Belajar Politik Baharu Daripada Jiran Tetangga


 

Ada banyak persamaan antara dua negara Melayu yang berjiran rapat, Indonesia dan Malaysia. Tetapi mahukah kita belajar daripada pengalaman dan kebijaksanaan mereka? Atau apakah kita terlalu angkuh dan merasa kita lebih pandai?
Lihatlah kepada kepincangan yang kita hadapi beberapa tahun kebelakangan. Bukan saja politik kita yang jadi kucar-kacir, tapi ekonomi juga merudum, pentadbiran yang tidak menentu dan kesediaan kalangan masyarakat ‘menerima’ pesalah korupsi.
Kita kehilangan kompas moral yang amat serius, sehinggakan nak buat akta anti-lompat parti pun masih tak mampu. Apa lagi untuk melawan hawa nafsu mengahwini gadis bawah umur.
Itulah beberapa faktor yang menjadi ukuran kepandaian kita semua. Ternyata kita gagal.
Ekonomi Indonesia
Indonesia, negara Melayu pertama yang menjadi republik, jauh lebih ramai penduduknya iaitu seramai 267 juta (Malaysia cuma 32.7 juta). Ia juga berbilang kaum dan pelbagai etnik, agama, dan budaya.
Dengan potensi pasaran yang lebih besar untuk diterokai, ternyata Indonesia juga lebih aman dan nyaman daripada banyak segi.
Suatu waktu dulu, Malaysia tergolong dalam grup ‘anak harimau’ ekonomi Asia dan Indonesia dianggap di belakang. Sekarang, ekonomi mereka bergerak lebih jauh ke depan dengan KDNK bernilai USD1.088 trilion (tangga 16 di seluruh dunia), sedangkan Malaysia ketinggalan dengan cuma USD336 bilion, pada 2021.
Pertumbuhan KDNK mereka juga jauh lebih tinggi, 6.1% pada 2021, sementara Malaysia hanya 3.1%. Indonesia juga menarik jumlah pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di antara negara ASEAN, sebanyak USD31.6 bilion sementara Malaysia cuma mampu sekadar USD11.1 bilion.
Perkembangan ekonomi ini juga berpunca daripada keadaan politik Indonesia yang lebih stabil dan kurangnya amalan korupsi dan sogokan dalam kerajaan. Daripada segi proses demokrasi, sistem pemerintahan yang stabil, dan kepimpinan yang tegas dalam menangani pembangunan sosio-ekonomi, sekarang lebih jauh mengatasi Malaysia.
Proses demokrasi
Pada Mei 1998 apabila jatuhnya Presiden Suharto, yang terkait dengan rejim pemerintahan kuku besi, penuh dengan pelbagai korupsi dan kroni kapitalisme yang berleluasa, Indonesia seperti hilang arah.
Perkara yang hampir serupa terjadi di Malaysia dua puluh tahun kemudian, juga pada Mei, tapi 2018. Melalui proses pengundian, rakyat telah menolak Najib Razak dan partinya, juga atas isu penyelewengan wang negara dan korupsi yang hampir sama.
Walaupun ianya bukan revolusi seperti yang berlaku pada waktu kejatuhan Suharto, ternyata pengundi di Malaysia mahukan perubahan, pemerintah yang lebih demokratik, tulus, dan tidak korup.
BJ Habibie, yang waktu itu sebagai naib presiden Indonesia, dilantik menjadi presiden dan diberi tugas untuk mengubah struktur politik dan pentadbiran.
Seperti juga dalam kalangan ramai ahli Umno sekarang yang dikatakan tidak berpihak kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, juga Naib Presiden Umno, rakan-rakan politik Pak Harto waktu dulu juga tidak setuju dengan pelantikan Habibie.
Tetapi Habibie ternyata lebih berani. Seorang teknokrat yang mempunyai mentaliti reformis dan amat komited terhadap perubahan struktur politik Indonesia. Beliau sedar Indonesia tidak bisa ke depan sekiranya rangka demokrasi yang lengkap belum terjadi. Mereka juga mempunyai sistem penglibatan tentera dalam pemerintahan.
Habibie bekerja keras dengan merombak sistem yang sedia ada dan memberikan kepentingan kepada rakyat untuk memilih wakil ke parlimen Indonesia setiap lima tahun dan jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Formula baharu
Formula baharu untuk menegakkan demokrasi di Indonesia tanpa campur tangan pihak tentera, akhirnya berjaya dilaksanakan dengan pengundian terbuka pertama selepas 34 tahun rejim Suharto, pada Jun 1999.
Sebanyak 462 dari 500 kerusi parlimen dipertandingkan dan cuma 38 kerusi sahaja dikhaskan untuk tentera.
Partai Demokratik Indonesia (PDI-P) menjadi parti terbesar dengan memenangi 153 kerusi, mendahului partai Habibie, Golkar, yang cuma menang 120 kerusi.
Waktu itu dewan parlimen diberi kuasa untuk melantik presiden dan Abdul Rahman Wahid (Gus Dur) dari parti kecil mendapat sokongan Golkar dan beberapa parti kecil yang lain, untuk menjadi presiden. Megawati, ketua PDI-P yang besar, kecundang dan cuma mendapat jawatan naib presiden.
Tetapi Gus Dur, dari parti minoriti PKB, (seperti mana Muhyiddin Yassin dari parti kecil Bersatu) cuma dapat bertahan selama 19 bulan dan diganti oleh Megawati pada Jun 2001.
Pada 2002, Megawati sebagai presiden, dengan kuasa yang sama seperti Perdana Menteri Malaysia, telah menggubal undang-undang baharu. Jawatan presiden mesti diundi oleh rakyat sebagai pengundi, sama seperti di Amerika Syarikat.
Ibu Mega, nama mesranya dalam kalangan rakyat juga menghapuskan 38 kerusi tentera di parlimen. Ini satu langkah yang amat tegas lagi berani yang dilakukan demi untuk menentukan masa depan Indonesia yang lebih harmoni dan lebih teratur.
Presiden diundi rakyat
Pilihan raya ditetapkan untuk setiap lima tahun dengan tarikh yang tepat dan tidak bisa diubah, iaitu pada setiap Julai. Tidak seperti di Malaysia, tarikh pilihan raya dijadikan permainan politik dan semacam ugutan sesama mereka.
Ini amat tidak adil kepada rakyat Malaysia di mana masa dan tenaga mereka banyak terbuang, dimainkan atau dimanipulasikan oleh ahli dan parti politik.
Berlainan dengan pemikiran di Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) menjadi presiden pertama yang dipilih oleh pengundi pada Julai 2004 dan lima tahun kemudian pada Julai 2009.
Ini diikuti oleh tokoh terkenal Joko Widodo atau panggilan mesranya, Pak Jokowi, juga dari PDI-P, yang terpilih sebagai presiden ke-7 pada 9 Julai 2014. Pak Jokowi diundi lagi lima tahun kemudian untuk penggal kedua atau terakhir sebagai presiden.
Kesimpulannya apakah kita mempunyai perdana menteri yang tegas lagi berani untuk bertindak sedemikian rupa, demi untuk kepentingan rakyat dan negara?
Habibie tidak bertindak cuma untuk kepentingan Golkar tetapi untuk seluruh Indonesia.
Dalam keadaan sekarang, Malaysia seharusnya berfikir secara strategis untuk merangka satu kepastian yang benar-benar terbaik untuk rakyat dan negara. Dalam rangkaan ini, kita seharusnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, kaum, kumpulan, atau sistem yang sedia ada.
Kerana pendekatan sebegitu mungkin tidak memberi hasil yang terbaik untuk masa depan semua rakyat dan negara, terutama Sarawak dan Sabah.
Mungkin pengalaman dan masalah silam di Indonesia itu memberi erti yang amat dalam kepada rakyat Malaysia, terutama bagi generasi baharu.
Pada waktu yang sama, kita tidak harus merasa tertekan dan terlalu cepat untuk membuat andaian bahawa sistem yang terpakai sekarang adalah yang terbaik untuk kita dan masa depan anak-anak kita.
Suatu waktu, kita harus akui anak-anak kita yang berkawan rapat dengan anak-anak jiran tetangga itu, lebih tahu apa sebenarnya yang mereka mahu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/belajar-politik-baharu-daripada-jiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Hadapi Persepsi Buruk Harus Bina Naratif Baharu Chang Lih Kang

Ph Hadapi Persepsi Buruk Harus Bina Naratif Baharu Chang Lih Kang

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 101 hits
Kekalahan demi kekalahan sejak Pilihan Raya Negeri Melaka seharusnya menyedarkan Pakatan Harapan dan KEADILAN bahawa persepsi yang dicipta oleh BN dan Pas terhadap gabungan itu telah melekat dalam di hati rakyat Bagi Naib Presiden KEADILAN ...
Ada Kah Cita Cita Nak Lompat Pulak Atau Nak Buat Pakatan Baharu Lekeh Betul Pemikitan Tuan Ibrahim

Ada Kah Cita Cita Nak Lompat Pulak Atau Nak Buat Pakatan Baharu Lekeh Betul Pemikitan Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 167 hits
RUU anti lompat parti tak perlu tergesa gesa dibentang kata Tuan IbrahimMarch 23 2022 Rang Undang undang anti lompat parti yang termasuk dalam perjanjian persefahaman antara Pakatan Harapan dan kerajaan tidak perlu tergesa gesa untuk dibent...
Simulasi Pru15 P018 Kulim Bandar Baharu

Simulasi Pru15 P018 Kulim Bandar Baharu

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 185 hits
SIMULASI INI BERDASARKANPRU 13PRU14PRN MELAKAPRN JOHORSIMULASI INI DISEDIAKAN OLEHCIKGU LINRUMUSAN SIMULASIUNTUK KE PUSAT SIMULASI HUBAYA HUBAYA
Kemahiran Baharu Adiwira Dalam Tv Spot Moon Knight

Kemahiran Baharu Adiwira Dalam Tv Spot Moon Knight

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 162 hits
Dengan hanya tinggal kurang daripada seminggu sebelum tayangan perdananya yang sangat dinanti nantikan Disney telah mendedahkan satu lagi TV Spot terbaru Moon Knight untuk siri adiwira terbaru Marvel Studios yang diterajui oleh Oscar Issac ...
Kembali Dengan Album Baharu The Reve Festival Red Velvet Dedah Pelan Untuk 2022

Kembali Dengan Album Baharu The Reve Festival Red Velvet Dedah Pelan Untuk 2022

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 225 hits
Akhirnya RED VELVET kembali dengan album baharu mereka The ReVe Festival 2022 Feel My Rhythm Pada 21 Mac RED VELVET telah mengadakan sidang akhbar dalam talian sempena kemunculan semula mereka dengan Min ho SHINee sebagai hos Semasa berbora...
Mak Ayah Buat Pr4nk Handphone Baharu Untuk Anak Bongsu Tapi Terhenti Separuh Jalan Sebab Seb4k Lihat Reaksinya

Mak Ayah Buat Pr4nk Handphone Baharu Untuk Anak Bongsu Tapi Terhenti Separuh Jalan Sebab Seb4k Lihat Reaksinya

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 173 hits
Berbeza dengan zaman dahulu sesi persekolahan baharu bagi pelajar kini terp4ksa dijalankan dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah Maka ada ibu bapa terp4ksa berkongsi gajet seperti telefon pintar dan komputer riba mereka bagi melaksana...
Guan Eng Menangis Anthony Loke Diumum Setiausaha Agung Dap Yang Baharu

Guan Eng Menangis Anthony Loke Diumum Setiausaha Agung Dap Yang Baharu

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 158 hits
Lim Guan Eng hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Setiausaha Agung DAP selepas memegang jawatan itu selama 18 tahun Dalam ucapan terakhirnya kepada Kongres DAP Lim mengucapkan terima kasih kepada ahli parti atas sokongan mereka ...
Covid 19 71 Kematian Baharu Direkod 26 Bid

Covid 19 71 Kematian Baharu Direkod 26 Bid

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 155 hits
Kementerian Kesihatan melaporkan 71 kematian baharu akibat jangkitan COVID 19 pada Ahad dan 26 daripadanya merupakan kes berlaku di luar hospital atau brought in dead SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub
Mungkin Ramai Hilang Kerja Jika Laksana Gaji Minimum Baharu

Mungkin Ramai Hilang Kerja Jika Laksana Gaji Minimum Baharu

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 190 hits
ismaweb netWajar dilaksana selepas ekonomi negara pulih PenganalisisOleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 18 Syaaban 1443H Isnin Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1 500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara mendapat pelbagai reaksi...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy