Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia



Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia | Selepas mendengar berita pengunduran Lim Kit Siang daripada politik, saya membaca kembali buku yang ditulis Ooi Kee Beng tentang politikus veteran itu

Membaca sejarah pengalaman Kit Siang berpolitik selama lebih lima dekad sangat menarik. Selama 56 tahun dia bergelumang dalam politik terutama melalui DAP sebagai wadah perjuangannya.

Memang sebelum ini sudah berkali-kali dia menyuarakan hasrat untuk bersara tetapi dia kembali muncul dalam dunia yang menjadi darah dagingnya itu

Justeru ini bukan pernyataan tidak percaya kepada Kit Siang, cuma ini adalah dunia politik dan entah apa-apa saja boleh berubah. Sedangkan Dr Mahathir Mohamad pun berubah, apatah lagi Kit Siang.
Pengunduran Kit Siang dijadikan bahan kepada sesetengah pihak mendesak ahli politik yang seangkatan - atau sebaris - dengannya agar turut bersara. Tetapi ketahuilah bahawa hujah sebegitu tidaklah kuat untuk orang politik berundur demi memberi ruang kepada tokoh yang lebih muda mengambil tempat.
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia Di dalam buku itu, Kit Siang bercerita tentang perdebatan di antara dia dengan Prof Naguib al-Attas mengenai asas kebudayaan dan persuratan Malaysia. Ia merupakan debat mencari identiti negara dan bangsa yang berlangsung di auditorium Mara suatu ketika dulu.
Kit Siang juga pernah berucap di hadapan mahasiswa Universiti Malaya pada 1968.
Berhak berbeza pendapat
Saya kira suasana begitu adalah antara kehilangan yang sangat merugikan dalam dunia intelektualisme negara selepas universiti-universiti tempatan didinginkan dengan wacana.
Saya tidak memiliki momen menarik bersama dengan Kit Siang. Pertama kali saya mendengar dia berceramah ialah sewaktu malam pelancaran Gerak di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak. Ia berlaku beberapa hari selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.
Kit Siang berpidato dalam bahasa Melayu dan dia ada kelas tersendiri. Namun pidato Presiden PAS ketika itu, Fadzil Noor, lebih berbisa dan menyengat.
Pendirian dan pandangan politik Kit Siang sering mengocak pemikiran saya, terutamanya dalam aspek kebudayaan dan idea politik Malaysian Malaysia. Dia juga mengkritik konsep ‘bumiputera’ yang dilihat oleh generasi baru di sekolah sebagai konsep yang ‘menyampah’ dan berasa ‘kecewa’.
Ia dengan mengambil contoh Syed Jaafar Albar yang lahir di Sulawesi dan Syed Naquib yang lahir di Bogor dianggap sebagai bumiputera tetapi Chen Man Hin yang lahir di Seremban dan DR Seenivasagam (lahir di Ipoh) dianggap bukan bumiputera.
Seperti kata Kit Siang, semua orang berhak untuk berbeza pendapat. Berbeza pendapat tidak menghalang kita mewujudkan keserasian berjuang. Kualiti kepimpinan Kit Siang memang diperlukan untuk negara kita.
Kelemahan Kit Siang tetap ada kerana dia adalah sama seperti kita iaitu manusia biasa. Di sebalik perbezaan pandangan dan kelemahan itulah manusia wajar mencari titik persamaan.
Asas pembinaan negara bangsa
Kegagalan paling ketara dalam pembinaan negara bangsa kita selama ini ialah mewujudkan titik pertemuan di antara dialog yang berbeza idea. Orang Melayu gagal memberi kefahaman tepat kepada golongan bukan bumiputera. Melayu gagal menjadi bangsa pentakrif tentang negaranya sendiri.
Pada masa yang sama, golongan bukan bumiputera tidak cukup meyakinkan orang Melayu untuk hidup bersama. Ia tidak berlaku pada semua orang bukan bumiputera, tetapi tetap memberi kesan.
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia Idea Malaysian Malaysia terus menjadi matlamat perjuangan DAP. Dengan menggunakan ideologi sosialis demokrat, Kit Siang meneroka jalan-jalan kemungkinan pelaksanaannya di Malaysia.
Idea tentang setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang saksama adalah suatu yang sukar diterima oleh Melayu yang terikat dengan latar belakang sejarah, psyche, geografi dan budaya yang tersendiri.
Kemerdekaan Malaya pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963 tidak hanya bermula pada tarikh tersebut. Rentetan sejarah sebelum itu seharusnya dijadikan asas kepada pembinaan negara bangsa di Malaysia.
Juga tentang konsep masyarakat Kepulauan Melayu dan Melayu itu sendiri perlu diperbahaskan secara meluas.
Hal-hal inilah yang menjadi perbezaan yang ketara dalam pemikiran Kit Siang dengan saya.
Saya berpegang bahawa asas-asas kenegaraan mestilah berasaskan kombinasi sejarah dan wawasan bersama. Ia tidak semata-mata bergantung kepada perlembagaan tetapi falsafah negara ini terbentuk.
Legasi perjuangan Kit Siang akan tetap diteruskan sama oleh para pengikutnya. Kit Siang akan kekal sebagai ‘Tok Guru’ kepada DAP. Bayangan Kit Siang itu akan tetap ada, bahkan namanya diletakkan sebagai ‘mentor’ sebagai penghargaan kepada tokoh berkenaan.
Mungkin status itu tidak berkuasa sebagaimana jawatan mursyidul am dalam PAS.
Pilih untuk menongkah arus
Anak kelahiran Batu Pahat itu pernah menjadi wakil rakyat di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Sewaktu ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) mengintai kerusi kabinet Mahathir, dia seperti ingin mencontohi Ghandi atau Khomeini.
Walaupun tiada kuasa eksekutif tetapi memiliki kuasa de facto. Percaturan politiknya memang kamikaze.
Pengembaraan politik Kit Siang ibarat seorang pahlawan nomad. Dia menjadi ahli politik yang nomad dari satu wilayah ke satu wilayah lain untuk memperkukuhkan organisasi.
Dia datang dan membina tapak, kemudian bergerak meninggalkan wilayah yang sudah kukuh itu untuk pergi beradu tenaga di wilayah baru yang asing. Kadang-kadang kalah, kadang-kadang menang.
Jika mahu membina keyakinan nasional, dia melawan tokoh nasional. Begitulah sewaktu partinya ingin menguasai Pulau Pinang daripada Gerakan. Dia mengambil keputusan untuk menentang tokoh besar BN di pulau itu, Lim Chong Eu.
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia Kit Siang kalah kepada Chong Eu yang ketika itu menjadi ketua menteri Pulau Pinang.
Tetapi bagi Kit Siang, biarlah dia kalah berlawan di gelanggang lawan daripada menang di gelanggang sendiri. Ia merupakan pendekatan politik yang jarang diambil atau dicontohi orang lain. Ia bolehlah dianggap sebagai 'kerja gila' kerana dari Pulau Pinang hingga ke Tambak Johor, habis dikerjakannya.
Ketika ramai ahli politik mengintai wilayah-wilayah selamat untuk menjamin kelangsungan diri mereka, Kit Siang memilih untuk menongkah arus. Dia melangkah dengan mencari ruang orang lain membina wilayahnya sendiri.
Itu benar-benar langkah anak jantan!
Tidak seperti orang lain - jika sekali di Pasir Salak, hidup dan mati biarlah di Pasir Salak. Jika sekali di Marang, Pokok Sena atau Pasir Mas, maka mereka akan seboleh mungkin mahu kekal di situ hingga ke sudah.
Cuma Mat Sabu memiliki sedikit ciri-ciri nomad Kit Siang. Dia pernah bertanding di Kepala Batas, di Permatang Pauh, di Kuala Kedah, di Pendang, di Nilam Puri.
Malah dia pernah ke Kuala Terengganu dan kemudian terkini di Kota Raja. Namun bezanya Mat Sabu dengan Kit Siang, dia lebih banyak kalah daripada menang.
Mereka berdua pernah ditahan di bawah ISA semasa Operasi Lalang pada 1987. Itu merupakan tahanan kali kedua bagi mereka Mat Sabu dan Kit Siang.
Pengalaman bergaul dalam tahanan semacam memberi resipi bagi mengolah perbezaan perjuangan antara mereka.
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia Di sebalik semua itu, perlu juga diingat - jika Kit Siang benar-benar bersara daripada politik kali ini, mungkin ada Melayu yang akan mengalami kerugian politik. Kerana untuk mereka hilanglah satu kambing hitam untuk ditunjuk dan dipersalahkan bagi apa saja kebejatan yang terjadi. - mk






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2022/03/hilangnya-kambing-hitam-politik-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Malaysia Era Moden Harus Ambil Iktibar Kemelut Negara Luar

Politik Malaysia Era Moden Harus Ambil Iktibar Kemelut Negara Luar

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 162 hits
Politik Malaysia era moden harus ambil iktibar kemelut negara luar Oleh Dr Kamarulnizam Abdullah Kita masih lagi bertuah kerana di sebalik ketidaktentuan politik dan kemurungan ekonomi dunia Malaysia masih mampu mengharunginya dan tidak ter...
Penantian Peminat Digimon Di Malaysia

Penantian Peminat Digimon Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR 31 Januari 2021 Penantian peminat Digimon di Malaysia kini terubat apabila Bandai syarikat permainan gergasi Jepun telah melancarkan permainan LCD eletronik Digimon yang pernah popular di Malaysia sekitar hujung 90 an Permainan...
Grab Helps To Drive Further Support For Malaysia S Local Heroes This Chinese New Year

Grab Helps To Drive Further Support For Malaysia S Local Heroes This Chinese New Year

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 225 hits
Celebrating the various festivals in Malaysia is a core value and meaningful practice forMalaysians of all races And with Chinese New Year fast approaching Grab wants to ensurethat Malaysians will continue to have an auspicious and prospero...
Taylor S University Launches The First Robotic Design Development Degree Programme In Malaysia

Taylor S University Launches The First Robotic Design Development Degree Programme In Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 333 hits
The degree combines multiple disciplines in engineering amp computer science producing in demand graduates for the fast changing market The university will be hosting its first nationwide Sumo Robot Open Competition open to all pre U and un...
Clorox Dan Mercy Malaysia Sediakan Kit Kebersihan Kepada Ribuan Mangsa Banjir

Clorox Dan Mercy Malaysia Sediakan Kit Kebersihan Kepada Ribuan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR Februari 3 2021 Lebih daripada 40 000 rakyat Malaysia di tujuh negeri terpaksa dipindahkan dari rumah mereka sejak sebulan lalu kerana banjir yang melanda diperburukkan lagi dengan fenomena cuaca La Nin Apabila air banjir surut...
Mcdonald S Malaysia Introduces Spicy Chicken With Apple Slices

Mcdonald S Malaysia Introduces Spicy Chicken With Apple Slices

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR 8 February 2021 McDonald s Malaysia is introducing a new exciting menu offering with the launch of its all new Spicy Chicken with Apple Slices burger Sweet meets savoury in a delightful way for this limited edition burger that ...
Mcdonald S Malaysia Celebrates It S Annual Chinese Year With Senior Citizens

Mcdonald S Malaysia Celebrates It S Annual Chinese Year With Senior Citizens

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 133 hits
MCDONALD S MALAYSIA CELEBRATES CHINESE NEW YEAR TRUE MEANING OF PROSPERITY KUALA LUMPUR 11 February 2021 continues its annual tradition of reaching out to senior citizens at old folks homes nationwide in conjunction with the ushering in of ...
Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia

Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 188 hits
Koleksi Resipi Aiskrim Malaysia yang PopularAISKRIM MALAYSIA satu nama yang agak legen dikalangan tua dan muda selama bergenerasi lamanya Dan mengikut peredaran masa resipi Aiskrim Malaysia sering bertukar atau ditambah atau dikekalkan meng...
Jom Makan With Hilton Hotels In Malaysia Makes A Comeback

Jom Makan With Hilton Hotels In Malaysia Makes A Comeback

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 227 hits
In the month of Ramadan this year Hilton Hotels in Malaysia invites guests to dine with Jom Makan at Hilton a special celebration of food and culture inspired by Ramadan s true spirit of giving and sharing Bringing back last year s successf...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah