagaan tidak menyebut secara spesifik bangsa, keturunan, dan agama orang yang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, sudah lama wujud satu ‘adat kebiasaan’ atau “unwritten law” yang diterima dan digunapakai bahawa Perdana Menteri mesti orang Melayu.
Ini diakui pakar-pakar Perlembagaan dan ini juga amalannya sejak berzaman. Kata pakar Perlembagaan dan juga pakar sejarah, ini sesuatu yang logik Perdana Menteri datang daripada bangsa atau kaum majoriti. Ini juga lazim di negara lain.
Tokoh sejarah, mendiang Khoo Kay Khim, pada Jun 2012 dipetik berkata semua pihak menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu (Semenanjung) dan orang Melayu adalah majoriti berbanding bangsa atau kaum lain.
Menurut Perkara 40(2) Perlembagaan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai ketua negara. Agong ialah dalam kalangan raja-raja Melayu yang menjaga atau memayungi rakyat terutama kedudukan dan kepentingan orang Melayu.
Berdasarkan itu semua, khususnya peranan Agong dalam perlantikan Perdana Menteri, perlu atau wajar kah gesaan Khairil dibuat?
Bagi saya ada dua faktor utama yang memastikan orang Melayu-Islam menjadi Perdana Menteri. 1) Adanya ‘adat kebiasaan’ tidak bertulis yang diterima semua pihak dan 2) kehadiran Agong.
Tidakkah Khairil sedar akan faktor-faktor ini? Tentu sebagai seorang berstatus senator tahu ini semua. Pun begitu beliau utarakan juga gesaannya. Mengapa? Sila buat interpretasi masing-masing.
Itu bab PM. Ini pula soal “akidah”.
Beberapa hari lalu Khairil selaku Ketua Penerangan PAS mengeluarkan kenyataan rasmi partinya mengajak umat Islam ‘mempertahankan’ akidah tiga kanak-kanak yang sekarang berada di pangkuan ibu mereka yang bukan beragama Islam.
Nyata beliau merujuk kes Loh Siew Hong dan anak-anaknya. Kita tahu sebelum ini mahkamah mengarahkan ketiga-tiga anaknya diserah kembali kepada Loh yang merupakan ibu kandung mereka.
Polemik atau boleh dikatakan kontroversi tercetus berhubung pengislaman kanak-kanak bawah umur berkenaan, khususnya apabila penukaran agama untuk mereka dibuat secara satu pihak yakni oleh bapa mereka yang memeluk Islam.
Berdasarkan Perlembagaan (undang-undang tertinggi) penukaran agama untuk anak-anak mesti dibuat dengan izin dua pihak iaitu ibu DAN bapa. Loh diberitakan akan ke mahkamah untuk mencabar penukaran agama anaknya.
Sekarang PAS, seperti disebut tadi, mengajak umat Islam mempertahankan ‘keselamatan akidah’ kanak-kanak terbabit. Ini bagi saya strategi ‘bijak’ pada aspek politik. Dengan ‘ajakan’ sedemikian PAS meletakkan lawan politiknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dalam keadaan rumit. Lebih tepat ‘serba salah’.
Jika mereka enggan ‘bersama’ PAS mereka akan dituduh tidak mahu menyelamatkan akidah anak-anak Muslim. Lantas akan dimarahi sebilangan besar orang Melayu-Islam. Tetapi mereka tahu apa yang perlu dilakukan mesti berpandukan Perlembagaan dan perundangan negara.
Bagi saya ini satu “perangkap politik”. Diulang maklumlah PRU dikatakan akan muncul tidak lama lagi.
Tetapi bagaimana pula dengan rakan PAS dalam Perikatan Nasional yang beragama Islam? Bersatu umpamanya. Tidakkah ‘ajakan’ PAS meletakkan mereka pada keadaan serba salah juga? Sesuatu yang pasti isu ini menyusahkan rakan PAS yang bukan Islam seperti Gerakan.
PAS juga menerusi kenyataan yang dikeluarkan Khairil memberitahu “PAS memberi amaran tegas jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak anak berkenaan”.
Jadi apa yang PAS cadangkan? Menafikan hak si ibu yang dijamin undang-undang? PAS mahu umat Islam menentang Perlembagaan? Jika itu mahunya bagaimana caranya?
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pun sebelum ini ada melahirkan kesesalan, kekecewaan, dan kemarahan bahawa “agama Islam tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia” dan apa yang pada pandangannya “hukum nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakim”.
Justeru boleh atau tidak disimpulkan PAS menolak Perlembagaan sedia ada dan mahu Perlembagaan baharu diwujudkan? Hujah yang mereka gunakan ialah “pinda perlembagaan”. Adakah ini bermakna ‘pinda sehingga berwajah baharu’?
Persoalannya ke mana negara ini mahu dibawa PAS? Adakah PAS sudah mengambil kira kepentingan keseluruhan umat Islam dan bukan hanya golongan Islam yang sewaktu dengannya? Apatah lagi kepentingan dan kesejahteraan orang bukan Islam?
Adakah PAS sendiri tahu apa yang mereka mahu, lantas tahu apa yang mereka perlu lakukan? Atau semua yang dipertontonkan sekadar cakap-cakap dan gelagat sebelum PRU15?
Bagi saya ia lebih kepada “political stunt”. Gimik politik, dan akan ada lebih banyak kenyataan berbentuk cadangan, tuntutan, dan desakan oleh orang politik apabila PRU15 makin hampir. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/pru-dekat-orang-politik-tambah-ligat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik Rafizi

Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik Rafizi

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Jangan lagi atau sesekali taksub kepada mana mana personaliti politik kerana mereka tidak kekal nasihat Rafizi Ramli Sebaliknya tegas Naib Presiden PKR itu ialah yang perlu terus menjadi penilaian pengundi adalah kumpulan polit...
Inilah Golongan Yang Perlu Diberikan Kesedaran Politik

Inilah Golongan Yang Perlu Diberikan Kesedaran Politik

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 133 hits
Undi 18 dan politik Anak muda tak ambil pot March 29 2022 Tajuk artikel ini hakikat yang rasanya ramai sudah tahu Anak muda tak minat tak kisah tak peduli soal dan hal politik Oleh itu Undi 18 tidak dimanfaatkan Undi 18 yang pertama kalinya...
Undi 18 Dan Politik Anak Muda Tak Ambil Pot

Undi 18 Dan Politik Anak Muda Tak Ambil Pot

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 165 hits
Tajuk artikel ini hakikat yang rasanya ramai sudah tahu Anak muda tak minat tak kisah tak peduli soal dan hal politik Oleh itu Undi 18 tidak dimanfaatkan Undi 18 yang pertama kalinya dilaksanakan pada PRN Johor tempoh hari tidak memberi kes...
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia

Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 236 hits
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia Selepas mendengar berita pengunduran Lim Kit Siang daripada politik saya membaca kembali buku yang ditulis Ooi Kee Beng tentang politikus veteran itu Membaca sejarah pengalaman Kit Siang berpolitik s...
Felda Bukan Gagal Tetapi Dirompak Oleh Ahli Politik

Felda Bukan Gagal Tetapi Dirompak Oleh Ahli Politik

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 190 hits
Felda dibangunkan pada tahun 1956 melalui pembiayaan kerajaan Persekutuan Bank Dunia dan institusi kewangan lain dengan nilai RM8 7 bilion Felda kemudian berjaya melunaskan pinjamannya pada tahun 2000 yang mana terdapat pinjaman tempoh mata...
Menganalisis Sinyal Politik Dari Pdip Dalam Acara Demo Masak Tanpa Minyak Goreng

Menganalisis Sinyal Politik Dari Pdip Dalam Acara Demo Masak Tanpa Minyak Goreng

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 204 hits
Kata dia secara vulgar Hasto ingin menegaskan dari pada selalu menyalahkan pemerintah dalam kasus minyak goreng sebaiknya rakyat mandiri untuk bikin minyak goreng dari kelapa
Belajar Politik Baharu Daripada Jiran Tetangga

Belajar Politik Baharu Daripada Jiran Tetangga

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 128 hits
Ada banyak persamaan antara dua negara Melayu yang berjiran rapat Indonesia dan Malaysia Tetapi mahukah kita belajar daripada pengalaman dan kebijaksanaan mereka Atau apakah kita terlalu angkuh dan merasa kita lebih pandai Lihatlah kepada k...
Parti Politik Yang Paling Tidak Demokratik

Parti Politik Yang Paling Tidak Demokratik

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 222 hits
Kita sedang mengikuti satu lagi drama parti politik di negara ini Pemilihan CEC DAP baru baru ini dan sebelum ini jelas membuktikan bahwa DAP tidak layak untuk menuntut dan menyentuh sebarang perkara tentang demokrasi di Malaysia Tidak masu...
Artis Dalam Video Di Siasat Pelbagai Pihak Ahli Politik Dalam Video Bebas Sakan

Artis Dalam Video Di Siasat Pelbagai Pihak Ahli Politik Dalam Video Bebas Sakan

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 251 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Pelik juga dengan sistem sistem dalam negara semenjak kerajaan kelabu asap jadi pemerintah 22 bulan Ada duit masuk ke dalam akaun jadi kes besar kes mega walaupun di masuk kan oleh pihak ketiga dan kerajaan Barisan Nas...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun